|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
Kipas helikopter patah sebelum terhempas
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]
![](http://img180.imageshack.us/img180/5692/yahyaaa3.jpg)
GAMBARAN daripada udara tempat nahas helikopter di kebun getah di Kampung Atong, Kuala Lipis, Pahang.
Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang
MAC lalu, genap 11 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.
Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.
Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.
Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu.
Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.
![](http://img110.imageshack.us/img110/299/yahya2ob1.jpg)
PASUKAN penyiasat menjalankan siasatan di kawasan nahas.
Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.
Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.
Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.
![](http://img211.imageshack.us/img211/723/yahya3ly0.jpg)
JENAZAH mangsa dibawa untuk pengkebumian.
Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.
Helikopter buatan Itali, Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB dikatakan jatuh menjunam dan berkecai bertaburan di kawasan kebun getah.
Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.
Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.
Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.
Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.
Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.
Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.
Sebelum kejadian, Yahaya adalah antara tokoh perniagaan Asean yang diundang menghadiri `Sidang Kemuncak Perniagaan Asean' pertama di Jakarta, Indonesia yang dijangka diadakan seminggu selepas tarikh nahas.
Pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat jahat, perancangan atau sabotaj oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu dan tidak dapat menentukan punca sebenar menyebabkan kemalangan.
Inkues selama 32 hari itu bertujuan menentukan punca tragedi, sebab kematian mereka bertiga, dan sama ada kematian dan nahas itu disebabkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau khianat.
Kronologi kejadian:
# 10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.
*
# 11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.
# 11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.
# 11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.
# 11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.
Gerakan mencari dimulakan
# 12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.
# 1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.
# 9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.
# 10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.
# 2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.
# 2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus benang ni... byk info ttg tragedi2 lalu yg menyayat hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
dasatnya kes2 sume ni... ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ulang tayang skit kes nih
![](http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/murder2.jpg)
Colombo Plan expert, Kingsley John Lewis, killed his Kenyan wife, Maria Theresa (inset), and was sentenced to three years |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #180 Syd's post
last week aku balik umah mak aku
pastu sambil tgk tv citer apa tah malam tu, kami bukak world map
dan dok citer2 itu ini itu ini
mak aku nih mmg cerdas skit akalnya..cuma dia dulu mak bapak cerai (datuk nenak aku) so dia sekolah sampai darjah 6 je..
tgh dok study2 negara kat dunia nih beserta current issue, sejarah, keadaan geografi semua tu..
mak aku tunjuk...di Kenya kan? yang ni colombo..
hmm..ni mak nak share citer..kisah nih pada tahun 70an...masa tu mak dok bangsar..korang semua lom ada lagi...
hmm..apa yang paper tu tulis betul, tapi secara ringkas je..
pempuan yang negro tu..asalnya keje jadik pelayan kat kenya..
si mamat tu plak..selalu datang ke kelab dia keje
last2 depa kawin...
pastu mamat tu datang malaysia, keje kat sini laa..
kediaman dorang..mcm yang tertulis kat paper tu lah
dorang ada sorang orang gaji, orang india..
mamat nih mmg baik..penyabar..takde buat hal..penyayang
tapi bini dia..ya ampun..
memalam mesti keluar ngan geng2 dia..
p minum2 semua..
orang keje kat kelab laa katakan..
malam laa baru dunia dorang nak gerak bgonjeng semua..
minah nih plak..
dalam setahun..ada time2 nye..dia p ke UK
bercoti katanya
ngan kawan2 atau p sendiri
dorang nih ada sorang anak kecik
18 bulan...
dia dah anak pung..dia masih buat pangai chia dia tu..
memalam kuar..
anak..laki jaga lah
laki dia pun dok umah..sabar jaga anak....
satu malam...pempuan nih nak kuar
tapi laki dia larang..
dia ckp..esok dia nak pakai keter
nak kuar awal..
so malam nih tak payah lah keluar..
wahhhh melenting ko..
si negro nih...sambil sumpah seranah semua..
dia turun dari katil
dia ni naked tapi just bergulung2 dgn selimut jer..
dia kemban je ngan selimut tu
dia turun bawah, keluar umah dan p kat kereta tu
dia amik pasu bunga..
dia p hentak kat cermin kereta tu...
dia ckp...ko sayang sangat ngan kereta tu
dari aku kan?
pastu laki dia tarik dia...
laki dia ckp..jgn lah bising2
jiran dgr..anak kita pun tgh tido kat atas sana..
lagi melenting si negro nih
wah wah...
ko lagi sayang anak dari aku ye..
meh aku p bunuh dia
dia terus p ke dapur
dia bukak peti ais..
amik pisau potong daging baru beli
kebetulan mmg laki dia baru beli pisau potong dari yang baru
kaum2 dorang nih..
pisau baru simpan dalam peti ais..
pastu kan bini dia berlari naik tangga
nak ke bilik anak dia sambil bawak pisau tu
mamat nih mmg tak boleh tahan..
dia tarik bini dia
dia off kan lampu
dia tetak tetak tetak tetak
mcm orang kurang waras
sampai dia rasa letih dan bhenti
then dia tersedar
dia bukak lampu
dia tgk...ya ampun
darah memancut2 penuh ruang tamu
kat siling..kat kiri kanan dinding..
malam tu..dia pun 'berkemas'
dia tarik mayat tu..
ke belakang umah tak silap
dan dia mula mencangkul
actually, jiran dah pasan sthing
sbb mula2 dorang gaduh kuat sangat
tiba2 lampu terpadam
dan diam je terus...
esoknya...mamat nih pepagi lagi
dan p ke umah bibik india dia tu
hantar anak dia..
bibik tu heran..rasa mcm tak sedap hati
dia tanya...bini negro dia mana?
mamat nih ckp...ohhh...di p UK..bercoti
bibik nih heran...baru je tu hari p bercoti..p lagi..
pastu dia lagi heran sbb mamat nih kasik dia coti 3 hari..
sbbkan naluri rasa semacam
dia pun p umah majikan dia
apa lagi...tperanjat beruk dia
sbb umah tu bau busuk sangatttttt
pastu dia tgk banyak darah
dia pun amek baby tu
dia pun p balai buat report...
dah jadik kes..mamat tu kena tangkap..
keluarlah semua citer
chia negro ni..mmg betul2 tak guna
dia p UK tu jupe jantan
dan dia nih selalu ngandung..bukan anak laki dia
tapi anak jantan lain..so dia selalu gugurkan anak kat UK
bukan kat UK je
ni kat klinik Nathan kat bangsar tu pun dia selalu gugurkan anak
ntah jantan mana2 punye anak tah..
so, itu lah citer nye
ni satu aku balik, aku nak tanya details citer kathigesu tu plak
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 19-6-2008 10:12 AM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
last week aku balik umah mak aku
pastu sambil tgk tv citer apa tah malam tu, kami bukak world map
dan dok citer2 itu ini itu ini
mak aku nih mmg cerdas skit akalnya..cuma dia dulu mak ba ...
wahh... details nyer mak ko cite... bley buat filem.. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #182 eiyana's post
a ah
mak aku kalau bab2 sejarah nih
mmg power
psttt...
gosip artis dulu2 pun
aku mintak ngan dia laaa
haha
semua tekun je dgr bila mak aku dah start bukak citer
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
patut la Syd banyak bahan...ada sumber rujukan ropanya..
apa jadi kat john lewis tu lepas bebas dari penjara? anak dia sapa yang jaga? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #185 the_none's post
hehe
ai menuntut ilmu ngan mak ai
![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sabar2 nk tau psl kathigesu tu plak... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #185 the_none's post
mamat nih dalam jel, kena reman semua lama gak
setahun lebih
sbb nak kena p london laa
nak siasat dakwaan yang kata bini dia cap ayam kat sana
dan mcm2 hal gak lah
melibatkan kes nih
hukuman jatuh tuk 3 tahun
dah dok dalam jel setahun lebih
so jalani hukuman setahun lebih je tinggal lagi laaa
Theresa, who was said to be a philandering and abusive wife, was slashed, cut up and then stuffed into a trunk on April 3, 1975.
dan mmg bini dia yang negro tu mmg ganas, dia selalu pukul laki dia..malam dia kena bunuh tu mmg dia dah hentak gak laki dia kaw2..tercampak2 laki dia kena tendang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #187 eiyana's post
Perbicaraan paling sensasi pada awal 1980-an apabila bekas pensyarah psikologi, S Karthigesu dituduh membunuh adik iparnya yang juga bekas Ratu Negeri Sembilan 1971, Philomena Jean Sinappa @ Jean Pereira.
Karthigesu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Tribunal Hakim Rayuan Mahkamah Persekutuan menerima hujah peguam bela Karthigesu yang dapat membuktikan bahawa seorang saksi pendakwa menipu ketika perbicaraan.
QUOTE:
Remember the Penang MTC lecturer Karthigesu and his sister-in-law Jean Pereira murder case in the early 80s? No one was ever charged for that murder
QUOTE:
Kartigesu, imo, did the butchery himself. It was a deliberately made confusing case which thereby only proved that a community can unite together to obfuscate and confuse. It was truly a all-indian unity show. It didn抰 augur well, did it, from a wider perspective, in hindsight?
The misogynistic trait (some hindus do look down on christian gals)was clearly noticeable and keeping inheritance within the family most important.
Expression of describing Jean Pereiraas a loose woman was shamellessly made openly although irrelevant to the case and surely against the fundamental Principles of Human Rights. WTF. A loose woman deserved to be killed?!
It is remembered for its outstanding disgust. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #189 Syd's post
Jean Pereira ni kawin ngan abang kathigesu nih...
dapat anak 2 orang
pstu laki dia mati..
mcm dalam artikel tu tulis, tak mo harta lah tak mo itu ini, tradisi tak mo terlepas ke tangan orang lain, so si jean ni ditunangkan dgn si kathigesu nih haaa...
at the same time..si jean nih ada buat giler, main cinta ngan satu doc @ sri lanka...doc nih dah kawin...so, mcm mana eh..kalau nak kawin lagi..lain lah kalau cerai (kunun2 katanya ada plan nak masuk Islam lah..so buleh kawin ramai)
so jean nih selalu laa contact ngan doc tu
utus2 surat gitu..tak canggih lagi jaman tu..takde internet
benda nih sampai ke pengetahuan si kathigesu nih..
apa lagi laah..
dalam keter pada malam malapetaka tu
si jean ditikam bertubi2 dek kathigesu
yang kathigesu nih plak..bikin drama
sebijik kak pah
dia buat2 menggelupur..tergolek2
calar balar luka2 badan dia
so dalam dakwaan dia
katanya malam tu dorang telah diserang
orang tu tikam si jean
dan serang dia
merasalah orang yang kena upah
bikin cerita tifuu tu
masuk penjara
so kathigesu lepas laa
dari dakwaan
dan famili si jean
tak dapat anak dia yang 2 orang
aku rasa by this time
anak2 dia dah besar panjang laa kot..
oh ye pisau yang digunakan tikam jean tu
campak dalam lombong
last2 orang jupe gak pisau
ingat2 lupa..
dulu rasanya penah tgk gambo hitam putih
si jean ngan kathigesu tu..
ni skrg, tak tahu nak korek kat mana
nak tanya ngan iscol klang laa
rasany mesti dia ada simpan gambo tu
![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #191 eiyana's post
abes
kalau pendakwaan pun buat ada yang tak kena
hakim takde laa kuasa
nak hukumkan si kathigesu tu
nanti naa
nak carik iscol klang |
|
|
|
|
|
|
|
Gajah serang kereta api
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]
![](http://img58.imageshack.us/img58/2530/gajahgx5.jpg)
Tiga gerabak tergelincir selepas dirempuh gajah jantan yang naik minyak
ZAMAN sebelum dan selepas merdeka, ketenteraman negara sering diganggu, termasuk ancaman pengganas komunis yang menuntut hak untuk memerintah negara melalui kekerasan dan kekejaman.
Mereka melakukan pelbagai ancaman seperti memusnahkan harta benda, kemudahan awam, perhubungan seperti jalan raya, jambatan serta laluan kereta api. Semuanya bertujuan menakutkan rakyat serta melumpuhkan kekuatan pasukan keselamatan.
Namun, di sebalik kejadian itu, sistem perkhidmatan kereta api yang kini dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pernah beberapa kali melalui 憇erangan luar jangkaan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #190 Syd's post
dah tanya si iscol
katanya saksi menipu tu
BHANDULANANDA JAYATILAKE |
|
|
|
|
|
|
|
detail cite2 kat cni...huhuhu![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
pasni nak citer pasal kes mana plak ye?
![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|