CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lilrose

"Demi Anak, Tolong Hentikan Semua Ini" - Sharnaaz Minta Nabila Jadi Ma

[Copy link]
Post time 11-9-2019 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ohh sebab nafkah ke.. patutlah nanaih beriye amik job belakon balik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:06 AM | Show all posts
Memang pelik, dengan  bapa sendiri x penah tgk pic berpeluk, tapi dengan bapa tiri banyak ja...



Sharnaaz tak mahu cerai Noor Nabila


Nor Azura Abdul Jalil
[email protected]


PELAKON Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila, 34, berbuat demikian selepas bintang filem Juvana itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu.

Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Dalam proses perceraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab " Ya" namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.

Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sharnaaz hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor Nabila mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:08 AM | Show all posts
nafkah bagi 500 je...walau nabila kata dia mampu sebenarnya
tulaaaa
lelaki bila dapt permpuan bekerjaya
nafkah memg dia ikut suka
bagi dia permpuan tu mampu

sedangkan dalam islam nafkah wajib bagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
JiEunTak replied at 11-9-2019 11:06 AM
Memang pelik, dengan  bapa sendiri x penah tgk pic berpeluk, tapi dengan bapa tiri banyak ja...


...

malunya sanaz ye...kak nab bgitau sbb bg nafkah xcukup..huhu..sanaz 500 tu cukup celah gigi nabila je...punya la dia n lopa spoil si jebat tu dgn brg2 mahal
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:12 AM | Show all posts
lelaki miskin tolong jgn berangan kawin dgn pompuan kaya bleh x?
klu pompuan miskin berangan kawin lelaki kaya... ada logik la juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2019 11:12 AM | Show all posts
Aku yakin si nanaih nih masih sayang bilah, and of course lah nak jebat membesaq dalam environment NORMAL ada mak ada bapa di depan mata.... knowing how mak mentua dia ditch pak mentua dia, dia xmau diperlakukan sebegitu rupa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry bukan saje nak ot atau menjaja kesah sendiri .kes ini ada sedikit sama dgn kes aku. Kalau nabila sayang rumah tangga boleh fight utk hak dia dan anak utk dapat nafkah dgn duduk berbincang dan same2 work it out utk rumah tangga. Sharnaaz pon kene sama2 buang ego and work out together dgn nabila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2019 11:17 AM | Show all posts
masa kawin dulu taknak UKUR BAJU DI BADAN SUNDIRI....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:18 AM | Show all posts
aku x rasa RM500 tu punca dia sgt.... dah nak kena habaq sebab maka dia bg laa alasan camtu... hampa rasa nanaih sengaja bagi 500 kaa kalau dia btoi mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua-dua tak fikir panjang masa sebelum kawen. Masa bercinta yelah boleh terima kekurangan konon nya. Pengajaran untuk diri sendiri Dan orang ain juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi lofa tepuk besau dari luar negara, tepuk kan drama org ke tu? Why lah perangai mcm tu? Duduk diam2 doa byk2 dlm hati dah utk adik beradik jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo btl2 pk anak,mak akn sbr bnyk2 sbb tgk bapaknye syg btl ke anak..xblh ke tolak ansur..ade pompuan xdpt nafkah xde plak smpai minx cerai..tpppp xtau la kalo sbnrnye ade sbb lain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:26 AM | Show all posts
nafkah 500 hanya alasan sajok
mesti ada benda lain lagi

lopa plk dah nape dok post kt story
drama !! nak tgk kt tv mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:27 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:33 AM | Show all posts
abdul agaknya bersyukur sebab tak kawin dgn hajjah...syukur sangat...kan dah dilondehkan terus takde teloq...tulah suka sangat acah2 gangster...kalau RM500 beli susu anak dia satu tin je lepas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2019 11:35 AM | Show all posts
makgetah replied at 11-9-2019 11:23 AM
Amboi lofa tepuk besau dari luar negara, tepuk kan drama org ke tu? Why lah perangai mcm tu? Duduk d ...

padahal baru je balik mekkah kerjakan haji....hmmm perangai lama keluar balik...

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 11-9-2019 11:35 AM
padahal baru je balik mekkah kerjakan haji....hmmm perangai lama keluar balik...

Ttbe org dh blh bace sape yg selame ni jd duri dlm daging agknye
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:36 AM | Show all posts

aik terbalik selalunya yg pompan pakai shade ni yg lelaki pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah cakap dah...mesti sebab kewangan.
Duduk pun rumah bini kan. Rm500 sebulan tu boleh buat apa. Walaupun bini ko kaya, tapi make sure ler all the basic macam tempat tinggal and makan minum semua kena tanggung jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.339569 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list