CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-1-2012 10:44 PM | Show all posts
jika ingin pergi

jika ingin pergi
pergilah tanpa pengetahuan
tak perlu membisik kata
biar semua sedar sendiri
di sini mungkin tiada apa yang dicari
yang ada hanya potongan-potongan kata
berharga kepada yang ingin mengerti akan nilainya.

CNM, 24/1/12, 22.43 pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2012 11:32 AM | Show all posts
Aku hanya

aku tidak kaya raya
untuk menghadiahkan emas permata
untuk menaburi wang berjuta
aku hanya ada tinta suara
yang kutitipkan dalam bait-bait kata
jika ada pengajaran yang menusuk minda
ambillah simpan ke dada
jika ada kata yang nista
tinggalkan sebagai sisa
mohon maaf atas kelemahan hamba.

CNM, 25/1/12, 6.45am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 04:49 PM | Show all posts
Aku tersedar

Selepas lena yang panjang
kucari wajahmu di dada-dada awan, tiada.
kuintai ke permukaan kali, tiada.
kutinjau di jaluran pelangi, tiada.

dan aku tersedar
wajahmu terlukis di kamar hati
tergantung menghiasi ranjang rindu
menyemarak rasa cinta yang membuai jiwa.

CNM, 25/1/12, 16.46pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 05:26 PM | Show all posts
Emas di kepala

Begitu seronok kanak-kanak
bermandi manda di anak sungai
menghilang bahang mentari setelah penat mengaji
ibu dan ayah penat mencari
rupa-rupanya berkubang macam sebulan dah tak mandi
yang malangnya saat beradu menyelam
bila timbul muncul emas atas kepala
bau harum semerbak.

CNM, 25/1/12, 17.24pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 05:53 PM | Show all posts
Prasangka

Prasangka
perosak segala
jiwa dibelenggu curiga
membawa porak peranda
membelah cinta setia.

Prasangka
meracun sukma
keyakinan terhakis di minda
tiada rasa percaya
merobek cinta pertama.

CNM, 25/1/12, 17.51pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 06:33 PM | Show all posts
Kehadiran dipinta

Lelaki
saat kamu menelanjangkan dirinya
mencumbui penuh ghairah
menikmati madu asmara bersama
menaburkan benih-benih cinta
dan dia rela menakunginya dalam lemas puncak syahwat
membawa percantuman sperma dan ovul sembilan purnama
saat melahirkan
hanya kehadiranmu dipinta
memberi semangat di kala bertarung nyawa
memberi kamu zuriat
jangan dilupa!

CNM, 25/1/12, 18.30pm
BBB
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2012 08:38 PM | Show all posts
Bila nak berubah?

Saban hari kita dengari
di musim perayaan
kemalangan maut meningkat
tragedi mengundang petaka
bila nak berubah sikap?

Saban kali kita baca
di musim perayaan
mangsa mercun cedera
malah ada yang hilang nyawa
bila nak sedar diri?

Saban malam kita tengok berita
makin menjadi-jadi pengedar dadah berbahaya
walau hukuman mati dikena
tak menakutkan manusia tamak haloba
bila nak hapus masalah negara?

CNM, 25/1/12, 20.36pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 08:44 AM | Show all posts
Cinta ada destinasi

Sebuah cinta
yang menempuh perjalanan
pasti ada destinasi
bergantung kepada pemiliknya
untuk tiba dengan penyatuan
atau terhumban ke jurang perpisahan
sedar atau tidak
cinta miliki destinasi akhirnya.

CNM, 26/1/12, 8.43am
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2012 11:01 AM | Show all posts
Kutulis Puisi Cinta

Kulontarkan ke tengah lautan jiwa
biar bergulung ombak
menjadi bait kata cinta
aku rindu padamu
dinda.

Kuhamburkan ke langit sukma
biar merecik bercahaya
menjadi ayat cinta
aku kasih padamu
dinda.

Kualirkan ke sungai hati
biar menderu berlalu
menjadi melodi asmara
menyanyikan lagu cinta
padamu dinda.

CNM, 26/1/12, 10.45am
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 11:48 AM | Show all posts
Jika aku bertanya

Teman
jika aku bertanya
akan kejelasan makna pada puisi kalian
aku bukan mencari salah
aku ingin fahami puisi kamu
aku ingin mencari maknanya
kerana mencari makna sebenar
hanya melalui bantuan pemiliknya.

Ketepatan kata
memperjelaskan makna
makna yang jelas menyampaikan maksud
pembelajaran dan pengajaran berlaku
itu yang aku mahu
buka hanya sekadar mencipta nukilan
penuh kemuskilan
tiada penjelasan.

CNM, 26/1/12, 11.38am
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 12:13 PM | Show all posts
Kamu makan budu?

aku suka budu
cicah ulam daun kayu
bubuh ikan tawar rebus
picit cili api lagi bagus
nasi sepinggan tak cukup
susah makan nak ditutup
dah tengah hari ni
rasa nak makan nasi
rasanya dah siap dimasak isteri
tinggal lagi nak suap dengan jari.

jom makan tengah hari.

CNM, 26/1/12, 12.11tgh
BBB
@poyo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 06:46 PM | Show all posts
Jalan berduri

Jika tahu jalan berduri
pakailah kasut
yang pergi redah dengan kaki ayam kenapa?
rasa diri kebal?
atau diri bebal?

ish! dah tua-tua gelak dek orang.

CNM, 26/1/12, 18.44pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 11:47 PM | Show all posts
Mengeow nada menggatal

Aku terdengar
di luar sana seekor kucing
mengeow dengan nada menggatal
di malam jumaat
agaknya tiba malam mengawan
menaburi benih-benih yang memekat
memecah kesunyian malam.

Kucing siapakah itu?

CNM, 26/1/12, 23.36pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 10:01 AM | Show all posts
Katakan tidak

Teman
katakan tidak kepada rokok
di dalamnya seribu macam toksik
meracuni diri
merosakkan tubuh badan
wang hasil penat lelah
terbakar hangus tanpa makna.

Teman
jika ingin menjauh kamu mampu
tukarkan kepada membeli buku
buku mengukuhkan dadamu
sarat dengan ilmu
bukan racun melemah paru-paru
kamu setuju?

Katakan tidak kepada rokok!!!

CNM, 27/1/12, 9.57 am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 10:14 AM | Show all posts
Sendiri mahu ingat

Kawal makanmu kawan
sebelum
kencing manis melekit
sebelum darah tinggi meninggi
sebelum jantung sakit
berhati-hati
sendiri mahu kawal diri
jika sudah terbaring sakit
kamu menyusahkan orang lain.

Amalkan gaya hidup sihat!!!
jangan merokok
jauhi arak
rajin bersenam
makan seimbang
jangan mencuba dadah
lakukan aktiviti berfaedah
mudahan hidup kamu indah
sihat sejahtera beribadah.

CNM, 27/1/12, 10.07pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 07:51 AM | Show all posts
Indah hanya kata

bahasa lidahnya
kelihatan akur kepada pencipta
menyayangi Allah dan Rasulnya.

bahasa hatinya
sungguh pendusta
meninggalkan suruhan tuhannya.

di mana akidahmu?

CNM, 28/1/12, 7.25am
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2012 09:20 AM | Show all posts
Sekongkolan nafsu II

manusia yang terpenjara dek nafsu
celik matanya cuma hatinya berdebu
runtunan nafsu yang membelenggu
membekukan rasa keinsafan kepada Tuhan yang satu
celaru.

kunci sedia tergantung di pintu
sedar dan bangkitlah lepaskan diri dari penjara nafsu
dekatkan diri dengan ayat-ayat wahyu
tinggalkan sekitaran yang memaku
pilih jalan pulang kepada Dia yang merestu.

CNM, 28/1/12, 9.15am
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 06:28 PM | Show all posts
Konar-konar

Konar kiri
konar kanan
jatuh dalam lubang jamban!!!
@
"konar kot ni
konar kot tu
masuk lube jambe".

CNM, 28/1/12, 18.10pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 08:33 PM | Show all posts
Panjang dan kosong

Aku baca
suatu garapan yang panjang
penuh dengan tanda baca
yang hadir dalam benak sedarku
persoalan demi persoalan
tiada pengajaran
tiada pembelajaran
kerana penulis mengatakan
aku membacanya terbalik.

Iyakah begitu?
kosong.

CNM, 28/1/12, 19.15pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 09:37 PM | Show all posts


Mengintai senja

Kumengintai senja
berbalam di balik reranting
seakan melambai pergi
meninggalkan seribu kenangan
menutup hari
dengan wajah tak akan kembali.

CNM, 28/1/12, 21.26pm
BBB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.060561 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list