|
hazimlensa posted on 1-11-2012 12:02 PM ![](static/image/common/back.gif)
lokasi tuisyen di mana?
Untuk bulan ni saya akan mulakan di Sunway Ahad ni kelas pukul 2 hingga 5 petang setiap Ahad selama 11 minggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/RootoftheprobleminEnglish.png)
Malam tadi saya amat sukar untuk tidur kerana memikirkan pelbagai masalah yang sedang saya hadapi buat masa ini tetapi dalam saya memikirkan bagaimana saya perlu atasi masalah saya itu Allah berikan ilham pula kepada saya untuk menulis pagi ini tentang bagaimana pula cara kita boleh atasi masalah kita dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Kita selalu nampak yang wang ringgit itu sahaja rezeki yang Allah kurniakan kepada kita tetapi saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana turut menurunkan rezeki dalam bentuk ilham-ilham bagaimana saya boleh menjadi cikgu yang lebih baik dalam mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar yang datang belajar dengan saya dan yang menjadi pelajar di alam maya sperti anda ini.
Alhamdulillah, sebagai jururunding dan pelatih yang telah berkecimpung dalam bidang latihan selama 16 tahun, semakin hari semakin jelas kepada saya apakah punca-punca sebenar kelemahan kita dalam berkomunikasi bahasa Inggeris sekarang ini. Memang betullah pengalaman itu akan mematangkan kita dan akan membantu kita untuk membuat pilihan dan keputusan yang bijak.
Setiap hari saya akan menerima puluhan email, panggilan dan mesej sms yang meminta pendapat saya dan meminta pertolongan saya untuk membantu mereka mengatasi masalah komunikasi bahasa Inggeris mereka.
Mereka yang menghubungi saya inii terdiri daripada ibubapa yang risaukan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anak-anak mereka, mereka yang sedang belajar di sekolah, mereka yang sedang belajar di universiti-uiversiti dan kolej, mereka yang sedang membuat ijazah sarjana muda mereka, mereka yang sedang membuat ijazah sarjana dan juga ada juga yang sedang membuat ijzah kedoktoran mereka.
Sudah tentu sebagai seorang guru, saya amat bersimpati dengan mereka kerana saya sedar yang jika kita ada masalah dengan komunikasi bahasa Inggeris kita dan jika pembelajaran dan kerja kita banyak menggunakan bahasa Inggeris maka ianya akan menjadi satu masalah dan bebanan kepada kita.
Secara amnya, saya akan memberi nasihat yang sama kepada mereka iaitu "Selesaikan masalah-masalah asas dalam komunikasi bahasa Inggeris mereka itu"
Kita mesti sanggup meneroka jauh ke dalam diri kita untuk mencari apakah yang telah membantutkan proses kita untuk mahir dalam bahasa Inggeris. Kenapa setelah sekian lama kita belajar bahasa Inggeris, kita masih tidak dapat fasih dalam bahasa Inggeris atau tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan yang mudah difahami dengan orang lain.
Kenapa pula rakan-rakan kita yang sama-sama belajar bahasa Ingeris dengan kita boleh lebih mahir daripada kita sedangkan mereka menghadiri kelas yang sama dan diajar oleh guru yang sama?
Itulah sebabnya saya selalu mengingatkan diri saya dan pelajar-pelajar saya untuk IKHLAS dan JUJUR dalam membuat analisa diri dalam mencari PUNCA-PUNCA sebenar kenapa kita masih bermasalah dalam berkomunikasi bahasa Inggeris sehingga sekarang.
Apakah sebabnya?
Apakah puncanya?
Apakah faktor-faktornya?
Cuba ambil sedikit masa dan buat analisa komprehensif tentang masalah sebenar dalam menguasai bahasa Inggeris ini.
Adakah ianya disebabkan faktor-faktor di bawah? :-
1. Kurang faham tatabahasa bahasa Inggeris.
2. Masih berfikir dalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
3. Kurang perbendaharaan kata bahasa Inggeris sehingga menyebabkan kita sukar membuat ayat-ayat yang lebih berkesan dalam bahasa Inggeris dan juga menyukarkan kita untuk memahami ayat-ayat bahasa Inggeris orang lain.
4. Kurang latihan-latihan komunikasi bahasa Inggeris.
5. Sikap yang kurang positif terhadap bahasa Inggeris seperti tidak minat dengan bahasa Inggeris.Kurang minat membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris dan kurang menonton rancangan-rancangan TV dalam bahasa Inggeris dan kurang juga mendengar program-program dalam bahasa Inggeris di radio dan sebagainya.
6. Kurang kecekalan dalam mempelajari bahasa Inggeris. Mungkin kita pernah cuba belajar semula bahasa Inggeris ini tapi kita tidak belajar sehingga habis dan ada aspek-aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang kita tidak pelajari semula dengan betul. Mungkin juga kita ada cuba tingkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris kita dan penyusunan ayat-ayat bahasa Inggeris kita dengan membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris setiap hari tetapi kita tidak terus menerus membaca mereka.
Apa-apa pun punca masalah komunikasi bahasa Inggeris kita, inilah langkah pertama kita untuk meningkatkan kemahiran kita dalam berbahasa Inggeris.
Sebelum kita boleh menyelesaikan masalah kita dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, sudah tentu kiat perlu tahu apakah PUNCA SEBENAR masalah kita ini.
Apabila punca sebenar TELAH DIKENALPASTI barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kiita dalam berbahasa Inggeris.
Sebagai contoh, antara punca utama kenapa kita mungkin ada masalah dalam berbahasa Inggeris ialah kerana kita kurang faham konsep tatabahasa bahasa Inggeris dan juga kerana kita lemah dalam perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Ini bermakna selagi kita tidak menyelesaikan dua masalah utama ini iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata maka selagi itulah kita tidak menyelesaikan masalah kita dalam berbahasa Inggeris. Kita mungkin terikut-ikut dengan sesetengah orang yang akan memberitahu kita, "Alahhh, tatabahasa tu tak penting..Ko cakap dan tulis je...lama2 ko pandai le.." Ya, ini mungkin betul dan berkesan untuk sesetengah orang tetapi ianya satu proses yang akan mengambil masa untuk meningkatkan kemahiran kita dan juga satu pendekatan yang agak merbahaya terutamanya jika kita dikelilingi oleh orang yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris.
Pastikan anda SANGGUP selesaikan masalah akar umbi ini jika anda BETUL-BETUL ingin selesaikan masalah komunikasi bahasa Inggeris anda.
Saya amat bersimpati dengan sesetengah orang yang mempunyai semangat dan kecekalan yang tinggi dan sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris mereka tetapi akhirnya kecewa kerana masih tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Saya amat-amat ingin membantu anda menjadi mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris tetapi anda kena IKHLAS dengan diri anda terlebih dahulu.JUJUR dengan diri anda dulu dan KETAHUI apakah punca sebenar anda masih kurang yakin berkomunikasi bahasa Inggeris. Anda kena pastikan anda buat MUHASABAH diri dan KENALI diri anda terlebih dahulu. Anda yang kenal siapa diri anda sebenarnya. Anda sendiri yang kenal apakah kelemahan anda dan apakah kekuatan anda.
Saya amat-amat sedih jika pelajar-pelajar saya tidak dapat mencapai kemahiran berbahasa Inggeris yang mereka inginkan tetapi sebagai seorang guru dan bagaimana hebat sekalipun saya ini, kejayaan seseorang pelajar itu banyak bergantung kepada diri mereka sendiri.
PERCAYA lah..bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ada lagi bahasa-bahasa di dunia ini yang jauh lebih sukar seperti bahasa Perancis, bahasa Mandarin dan banyak lagi.
Mungkin kadang-kadang kita rasa bahasa Inggeris ini sukar kerana bahasa Melayu kita ini amat mudah untuk dikuasai..Itu sahaja...
Jadi saya amat-amat berharap anda mengambil sedikit masa untuk menganalisa punca sebenar kelemahan bahasa Inggeris anda dan ambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah anda itu.
Cikgu Yusoff
019-3090711
[email protected]
www.knowledgecentre.wordpress.com
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/CikguYusoffcheckingtechnique.png)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Pendekatan yang saya gunakan dalam kelas-kelas dan kursus-kursus bahasa Inggeris yang saya jalankan sepanjang 10 tahun saya mengajar bahasa Inggeris mungkin agak berbeza daripada pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan guru-guru bahasa Inggeris yang anda pernah jumpa sebelum ini.
Kenapa saya kata pendekatan saya agak berbeza?
Hal ini disebabkan kerana saya banyak menggunakan pendekatan What-Why- How dalam topik-topik yang ajari itu.
Dengan menggunakan pendekatan WWH ni, pelajar-pelajar saya bukan sekadar menghafal apa yang saya ajari tetapi 'memahami' apa yang diajari.Teknik menghafal agak bahaya kerana pelajar-pelajar mudah lupa tetapi dengan memahami, pelajar-pelajar saya akan lebih ingat kerana:-
1. Mereka fahami konsep sebenar aspek tatabahasa yang diajar.
2. Mereka nampak lojik disebalik sesuatu aspek tatabahasa itu.
3. Mereka tahu bila dan bagaimana untuk menyemak dalam komunuikasi bahasa Inggeris mereka.
Sebagai contoh, anda mungkin pernah nampak dalam bahasa Inggeris penggunaan ejaan yang berbeza untuk kata nama seperti:-
One boy - two boys
A box - several boxes
This butterly - These butterflies
That thief - Those thieves
1 child - 10 children
One sheep - Many sheep
Kepada yang belum pernah belajar atau sudah ingat-ingat lupa aspek ini mungkin akan tertanya-tanya:-
1. Kenapa bila digunakan dengan 'two' ejaan asal 'boy' ditambah 's' ?
2.Kenapa pula bila 'box' digunakan dengan 'several' ianya di tambah 'es' dan bukannya 's' ?
3. Apa pulak beza ia antara 'this butterfly' dengan 'this butterflies'
4. Kenapa 'that' digunakan dengan 'thief' tetapi 'those' digunakan dengan 'thieves' ?
5. Kenapa pula bila digunakan dengan '1' ianya '1 child' tetapi dengan '10' ianya menjadi '10 children' ? Kenapa tidak '10 childs' ataupun '10 childrens' ?
Itulah sebabnya saya suka menggunakan Teknik WWS daripada menyuruh pelajar-pelajar saya menghafal seperti one boy - two boys, a boy - many boys atau that boy - those boys dan sebagainya.
Apa yang saya buat dalam kelas saya ialah saya akan terangkan yang:-
1. WHAT - Hal ini adalah berkaitan dengan Singular dan Plural nouns.
2. WHY - Kenapa ada Singular dan Plural ialah kerana ianya berkaitan dengan kuantiti sesuatu noun itu iaitu Qty = 1 ---> Singular noun dan Qty > 1 = Plural Noun
3. HOW - Apabila noun berubah daripada Singular ke Plural kebiasaannya ianya akan ditukar ejaannya dengan menambah 's' seperti dalam 'boys' atau ditambah 'es' seperti dalam 'boxes' dan ada juga huruf 'y' ditukar kepada 'ies' seperti dalam 'butterflies' atau ada juga yang huruf 'f' nya ditukar kepada 'ves'.
Bagaimanapun, pelajar-pelajar saya bukan sahaja diajar Teknik WWS ini tetapi juga didedahkan dengan Teknik Formulasi Tatabahasa bahasa Inggeris seperti Qty = 1 ---> Singular noun dan Qty > 1 = Plural Noun untuk memudahkan lagi pemahaman dan meningkatkan ingatan mereka tentang aspek yang AMAT-AMAT penting dalam bahasa Inggeris ini.
Antara sebab kenapa ramai daripada kita kurang mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris kita ialah kerana kita nampak bahasa Inggeris ini sebagai satu subjek yang subjektif dan kita sukar untuk melihat logik disebalik sesuatu perubahan ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris itu.
Dengan menggunakan Teknik WWS dan Teknik Formulasi Tatabahasa bahasa Inggeris ini maka lebih mudah dan lebih lama pelajar saya akan faham tentang apa-apa aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang saya ajar itu.
Saya berharap cikgu-cikgu bahasa Inggeris dan ibubapa dapat menggunakan teknik ini dalam mengajar pelajar-pelajar dan anak-anak mereka kerana teknik ini memang pad apendapat saya amat berkesan terutamanya kepada mereka yang suka seesuatu yang spesifik, mudah disemak dan mudah diingati.
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris untuk dewasa sakan bermula 1hb Disember ini di Putrajaya dan pada 9hb Disember di Sunway dan tuisyen pelajar UPSR akan bermula pada 7hb Disember di Bangi dan 8hb Disember di Kompleks Kejiranan Prct 16, Putrajaya.
Cikgu Yusoff
Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak
Trainer semenjak 1996
[email protected]
019-3090711 / 018-2911613
Last edited by cikgutuition on 9-11-2012 05:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain daripada masalah dalam tatabahasa, saya perhatikan kadang2 students saya masih banyak masalah dari segi perbendaharaan kata. Masaalah ini amat serius dan perlu anda atasi seiring dengan pembelajaran tatabahasa anda.
Kalau anda permudahkan,sebenarnya mudah sahaja untuk memperkukuhkan kosa kata bahasa Inggeris anda dan antaranya ialah:-
1. Tingkatkan pembacaan apa-apa bahan dalam bahasa Inggeris.
2. Rajin menyemak kamus jika jumpa sahaja apa2 perkataan yang tidak diketahui atau kurang pasti makna ia.
3. Menggunakan thesaurus untuk mencari perkataan-perkataan seerti dan berlawanan untuk perkataan2 bahasa Inggeris yang sudah anda ketahui.
Sebagai contoh anda boleh gunakan kamus untuk mencari sinonim (seerti) untuk perkataan 'hungry' dan thesaurus akan memberikan anda perkataan seperti famished, peckish, starved dan starving dan antonim (berlawanan) seperti full, satiated.
4. Berani menggunakan (adventurous) untuk menggunakan perkataan-perkataan baru yang anda sudah jumpa dalam penulisan dan perbualan anda.
Mulakan hari ini usaha anda untuk meningkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda untuk membantu anda menjadi lebih fasih dalam bahasa Inggeris.
Ingat! Yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih itu tidak akan datang melayang.
" You reap what you sow. " Last edited by cikgutuition on 28-11-2012 01:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau dari thesaurus.com
Main Entry: hungry [huhng-gree] Show IPA
Part of Speech: adjective
Definition: starving; desirous
|
Synonyms: athirst, avid, carnivorous, could eat a horse, covetous, craving, eager, edacious, empty, esurient, famished, famishing, flying light, got the munchies, greedy, hankering, hoggish, hollow, hungered, insatiate, keen, omnivorous, on empty stomach, piggish, rapacious, ravenous, starved, unfilled, unsatisfied, voracious, yearning
Antonyms: full, replete, satiated, satisfied, stuffed
http://thesaurus.com/browse/hungry?s=t
the synonyms of hungry
thesaurus.com
Synonyms for hungry at Thesaurus.com with free online thesaurus, antonyms, and definitions. Dictionary and Word of the Day. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/Oxford3000.png)
As Salam Semua
Antara aspek yang cikgu akan ajar dalam kursus Teknik Cepat dan Mudah Menguasai bahasa Inggeris di Sunway pada 25/12 dan di Putrajaya pada 1/12 ialah teknik-teknik yang telah terbukti berkesan dan cepat untuk mempertingkatk
an kosakata English vocabulary kita.
Antara teknik-teknik yang cikgu akan perkenalkan dalam kursus sehari itu nanti ialah:-
1. Teknik kuasai Oxford 3000 untuk menguasai perkataan-perkataan penting dalam bahasa Inggeris.
2. Teknik penggunaan kamus secara efektif
3. Teknik penggunaan thesaurus untuk sinonim dan antonim
4. Teknik Tingkatkan Vocabulary dengan 4 perkataan utama dalam bahasa Inggeris iaitu Noun,Verb, Adjective dan Adverb
Kesemua teknik ini amat berkesan dan yang paling penting CEPAT untuk membantu kita meningkatkan vocabulary kita dan juga boleh membantu kita FAHAM tentang vocabulary kita dari segi penggunaan mereka.
Jangan sekadar HAFAL sahaja perkataan2 dalam bahasa Inggeris itu tetapi lebih EFEKTIF jika anda tahu bila dan bagaimana anda boleh menggunakan perkataan-perkataan tersebut.Itu antara sebab cikgu akan perkenalkan Teknik Tingkatkan Vocabulary dengan 4 perkataan utama dalam bahasa Inggeris iaitu Noun,Verb, Adjective dan Adverb di mana berdasarkan pengalaman cikgu belajar selama lebih 40 tahun dan melatih orang selama 16 tahun, adalah cara terbaik untuk MEMAHAMI vocabulary anda.
Dalam Teknik Tingkatkan Vocabulary dengan 4 perkataan utama dalam bahasa Inggeris iaitu Noun,Verb, Adjective dan Adverb nanti anda akan diajar untuk HAFAL dan TAHU menggunakan keempat2 jenis perkataan ini yang kadang2 ejaan mereka hampir-hampir sama seperti:-
1. Beauty - Noun - Kata Nama - Kecantikan
2. Beautify - Verb - Kata Kerja - Mencantikkan
3. Beautiful - Adjective - Adjektif/Kata Sifat - Cantik
4. Beautifully - Adverb - Adverba/Kata Keterangan - Dengan cantik/Secara cantik
Ada lagi perkataan2 yang lebih hampir ejaan mereka seperti:-
1. practice - noun dan practise - verb
2. device - noun dan devise - verb
Jadi pastikan anda tingkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda dengan cepat dan efektif untuk membantu anda menjadi fasih dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.
Untuk yang berminat menyertai kursus Teknik Cepat dan Mudah Menguasai bahasa Inggeris di Sunway pada 25/12 dan di Putrajaya pada 1/12 sila hubungi cikgu ya di [email protected] atau di 019-3090711
Cikgu Yusoff
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/Plural.png)
Antara aspek yang mungkin kita rasa sukar dalam bahasa Inggeris ialah pertukaran kepada ejaan-ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Ianya kadang2 agak mengelirukan kita dan seperti yang pernah saya tulis sebelum ini anda perlu tahu 3 aspek iaitu:-
1. WHAT
2. WHY
3. HOW
Jangan HAFAL ya.Amat2 bahaya jika anda sekadar hafal kerana ianya menyukarkan kita untuk menggunakan ia nanti.
Sebagai contoh,antara aspek yang kadang mengelirukan kita ialah konsep Kata Nama Tunggal atau Singular Noun dan Kata Nama Majmuk atau Plural Noun dalam bahasa Inggeris. Jika anda kurang faham aspek ini maka ianya akan banyak menjejas aspek tatabahasa kita yang lain dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan Kata Kerja atau Verbs yang betul dengan Singular dan Plural nouns tersebut.
Mari kita buat analisa dari segi Aspek Semakan WWH ini iaitu:-
1. WHAT? Singular plural ini adalah berkaitan dengan kuantiti sesustu noun itu di mana -
Kuantiti = 1 ialah Singular noun
Kuantiti > 1 = Plural noun
Perhatikan yang plural noun ialah noun yang kuantiti ia lebih daripada satu dan bukannya perlu kuantiiti ia banyak.
2. WHY? Kenapa anda perlu tahu aspek singular plural ini ialah yang pertama sekali anda perlu tahu ialah ejaan noun untuk kuantiti =1 (singular) dan kuantiti > 1 (plural) MUNGKIN berbeza seperti
1. A boy - two boys
2. One bus - many buses
3. 1 thief - 10 thieves
4. a country - few countries
Bagaimanapun anda juga perlu tahu yang bukan semua plural nouns itu sekadar melibatkan penambahaan -s, -es dan -ies tetapi ada juga:-
5. Berubah bentuk seperti one child - several children
6. Tidak berubah bentuk seperti A sheep - two sheep
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari aspek HOW pula anda perlu tahu yang bagaimanakah caranya anda mengeja Plural Nouns anda dan apa yang boleh membantu anda secara amnya ialah:-
1. Kebanyakan plural nouns melibatkan penambahan -s sahaja kepada ejaan singular nouns mereka.
2. Untuk nouns yang berakhir dengan 'y' tetapi sebelum 'y' itu ialah huruf konsonan (bukan a,e,i,o,u) anda perlu buang 'y' itu dan tambah '-ies'
baby menjadi babies
butterfly menjadi butterflies
3. Untuk nouns yang berakhir dengan -ch, -sh, -s, -s dan -x maka anda perlu tambah -es dihujung mereka seperti
catch - catches
bush - bushes
boss - bosses
tax - taxes
bus - buses
4. Untuk sesetengah nouns yang berakhir dengan -f dan -fe -f dan -fe itu dibuang dan digantikan dengan -ves
Cth
wife - wives
loaf- loaves
knife -knives
Pengecualian
roof - roofs
cliff - cliffs
chief - chiefs
5. Untuk nouns yang berakhir dengan -0, bentuk plural mereka samaada ditambah -s atau -es
Cth
zoo- zoos
hero - heroes
Ada juga yang boleh menggunakan kedua2 bentuk
Cth
mosquito - mosquitoes . mosquitos
volcano - volcanos / volcanoes
* biasanya bentuk -es seperti volcanoes dan mosquitoes digunakan.
6. Ada juga nouns yang tidak berubah bentuk plural nya seperti
one sheep - many sheep (bukannya many sheeps)
Cth lain
deer - deer
fish -fish
* fishes cuma digunakan untuk pelbagai jenis ikan sahaja.
7. Ada juga nouns yang berubah bentuk plural forms mereka
Cth
a child - few children
one person - several people (bukan several persons atau several peoples)
Ni antara aspek yang paling penting yang cikgu akan ajar dalam kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula pada 5hb Januari depan di Putrajaya dan 6hb Januari. Kursus ini sesuai untuk lepasan SPM, mereka yang inigin mengambil MUET dan juga mereka yang ingin meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris mereka untuk kerjaya mereka.
Last edited by cikgutuition on 10-12-2012 03:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/reading_zpsa52fb1ae.png)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda dengan membaca teks dalam bahasa Inggeris
Menurut laman web helping-you-learn-english.com, salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita ialah dengan membaca teks -teks bahasa Inggeris dan anda akan rasai ada peningkatan dalam bahasa Inggeris anda secara keseluruhan.
Tambahan pula, membaca adalah satu cara yang mudah, menyeronokkan dan amat murah untuk memperbaiki banyak aspek Bahasa Inggeris kita. Kita boleh meningkatkan perbendaharaan kata kita, pemahaman dan tatabahasa dengan hanya mengambil sebuah buku bahasa Inggeris atau melayari laman-laman web berbahasa Inggeris.
Membaca teks dalam Bahasa Inggeris boleh membantu kita dalam banyak aspek pembelajaran kita. Apabila kita membaca dalam Bahasa Inggeris kita dapat mempelajari perkataan baru dan struktur tatabahasa.
Jika kita berkali-kali melihat perbendaharaan kata baru kita akan mengingati perkataan-perkataan baru itu dan kemudian kita akan dapat menggunakannya apabila menulis atau bercakap dalam bahasa Inggeris.
Adalah penting untuk masuk ke dalam tabiat membaca teks dalam bahasa Inggeris: buku, surat khabar, majalah atau laman web. Jika anda membaca sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari, anda akan melihat peningkatan dalam perbendaharaan kata anda, ungkapan lisan dan kemahiran membaca Bahasa Inggeris anda. Saya sering memberitahu pelajar-pelajar saya yang pembacaan apa-apa bahan dalam bahasa Inggeris itu mesti dibuat setiap hari tanpa gagal dan tanpat cuti.
Apabila anda membaca teks dalam bahasa Inggeris, ia adalah idea yang baik untuk tidak melihat perkataan di dalam kamus setiap kali anda tidak memahami sesuatu perkataan itu.
Sebaliknya, ia adalah lebih baik untuk mencuba dan meneka makna perkataan baru berdasarkan konteks ayat. Apabila anda menggunakan konteks dan bukannya kamus untuk mempelajari perkataan, anda akan dapat ingat perkataan lebih mudah.
Bagaimanapun jika anda ingin menggunakan pendekatan yang agresif untuk mahir dalam masa yang singkat, anda digalakkan juga menyemak kamus dari masa ke semasa.
Dalam usaha untuk membantu anda menikmati membaca dalam Bahasa Inggeris, anda boleh memilih seorang penulis yang anda minati. Sebagai contoh, semasa kecil saya amat suka buku-buku garapan Enid Blyton dan semasa remaja saya suka novel2 tulisan Roald Dahl dan sekarang saya lebih suka novel-novel tulisan Jeffrey Archer. Anda juga boleh memberi tumpuan kepada topik yang menarik minat anda seperti bola sepak, internet, fesyen, pendidikan, berita dan sebagainya.
Jika anda berminat dalam meningkatkan kesihatan anda, mengapa tidak mengkaji cara yang berbeza untuk meningkatkan ia dalam Bahasa Inggeris? Jika anda mahu untuk melawat Kanada, mengapa tidak meneroka bandar pilihan anda dalam bahasa Inggeris. Bahasa adalah lebih mudah untuk belajar apabila anda menggunakannya dengan cara yang menarik dan relevan untuk diri sendiri.
Satu lagi perkara yang anda boleh cuba ialah dengan membaca buku yang sama, majalah, artikel atau laman web lebih daripada sekali. Jika anda membaca sesuatu dan kemudian anda membaca sekali lagi dalam beberapa hari atau minggu, anda akan notis bahawa kali kedua atau berturut-turut bahawa anda membaca, anda akan memahami lebih lanjut dan anda akan mengukuhkan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang baru.
Mulakan hari anda setiap hari dengan membaca!
Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa nggeris cikgu akan bermula pada 5hb Januari di Kompleks Kejiranan Precint 16 dan pada 6hb Januari di Leisure Commerce Square (bersebelahan Stesyen Komuter Setia Jaya).Tempat terhad kepada 15 orang sahaja dan tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi!
Diskaun khas untuk pelajar lepasan SPM 2012
Cikgu Yusoff
019-3090711
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/goodgrammar_zps414d86e7.png)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Apa khabar anda semua?Saya harap rakan-rakan saya di sini dalam keadaan sihat walafiat dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita untuk memajukan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya negara kita.
Ramai yang sudah maklum yang kursus-kursus bahasa Inggeris saya amat menekankan aspek tatabahasa atau Grammar di samping aspek kosakata atau Vocabulary.
Jika anda tertanya-tanya kenapalah saya sentiasa menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini maka saya cuba untuk menerangkan dalam artikel ini supaya kita sama-sama dapat manfaat dari ia.
Antara sebab-sebab utama kenapa saya menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini ialah kerana pada saya Grammar ini dapat membantu kita menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang amat singkat dan juga membuatkan pembelajaran bahasa Inggeris kita menjadi amat mudah! Jika anda mencari-cari jalan pintas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris, jawaban ia ialah Kuasai Grammar! Mudah bukan?
Cuba kita lihat kenapa Grammar mempercepatkan dan mempermudahkan pembelajaran bahasa Inggeris kita:-
1. Grammar memudahkan kita faham kenapa apabila kita menggunakan kata nama kita kadang-kadang perlu menambah s,es,ies atau ves kepada sesuatu kata nama itu.
2. Grammar juga membantu kita memahami konsep uncountable nouns atau kata nama yang tidak boleh dikira seperti water,sugar,flour dan sebagainya di mana kata-kata nama ini tidak boleh kita tukar bentuk mereka kepada kata nama majmuk atau plural nouns seperti waters,sugars dan flours.
3. Grammar juga akan membantu kita dari segi penambahan apostrophe dan apostrophe s kepada kepada kata nama untuk menukarkan mereka kapada possessive nouns seperti Ali's car dan the boys' mother.
4. Dalam topik Pronouns atau Kata Ganti Nama juga, grammar akan membantu kita apakah bezanya antara he, him, his dan himself.
5. Dalam topik Pronouns juga, grammar akan membuat kita lebih faham bila kita boleh menggunakan pronouns yang dalam bentuk reflexive seperti himself,herself, yourself dan sebagainya.
Jika anda perhatikan grammar dalam dua topik sahaja sudah boleh membantu kita membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris dan ini akan memudahkan semua orang untuk memahami bahasa Inggeris yang kita gunakan tidak kiralah mereka ini daripada Malaysia, Singapore, U.S.A. mahupun U.K. kerana kita menggunakan standard atau piawai yang sama dalam komunikasi bahasa Inggeris kita.Kita tidak akan teragak-agak lagi tentang bahasa Inggeris kita dan kita akan lebih yakin berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau bagaimana hebat sekalipun mereka.
InsyaAllah saya akan lebih kerap berkongsi ilmu bahasa Inggeris yang sedikit ini.Saya harapkan anda dapat terus mendoakan kesihatan saya dan agar saya sentiasa diselamatkan Allah dan dimurahkan rezeki oleh Nya.
Jika ada yang berhajat belajar dengan saya secara terus dan lebih komprehensif,Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula pada 5hb Januari ini di Prct 16,Putrajaya dan [ada 6hb Januari di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya. InsyaAllah jika anda bersungguh2 dalam mempelajari bahasa Inggeris ini,anda akan sedari yang bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.
Moga maju jaya!
Cikgu Yusoff 0193090711 myknowledgecentre.wordpress.com
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/Reading2_zps31774a1f.png)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Saya sering menasihatkan pelajar-pelajar saya agar banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris kerana secara peribadinya, membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris telah banyak membantu saya untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa Inggeris.
Apabila kita membaca dalam bahasa Inggeris ini bermakna bahawa kita menggunakan otak anda dalam cara yang sangat aktif. Membaca adalah satu proses yang sangat aktif. Apabila anda membaca teks, anda perlu melakukan beberapa atau semua perkara berikut:
i. Bayangkan adegan-adengan dalam kepala anda
ii. Memahami dengan jelas apa yang penulis cuba perkatakan
iii. Bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang telah ditulis oleh penulis.
Kelebihan Membaca
Apabila anda belajar bahasa Inggeris, aspek mendengar, bercakap dan menulis adalah penting, tetapi membaca juga akan amat membantu kita untuk menadi mahir dalam masa yang singkat.
Terdapat banyak kelebihan yang berkaitan dengan membaca, termasuk:
Peningkatan perbendaharaan dalam konteks
Anda biasanya akan menghadapi perkataan baru apabila anda membaca. Jika terdapat terlalu banyak perkataan baru untuk anda, maka tahap adalah terlalu tinggi dan anda perlu membaca sesuatu yang mudah. Tetapi jika terdapat, katakan, maksimum lima perkataan baru setiap halaman, anda akan belajar perbendaharaan kata ini mudah. Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan kamus kerana anda boleh meneka makna dari seluruh teks (dari konteks). Bukan sahaja anda mempelajari perkataan-perkataan baru, tetapi anda melihat mereka sedang digunakan secara semula jadi.
Model Untuk Menulis
Apabila anda membaca, ia memberikan anda satu contoh yang baik untuk menulis. Teks yang anda membaca menunjukkan kepada anda struktur dan ungkapan yang boleh anda gunakan apabila anda menulis.
Melihat "betul Berstruktur" Bahasa Inggeris
Apabila orang menulis, mereka biasanya menggunakan Bahasa Inggeris yang 'betul' dengan struktur tatabahasa yang betul. Ini tidak selalunya benar apabila orang bercakap kerana kadang-kadang orang banyak bercakap dalam bahasa Inggeris yang informal danj juga kurang tepat tatabahasa ia. Jadi, dengan membaca anda lihat dan belajar Bahasa Inggeris tatabahasa secara semulajadi.
Belajar Mengikut Kelajuan Anda Sendiri
Anda boleh membaca dengan cepat atau perlahan-lahan mengikut tempo yang anda suka. Anda boleh membaca sepuluh muka surat dalam masa 30 minit, atau mengambil masa satu jam untuk meneroka hanya satu halaman. Ianya tidak penting. Pilihan adalah milik anda. Anda tidak boleh dengan mudah melakukan hal ini apabila bercakap atau mendengar. Ini adalah salah satu kelebihan besar membaca kerana orang yang berlainan bekerja pada kelajuan yang berbeza.
Faedah peribadi
Jika anda memilih untuk membaca sesuatu yang anda suka, ia sebenarnya boleh menarik minat anda untuk membaca dan ianya akan menyeronokkan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin membaca tentang bola sepak dalam bahasa anda sendiri, mengapa tidak membaca tentang bola sepak dalam bahasa Inggeris? Anda akan mendapatkan maklumat mengenai bola sepak dan memperbaiki Bahasa Inggeris anda pada masa yang sama.
Lima Tips untuk Membaca
Petua # 1
Cuba untuk membaca di tahap yang betul. Baca sesuatu yang anda (lebih atau kurang) boleh faham. Jika anda perlu untuk berhentikan setiap tiga perkataan untuk merujuk kepada kamus, ianya akan membosankan anda dan akan membuat anda kurang minat untuk meneruskan tabiat membaca itu.Pastikan bahan bacaan yang anda pilih itu tidak terlalu susah dan tidak terlalu mudah bahasa ia.Jika terlalu mudah pula, anda tidak akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris.
Petua # 2
Buat kamus perbendaharaan kata anda sendiri untuk perkataan-perkataan baru yang anda jumpa dalam pembacaan anda. Jika terdapat empat atau lima perkataan baru pada halaman, tulis mereka dalam kamus anda atau buku perbendaharaan kata anda itu. Tetapi anda tidak perlu untuk menulis mereka semasa anda membaca. Sebaliknya, cuba untuk meneka makna mereka semasa anda membaca; menandakan mereka dengan pen; kemudian kembali apabila anda telah selesai membaca untuk memeriksa dalam kamus dan menambah perkataan-perkataan itu dalam buku perbendaharaan kata anda.
Petua # 3
Cuba untuk membaca dengan kerap. Sebagai contoh, cuba membaca untuk masa yang singkat sekali sehari. Lima belas minit setiap hari adalah lebih baik daripada dua jam setiap hari Ahad. Tetapkan masa membaca anda itu. Sebagai contoh, anda boleh membaca selama lima belas minit apabila anda pergi ke katil, atau apabila anda bangun, atau pada waktu makan tengahari.
Petua # 4
Bersedia. Pastikan anda ada bahan-bahan yang diperlukan semasa membaca iaitu:
i. Sesuatu untuk dibaca
ii. Penanda atau highlighter untuk menyerlahkan perkataan-perkataan yang sukar
iii. Kamus
iv. Kamus anda atau buku perbendaharaan kata anda
v. Pen untuk menulis perkataan baru
Petua # 5
Baca apa apa yang anda MINATI. Pilih sebuah majalah atau buku tentang subjek yang anda suka.
Adalah amat diharap artikel saya kali ini dapat membantu bagaimana membaca boleh membantu anda untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa Inggeris.Bermula 2012 dan 2013 ini saya akan cuba untuk lebih aktif menulis untuk membantu anda semua di sini untuk menjadi mahir dalam masa yang singkat.
Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 5hb Januari di Putrajaya dan 6hb Januari di Sunway. Tempat terhad.
Cikgu Yusoff 019-3090711
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini ialah hari terakhir dalam tahun kalendar roman 2012 dan esok akan bermulalah tahun baru 2013.Begitu cepat sekali masa berlalu..Rasanya baru sahaja kita masuk tahun 2012 dan baru sahaja menyambut hari Raya Aidil Fitri tapi sedar tak sedar sudah tamat tahun 2013 ini.Biasanya pada hujung tahun kita sibuk dengan penilaian prestasi kerja kita dan masuk tahun 2013 kita kita akan berdebar-debar pula menunggu berapa bulankan bonus yang akan kita perolehi daripada majikan kita dan berapa peratus pulalah kenaikan gaji kita. Jika bonus dan kenaikan gaji yang kita dapati tidak seperti yang kita jangkakan maka kita perlu menunggu setahun lagi untuk kenaikan dan bonus yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, bagi mereka yang agresif, apabila mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang diharapkan maka mereka akan mula mencari kerja lain yang boleh membantu mereka mendapat kenaikan gaji sekitar 30-40%!Ini bermakna jika gaji mereka sekarang ialah RM2,000, mereka akan mendapat kenaikan sekitar RM600 sebulan atau RM7,200 setahun! Ini sama dengan bonus sebanyak 3 1/2 bulan!
Saya sendiri semasa saya bekerja dengan orang lain dahulu saya tidak tunggu lama disesuatu organisasi dan bila saya berpindah kerja, saya memang dapat kenaikan 30-40%.Pada saya jika kenaikan yang diterima kurang daripada 30% maka perpindahan kerja yang kita buat itu tidak berbaloi kerana apabila kita bertukar kerja kita akan kehilangan seniority dan kelebihan pengalaman di tempat lama kita itu.Rasaya saya, apa yang memudahkan saya mencari kerja lain di masa lepas ialah kelebihan saya dari segi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Hal in amat penting terutamanya kepada mereka yang bekerja di sektor swasta seperti saya kerana hakikatnya,bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi utama di dalam sektor swasta.Selain boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik,saya juga boleh mengendalikan kursus2 tertentu untuk staff dan juga untuk pelanggan-pelanggan syarikat saya.
Untuk memudahkan anda bertukar tempat kerja, terutamanya di dalam sektor swasta, anda perlu mahir membuat ayat-ayat dalam bahasa yang betul tatabahasa ia dan bukan sekadar membuat ayat dalam broken English atau bahasa Inggeris pasar.
Majikan sanggup membayar gaji yang tinggi kepada mereka yang selain mempunyai kelulusan yang sesuai dan pengalaman yang mencukupi, kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan yang tepat penggunaan tatabahasa ia.Malah kajian yang dibuat oleh Persekutuan Majikan Malaysia atau Malaysian Employer federation (MEF) untuk Eksekutif 2010 mendedahkan bahawa 68% daripada syarikat yang dikaji menamakan kemahiran komunikasi sebagai kualiti paling penting yang diperlukan dalam permohonan kerja, diikuti oleh pengalaman bekerja (67%), kemahiran interpersonal (56.2%) dan semangat dan komitmen (55.7%). Rujukan http://thestar.com.my/news/story ... 4838&sec=nation
Itulah sebabnya kenapa dalam kursus saya, saya lebih menekankan aspek tatabahasa dan kosakata terlebih dahulu.Ya, memang mereka yang menyertai kursus bahasa Inggeris yang saya jalankan itu berminat untuk meningkatkan kemahiran bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris tetapi pada saya,tiada jalan pintas ke arah itu kerana dalam pengalaman saya yang akan masuk tahun ke8 masuk 2013 ini ialah ramai pelajar saya masih lemah dalam tatabahasa asas bahasa Inggeris mereka.
Masih ramai yang bercakap dan menulis I have 4 childs atau I have four childrens sedangkan child itu kalau ada seorang sahaja anak kita iaitu I have one child dan kalau lebih daripada seorang kita patut menggunakan I have four children dan bukannya childs atau childrens.
Begitu juga dengan penggunaan apostrpohe dalam pemilikan dan masih ramai yang keliru antara its dan it's di mana its digunakan untuk menunjukkan pemilikan dan it's pula ialah singkatan untuk it is yang digunakan dalam perbualan sahaja dan tidak dalam penulisan formal.
Ramai juga yang masih keliru dengan penggunaan Verb TO BE di mana tidak ramai yang tahu BE ini ialah kata dasar atau kata akar kepada am,is,are,was,were dan sebagainya dan hanya digunakan sebagai kata kerja pembantu dan digunakan untuk menunjukkan masa atau kewujudan.
Sebagai contoh, masih ada yang membuat ayat seperti I am work in Kuala Lumpur atau I was worked in Kuala Lumpur before sedangkan ayat yang sebetulnya ialah I work in Kuala Lumpur dan I worked in Kuala Lumpur before. Ini kerana perkataan work itu sendiri sudah menunjukkan masa sekarang dan tidak perlu dibantu atau ditambah lagi dengan am. Begirtu juga dengan penambahan -ed kepada work yang memberi maksua bekerja di masa lepas dan oleh itu tidak perlulah kita menambah lagi was kepada ayat itu.
Ada juga yang terus meninggalkan verb TO BE dan membuat ayat seperti I hungry now atau I hungry just now sedangkan ayat yang sebetulnya ialah I am hungry now dan I was hungry just now.
Saya suka mengajar grammar dan saya TERPAKSA mengajar grammar terlebih dahulu kerana saya ingin menyelesaikan masalah akar umbi bahasa Inggeris anda dan anak2 anda dan bukan sekadar mengajar diatas permukaan seperti yang kadang2 dibuat disekolah2 dan di kolej2 dna universiti.Ini yang banyak berlaku sekarang sehinggakan yang belajar dengan saya bukannya lulusan SPM dan diploma sahaja tetapi yang mempunyai master's degree dan Phd.
Jadi nasihat saya kepada yang ingin mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat, anda perlu bersedia untuk belajar grammar bahasa Inggeris dari peringkat paling asas dan anda juga perlu mula menyukai dan menyanyani grammar bahasa Inggeris kerana ianya ialah penyelesaian kepada masalah anda untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.
Kepada yang berminat untuk belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia, bolehlah menyertai kursu Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula di Prct 16,Putrajaya pada Sabtu ini 5/1 dan di Sunway pada 6/1.Kelas di Sunway bersebelahan dengan stesyen komuter Setia Jaya dan amat mudah untuk anda pergi dan trafik agak lengang pada hari Ahad di kawasan itu.Tak banyak tempat yang tinggal untuk sesi Januari dan kursus ini sesuai juga untuk pelajar lepasan SPM dan untuk mereka yang ingin mengambil MUET.
Regards
Cikgu Yusoff 0193090711
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/Safira_zps728a2a8d.png)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Atas permintaan ramai daripada mereka yang tinggal jauh di utara dan tidak dapat menghadiri kursus yang cikgu jalankan di Lembah Kelang maka satu kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan cikgu jalankan pada bulan March ini di Pulau Pinang.
Tempat terhad kepada 30 orang sahaja dan setakat ni dah 11 orang yang mendaftar dan tinggal 19 kekosongan sahaja lagi.
Apa yang akan diajar?
i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataaan bahasa Inggeris seperti orang di UK dan USA.
ii. Teknik efektif menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.
iii. Teknik senang dan cepat meningkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan thesaurus dan Teknik 4 part of speech
iv. Teknik mudah membuat ayat dengan Teknik 3W's yang dicipta oleh Cikgu Yusoff sendiri.
v. Teknik berkesan memahami menggunakan verbs seperti am,is,are,was,were dan have,has dan had.
vi. Teknik memulakan perbualan dan membuat ayat-ayat mudah dalam perbualan.
Kursus ini amat sesuai untuk:-
1. Yang sudah bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.
Cikgu Yusoff
Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996
[email protected]
019-3090711
Last edited by cikgutuition on 2-1-2013 04:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Ini antara ringkasan tips dan petua yang cikgu rasa anda boleh gunakan untuk membimbing anda dalam usaha anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam tahun 2013 ini.
1. Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris dan ianya akan memudahkan usaha anda untuk menjadi lebih mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris anda.
Ramai yang tidak suka dan agak phobia apabila mereka mendengar yang mereka perlu belajar balik grammar bahasa Inggeris ini sedangkan mengikut pengalaman cikgu mengajar bahasa Inggeris,secara ikhlasnya memang kena belajar semula grammar bahasa Inggeris ini kerana inilah cara paling cepat dan mudah untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dan grammar bahasa Inggeris akan:-
i. Memudahkan kita memilih perkataan yang betul dalam ayat-ayat bahasa Inggeris kita seperti bilakah kita perlu gunakan beauty, beautify, beautiful dan beautifully yang semuanya seakan-akan serupa tetapi yang mana satu yang perlu kita gunakan berdasarkan konteks ayat.
ii. Membantu kita membuat perubahan yang betul kepada sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris seperti bilakah boy menjadi boys dan bila pula kita tukarkan kata kerja eat menjadi ate atau eaten dan bila pula kita perlu gunakan eating?
iii. Memastikan subject yang terdiri dari kata nama dan kata ganti nama di padannkan dengan verbs yang betul dan menunjukkan masa yang betul seperti I dipadankan dengan am untuk untuk menunjukkan sekarang seperti I am hungry now dan is di padankan dengan kata nama tunggal seperti Ali is busy right nowdan sebagainya.
2. Membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris
Mengikut pengalaman peribadi cikgu,inilah antara aspek yang paling penting dan paling berkesan untuk membantu kita menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Pembacaan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris akan membantu kita untuk:-
i. Meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris kita.
ii. Menyerap struktur ayat bahasa Inggeris yang betul yang kemudiannya boleh kita gunakan semula dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris.
iii. Memahami tatabahasa bahasa Inggeris dengan melihat bagaimana ayat-ayat bahasa Inggeris ditulis dalam tatabahasa yang betul.
iv. Membantu aspek perbualan kita dengan melihat contoh-contoh ayat dalam bahan bacaan tersebut. Dengan membaca kuat,kita juga boleh melatihkan diri kita untuk lebih selesa bercakap dalam bahasa Inggeris.
3. Merujuk kepada kamus
Kamus patut menjadi bahan rujukan utama kita dalam mempelajari bahasa Inggeris dan oleh itu kita perlu mepunyai kamus yang agak lengkap fungsi ia seperti kamus Oxford English-English-Malay yang boleh memberi maklumat penting seperti:-
i. Makna sesuatu perkataan itu.
ii. Jenis perkataan itu samaada ianya kata nama, kata ganti nama,adjektif dan sebagainya.
iii. Kata sandang yang perlu digunakan dengan sesuatu adjektif itu seperti afraid perlu dipadankan dengan of seperti I am afraid of ghost.
iv. Makna tersirat phrasal verb seperti I look up kalau dari segi tersurat bermakna melihat ke atas tetapi makna tersiratnya ialah meghormati seseorang atau memandang tinggi kepada seseorang seperti I look up to my father.
v. Peribahasa atau idiom yang berkaitan dengan perkataan tersebut.
Cikgu amat berharap agar 2013 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dan sebenarnya untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris tidaklah sesukar mana sebab kita semua seperti berlian kasar yang cuma perlu digilap oleh guru yang berpengalaman untuk menjadi berlian yang amat berharga.Cikgu doakan anda semua diterangkan hati oleh Allah dan sentisa diberikan kesihatan yang bagus untik menjadi umatNya yang berjaya dalma tahun 2013 ini,InsyaAllah.
Cikgu akan berikan lagi tips-tips dan petua di masa akan datang untuk manfaat kita bersama.
Kursus Asas-Asas Komunikasi Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb Februari di Putrajaya dan 10hb Februari di Sunway.Daftar awal untuk mendapat diskaun sehingga RM130.
Cikgu Yusoff
019-3090711
Guru/Trainer bahasa Inggeris semenjak 2006.
Trainer semenjak 1996.
Penulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Every time you construct a sentence in English, don't forget to check your subject.Subject can be a noun or a pronoun.Check whether the quantity of the noun =1 or the quantity is more than that one i.e. qty > 1.
Setiap kali anda membina ayat dalam Bahasa Inggeris, jangan lupa untuk memeriksa subjek anda dalam ayat itu.Subjek anda boleh menjadi kata nama atau kata ganti nama.Semak samaada kuantiti kata nama = 1 atau kuantiti adalah lebih daripada satu iaitu> 1.
If the quantity of a noun is one ( Qty =1), then it is called a singular noun and it must also be matched with a singular verb.
e.g. of singular verbs = is,was,has,does,goes etc
Jika kuantiti kata nama adalah salah satu (Qty = 1), maka ia dipanggil kata nama tunggal dan ia juga mesti dipadankan dengan kata kerja tunggal.
Cth. kata kerja tunggal =is,was,has,does,goes dan lain2.
If the quantity of a noun is one ( Qty > 1), then it is called a plural noun and it must also be matched with a plural verb.
e.g. of plural verbs = are,were, have, do, go etc
Jika kuantiti kata nama adalah lebih daripada satu iaitu Kuantiti > 1, maka ia dipanggil kata nama jamak atau kata nama majmuk) dan ia juga mesti dipadankan dengan kata kerja majmuk.
e.g. of plural verbs = are,were, have, do, go etc
Thus,we can summarize it as:-
1. If noun qty = 1 -----> Sing. Noun + Sing. Verb
2. If noun qty > 1 ----->Pl. Noun + Pl. Verb
Qty = Quantity / Jumlah
Sing. Noun = Singular noun / kata nama tunggal
Sing. Verb =Singular Verb / Kata Kerja Tunggal
Pl. Noun = Plural noun / kata nama majmuk
Pl. Verb = Plural Verb / Kata Kerja Majmuk
When the noun is a plural noun, 99% of the time you need to change the spelling of the noun.The forms are:-
1. Add -s One car to Many cars
2. Add -es A box to Two boxes
3. Add -ies That country to Those countries
4. Add -ves His wife to His wives
5. Change the spelling One child to Several children
6. Maintain the spelling as in the singular form A sheep to A few sheep
7. The plural form is also used as singular.One headquarters - Two headquarters
Apabila kata nama adalah kata nama jamak, 99% daripada masa yang anda perlukan untuk menukar ejaan bentuk noun.The adalah: -
1. Tambah-s One car to Many cars
2. Tambah-es A box to Two boxes
3. Tambah-ies That country to Those countries
4. Tambah-Ves His wife to His wives
5. Tukar ejaan One child to Several children
6. Mengekalkan ejaan seperti dalam bentuk singular A sheep to A few sheep
7. Bentuk jamak juga digunakan sebagai singular. One headquarters - Two headquarters
Diharap artikel cikgu kali ini dapat membantu anda untuk memperbetulkan kesalahan dalam bahasa Inggeris anda kerana sememangnya aspek ini amat penting dalam bahasa Inggeris dan banyak kesilapan2 kita dalalm bahasa Inggeri sebenarnya bermula daripada subjek2 kita.
Bengkel Persediaan MUET cikgu akan diadakan pada 23/2 dan 24/2 ini di Sunway jam 3-6ptg Sabtu dan 2-5ptg Ahad. Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 3/3 di Sunway dan 30/3 di Putrajaya.Tempat terhad.
CIkgu Yusoff 019-309
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Aspek yang perlu anda tahu dalam mempelajari dalam aspek Nouns ini ialah:-
1. Proper and Common Nouns – Kata nama am dan kata nama khas.
i. Proper nouns – Kata nama khas yang spesifik untuk orang,haiwan, benda dan tempat dan mesti digunakan dengan huruf besar.
iii. Common nouns – Kata nama am yang menamakan orang,haiwan, benda dan tempat dan benda secara am dan dieja dengan huruf kecil.
2. Gender in nouns – Jantina dalam nouns.
i. Nama-nama yang khas untuk lelaki/jantan
Orang – boy, man, father
Haiwan – tomcat, bull, peacock
ii. Nama-nama yang khas untuk perempuan/betina.
Orang – girl, woman, mother
Haiwan – queen, cow, peahen
iii. Nama-nama yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina.
Orang – child, parent
Haiwan – cat, cattle, peafowl
iv. Nama-nama untuk benda-benda yang tidak ada jantina.
table, chair, cow
3. Count in nouns – Countable and uncountable nouns.
i. Nouns yang boleh dikira
car, house, book
ii. Nouns yang tidak boleh dikira.
water, flour, English, smoke
4. Quantity in nouns
i. Qty =1 —–> Singular Nouns – Kata nama tunggal
ii. Qty > 1 —–Plural nouns – Kata nama majmuk
5. Subject Verb Agreement – Penggunaan verbs yang sesuai dengan:-
i. Uncountable nouns
ii. Countable singular nouns
iii. Countable plural nouns
6. Collective nouns – Penjodoh bilangan berkelumpuk untuk:-
i. Sekumpulan orang – A class of students, a faculty of lecturers
ii. Sekumpulan haiwan – A herd of cattle, a flock of chickens
iii. Sekumpulan benda – A loaf of bread
7. Possessive nouns – Kata Nama pemilikan
i. Penggunaan apostrophe ‘s’ – Ali’s car
ii. Penggunaan apostrophe sahaja – The boys’ mother
8. Matching with other words
i. Singular with singular and plural with plural
e.g. The man is a teacher.
The men are teachers.
ii. Usage with articles
Ali is a teacher.
Ali and Abu are teachers.
iii. Usage with demonstrative pronouns
That man is a teacher.
This man is a teacher.
These men are teachers.
Those men are teachers.
iv. Replacing them with pronouns
Singular noun must be replaced with a Singular pronoun
I met Ali yesterday. He gave me a book.
I met Ali and Abu yesterday. They gave me a book
Cikgu Yusoff
019-3090711
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris intensif akan dibuat pada 15 dan 16hb Jun nanti di Sunway.Yuran biasa RM350 tapi cuma RM290 untuk mereka yang mendaftar awal! Terhad kepada 20 tempat tapi tinggal 10 kekosongan sahaja lag
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/Grammar_zps4b3e2b80.png)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Apa khabar anda semua? Saya amat berharap rakan-rakan saya di sini dalam keadaan sihat walafiat dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita untuk memajukan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya negara kita.
Ramai yang sudah maklum yang kursus-kursus bahasa Inggeris saya amat menekankan aspek tatabahasa atau Grammar di samping aspek kosakata atau Vocabulary.Sepanjang saya menjalankan kursus bahasa Inggeris secara sepenuh masa yang nak masuk tahun ke 8 ini, saya memang banyak menekankan aspek tatabahasa terlebih dahulu dan kemudiannya bersama-sama dengan kosakata dan seterusnya latihan-latihan bahasa Inggeris yang bersesuaian.
Jika anda tertanya-tanya kenapalah saya sentiasa menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini maka saya cuba untuk menerangkan dalam artikel ini supaya kita sama-sama dapat manfaat dari ia.
Antara sebab-sebab utama kenapa saya menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini ialah kerana pada saya Grammar ini dapat membantu kita menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang amat singkat dan juga membuatkan pembelajaran bahasa Inggeris kita menjadi amat mudah! Jika anda mencari-cari jalan pintas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris, jawaban ia ialah Kuasai Grammar! Mudah bukan? Jika anda sanggup hadap tatabahasa bahasa Inggeris ini,anda akan berupaya menguasai bahasa Inggeris yang betul dan tepat dalam masa yang singkat walaupun anda merasakan yang tahap bahasa Inggeris amat-amat lemah sekarang.
Cuba kita lihat kenapa Grammar mempercepatkan dan mempermudahkan pembelajaran bahasa Inggeris kita:-
1. Grammar memudahkan kita faham kenapa apabila kita menggunakan kata nama kita kadang-kadang perlu menambah s,es,ies atau ves kepada sesuatu kata nama itu untuk menukarkan sesuatu kata nama itu daripada singular noun kepada plural noun.
2. Grammar juga akan membuat anda lebih faham kepada konsep pemasangan dimana singular noun perlu dipasangkan dengan singular verb dan pural noun perlu dipasangkan dengan singular verb. Sebagai contoh The boy is sick kalau ianya subjek dalam ayat ialah singular dan The boys are sick kalau subjek dalam ayat itu ialah plural.
3. Grammar juga membantu kita memahami konsep uncountable nouns atau kata nama yang tidak boleh dikira seperti water,sugar,flour dan sebagainya di mana kata-kata nama ini tidak boleh kita tukar bentuk mereka kepada kata nama majmuk atau plural nouns seperti waters,sugars dan flours.
4. Setelah anda kenal uncountable nouns anda akan lebih faham kenapa ianya tiada bentuk plural dan kenapakah ianya hanya dipadankan dengan singular verbs sahaja.
5. Grammar juga akan membantu kita dari segi penambahan apostrophe dan apostrophe s kepada kepada kata nama untuk menukarkan mereka kapada possessive nouns seperti Ali's car dan the boys' mother.
6. Dalam topik Pronouns atau Kata Ganti Nama juga, grammar akan membantu kita apakah bezanya antara he, him, his dan himself.
7. Grammar juga akan membuat anda lebih faham kena he,she dan it perlu dipadankan dengan singular verbs sahaja manakala we dan they dipadankan dengan plural verbs sahaja
7. Dalam topik Pronouns juga, grammar akan membuat kita lebih faham bila kita boleh menggunakan pronouns yang dalam bentuk reflexive seperti himself,herself, yourself dan sebagainya.
Jika anda perhatikan grammar dalam dua topik sahaja sudah boleh membantu kita membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris dan ini akan memudahkan semua orang untuk memahami bahasa Inggeris yang kita gunakan tidak kiralah mereka ini daripada Malaysia, Singapore, U.S.A. mahupun U.K. kerana kita menggunakan standard atau piawai yang sama dalam komunikasi bahasa Inggeris kita.Kita tidak akan teragak-agak lagi tentang bahasa Inggeris kita dan kita akan lebih yakin berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau bagaimana hebat sekalipun bahas Inggeris mereka.
Penguasaan grammar yang baik akan membantu kita menjadi lebih yakin dalam pembinaan ayat-ayat bahasa Inggeris kita dan kita tidak lagi teragak-agak dan samar dalam pembentukan ayat bahasa Inggeris yang tepat dan mudah difahami oleh orang lain.
Inilah sebab utama kenapa saya suka mengajar grammar walaupun ada juga cikgu yang tidak minat mengajar grammar. Saya juga suka mengajar cara bagaimana menggunakan kamus dengan betul dari segi aspek tatabahasa.Jika selama ini kita hanya menggunakan kamus untuk mencari makna-makna perkataan bahasa Inggeris sahaja, saya akan ajar pelajar-pelajar saya bagaimana untuk menggunakan kamus untuk menyemak tatabahasa kita.
InsyaAllah saya akan lebih kerap berkongsi ilmu bahasa Inggeris yang sedikit ini.Saya harapkan anda dapat terus mendoakan kesihatan saya dan agar saya sentiasa diselamatkan Allah dan dimurahkan rezeki oleh Nya.
Jika ada yang berhajat belajar dengan saya secara terus dan lebih komprehensif,Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris intensif saya akan dijalankan pada 15hb dan 16hb Jun ini di Leisure Commerce Square, Sunway, Petaling Jaya. InsyaAllah jika anda bersungguh2 dalam mempelajari bahasa Inggeris ini,anda akan sedari yang bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.Tinggal 8 tempat sahaja lagi.
Antara yang saya akan ajar dalam kursus nanti ialah:-
i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataaan bahasa Inggeris seperti orang di UK dan USA.
ii. Teknik efektif menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.
iii. Teknik senang dan cepat meningkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan thesaurus dan Teknik 4 part of speech
iv. Teknik mudah membuat ayat dengan Teknik 3W’s yang dicipta oleh Cikgu Yusoff sendiri.
v. Teknik berkesan memahami menggunakan verbs seperti am,is,are,was,were dan have,has dan had.
Moga maju jaya!
Cikgu Yusoff 0193090711
Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996
myknowledgecentre.wordpress.com
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus cikgu banyak share info.
dulu masa study my english lect penah bgtau, ade bnyk kategori org pandai english kat msia. ade yg terer menulis tp xterer cakap, ade jenis terer cakap tapi xreti tulis, ade yg jenis terer dua2. mostly students rmai yg jenis terer menulis tp xterer cakap. sebabnya banyak baca buku english, menulis essay yg dihafal tapi kurang prektis bercakap & pronounce pkataan dgn betol. bole nampak masalah nie masa conversation / presentation where we need to think fast and quickly reply to others. kadang2 fikir dalam otak in BM, pastu nak translate perkataan satu2 & susun ayat dlm otak bila deliver output (bercakap) jadi sedikit slow.
oleh itu, banyaklanlah prektis, bukan saja membaca tapi juga bercakap. ![](static/image/smiley/onion/gambateh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mitnick posted on 12-7-2013 09:10 PM ![](static/image/common/back.gif)
bagus cikgu banyak share info.
dulu masa study my english lect penah bgtau, ade bnyk kategori org ...
betul tu. my lect selalu cakap, you have to think in english.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|