Edited by zaraaqilah at 3-9-2015 11:22 AM
Rasanya tidak perlu lagi kami cerita mengenai hubungan Sharnaaz Ahmad dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila kerana semua orang sudah tahu mereka cukup mesra dan rapat bersamam meskipun Sharnaaz menafikannya. Terbaru, Sharnaaz semalam dikatakan mengamuk dan memberi amaran kepada satu akaun Instagram palsu yang menggunakan nama Lara Alana iaitu anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kerana telah menghina ataupun memberikan komen yang agak sensitif terhadap Nabila. Sapa yg follow insta cilaka ni?? Tolong block.. Anda akan dibawa kemuka pengadilan.. Tempoh 24jam diberi untuk anda tampil dan memberi penjelasan.. Nak tengok skmm dan pdrm buat kerja?? Cuba lah.. @lara.alanaafanclub.. Sampai liang lahad anda akan dicari.. TAK PAYAH KOMEN DAN LIKE GAMBAR NI..
Nabila juga menerusi akaun Instagram tidak mahu ambil pusing akan perkara tersebut dan menganggap “haters” tersebut sebenarnya cemburu dengan beliau. Kalau dilihat, ramai juga yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuk Nabila agar tidak melayan individu seperti itu.
lohhh????? cilok dr beautifulnara....apa kes?? |