CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acun

[Penulis] Novelis Noor Suraya

[Copy link]
Post time 7-12-2007 05:41 PM | Show all posts

Reply #300 elninhamfz's post

elnin... bacalah sampai habis...nnt u akan tahu betapa cintanya aqmar aziz pada khalida...

i skipped few pages sbb tak sanggup nk baca bab cerai tu...sedih sgt..

pasni p sambung baca k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 11:41 PM | Show all posts
noor suraya one of my favourite novelist...skrg tgh cuba cr novel surat ungu untuk nuha...susah la nak dapat novel ni...dah puas check kat sumer bookshop.. dah bc versi e-novel tp sekarang nak jdkan koleksi..lagipun tak puas bc online..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:25 AM | Show all posts
baru semlm abis baca Rindu Kian Membara....
nasib baik la...SUUN tu kak nor tak jadikan Nuha tu pekak dan bisu mcm dlm RKM
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by chempaka_57 at 25-12-2007 11:41 PM
noor suraya one of my favourite novelist...skrg tgh cuba cr novel surat ungu untuk nuha...susah la nak dapat novel ni...dah puas check kat sumer bookshop.. dah bc versi e-novel tp sekarang nak  ...



ada nampak novel ni kat Borders Queensbay...ada 3 ke 4 buah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 07:39 PM | Show all posts
start minat noor suraya since baca e-novel beliau kat blogdrive. Surat Ungu Untuk Nuha tu memang best. Tapi macam complicated sikit percintaan Nuha dengan Alang Rebus Tak Empuk. Anyway sinca tu memang minat giler kat karya noor suraya. Sekarang ni tengah layan e-novel tentang Jaja menantu che Pa'. Cuma novel Keranamu Ain jer aku belum beli. Serik dah nak beli online dengan CESB...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:29 AM | Show all posts

Reply #305 angriani's post

ape pasal dgn CESB online?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2007 09:31 AM | Show all posts

Reply #305 angriani's post

best ar cerita Jaja Menantu Che Pa tu... alycia dah baca sampai episod 9.. tak sabar nak baca episod 10.. episod akhir kisah Jaja dan Din ni... kalau Kak Su jadikan novel, mesti alycia org pertama yg beli dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 28-12-2007 08:29 AM
ape pasal dgn CESB online?


order novel noor suraya trbitan CESB tapi penghantaran lewat giler. Telefon banyak kali pun ada jer diorang punya excuse. So, diorang suggest kalau nak beli novel melalui pos lagi mudah. Berjanggut gak tunggu order tu baru sampai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 11:11 PM | Show all posts
nak tanya kat korang semua ya. tadi zety baca cerita Jaja Menantu Che Pa. kalau tak silap fahaman zety cerita ni kisah benar yang diceritakan jaja kat kak su. dalam cerita tu jaja ada mention about dr. ammar. so cerita nyanyian tanjung sepi tu cerita benar ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 12:22 PM | Show all posts


baru habis baca 'surat ungu untuk nuha'
komen aku, mmg best jalan ceritanya...
tak sangka muzammil akan jadi buta, one unexpected turning point dlm cerita sebabnya selalu cerita2, hero2nya sempurna (cukup deria segalanya...)
rambut pula macam afro, boleh bayangkan mcm selekeh juga si alan ni,
dan nuha pun tidaklah cantik, as if in stunning beauty, tapi digambarkan sgt manis, seolah-olah dekat dengan kita yang biasa2 ni
kejutan lain, bila nuha setulus budi menjaga ku chik. tak boleh nak bayangkan

buku ni byk elemen2 agama, aku suka membacanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #310 mardhiah12's post

aku pun baru khatam SUUN ni
punya lah lama cari.. sib baik hari tu ada sebijik
terus rembat!!!!


anyway, pasal jalan citer... best arr
lain dari novel2 lain yg sll nya akan describe hero hensem, heroin cun
tp, sbb aku kureng suker bab2 sajak... jadi busan gaklah kalo ada sajak2 tu

and something real yang aku rasa pasal mak dia yang pilih kasih tu
sbb mmg terjadi pun realiti ni kan
kakak2 dia semua ada perangai
sian gak nuha yang kena sindir sbb takde ijazah

best dpt mak cam mak cik raja
semua pandai
sure rajin kalo duk ngan dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:47 AM | Show all posts
ada dua lagi buku kaksu yang belum aku baca...aritu p bookshop tak jumpa pun Tanah Andriyana...

kalo sesape dok JB n nmpk buku ni kat kedai...PM2 la aku yek
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 11:24 AM | Show all posts
baru habis baca SUUN, aku suka sebab:

1) hero mmg tak handsome, selekeh
2) si gadis pun biasa aje, rupa biasa je
3) setting novel menarik.. mmg dpt bayangkan spt duduk di kampung betul-betul

aku suka turning point buku ni, si alang jadi buta.. tapi cerita yang selepasnya tu lagi menarik..
banyak terselit pasal agama.. aku kagum ngan nuha sbb sanggup jaga ku chik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 1-2-2008 11:47 AM
ada dua lagi buku kaksu yang belum aku baca...aritu p bookshop tak jumpa pun Tanah Andriyana...

kalo sesape dok JB n nmpk buku ni kat kedai...PM2 la aku yek


nazurah, saya ada nampak tp kat Penang la....tu pun ada sebuah ja....nak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #314 Mas916's post

thanks mas...

aritu ada tanya jiran kaksu kalo kaksu ada lebih buku ni... kalo xde nnt sy habaq naaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:57 PM | Show all posts

Reply #315 nazurah's post

JIRAN KAK Su
:eek:
cam aku kenal je jiran kak sue nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #316 NickyAzrai's post

eh eh eh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:18 AM | Show all posts
Full review SUUN

Surat Ungu Untuk Nuha

Membaca Surat Ungu Untuk Nuha, tulisan Noor Suraya, seolah-olah menguliti sesuatu yang sangat bernilai.

Pada mulanya, saya teragak-agak untuk membacanya. Puas juga teman sepejabat memujuk "Akak, bacalah buku ni!" sambil diunjukkan buku tersebut. Saya memberi 100 alasan, tetapi terbuka juga untuk menerima novel tersebut selepas dipujuk berkali-kali. Sudahnya, dua, tiga hari sebelum final exam, saya tidak sabar-sabar untuk menyudahkan novel tersebut.

Terus terang saya nyatakan di sini, saya suka dengan novel ini. Walaupun saya bukan peminat novel-novel tulisan Aisya Sofea, Damya Hanna dan segolongan dengannya, tetapi tulisan Noor Suraya menarik minat saya. Saya mengenali Noor Suraya melalui penulisan novelnya yang pertama, Tanah Andriyana di bawah naungan CESB.

Kisahnya bermula dengan watak Nuha, yang membawa hatinya yang lara ke satu tempat yang asing dari kehidupannya di bandar. Dia bertemu dengan seorang jejaka, Muzammil, yang kemudiannya diketahui merupakan saudara jauhnya dan rumah keluarga Muzammil pula dijadikan tempat menumpang Nuha. Permulaaan cerita barangkali, kita kira amat biasa-biasa, sehingga timbul kejutan-kejutan yang tidak dijangka dan berupaya memberi 'nafas baru' kepada kisah Nuha-Muzammil.

Muzammil digambarkan biasa-biasa, engan rambut yang agak 'serabai', manakala Nuha digambarkan hitam manis orangnya. Dan watak-watak ini berjaya saya 'dakap' dan rasa hampir dengan hati & kehidupan seharian kerana keduanya digambarkan seperti barangkali, mereka yang akan kita ketemu dalam perjalanan kehidupan kita sehari-hari.

Kejutan yang mula-mula saya paling tidak saya jangka, di saat Muzammil menjadi buta. Dan kemudian, penulis berjaya bermain dengan tulisannya sehingga menimbulkan teka-teki sehingga ke penghujung cerita. Di mana timbul detik-detik sepeti Nuha bertanya dengan ibu Muzammil, "Bagaimana keadaan Muzammil?", dan si ibu memberi jawapan, "Kita berserah kepada Allah. Kelak Nuha akan tahu juga"

Kejutan lain, betapa saya kagum dengan ketulusan hati Nuha yang menjaga anak kawannya, Ku Chik, walaupun dia sendiri belum mendirikan rumahtangga. Sungguh saya mengagumi watak Nuha, seorang insan yang berkorban masa hadapannya, mungkin jua hampir 'lupus' jodohnya hanya kerana menjaga anak orang, yang mungkin menjadi setback kepada jejaka yang cuba mencuri hatinya.

Saya juga suka kepada tulisan sajak-sajak di dalam novel tersebut terutamanya sajak terakhir 'Surat Ungu untuk Nuha'

Novel ini turut disulami unsur-unsur Islamik, yang sedikit sebanyak berperanan sebagai dakwah.

Bagi saya, Noor Suraya tidak mengecewakan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 12:32 PM | Show all posts
menanti Jaja Menantu Che' Pa versi cetak dari kaksu direalisasikan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #312 nazurah's post

nazurah, nak tanah andriyana ker?
if you're interested tolong PM saya
saya ada, thinking of letting it go at cheap price
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.168278 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list