CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LIPAN_BARA

Sejarah Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 6-3-2010 11:59 AM | Show all posts
wah..gamba2 kl dulu2..seronoknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 03:33 PM | Show all posts
menarik la thread ni.mcm2 info dpt
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 11:56 AM | Show all posts
paklang aku ckp tanh yg kat sogo ngn wisma yakin tu family bpk dia punya, tp kena lelong sbb kes xtau ada tanah kat situ, kes tak bicara pesaka la ni... kena lelong pun tak perasan, hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 01:26 PM | Show all posts
Reply 273# revolusi_30

BUMP!

SK Sultan Hishamuddin nih tak salah aku sekolah melayu (kebangsaan) yang tertua kat KL nih..

kalau rujuk register JPWPKL pun no skolah dia 0001 rasanya

ingat2 lupa la, tp pernah la ngajar sana
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 01:38 PM | Show all posts
Sejarah SK Sultan Hishamudin (SKSHAS)

Sekolah ini telah bermula pada 1888, apabila Pengkalan Berangan digunakan oleh Nakhoda Yusof untuk melabuhkan kapalnya di hadapan Panggung Odeon sekarang ini. Nakhoda Yusof adalah seorang hartawan Melayu yang terkenal dengan panggilan Che' Soh.
Che' Soh menjadi ketua dan pengurus kepada anak - anak perahu yang berulang alik dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan melalui jalan sungai membawa dagangan terutamanya beras. Sekolah ini dinamakan 'Sekolah Kampung Melayu' Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Melayu ( Malay Street) di mana sekarang ini menjadi tapak bangunan Wisma KOSAS . Sekolah ini didirikan kerana pada zaman itu di situlah sebuah Kampung Melayu dibangunkan , terutama oleh orang - orang Melayu yang datang dari Melaka sehingga kampung tersebut dipanggil Kampung Melayu. Sehingga kini kenangan yang tinggal hanyalah Jalan Melaka . Kampung Melayu ini dahulunya terletak di kawasan Masjid Chulia dan Batu Lane.

Pada tahun 1896, Sekolah tersebut telah berpindah ke kawasan baru di Jalan Store (Jalan Raja) dengan nama Sekolah Umum Gombak Lane (di tapak di mana Restoran Rakyat dibina). Pada 10.1. 1963 , Sekolah Umum Gombak Lane telah berpindah ke bangunan baru di Swettenham (Jalan Raja Salahuddin) dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin sempena nama Baginda Sultan Selangor. Sekolah baru ini mula dibina pada bulan Mac 1962 dan selesai pembinaannya pada bulan November 1962 dengan harga $ 280,000 (Ringgit: Dua Ratus Lapan Puluh Ribu). Reka bentuk bangunan ini telah dicipta oleh arkitek perbandaran iaitu En. S.P. Chow dan kakitangannya. Tapak bangunan ini pada asalnya adalah Bangunan Pejabat Haiwan Negeri Selangor. Pada 28 haribulan Julai 1963 pembukaan rasmi sekolah baru ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ketika itu iaitu Kapten Abdul Hamid Khan Al - Haj.Turut sama ialah Ketua Pegawai Pelajaran Selangor Encik Tan Seng Chye.

Sejak penubuhannya, sekolah ini telah mempunyai tiga motto yang ditulis pada lencana. Pertama "Pengetahuan Suluh Kemajuan" (1896), kedua "Usaha Bakti" (1964) dan ketiga "Bercita-cita Tinggi" (1986). Bangunan asal sekolah ini didirikan pada tahun 1888 .Ianya terletak di antara Bazaar Melayu ( Wisma Yakin ) dan Ceylon Restoran . Lapan tahun kemudian (1896 ) didirikan bangunan yang baru di Jalan Raja di mana tanahnya dihadiahkan oleh Nakhoda Yusof . Harga bangunan tersebut adalah lebih kurang $3000.00. Luas kawasan ini lebih kurang 3/5 ekar (185 x 150 K .P) . Berapa tahun kemudian sebuah 'Restoran Rakyat ' telah didirikan di bekas tapak kedua bangunan sekolah.

Pada tahun 1948 dengan bantuan kerajaan , guru - guru dan ibu bapa telah mendirikan sebuah bangunan tambahan untuk menampung pertambahan murid. Selepas tahun 1958 , Lembaga Pelajaran Tempatan yang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran telah menyewakan sebuah bangunan Kelab di Jalan Spooner  ( Jalan Cenderawasih ) dengan kadar sewa sebanyak $ 24.00.

Pada 3 Januari 1961 , pihak sekolah telah menumpang sebuah bangunan Pejabat Majlis Perbandaran di Jalan Store (Jalan Raja) di mana bangunan Dewan Bandaraya didirikan sekarang ini. Sepatutnya pada tahun 1955, sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru iaitu di Sekolah Jalan Brickfields tetapi oleh kerana beberapa sebab ianya terpaksa dibatalkan. Pada awal penubuhannya jumlah murid adalah seramai 60 orang. Sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1906, jumlah murid sekolah ini telah bertambah kepada 150 orang. Kebanyakan murid-murid tersebut datangnya daripada Kampung Melaka , Kampung Semarang dan Kampung Jawa (Jalan Tun Perak)

Jumlah murid - murid ini tidak bertambah sehingga tahun 1941 .Ramai muridnya
hanya 180 orang sahaja. Ini adalah kerana beberapa sebab :-
a) Perpindahan kampung - kampung tersebut ke Kampung Baharu
b) Kanak - kanak daripada Balai Polis Depoh Lama di Jalan Bluff dipindahkan ke Balai Polis Depoh Baru di Jalan Gurney dan bersekolah di sekolah Princess Road (Jalan Raja Muda)
c) Sekolah ini hanya memperuntukkan murid - murid lelaki sahaja .Hanya pada tahun 1936 , barulah kanak – kanak perempuan mula belajar di situ.
d) Sekolah Jalan Pasar dibuka pada tahun 1936 .Semua murid yang berhampiran telah berhenti di sekolah ini.

Menurut sejarahnya murid - murid perempuan pertama terpaksa dipakaikan cara lelaki dan berambut pendek kerana ibu bapa pada masa itu masih belum mahu lagi anak - anak perempuannya dicampurkan dengan murid - murid lelaki. Bila masa pendudukan Jepun , sekolah ini tidak digunakan. Murid - muridnya bersekolah di asrama murid - murid Melayu di Kampung Baharu. Pada awal 60an, jumlah muridnya mencatat ke angka 600 orang . Hingga sekarang (2007), jumlah murid SK Sultan Hisamuddin Alam Shah ialah seramai 601 orang. Antara bekas muridnya yang telah berjaya menjadi pemimpin ialah Dato' Ahmad Razali, bekas Menteri Besar Selangor Darul Ehsan dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor Darul Ehsan En. Amir Zahari Nordin, Pengerusi KLCE, En. Baharuddin Isa Pengarah Pos Kelantan , En. Rosli Jalil Penerbit RTM, Raja Fauziah Raja Uda , Bekas Pengerusi Kraftangan.

Mengikut pelan yang ada sekarang ini , luas kawasan SK Sultan Hisamuddin Alam Shah tidak termasuk keluasan tanah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan ialah seluas 154 425 K.P. Dari jumlah tanah tersebut sekolah ini mempunyai tiga buah blok yang menampung murid seramai 601 orang dan guru seramai 46 orang. Jumlah dua buah blok tersebut termasuklah tiga buah bilik darjah di blok A dan sebelas buah bilik darjah di blok B. Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan - kemudahan yang penting dalam memajukan lagi bidang pelajaran di sekolah ini , termasuk sebuah kelas Pra Sekolah, Pusat Sumber , Bilik Mesyuarat , bilik guru, bilik ketua panitia, makmal komputer, makmal sains, surau , bilik sakit, bilik muzik, bilik Kemahiran Hidup, Kelas Pemulihan, Bilik SAL, Bilik Kaunseling dan sebagainya.

http://www.thr.fm/gegar/blog/post.asp?pid=56961&a=rezlynn

p/s: jabatan pelajaran punya bangunan dah jadi parking skang..tempat orang bank negara parking
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 01:49 PM | Show all posts
masa ni kl bleum kotor lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2010 05:31 PM | Show all posts
menariknya thread ni..... tq....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 01:33 AM | Show all posts
Cantik betul Kuala Lumpur masa dulu...

Cuba korang bayangkan kalau Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negeri Selangor dan ibu negara Malaysia adalah Singapura...

Entah di mana silapnya ibu negeriku yang indah beralih tangan lalu dikotori oleh sekalian warga Malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 01:39 AM | Show all posts
Cikgu Sejarah aku ada cter, masa zaman dulu orang Melayu@Islam ramai yang pergi Batu Caves..kononnye nak melancong...

Lucu betul aku rasa...cter tu mak aku pun sah kan btol....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 09:26 PM | Show all posts
skang pun ramai lagi pegi..naik tangga tu, tangkap gambar, buat fitness training
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 09:27 PM | Show all posts
skang pun ramai lagi pegi..naik tangga tu, tangkap gambar, buat fitness training
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:13 AM | Show all posts
aku suka r tgk gambar kl dulu2... rasa tenang je, xmcm skang ni.. serabut...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:57 PM | Show all posts
Apa yang aku tau Almarhum Sultan Abdul Samad (1857-1898) adalah Sultan Selangor yang pertama menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:48 PM | Show all posts
Cikgu Sejarah aku ada cter, masa zaman dulu orang Melayu@Islam ramai yang pergi Batu Caves..kononnye ...
nobito Post at 4-5-2010 01:39



Nobito.. memang betul saya adalah salah seorang yang pergi rombongan sekolah pergi batu caves early 80s. dulu batu caves tu suci murni dik...tak de patung ultraman bagai.. tangga tinggi tu memang dah ada masa tu. kan ker mengikut cerita batu caves tu si tanggang yang disumpah jadi batu. Pastu kat situ org datang nak tgk  lembu berkepala 2 @  berkaki lima. macam tulah lebih kurang.. dah tak ingat . Ini lembu hidup tau bukan patung lembu. Tapi yang pasti memang batu caves adalah lokasi yang wajib pergi kalau perki rombongan ke KL. Kalau tak caya cuba tanya mak nobito pasal lembu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 04:04 PM | Show all posts
Nobito.. memang betul saya adalah salah seorang yang pergi rombongan sekolah pergi batu caves  ...
blackrose Post at 6-5-2010 22:48


Penah la gak dengar pasal Batu Caves ni kapal Si Tanggang sebab derang kata macam ada pintu kat dalam gua tu tapi x bleh buka..even sami hindu kat situ pun tak explore abis gua tu..rasa macam nak g tgk gak gua tu tapi seram tengok patung-patung yang semakin byk kat ctu..lagipun negara kita semakin perkauman berbeza dengan tahun 80an dlu yg aman makmur...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 04:15 PM | Show all posts
Aku masa dlu duduk kat Flat Sri Perak, Bdr Baru Sentul...flat aku mengadap Batu Caves..hari2 tengok Batu Caves..macam pelik gak sebab die seketul je kat situ...orang kat masa zaman dulu2 Lembah Klang ni adalah kawasan laut yang berteluk...mungkin kisah Si Tanggang ada logiknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2011 10:44 AM | Show all posts
KLCC (1993)






Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 10:50 AM | Show all posts
Petaling Street





Carcosa (1900)







Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 10:53 AM | Show all posts
Bukit Bintang





Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 03:27 PM | Show all posts
Perlis FA Team @ Merdeka Stadium in 80s










Credit

En Othman Ibrahim (Ex Perlis FA Players)



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.275388 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list