CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yayah8989

Aeril Zafrel & WawaZainal Mengaku NikahDua Kali

[Copy link]
Post time 12-10-2013 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah aiols juga bakal dicerca sekiranya membela nasib mereka?

Nangesssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 07:08 AM | Show all posts
chaintea posted on 12-10-2013 02:27 AM
Kalo rasa xmo berkongsi kisah peribadi..mohon jgn jd retis..so org xkn kisah ko kawen baper kali pon ...

david teo ni nak tgk retis die berjaya dulu br pkir kahwin..... maybe kaum cina mmg pentingkan soal kerjaya.... psl ade kewangan yg kukuh dulu....
bila angau bercinta fokus tu dah ke lain.... mcm masa bljr sibuk nak kahwin la.... klau yg reti bahagikan antara cita2 n cinta tu ok la..... ni kerjaya ntah ke mana.... nama pun baru org nak kenal....

dua retis ni dah buat org menyampah adela,...... twrn maybe berkurangan.....sapa suh menipu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:15 AM | Show all posts
cikgu_murni posted on 12-10-2013 06:50 AM
Biasa lah, pertikaman ayat2 ganaz forumer CARI, memasing mengelupar kepanasan, tak happening dan b ...

betul betul betul bak kata upin ipin

dorang ngaku ke tak sama jer kena lahar....biar je la meke bahagia..
betul jgk..jap g kuar gambo bb senyap arr dorang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:19 AM | Show all posts
iols dlu pon pnh keje dgn company yg ade polisi xleh kawin sesama pekerja nie... ms blaja pon company tue yg sponsor, if breach of contract kne byr lbh krg 100K. sbg rakyat marhen opkos laa kte nie ikut je kan..

so iols agak paham laa kalau wawa & aeril tue nak sorok2 kawin.. tapi xtaulaa syarat2 mig tue dlm kontrak xle kawin sesama retis mig ke, xle kawin before umo 25 ke, & xtau jgk kalau langgar kontrak kne byr brp...
tp agak xbest bila diorg beriya nafikan da kawin, maybe ptt cakap je 'no comment' camtu... apepon da selamat nikah dah, smg berbahagia...   
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:39 AM | Show all posts
tah lah retis nie macam lah dia tu retis grade A macam lah ada paparazzi dok berkhemah depan rumah
kalau dah kawin kata aje lah dah kawin toksah nak sorok2 napa takut tak laku????
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:46 AM | Show all posts
mujur tak minat sangat diorang ni... so x kecewa langsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2013 07:54 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 11-10-2013 08:29 PM
Sah....
Nikah ni mudah...
Ada wali cukup 2 orang saksi...saksi tu klu cukup syarat sbg saksi.. ...

kan... islam tu mudah...

sah pernikahan dari segi agama setelah cukup syarat...

tapi slagi xberdaftar dikira xcomplete pernikahan itu....jabatan agama islam mengambil langkah utk menikah sekali lagi... just incase formality dan kalo2 pernikahan pertama itu xcukup syarat sah nikah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:54 AM | Show all posts
nikah kat dato' harun...
patutlah tiap kali nak p matahari mall..2-3 kali terserempak dgn dia...

hmm..dah selamat nikah..takpalah, tp klau dr awal dok menipu..tak berkat hidup. Minta maaf pd semua org dan bertaubat.

Wawa tu klau dah pas bersalin..mesti bleh nmpak..terutamanya beranak kecik dan menyusu bdn..mesti breast besaq...
melainkan dia workout gila2 utk jd fit mcm zmn anak dara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 08:02 AM | Show all posts
Menafikan diri dah kawen??bodohla artis baru ni...bincang jela dgn david teo...kalau dah tau nak privacy sgt..xyahla jadi artis..dok umah beniaga ke ape ke...ni sibok nak jadi artis pastu mintak privacy..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:03 AM | Show all posts
dino posted on 12-10-2013 07:08 AM
david teo ni nak tgk retis die berjaya dulu br pkir kahwin..... maybe kaum cina mmg pentingkan soa ...

orang cina memikirkan kerjaya dulu, orang melayu pulak sibuk memikirkan nafsu dulu..taknak buat maksiat katanye
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini posted on 12-10-2013 08:03 AM
orang cina memikirkan kerjaya dulu, orang melayu pulak sibuk memikirkan nafsu dulu..taknak buat ma ...

Boleh plak compare dgn yg kafir? Dorg xkahwin pon boleh jer ehem2....
Astaghfirullah...
Kenapa kalu kahwen xboleh berajay ke? Ape punya pemikiranla....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
MengkuduMasam posted on 12-10-2013 07:54 AM
kan... islam tu mudah...

sah pernikahan dari segi agama setelah cukup syarat...

Itu yg ramai org xfaham....
N kutuk dorg mcm2...
Sbb tu sy salahkan org yg sebar cerita ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:27 AM | Show all posts
iols ok je... tu hak dorang.... yang penting dorang x buat maksiat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:30 AM | Show all posts
skymania posted on 11-10-2013 08:13 PM
macam bodoh kan??? so mmg tak salah nak kata.. ARTIS mmg BODOH!

ahahahah,, dah nikah 2012..tp di  ...



mana bodow....die cerdik la tu kene kt btg idung sendiri blk...

bajet superstar sgt smpi kene umum kt PC....

kalo ceter dr ari tu kan sng...

simple je kata dah kawin...

ni nafi mcm hape jer...






Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:30 AM | Show all posts

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin
Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])


Suasana agak tegang apabila Aeril Zafrel cuba berkias ketika sidang media pernikahan rahsianya dengan Wawa. Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Pasangan pelakon Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 22, memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan menjadi bocor dan dilaporkan oleh pihak media.
"Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Pada perancangan asal, kami ingin mengumumkan status perhubungan ini dua tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2015.
"Jadi saya menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi pihak pengurusan. Tetapi tidak sangka pula perkahwinan kami dilaporkan lebih awal," katanya dalam satu majlis yang diadakan di restoran Western 114 di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Dalam majlis itu, kedua-dua pasangan ditemani bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong, pengurus Aeril, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria.
Majlis yang dipenuhi pihak media itu agak tegang apabila Aeril pada mulanya banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan.

Aeril mengaku sedih apabila anaknya dianggap sebagai anak tidak sah taraf gara-gara sembunyikan pernikahan.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin pula pada majlis itu tampil bertudung litup menjawab setiap persoalan dengan berterus terang namun ada beberapa masa air matanya bergenang selepas diasak pelbagai soalan.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan berkata tujuan mereka menyembunyikan status pernikahan itu adalah berpunca daripada peraturan MIG yang melarang artis naungan syarikat itu untuk bercinta.
Untuk rekod, Aeril pernah menjadi artis MIG tetapi mengambil keputusan untuk keluar sebelum tamat kontrak kerana ingin mendalami ilmu agama Islam selain mengambil keputusan untuk berdikari.
Dalam sidang media berkenaan Aeril mendedahkan mereka telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya di sini.
Pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua untuk menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Hasil perkahwinan itu mereka telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
mStar Online menyiarkan jawapan Aeril dan Wawa berhubung kontroversi berkenaan serta penjelasan David Teo yang dituduh menjadi punca perkahwinan itu terpaksa dirahsiakan.

Aeril (kanan) keluar dari lokasi sidang media tanpa mahu bergambar sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.

........................................................................................
AERIL: Saya kenal Wawa pada tahun 2010 ketika sama-sama membintangi filem Klik pada 2010 dan selepas itu kami mula bercinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan MIG. Dan kerana itu apabila pihak media dapat menghidu perhubungan ini kami tidak mengaku bercinta.
Kemudian pada tahun 2011 banyak hal berlaku termasuklah saya menerima penyakit keturunan dan selepas itu barulah saya mendekatkan diri kepada Tuhan. Selepas itu pada 2012 saya terus berjumpa bapa Wawa meluahkan hasrat untuk menikahi Wawa. pada masa sama saya tahu kami tak boleh kahwin sebab akan dimarahi pihak pengurusan. Ye lah sedangkan kami tidak boleh bercinta, apalagi berkahwin.
Maka saya membuatkan keputusan untuk menghalalkan perhubungan ini dengan menikahi Wawa pada 25 Februari 2012 di rumah pengurus saya, Shahriman, mengikut syariat Islam, bukan undang-undang negara. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab.
Mengenai penyakit misteri yang dialami Wawa sehingga terpaksa pulang ke kampung di Lahat Datu, Sabah seperti yang dikatakan itu bohonglah?
WAWA: Tidak! Penyakit misteri itu memang betul. Demi Allah, saya dan adik beradik terkena sihir pada awal tahun ini. Jika ada yang menuduh kononnya saya cuba menutup rahsia perkahwinan dengan penyakit misteri, itu tidak benar. Bagaimanapun Alhamdulillah saya sudah kembali pulih.
Tentang anak pula, apa komen kalian?
AERIL: Setiap pasangan pasti akan diberikan anak. Begitu juga dengan kami. Selepas mendapat tahu Wawa mengandung, saya memutuskan untuk menikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya dan kali ini mengikut undang-undang pula kerana risau anak kami nanti tidak boleh berbinkan nama saya. Dan Alhamdulillah anak kami lahir pada 24 Ogos lalu dan butirannya sama seperti berita yang dilaporkan.

Wawa Zainal kelihatan sedih dengan insiden yang terjadi.

Kenapa nikah dua kali?
AERIL: Sebelum ini kami nikah kerana mahu menghalalkan hubungan. Bukankah kita perlu mendahulukan agama? Kerana jika diikutkan syariat, kami sah sebagai suami isteri.
Kiranya kalian melanggar undang-undang pada mulanya?
AERIL: Kami mahu menghalalkan hubungan sahaja dan mengikut syariat. Cuma tidak didaftarkan sahaja.
Kenapa ambil masa setahun, kemudian baru nak daftar?
AERIL: Kerana Wawa sudah mengandung dan saya perlu memikirkan masa depan anak saya.
Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?
AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.
WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.

Aeril menyarungkan cincin ke jari Wawa semasa majlis pernikahan mereka.

DIKUARANTIN PIHAK MIG
Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?
WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.
Jadi kontrak sekarang macam mana?
WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.
Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?
WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.
Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?
AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.
Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.

David Teo

DAVID TEA NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA
Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.
Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.
Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?
DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.
Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.
Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?
DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?
Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?
DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.




Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kata nikah kali pertama dah sah dr segi syarak cuma perlu daftarkan di pejabat agama je kan x perlu nikah sekali lagi. Melainkan pernikahan kali pertama tu tak sah atau pun tak terjadi sebenarnya pernikahan kali pertama tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 08:37 AM | Show all posts
mixed posted on 12-10-2013 08:30 AM
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin
Oleh FERIDE HIKMET ATAK ()
[/backc ...

Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?
DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.


patutnyer.. depa dua neh patut malu..semalu malunya... gigih kaber line sana sini..menipoo sana sini..dah terkantoi.. seme info depan mata skit pon tak salahnyer info segala yg dikeluarkan.. tp masih lgk ligat..gigih pikir skrip siang malam nak menipoo..

ello! ko tgk statement david neh.. seme mende leh bawak bincang lah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:39 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 12-10-2013 08:14 AM
Boleh plak compare dgn yg kafir? Dorg xkahwin pon boleh jer ehem2....
Astaghfirullah...
Kenapa k ...

mommy ni salah paham.... klau dah kerjaya pun tak kukuh... duit takde.... nak bg makan minum anak bini dgn ape.... dgn chinta semata2.....?
ade value yg bagus dr david teoh yg bagus yg bleh org melayu bljr....kejar cita2 dulu..... dah stabil semua.... bleh la nak pkir psl kawin.....
klau nak kahwin pun tak perlu bohong..... bila depa dah berbohong.... mcm2 fitnah......... sbb tu hal nikah kahwin ni kena dihebahkan......

klau depq ni risau psl kontrak.... bleh bincang..... bkn berbohong ngan semua org.......ni skit2 berselindung di sebalik agama......



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:39 AM | Show all posts
siasia posted on 12-10-2013 08:35 AM
Kalau kata nikah kali pertama dah sah dr segi syarak cuma perlu daftarkan di pejabat agama je kan x  ...

dalam surat khaba metro kata.. yg pertama tuh bermasalah.. sbb takde kursus kawen...

dalam mesia neh apa prosedur kawen??? kalu tak lengkap borang..leh panggey tok kadi genggam tangan kah??

setau aku..mesia neh bab hukum hakam kawen..mmg sngt ketat..

even rita ..awie..serap muslim yg nikah kt siam pon takyah nikah kali kedua kt mesia.. sah jeh.. cuma bila nak daftar bayar denda la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:41 AM | Show all posts
skymania posted on 12-10-2013 08:37 AM
patutnyer.. depa dua neh patut malu..semalu malunya... gigih kaber line sana sini..menipoo s ...

stupidity of the highest order.....ayat maki bos aku dulu.....leh bg kat psgn dua org ni....
takde sapa kisah pun korang kawin klau tak menipu..... berbincang tak mahu.... skit2 slhkan david teo.... die plak lebih paham.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.076284 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list