CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 17-1-2012 09:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 17-1-2012 21:23

Merempat kerana diri

Asyik goyang kaki
tak ingin bangkit melangkah pergi
mencari rezeki
yang melimpah memenuhi
bumi Ilahi.

Sering mengomel sendiri
cakap banyak kurang amali
ajaran tak dipeduli
bikin kerja ikut kepala sendiri
tak cuba usaha sepenuh hati.

Selalu bermimpi
dalam jaga di siang hari
tak pula keluar air liur basi
tambah lemak berkati-kati
tak bergerak-gerak macam dah mati.

CNM, 17/1/12, 21.19pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2012 10:06 PM | Show all posts


Kembang

Kembang menyeri
menanti
sang kumbang meneguk wangi
andai tak dijumpai
layu sepi
tak pernah mengecapi
cinta duniawi.

CNM, 17/1/12, 21.45pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 10:48 PM | Show all posts
Cinta padu

Sejak dulu
kuberi cinta padu
padamu dinda yang satu
kerana kutahu cintamu juga padu
hanya untukku.

Tahun berganti baru
cintaku kian padu
memejal beku di hatimu
tak terluluh dihakis waktu
kupasti kamu tahu.

Berkasih hanya satu
berkawan biar beribu
dalam susah ada yang membantu
dala kebuntuan ada yang menyumbang ilmu
usah cemburu dindaku.

CNM, 17/1/12, 22.43pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 11:06 PM | Show all posts
Cermin, cerminkan!

Lihat ke dalam diri
apa yang diperkata?
kalau hanya sekadar suara
pi mai pi mai tang tu juga
usah rasa diri lebih dari semua
betulkan diri lebih berguna.

Allah firmankan baca!
maka bacalah apa yang diperkata
bukankah di situ ada ilmu
nilai sendiri
kalau diajari
orang lain tak pernah mengerti.

Hi hi hi aku gelak je dengan manusia begini.

CNM, 17/1/12, 23.01pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 09:27 PM | Show all posts
O la la

O la la
aku minum milo
sambil garap puisi poyo
sambil temankan myspecial hero
makan malam sebelum tido.

ho ho ho
yang couple yang solo
ada sale kat sogo?
aku dah lama tak beli perfume polo
kalau ada tolong hello, hello.

CNM, 19/1/12, 21.25pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 10:03 PM | Show all posts
Aku dan Kamu

Aku jadi cikgu
sebab aku nak jadi cikgu
dari kecil aku ada azam itu
syukur Allah beri jalan kepadaku
mencurah ilmu
moga ada yang terbantu.

Kamu?
kenapa jadi cikgu?
kerana nak jadi guru
atau tak ada kerja yang kamu mahu
atau cuba-cuba saja jadi guru
jangan begitu
jika kamu pilih jadi guru
jadilah guru yang bermutu.

CNM, 19/1/12, 22.00pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2012 09:30 PM | Show all posts
Menggebu

apa yang menggebu?
aku senyum buat tak tahu
kamu tentu tahu
usah bilang dulu
jika tahu
cukup untuk diri kamu
apa yang menggebu itu!!!

CNM, 19/1/12, 21.29pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 03:15 PM | Show all posts
Cuti-cuti Malaysia

Tahun Baru Cina
akan menjelma
tahun naga
diharap membawa bahagia
cuti lagi seluruh negara.

Aku nak meronda
jalan-jalan ke utara
bawa seisi keluarga
menikmati keindahan panorama
di musim cuti-cuti Malaysia.

Jom kita terbang
merayau ke perlis indera kayangan
kalau jumpa hulurkan tangan
tegur-tegurlah saya takut tak perasan
boleh duduk minum sembang-sembang.

CNM, 20/1/12, 15.12pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2012 04:48 PM | Show all posts
Langau bangkai

ke hulu ke hilir
dengan lidah terjelir
membingit telinga
sudah sebati dirinya
sukakan daging bangkai
terjumpa daging bersih
terpandang daging sembelih
daging bangkai juga dihinggapi
daging bangkai juga disanjungi
akhirnya jadi bangkai.

CNM, 20/1/12, 16.34pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 05:19 PM | Show all posts
Pembaris

Sentiasa rasa diri betul
orang lain tak betul
bila ditegur marah berketul-ketul
ingatlah pembaris kamu tak sentiasa betul
ada ketika kau digeledingkan panas ketaksuban
ada kala kau dibengkokkan hangat kebebalan
kompas ada betulnya
mentari ada petunjuknya
bulan bintang ada petunjuknya
cuba sedar diri
jangan hanya lurus bendul.

CNM, 20/1/12, 17.13pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 11:51 PM | Show all posts
Rintik Hujan

Rintik hujan
yang menambah dingin malam
tak sedingin di kamar hati
dalam gigil berkata
sebelum terpejamnya mata
hitungkan bekalan ke sana
biar selebat hujan
melimpah memberi makna
teruskan berdoa.

CNM, 20/1/12, 23.50pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2012 12:09 AM | Show all posts
Kembalikan

Kembalikan kerdipan
yang menyeri langit malam
yang memberi cahaya seluruh alam
agar tak terpadam
cahaya puisi-puisi yang belum hadam.

Kembalikan kerlipan
yang mempesonakan pemandang
yang menakluki hati pengarang
agar tidak hilang
keindahan seni yang dijulang

Kembalikan!

CNM, 21/1/12, 00.10am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:48 PM | Show all posts
kepada semua penulis di sini

kamu ada hak menulis
tulisan kamu akan dibaca khalayak
pembaca berhak memberi pandangan sendiri
pembaca berhak menafsir mengikut pemikirannya
tidak salah kamu mempertahankan pandangan kamu.

TETAPI,

beremosi dengan pandangan orang lain itu tidak patut
adakah semua orang kena bersetuju dengan apa yang kita tulis?
jika tak boleh kawal emosi lebih baik menulis di laman sendiri
di sini kena belajar menerima pandangan orang lain
di sini kena belajar mengkaji kenapa orang lain berfikiran begitu.

CNM, 21/1/12, 18.35pm
Kangar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:49 PM | Show all posts
Aku menulis, kamu menulis

aku menulis apa yang aku rasa
kamu menulis apa yang kamu rasa
jadi masing-masing ada rasa
ada aku emosi dengan apa yang kamu tulis?
aku sekadar memberi pandangan yang berbeza tentang isu kamu tulis
untuk setuju dengan kamu, aku kena analisis
maaf jika aku tidak setuju, aku ada pemikiran aku sendiri
tak semesti akan selari
jadi tak perlu kamu beremosi.

apa yang aku tulis
aku tak harap kamu setuju lurus macam pembaris
kamu analisis
kamu kaji biar habis
beri aku input biar aku analisis
bukan beri aku emosi kamu yang bengis
cuba rasional dalam menulis
cuba belajar menerima pandangan bukan hanya nak menangkis
tak mati dikritik penulis.

aku dah biasa tak disukai
aku dah biasa disingkirkan kerana puisi
aku bersyukur boleh kawal emosi
jadi aku harap kamu boleh kawal emosi
kalau emosi kamu goyang baik jangan ke mari
laman ini macam-macam manusia dengan akal sendiri
tak akan mampu kamu nak kawal minda pemuisi
masing-masing ada cara tersendiri
selebihnya kamu fikirlah sendiri.

CNM, 22/1/12, 20.14pm
Kangar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:50 PM | Show all posts


Di mata

Di matanya
ada seribu rahsia
menanti tanpa suara
memerhati gerak mangsa
tangkas mematukkan racun berbisa
melumpuh anggota
sungguh bahaya.

Kini terkurung dalam cermin kaca
menjadi bahan tontonan saja
makan apa saja yang ada
tak bebas memburu mangsa
hidup tersiksa
dikurung tanpa rela
bisa dibuang penjaga.

CNM, 22/1/12, 22.17pm
Kangar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:51 PM | Show all posts


Nasib

Aku terkurung dalam sangkar
menempuh hari-hari yang sukar
tempatku di dalam belukar
bebas memanjat berpaut pada akar-akar
mencari buahan menghilang lapar
aku tak ingin hidup dalam sangkar
terasing dari kumpulan bebas meliar
nasibku terdampar di taman ular.

CNM, 22/1/12, 22.26pm
Kangar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2012 11:03 PM | Show all posts


Tasik Tasoh

Kuberdiri di sana
menikmati panorama
indah sungguh anugerah yang Esa
tenang di pandangan mata
melimpah ruah air penghilang dahaga
empangan dibina elak bencana
sedikit-sedikit dialir ke muara
merentasi lembah dan desa
mengairi kawasan sawah saban masa
tumbuh subur padi menguning tanpa hampa
hidup makmur seluruh warga
negeri indera kayangan di bawah payung tuanku raja.

CNM, 21/1/12, 23.00pm
Kangar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 06:46 PM | Show all posts


Kutinggalkan

Kutinggalkan jejak
agar terukir kenangan
di bumi menghijau memberi ketenangan
ragutlah pucuk kegundahan
bawa pergi bersama angin ke penjuru alam
biar bayu menderu
mendendangkan lagu ria
menyata hati pernah damai di sini.

CNM, 23/1/12, 18.42pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 09:16 PM | Show all posts
Terpalu jiwa

Apabila mendengar
khabaran tragedi demi tragedi
merapi bergoncangan
memuntah lahar
membanjiri pelusuk kampung
memburu nyawa
tuntut korban tanpa rela.

Apabila menyaksi
klip-klip video tragedi tsunami
membadai tanpa perikemanusiaan
menelan segala harta benda
menjemput nyawa-nyawa ke laut
tanpa ada jalan pulang
terpalu jiwaku.

CNM, 23/1/12, 21.13pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 10:02 PM | Show all posts
Menjulang keibuan, miskin maruah

wajah siangnya sungguh mithali
jadi contoh legenda
anak-anak bangga
punya seorang ibu sepertinya
serba sempurna
tiada cacat cela.

kemiskinan...

wajah malamnya sungguh keji
menelanjangkan maruah
membiar tubuh diratah
menakungi benih-benih haram
demi memenuhi perut anak-anak
niat tidak menghalal cara.

CNM, 23/1/12, 22.01
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.062696 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list