CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Teguran pada perawat Islam

  [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2011 12:19 PM | Show all posts
Benar, kerana itu istiqamah penting dalam beribadah. Ikhlas boleh dilihat dari istiqamah perbuatan seorang.

Jika seseorang itu beribadah dan berdoa kepada Allah lantas dimakbulkan doanya, kemudian dia meneruskan ibadah kerana bertambah imannya maka boleh dikatakan ikhlas telah terbit dalam amalannya. Sama juga dengan mereka yang beribadah tetapi tidak dimakbulkan doanya, mereka tetap beribadah kerana mereka tidak putus asa terhadap Allah s.w.t dan mempercayai Allah s.w.t mendengar segala permintaan mereka.

Sama juga dengan mereka yang beramal kerana mengharapkan pahala, kerana ganjarannya tidak nampak lagi di dunia, hanya di akhirat  kelak. Mempercayai janji Allah s.w.t di dalam Al Qur'an, merupakan salah satu takrif ikhlas kerana percaya kepada benda yang ghaib.

Pengertian ikhlas yang saudara bawa amat berat dan mengambil maksud secara harafiah, tanpa ada satu pun pengharapan kepada Allah s.w.t. Bukankah Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah amat menyukai hamba2Nya beribadat lantas meminta kepada Nya, sesuai dengan sifat dan Asma Allah??

Saya tanya, bolehkah Tuan menjalankan kerja duniawi sebagai tax consultant tanpa mengharapkan apa2 ganjaran atau duit daripada client, dengan niat ikhlas semata2?
evilcooler Post at 2-8-2011 12:11
Tak berat mana pengertian ikhlas yg saya bawa, sebab itu yg sewajarnya kita semua bawa.....

beribadah dan berdoa adalah dua aspek berbeza, kalau beribadah semata mata untuk berdoa atau agar Allah kabulkan doa kita, itu dinamakan beribadah kerana doa kepada Allah, bukan beribadah kerana Allah semata..... konsep beribadah yg perlu ditekankan adalah ikhlasnya, sebab ikhlasnya beribadahlah yg akan dikira diakhirat nanti...

ikhlas dalam membantu sesaorang berbanding ikhlas dalam mencari rezeki juga amat berbeza..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 2-8-2011 12:42 PM | Show all posts
Minta maaf tetapi saya tidak bersetuju dengan pendapat tuan mengenai doa dan ibadah.

Jadi adakah ayat 5 Surah Al Fatihah tidak menerangkan kepada Allah kita sembah dan kepada Allah kita meminta ('Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan') dan Al Fatihah adalah salah satu rukun dalam ibadah solat.

Kenapa Allah menurunkan ayat tersebut sekali di dalam satu baris terkandung nya beribadah dan meminta pertolongan (doa')?? Adakah Tuan membaca al Fatihah yang lain daripada saya?

Konsep ibadah bagi makhluk Allah adalah mengakui keesaanNya dan mengakui ketidak sempurnaan diri yang mengharapkan pertolongan dan panduan dari Allah s.w.t. Dari situlah konsep ibadah dan doa harus disatukan. Ikhlas beribadah tidak semestinya tidak mengharapkan apa2. Adakah mengharapkan keredhaan Allah s.w.t itu tidak ikhlas juga?  

Jangan samakan zat Allah s.w.t dengan makhluk Nya. Allah sangat menyukai jika hamba2Nya berdoa dan meminta2 kepadaNya. Kalau makhluk kita meminta, pemurah macam mana pun mesti akan sampai satu tahap dia dah malas nak layan dan menyampah dengan kita. Tidak sesekali bagi Allah yang Maha Luas PembendaharaanNya dan Maha Pemurah.

Saya khuatir konsep yang Tuan bawa BOLEH DI SALAHERTIKAN. Dan saya tidak jumpa lagi alat yang boleh mengukur % atau peratusan keikhlasan seseorang dalam ibadahnya kepada Allah s.w.t. Hanya tuan saja yang nampaknya tahu pasal cara mengukur keikhlasan seseorang berdasarkan posting yang lepas. Boleh share dengan forumer sekelian cara/kaedah nak mengukur ikhlas??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 12:55 PM | Show all posts

evilcooler Post at 2-8-2011 12:42
Apa saja ibadah yg ada tersemat dihati untuk kepentingan diri walaupun mengharap keredhaan masih tak sempurna ikhlasnya.

Membaca Al Quran terutama Al Fatihah dengan niat berdoa, jadilah dia doa, tapi jika dibaca dengan niat membaca AlQuran semata mata kerana nak baca AlQuran kerana Allah, dah bukan doa namanya walaupun penuh dengan bait bait doa dalam ayatnya.

Ikhlas tak boleh diukur, tetapi kita sendiri boleh tau apakah ibadah kita tu untuk diri kita atau sebaliknya beribadah hanya kepada Allah, kita yg buat kita tau, dan Allah pun tau. malah malaikat pun tau....sebab keikhlasan dalam beribadah akan memancarkan cahaya putih berkilau pada pandangan mereka.

kita boleh tanya diri kita sendiri, kita buat ibadah ni kerana apa? nak makbul doa? nak ada pendinding? nak dapat rezeki, nak dapat pahala, nak dapat masuk syurga, takut terjerumus keneraka? dll..... adakan nak nak tersebut tu untuk diri kita atau sebaliknya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:24 PM | Show all posts
Minta maaf tuan, saya tidak kasyaf seperti tuan sehingga boleh terpancar cahaya putih berkilauan ketika tuan beribadah.

Malah saya amat takut jika diberi kasyaf tersebut, kerana dengannya saya akan menilai dan menghukum ibadah orang lain sama ada mereka ikhlas atau tidak berdasarkan pancaran cahaya ibadah mereka, sedangkan siapa lah saya yang tidak tahu pengakhiran saya dalam di hari kematian saya kelak.

Kalau tuan tanya saya, saya nak kesemuanya..Saya nak dimakbulkan doa, dimurahkan rezeki, nak dijauhkan dan dilindungi dari syaitan, nak masuk syurga, nak jauh dari neraka dan 1001 lagi doa saya. Dan saya amat percaya dan yakin  hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menunaikan  permintaan saya.

Ya Allah! Demi kasihMu kepadaku, Engkau memberi penglihatan padaku agar dapat menikmati keindahan ciptaanMu, memberi pendengaran agar dinikmati alunan Al Qur'an dan zikir yang yang menaikkan rindu padaMu, memberi lidah agar dapat ku bertasbih memujiMu, memberi anggota badan yang dengannya daku dapat melakukan apa saja di bumi Mu. Dan Engkau tambahkan lagi anugerah Mu supaya daku berdoa, lantas dimakbulkan. Maha Suci Engkau  Ya Allah...

Ya Allah, aku persembahkan kepadaMu dihadapan setiap yang bernafas, setiap kerlipan, setiap saat dan setiap masa yang didetikkan oleh semua ahli langit dan bumi, dan setiap sesuatu yang berada di dalam liputan ilmuMu, yang wujud ada atau tersedia ada, dan aku persembahkan kepadaMu Ya Allah di hadapan semua makhluk Mu, bahawasanya aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Engkau, dan Muhammad Rasulullah adalah Utusan benar Engkau.

Maka dengan ucapan diatas saya membuka bicara doa munajat kepada Allah Rabb ku. Jika tuan merasakan saya adalah manusia tidak ikhlas di muka bumi ini kerana beribadah kepada Allah s.w.t semata2 utk dimakbulkan doa saya, maka nilailah saya sebagai manusia yang paling tidak ikhlas, tetapi jangan sesekali mengatakan bahawa saya tidak mengenali Rabbku dengan segala sifatNya yang terlihat mahupun terlindung.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 01:37 PM | Show all posts
Maka dengan ucapan diatas saya membuka bicara doa munajat kepada Allah Rabb ku. Jika tuan merasakan saya adalah manusia tidak ikhlas di muka bumi ini kerana beribadah kepada Allah s.w.t semata2 utk dimakbulkan doa saya, maka nilailah saya sebagai manusia yang paling tidak ikhlas, tetapi jangan sesekali mengatakan bahawa saya tidak mengenali Rabbku dengan segala sifatNya yang terlihat mahupun terlindung.
evilcooler Post at 2-8-2011 13:24
masa bila pula aku ada mengatakan yg ko tak ikhlas? aku jawab umum....

Kita sebagai manusia ni lemah, masih banyak ilmu Allah yg tak sampai pada kita, masih banyak ruang untuk kita terus menimba ilmu dan meningkatkan kualiti amalan agar di terima Allah.

Aku lebih menekankan ikhlas dalam beribadah bukan menunjukkan yg aku ni ikhlas, aku pun lemah, bodoh dan berulangkali aku dah katakan sedemikian ..... tapi mungkin dengan penulisan disini dapat aku meningkatkan tahap keikhlasan aku agar ibadah aku dan semua pembaca disini agar diterima Allah... itu saja...   

Biarlah amalan kita sedikit tapi diterima Allah, dibandingkan banyak tapi hanya sampah disisi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:44 PM | Show all posts
Apa saja ibadah yg ada tersemat dihati untuk kepentingan diri walaupun mengharap keredhaan masih tak sempurna ikhlasnya.

Membaca Al Quran terutama Al Fatihah dengan niat berdoa, jadilah dia doa, tapi jika dibaca dengan niat membaca AlQuran semata mata kerana nak baca AlQuran kerana Allah, dah bukan doa namanya walaupun penuh dengan bait bait doa dalam ayatnya.hantukiller Post at 2-8-2011 12:55

Sedara, ayat kat atas nih bunyinya mcm tadah tgn tapi paling muka tempat lain je bunyinya... kan ayat2 Al Quran itu adalah doa hamba dan Allah membalas bacaan kita tu... nak baca Al Quran, tapi tanak ertikan sebagai doa apabila ayatnya ada bait2 doa... mcm mana tuh...? boleh tak tolong perhalusi dan perjelaskan lagi....?

Ikhlas tak boleh diukur, tetapi kita sendiri boleh tau apakah ibadah kita tu untuk diri kita atau sebaliknya beribadah hanya kepada Allah, kita yg buat kita tau, dan Allah pun tau. malah malaikat pun tau....sebab keikhlasan dalam beribadah akan memancarkan cahaya putih berkilau pada pandangan mereka.

cahaya putih berkilau....? sedara boleh nmpk ker cahaya tuh...? boleh sedara jelaskan kitab mana menyatakan akan hadir cahaya putih berkilau apabila kita beramal ikhlas ni.... adakah semua org boleh nmpk atau sedara boleh tentukan org yg mcm mana...?

kita boleh tanya diri kita sendiri, kita buat ibadah ni kerana apa? nak makbul doa? nak ada pendinding? nak dapat rezeki, nak dapat pahala, nak dapat masuk syurga, takut terjerumus keneraka? dll..... adakan nak nak tersebut tu untuk diri kita atau sebaliknya?

dlm Al Quran bnyk disebut (boleh cari sendiri,mls nak copy paste) tentang ganjaran kepada org yg beribadah dan beramal... menderma dan bersedekah.... semuanya ada ganjaran syurga.... terhindar dr kesesatan dan terjerumus api neraka....

boleh tak sedara jelaskan pd kami yg FAKIR ni tentang ikhlas... teringin nak berguru dgn guru sedara....sbb guru kami dah meninggal....tak sempat nak khatam bab ikhlas nih.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2011 01:49 PM | Show all posts
Sedara, ayat kat atas nih bunyinya mcm tadah tgn tapi paling muka tempat lain je bunyinya... kan a ...
tunggulbatu Post at 2-8-2011 13:44
setiap amal yg ikhlas dah tentulah diterima Allah, dan ganjaran yg Allah janjikan hanya pada amalan yg ikhlas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 01:51 PM | Show all posts
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Al-Ankabut 56
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 2-8-2011 02:02 PM | Show all posts
setiap amal yg ikhlas dah tentulah diterima Allah, dan ganjaran yg Allah janjikan hanya pada amalan  ...
hantukiller Post at 2-8-2011 13:49

    boleh saya yg fakir nih tau sejak bila sedara 'mengenal' ikhlas...? sejak bila dan usia berapa sedara tahu erti ikhlas dan penampakkan cahaya putih berkilau tu....? mungkin sedara org yg ditunggu2 utk memberi kesedaran dan pahaman yg tepat... hrp saya yg fakir nih dpt tunjuk ajar sedara ttg ikhlas....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 02:13 PM | Show all posts
boleh saya yg fakir nih tau sejak bila sedara 'mengenal' ikhlas...? sejak bila dan usia be ...
tunggulbatu Post at 2-8-2011 14:02
perlukah? adakah ulasan yg diberikan masih mengelirukan? atau mungkinkah ia menyentap amalan yg dah bertahun kamu dijazamkan?

AlQuran banyak menekankan perlunya ikhlas dalam beribadah, itu saja.... dan dalil dalil tentang ikhlas pun ko dah pernah tuliskan disini, masihkah diragui?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:29 PM | Show all posts
perlukah? adakah ulasan yg diberikan masih mengelirukan? atau mungkinkah ia menyentap amalan yg dah bertahun kamu dijazamkan?

AlQuran banyak menekankan perlunya ikhlas dalam beribadah, itu saja.... dan dalil dalil tentang ikhlas pun ko dah pernah tuliskan disini, masihkah diragui?
hantukiller Post at 2-8-2011 14:13

sentap amalan yg dijazamkan ker...? sy pernah dgr ada org boleh sentap ilmu org nih.....

saya bukan meragui, cuma nak belajar saja... mungkin sedara adalah insan terpilih tu.... jgn sentap sedara...saya yg fakir nih nak belaja je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:39 PM | Show all posts
elok sapa2 nak lebih clear...harap leh jumpa ka, contact telepon ka..... bercakap sesama lebih afdal....

sbb kalau kita baca...tonasi mgkn tak sama ngan tonasi penulis...... atau tersalah anggap\baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 02:42 PM | Show all posts
sentap amalan yg dijazamkan ker...? sy pernah dgr ada org boleh sentap ilmu org nih.....
...
tunggulbatu Post at 2-8-2011 14:29
Ilmu pada sesaorang adalah anugerah Allah, so manusia tak leh menariknya....

sebaliknya jika ilmu atau kepandaian yg datangnya dari makhluk terutama jin jin, dihapuskan jin tersebut, hilanglah kepandaian tersebut..... contohnya sami yg guna jin untuk kerja sihir, dihapuskan jin tersebut hilanglah keupayaan sihir sami tsb sehinggalah beliau dapat menggantikan jin jin sihir yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:48 PM | Show all posts
Salam Ramadhan kepada sume..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:06 PM | Show all posts
lama mel tak masuk mps ni..
ade banyak jugak isu yg dikupaskan rupenye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:24 PM | Show all posts
lama mel tak masuk mps ni..
ade banyak jugak isu yg dikupaskan rupenye..
melinda_gordon Post at 2-8-2011 15:06

    fuhyoo..jdi moderator la..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 2-8-2011 03:27 PM | Show all posts
fuhyoo..jdi moderator la..
CariKnow Post at 2-8-2011 15:24

    errr...adeh..{:2_74:} dah2..kembali pada topik..jgn bborak dekat sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:29 PM | Show all posts
Salam mel, dah jadi moderator practitioner...... Tahniah mel...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:31 PM | Show all posts
Ilmu pada sesaorang adalah anugerah Allah, so manusia tak leh menariknya....

sebaliknya jika ilmu atau kepandaian yg datangnya dari makhluk terutama jin jin, dihapuskan jin tersebut, hilanglah kepandaian tersebut..... contohnya sami yg guna jin untuk kerja sihir, dihapuskan jin tersebut hilanglah keupayaan sihir sami tsb sehinggalah beliau dapat menggantikan jin jin sihir yg baru
hantukiller Post at 2-8-2011 14:42

    Terima kasih sedara... moga bermanfaat buat saya dan teman yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:49 PM | Show all posts
Reply 273# hantukiller

Minta maaf ye Tuan,

Saya tabik sedara kerana mampu mengzass jin2 dan syaitan2 disekeliling sedara, juga dianugerahi Allah s.w.t ilmu yang tak seberapa untuk merawat rasukan..biiznillah.

Tetapi saya tak setuju kupasan sedara mengenai ikhlas dalam ibadah. Minta maaf tapi sedara sendiri cakap sedara bukan Ustaz atau bijak pandai agama, tetapi mengapa saudara bersungguh2 menetapkan pendirian saudara mengenai ikhlas?

Sementara saya sedang menaip, saya juga sedang membuka kitab2 muktabar Ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengenai dalil dan pengertian ikhlas dalam ibadah. Tiada satu pun saya jumpa yang mempertikaikan amalan seorang hamba kepada Allah yang beribadat dgn mengharapkan pahala dan takutkan neraka dikira sebagai tidak ikhlas.  Sedangkan ulama'2 4 mazhab AWSJ telah sepakat menetapkan hukumnya wajib mempercayai ganjaran pahala dan neraka seperti mana disebut di dalam Al Qur'an. Sedara pula telah mendahului semua ulama' figh tersohor dan diakui kealiman mereka sejak zaman berzaman dengan mengatakan amalan mereka tidak ikhlas. Kalau macam tu, gamaknye ramai le nenek moyang dan generasi sedara yang tak ikhlas beribadat, sebab mereka menginginkan pahala dalam amalan mereka. Berapa lak peratus amalan mereka yang diterima Allah, saudara tahu?

Saya tidak mahu berbalah di dalam perkara ini, tetapi saudara cuba menjatuhkan hukuman ikhlas tak ikhlas sesuatu amalan melebihi dari Allah s.w.t, sedangkan ia meliputi perkara ghaib yang Allah Maha Mengetahui.

Juga mengenai nur yang berwarna putih, hijau merah dan sebagainya. Ilmu mengenai nur ada pada saya tetapi saya tidak mewar2kan secara sebarangan kepada umum, kerana ia amanah dan tidak semua org memahaminya. Juga kasyaf dan ilham dianugerahi Allah kepada mereka yang terpilih, tetapi ilham lebih tepat dari kasyaf. Sedangkan Imam Abu Hanifah r.a meminta Allah menutup hijab kasyafnya mampu melihat dosa2 yang telah gugur dari wuduk dan solat seseorang kerana dikhuatiri riak dan mendahului ketentuan takdirNya, inikan pula saudara yang bukannya bertaraf ulama' ingin membanggakan mengenai kasyaf saudara?

Ingat, tiada makhluk Allah sebelum manusia yang lebih bnyk amalannya dar Iblis laknatullah. Jangan kerana dianugerahi kasyaf, saudara boleh berbangga dan menjatuhkan fatwa mengenai ikhlas dalam amalan tanpa merujuk kepada mana2 dalil yang sohih dan dikupas sepenuhnya menerusi Al Qur'an, Sunnah, qias dan ijma' ulama' ASWJ...

Daku berlindung dari Iblis dan syaitan yang telah berputus asa dari menyesatkan dalam perkara yg besar tetapi berusaha menyesatkan dalam perkara yang kecil agar tergelincir imanku.

D
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.259588 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list