Sperti yang dijanjikan, Kelly mengambil aku dirumah ketika mak sedang menyapu sampah. Segala kerja rumah sudah ku siapkan. Hanya memasak sahaja yang belum. Itu tugasan mak. Bukan aku tidak mahu menolong tetapi mak lebih gemar duduk di dapur mencuba segala jenis masakan yang dia tahu untuk mengeratkan kasih sayang antara dia dan abah.
“Mak! Yasmin pergi dulu.” Ku hulurkan tangan dan mak menyambutnya. Pandangannya bertembung dengan ku tetapi cepat sahaja dialihkan. Aku hanya membisu. Lemah langkah ku sambil membuka pintu kereta Kelly. Aku tenggelam di dalam perut kereta bersama kesakitan hati. Aku berdosa dengan mak kerana mendera hatinya. Sedaya upaya aku menjernihkan keadaan tetapi tak tahu jalan mana harus ku lalui lagi.
“Kau dah minum?” tanya Kelly sambil mata nya terus memandang kehadapan. Pemanduannya cekap sekali dan aku tidak takut untuk bersama dalam kereta. KL Drif pun boleh kerana pengalaman Kelly sejak keluar dari sekolah lagi berjaya membuat aku percaya dengannya.
“Dah! Makan cekodok ikan bilis je.” Jawab ku sambil memandang Kelly sekilas.
“Kau ni tak habis-habis dengan cekodok. Bukan nak bagi aku sikit pun.” Ejek dan rajuk Kelly bersatu.
“Aku tahu yang kau ni mesti kebulur dengan cekodok mak aku buatkan. Aku ada bawakan ni.” Luah ku sambil mengeluarkan satu tuperware untuk si amoi ni.
“Ni yang buat aku sayang kau.” Senyum terserlah dibibir comel si amoi ini. Sukalah tu.
“Dahlah. Bawa kereta tu elok-elok.” Pinta ku sambil meletakkan tuperware tersebut di dashboard.
“Okey bos!” Kelly dengan riang menjawab.
Becok mulut Kelly bercerita itu dan ini. Kami tenggelam dalam cerita yang bukan-bukan dan ada kala tidak masuk akal. Kalau kereta sebelah melihat ketidak siuman kami mesti mereka ingat kereta wira ini membawa dua orang anak dara yang sakit jiwa. Hampir 45 minit barulah kereta Kelly memasuki Bandara Hillir. Jalan raya agak sesak. Iyalah inikan waktu berkerja dan pelancong pun ramai juga. Bandar Hilir ini adalah salah satu tempat yang menjadi kesukaan pelancong-pelancong British. Dimana saja kita boleh melihat kehadiran mereka. Dengan beg-beg besar yang disandang di belakang, mereka akan menyusuri bangunan-bangunan merah itu dengan kamera ditangan. Bila dah penat, beca yang sentiasa bersedia itu pula akan mengangkut kemana sahaja arah yang hendak ditujui oleh mereka. Seronokkan. Sesekali dapat tengok tempat orang mesti lapang fikiran. Jauh daripada masalah. Hotel Ramada tersergam indah bila kami melewatinya. Entah ada ke tidak jejaka itu di dalamnya. Aku sendiri tidak mengetahui jadual kerjanya. Itu semua bukan hak ku untuk bertanya. Lanskap yang simple di tengah bandar sering di puji oleh diri ini. Pandai orang yang mereka dan mempromosi hotel ini.
“Jom!” aku terkejut dengan sergahan Kelly. Dah sampai rupanya. Bangunan Ambank tersergam indah di Jalan Melaka Raya ini.
“Jom!” aku segera membuka pintu kereta dan segera mencapai beg sandang dikaki ku tadi. Dengan segera Kelly menekan alarm setelah aku berada disebelahnya. Kami beriringan menaiki tangga bangunan tersebut dan serta merta kesejukan penghawa dingin yang mencuri keluar dari pintu automatik itu dan menyapu pipi aku dan Kelly. Pelanggan agak ramai juga. Kesemua kaunter penuh dengan pelanggan ada urusan. Kelly berjalan menghampiri penyambut tetamu yang sedia menanti dengan senyuman manisnya. Logo senyum selalu tersemat kemas di dada kiri bajunya. Setelah mengenalkan diri aku dan Kelly diarah menanti di ruang menunggu yang tersedia dengan soa berwarna merah hati. Dalam masa tak sampai sepuluh minit seorang pegawai kemas bertali leher menapak menghampiri kami. Tag nama tersemat di kot yang berwarna merah hati itu. Encik Shaiful megah dengan senyuman dan mempersilakan aku dan Kelly mengikutinya kedalam biliknya yang terletak di ruang yang agak tersorok.
“Kelly! Aku tunggu disinilah.” Ujar ku sambil menarik beg sandang yang hampir terlepas dari bahu kanan.
“Kau tak nak masuk ke?” tanya Kelly sambil melangkah perlahan membontoi Encik Shaiful.
“Takpelah. Aku tunggu luar.” Pinta ku. Tidak mahu aku bersama Kelly yang entah apa yang hendak dibincangkan nanti. Aku yang tidak tahu apa-apa takut menganggunya pula.
“Okey! Kau jangan kemana-mana.” Arah Kelly dan aku hanya mengangguk mengiakan.
Aku mengambil tempat di sofa tadi. Mata ku menyoroti pelanggan-pelanggan yang keluar masuk untuk berurusan dengan badan kewangan ini. Setelah penat mentelaah gelagat orang ramai itu, aku mengeluarkan novel yang memang ku bawa dari tadi. Untuk menghilangkan bosan nanti. Novel bertajuk ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’ menjadi santapan mata ku. Khusyuk seketika tanpa menghiraukan orang ramai yang semakin memenuhi ruang.
“Hey! My dear princess! Macam mana ada kat sini ni?” ada nada riang di situ. Aku mengangkat wajah dan dada berdebar kuat bila bertemu pandangan dengan insan yang cuba ku elak sejak kebelakangan ini.
“Abang!” hampir terjerit bila melihat jejaka yang ku rindu ini didepan mata.
“Yasmin buat apa kat sini?” teruja betul jejaka itu dengan kehadiran ku yang tidak disangka. Dengan berseluar slack hitam dan bert-shirt putih santai sahaja jejaki ini dimata ku. Pasti itu uniformnya. Mesti kemeja besar dia itu ditinggalkan di hotel tempat dia berkerja.
“Min teman Kelly sign aggrement. Abang buat apa kat sini?” tanya ku pula.
“Abang gi bank sekejap. Mana Kelly?” menjawab dan bertanya menjadikan masa kami dapat dijimatkan agaknya.
“Dia ada kat dalam jumpa pegawai bank ni. Abang tak kerja ke?” aku pula menjawab dan bertanya.
“Abang kerja tapi keluar sekejap lagipun habis kerja kul tiga. Dah makan ke belum ni?” abang Zamrie pula mengambil alih untuk menjawab dan bertanya. Memang kami ada keserasian dalam bab ini.
“Belum tapi Min ingat nak balik terus nanti.” Ujar ku walau pada hakikatnya aku belum merancang apa-apa dengan Kelly lagi.
“Sesekali turun bandar ni, baliklah lambat sikit. Tunggu abang habis kerja ek. Lagi satu setengah jam je.” Pujukan dari matanya yang redup mengetarkan lagi jiwa ku. Abang! kenapa kita harus berjumpa hari ini dan melalui sesuatu yang tidak tahu penghujungnya.
“Min kena tanya Kelly dulu.” Aku berusaha mengelak. Kalau boleh aku tidak mahu berlama dengan jejaka ini. Setiap saat bersamanya seakan aku mencurah garam dalam luka mak.
“Takpe. Nanti abang ajak Kelly sekali. Kita pergi tempat kerja abang. Nanti boleh abang masakkan untuk Min.” rasa gembira dengan perlawaan itu tetapi hati cuba menjauhkan diri supaya tidak ada rasa terlalu tinggi harapan ini andai ia kecundang satu hari nanti. Dari raut wajah dan anak matanya tergambar kegembiraan yang teramat sangat dengan kemunculan aku yang secara kebetulan ini.
“Min takut kacau abang nanti.” Aku cuba memberi alasan.
“Kacau apanya. Abang belum pernah ajak Min datang tempat abang kan. Hari ni baru ada chance.” luahnya untuk memujuk diri ini. Haruskah memenuhi dan mengembirakan hatinya sedangkan hati ku sendiri terjerut dengan tangkai jiwa sendiri.
“Boleh ke?” tanya ku minta kepastian.
“Bolehlah sayang. Dalam polisi hotel kami, abang dibenarkan membawa keluarga sendiri untuk menjamu masakan hotel kami setahun sekali. Abang tak pernah bawa sesiapa tau selama abang berkerja di sini.” Terang abang Zamrie lagi. Ceria terpancar dari wajahnya. Dari tutur katanya sudah tahu yang jejaka ini terlalu gembira.
“Habis kenapa tak bawa keluarga abang datang sini.” Jujur aku bertanya.
“Takkan abang nak ajak kak Zarina dan abang Zubir datang sini. Mestilah abang bawa insan kesayangan abang mencemar duli kat tempat abang mencari rezeki ni.” Luahnya ikhlas. Airmata yang hampir mengalir cuba ku tahan sebaik mungkin. Sukar hendak ku bayangkan harapan dan keikhlasan jejaka ini terhadap cinta ku.
“Terima kasih bang.” Hanya itu yang terluah.
“Sama-sama sayang. Abang baru ingat nak jenguk Min esok sebab abang akan berangkat ke Kuala Lumpur minggu depan.” Ujarnya sambil mencapai tangan ku yang sedang memegang novel tebal itu. Aku jadi termangu. Jarang sekali jejaka ini menunjukkan kasih sayangnya melalui perbuatan.
“Abang rindu dengan Min. Rindu sangat.” Bisikannya hampir tidak kedengaran tetapi telinga cekap ku cepat menangkap. Renungannya mencairkan hati ini. Kami tenggelam dalam kebisingan orang ramai di sini. Akhirnya pandangan ku alihkan. Kelihatan kelibat Kelly keluar dari pintu yang memisahkan kami.
“Hai!” dari jarak sedepa Kelly tersenyum. Mesti gembira kerana kereta idamannya bakal berada ditangannya tak lama lagi.
“Dah!” aku pula bertanya.
“Beres! Eh! Zamrie! Buat apa kat sini?” tanya Kelly. Baru perasan agaknya amoi ini dengan kehadiran jejaka kesayangan aku ini.
“Saya ada urusan tapi tak sangka jumpa Yasmin disini.” Ada nada senang di situ. Kelly memandang ku penuh tanda tanya. Mungkin dia ingat aku yang telefon Zamrie kot.
“Abang Zamrie ajak kita pergi makan kat tempat kerja dia. Nak ke?” aku segera bertanya untuk mendapatkan jawapan dari Kelly. Harap-harap Kelly ada agenda yang lain dan boleh aku segera meninggalkan jejaka ini.
“Iyer! Best tu. Bila?” lain jawapan yang ku harap lain pula yang keluar dari mulut Kelly.
“Sekaranglah. Saya habis kerja jam tiga petang so bolehlah you all berdua rasa masakan dari hotel kami.” Terang abang Zamrie beriya-iya. Aku hanya memandang Kelly minta satu jawapan.
“Sedap ke?” usik Kelly sengaja.
“Of couse! Tengoklah siapa tukang masaknya.” Getus abang Zamrie. Tetapi aku tahu jejaka ini tidak tersinggung dengan usikan Kelly itu.
“Jomlah! Aku pun dah selesai.” Kelly pula yang memainkan peranan.
“Jom!” segera abang Zamrie melangkah dan sempat mencapai tangan ku. Kuat genggamannya seakan tidak mahu melepaskan. Kelly memandang ku tersenyum. Pandangan ku memohon pertolongan dari Kelly untuk mengerti hati ini yang sedang berbelah bagi tetapi Kelly bagaikan merestui apa yang abang Zamrie lakukan pada ku kini.
Aku dan Kelly ditempatkan di ruang untuk para pekerja berehat.
Abang Zamrie hilang di pejabatnya dan muncul dengan apronnya. Topi yang tinggi menjadikan lelaki ini sungguh cute.
“Tunggu tau. Min minum dulu air yang abang buat tadi. Abang nak masak special untuk Min dan Kelly.” Bisiknya di telinga ku dan terus berlalu. Sempat jejaka ini menitipkan pesanan supaya jangan kemana-mana kecuali ke tandas sahaja. Pas untuk memasuki kawasan ini ku belek. Kelly pula memerhati sekeliling susun atur perabut didalam bilik ini. Cantik sekali. Dah dinamakan hotel mestilah segalanya dititik beratkan. Setiap sudut dipastikan tidak sarat dengan hiasan.
“Kelly! Betul ke apa yang aku buat ni?” tanya ku. Kelly yang dari tadi tenggelam dalam dunianya segera memandang ku.
“Maksud kau?” Kelly pula bertanya.
“Antara hati aku dan perasaan mak aku.” Ku luahkan dengan bibir yang bergetar.
“Aku tak nak cakap apa-apa. Tapi selagi kau boleh bahagia, kau bahagiakanlah hati kau sendiri. “ pujuk Kelly.
“Ermmmm..” aku akur dengan pandangan dan maksud Kelly. Iya aku akan gembira hati ini sehingga sampai masanya.
Setelah menunggu dengan agak lama. Mata pun dah kuyu. Kena pula dengan suasana yang sejuk. Tak tahulah berapa hose power yang digunakan oleh hotel ini bagi setiap bilik. Kalah Cameron Highlands sejuknya. Pintu bilik diketuk dan sertamerta daun pintu ditolak. Maka tersembullah wajah dua orang jejaka yang sedang menatang dulang dan dengan tangkas di atur segalanya. Setelah selesai dua jejaka yang beruniform itu keluar meninggalkan kami yang masih memerhati apa yang ada di atas meja ini. Siap bertutup bagai. Surprise kot!
“Okey dah siap!” itu kata-kata yang dilahirkan oleh bibir abang Zamrie bila melihat semuanya telah terhidang. Jejaka itu mengambil tempat disebelah kanan ku. Ketika menarik kerusi dekat sekali haba tubuh badannya dengan ku. Aku segera menjauhkan diri ku. Takut tersentuh dengan badannya. Pandangannya jatuh pada aku dan Kelly. Sementara tangannya memegang tangkai penutup pinggan. Sebaik sahaja penutup itu diangkat serta merta ruang itu dipenuhi dengan bau yang menyelerakan. Aku dan Kelly berpandangan. Wow! Ada kaler-kaler lagi. Gelas yang hampir kering dipenuhi semula. Fresh Orange kaw punya!
“Okey sayang, abang masak special untuk my dear princess tau. Cuba rasa.” Pintanya penuh harapan. Kelly memandang ku dan mengenyit mata kirinya. Gatal juga amoi ni. Aku teragak-agak nak mengambil lauk yang beranika ini. Cantik sekali hiasannya. Terasa sayang nak menarik salah satu hiasan itu. Mesti nanti dah tak cantik. Pasti abang Zamrie berkerja keras untuk memastikan segalanya indah dimata ku.
“Mestilah cantik. Untuk kekasih hati abang yang tercantik, abang akan pastikan yang cantik-cantik saja.” Luahnya membuat aku rasa nak tercekik. Kelly dah mula menyiku-yiku aku.
“Kejap!” pinta ku sambil membuka beg sandang. Ku keluarkan telefon dan mula membuka icon menu dan mencari icon camera.
“Nak buat apa ni?” Kelly pula disampuk rasa hairan.
“Min nak angkat gambar. Cantiklah bang.” Luah ku teruja. Untuk dijadikan kenangan nanti.
“Lahhh! Ingatkan apa tadi.” Jawab Kelly selamba.
“Apa nama makanan ni bang?” tanya ku tidak sabar.
“Okey. Abang kenalkan satu-satu. Ini Sweet And Sour Prawn, yang ini pula Chicken with Cashew Nut. Ini pula Spicy Half Grilled Chicken. Yang terjongkang ni Ikan Steam bersama Garlic dan akhir sekali sebagai pencuci mulut abang buat untuk Min Dadih Bersama Almond Dan Madu. Min kan suka Dadih. Nasi pula abang gunakan nasi putih sahaja. Abang tahu Min tak suka makan lauk dengan nasi goreng.” Terharu bila apa yang ku suka sudah terbentang di mata.
“Errmmm…sedapnya.” Puji Kelly dan berserta matanya ditutup untuk menunjukkan kesedapan masakan abang Zamrie. Itu baru bau saja belum lagi rasanya.
“Mestilah sedap. Tengoklah siapa yang masak.” Luah abang Zamrie dan memandang ku. Senyuman kepuasan tergambar dibibirnya. Aku membalas dengan kelipan mata. Tidak bentah aku hendak bersuara dengan hati yang sedang kembang setaman ini.
“Elehhh…puji diri sendiri.” Bentak Kelly.
Setelah abang Zamrie membaca doa aku menjamah nasi putih dahulu. Abang Zamrie segera mengambil lauk-lauk itu dan diletakkan didalam pinggan. Aku hanya memandang dan senyuman diukirkan oleh bibirnya. Dengan tertib aku menyuap satu persatu suapan. Aku ingin merasakan segala hasil masakan abang Zamrie buat kali terakhir.
“Min! kenapa lambat je makan. Tak sedap ke abang masak ni?” ada keraguan dari nadanya. Rasa bersalah menghambat hati bila jejaka ini berusaha untuk menunjukkan kepakarannya tetapi aku bagaikan tidak menghargai.
“Taklah bang! Sedap! Entah bila boleh Min rasa lagi masakan abang ni.” Luah ku penuh erti. Mungkin aku yang mengerti tetapi tidak jejaka ini.
“Mestilah Min akan rasa masakan abang di lain kali. Insyallah tahun depan apa yang Min nak makan abang boleh sediakan tiap-tiap hari.” Luah nya penuh dengan maksud tersirat. Aku hanya menundukkan wajah tanpa mahu menjawab. Sampaikah jodoh aku dengan jejaka ini nanti. Pandangan ku jatuh pada Kelly. Aku rasa tidak sanggup hendak meneruskan semua ini. Tetapi pandangan Kelly bagaikan menjawab untuk meneruskan ketawa dalam hati dan perasaan ku walau ianya tidak sampai ke puncaknya. Tabahkan hati wahai Yasmin.
Selesai makan aku dan Kelly memohon diri untuk pulang. Pada mulanya abang Zamrie mahu menghantar ku tetapi aku menegahnya. Kasihan dengan Kelly yang pulang keseorangan. Ketika kami menghampiri kereta, abang Zamrie menarik lengan ku merapatinya.
“Nasib baik Min datang hari ni. terubat rindu abang akhirnya.” Renungannya menjamah segala wajah ini. Aku hanya diam membisu. Renungan kami bersatu.
“Insyallah, tahun depan kita kahwin.” Degupan jatung ku jadi tidak sekata. Benarkah apa yang abang Zamrie katakan tadi. Hati bagaikan mahu melonjak-lonjak gembira tetapi perasaan menahannya.
“Min dengar tak ni?” tanya abang Zamrie resah. Mungkin tiada tindak balas dari ku membuat hatinya jauh meneka. Tangan ku digenggam oleh jari jemari sasanya. Aku menundukkan kepala melihat jari ku yang dalam genggamannya. Jari jemari yang kecil penuh dalam tapak tangannya. Bila digenggam hanya tangannya yang kelihatan. Begitulah kasih sayangnya ingin melindungi ku selamanya. Menjauhkan aku dari duka nestapa. Membaluti dengan cinta yang tidak pernah surut.
“ Abang!” aku menarik nafas panjang. Kelly sudah lama tenggelam dalam perut kereta. Bagaikan mengerti kawan baik ku melepaskan aku dengan abang Zamrie seketika.
“Errmmm…ada apa sayang!” abang Zamrie menanti dengan penuh senyuman.
“Insyallah andai ada jodoh kita akan bersama. Tetapi Min nak bagitahu abang walau apa pun terjadi Min sayangkan abang dan cintakan abang sepenuh hati. Tiada sesiapa dalam diri ini. Kerana abang orang yang pertama mengambil hati Min dan meletakkan hati abang pada diri Min. Takdir ALLAH kita tak tahu tetapi apa yang Min cakapkan ini lahir dari jauh di sudut hati Min.” sebak aku menutur kata azimat ini. Tidak pernah aku menyentuh hingga ke dasar hati ku sebegini. Biarlah ku buka sekali dan tidak akan ku buka lagi andai terkubur segalanya.
“Abang pun begitu. Cinta dan kasih sayang abang hanya untuk Yasmin sahaja. Janji abang tahun depan kita akan bersatu.” Bibirnya bergerak menuturkan kata. Tetapi hati ku berat untuk menerima. Bukan kerana apa tetapi takut mak akan lebih terluka.
“Min balik dulu.” Pinta ku bila mata sudah sarat dengan airmata. Tunggu tumpah saja.
“Abang sayang Min!” dituturkan lagi bicara itu.
“Min pun sama.” Aku menyalaminya dan mengucup tangannya dengan air mata.
“Min nangis sayang.” Tanya abang Zamrie hairan dan jarinya cepat menyapu air yang turun dipipi ku.
“Eshhh…dahlah tu. Tak senang hati abang tau.” Tuturnya. Aku hanya tersenyum dan lantas membuka pintu kereta tetapi ditahan oleh abang Zamrie.
“Jangan lupa abang!” pintanya penuh syahdu. Aku mengangguk sebelum tenggelam dalam perut kereta. Dari tingkap kereta aku melihat abang Zamrie memandang ku dengan senyuman dan tangannya melambai-lambai. Berat hatinya untuk melepaskan ku pulang. Aku membalas lambaiannya sehingga bayangannya hilang dari pandangan. Sampai bila kami akan begini. Kemana arah yang harus ku lalui. Andai tiada jodoh antara kami, dimana harus ku bawa diri. Airmata kembali beraksi. Kelly hanya mendiamkan diri untuk memberi aku ruang untuk merencana kembali memori tadi. Teresak-esak aku menangis bila mengenangkan hasrat abang Zamrie yang ingin bersatu dengan ku. Tidak tahu apa yang harus ku berikan untuk cinta jejaka itu. Di sini mak dan disana jejaka kesayanga ku. Kalau kesana aku terjerat dan kalau ke sini aku terikat. Bagaimana untuk memulakan langkah untuk tidak menyakiti hati sesiapa.
“Sabarlah!” hanya itu yang mampu diucap oleh Kelly. Dari nadanya aku tahu dia pun sebak. Lalu punat radio ditekan. Lagu mendayu dimainkan tetapi cepat saja jarinya menekan butang OFF. Aku pula menekan kembali butang ON. Kelly memandang ku.
“Biarkan!” pinta ku mohon simpati. Lagu Khatijah Ibrahim berkumandang dan menambah kesakitan dalam jiwa ini bila ku hayati senikatanya tiap baris. Tetapi apa daya ku. Aku pasrah untuk segala yang akan berlaku.
Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta
Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana
Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan
Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimip yang kau harapkan
Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri
Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...