CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI...[U]

   Close [Copy link]
Post time 21-7-2010 03:50 PM | Show all posts
Apalah yg disembunyikan oleh Nazrin ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2010 05:17 PM | Show all posts
11.

Sejak kejadian hari itu, Nini malas nak menegur Nazrin.  Biarlah, nak merajuk, merajuklah tak kuasa dia nak memujuk.  Ialah... apa yang Nini buat bukannya salah pun.  Sekadar cuba untuk mengiratkan tali silaturrahim.  Macamlah dah buat kesilapan besar...

Sebenarnya Nini malu dengan Aida. Beria-ia memujuk Aida untuk diperkenalkan kepada Nazrin; hasilnya amatlah memalukan Nini.  Terkilan betul dia dengan sikap Nazrin.  Kalau tak suka usahlah tunjuk depan-depan.  Mentang-mentanglah dia punya wajah yang menarik, nak aksi konon!  Aksi tak kena tempat!  Nini mengomel di dalam hati. Cuma dalam hati sahaja dia berani; nak cakap depan-depan nanti,  entah berapa das tembakan keluar dari mulut Nazrin.  Malas dia nak melayan orang yang emo macam itu!

Beberapa hari juga tiada ketukan di pintu Nini.  Setiap pagi sebelum pergi kerja, Nazrin akan mengetuk pintu biliknya. Mereka sama-sama turun untuk bersarapan.  Nazrin setia menunggu dia membuka pintu.  Selagi Nini tidak membuka pintu, ketukan di pintu akan terus bergema dengan nada yang dicipta oleh Nazrin sendiri.  

Puan Suraya yang duduk di meja makan hanya memerhati kedua anak bujang dan daranya.   Seorang hanya duduk makan dalam keadaan senyap, seorang lagi menumpukan perhatian kepada suratkhabar yang dilanggan setiap hari.

Buruknya bila orang dewasa ini bergaduh! Bukan perang mulut tapi perang dingin. Pn. Suraya yang berada bersama mereka mati kutu.  Dalam seminggu ini meja makan dah kurang berseri.

"Ibu...  Nini tak mahu makan!"
"Ibu dah masak ni..."
"Nini bawa bekallah... boleh share dengan kawan-kawan Nini.. Dia orang pun lama dah tak rasa masakan ibu." Puan Suraya bangun lalu kembali dengan tupperware di tangan.
Nazrin hanya memerhati di balik suratkhabar yang dibacanya.  Teringin juga dia nak mendengar suara Nini menegurnya.  Namun Nini selamba sahaja bagai dia tiada di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 06:05 PM | Show all posts
Reply 302# cmf_azure


Time kasih N3 baru.....
Ni.. Nini dgn Nazrin tengah perang dingin lak... Macam2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 10:51 PM | Show all posts
sikitnya entry ..........
mungkin sebab Nazrin merajuk ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 11:37 PM | Show all posts
lain macam jer si Nazrin ni..
tah2 ada hati kat adik sndiri kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 11:42 PM | Show all posts
semua speku nazrin suka nini..
cume azure yg tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2010 11:54 PM | Show all posts
Reply 306# mijot


    orang lain nampak
    apasal Nini sendiri tak tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply 305# azie99


    tangkap cintan dengan adik sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2010 12:35 AM | Show all posts
Nazrin hanya melihat Nini berjalan ke arah pintu utama dengan membawa tupperware berisi mi goreng.  Macam yang dilakukan setiap hari, tangan Pn. Suraya disalam dan dicium.  Adegan berlaga pipi dan peluk memeluk itu amat biasa pada pandangan Nazrin.  Hari ini Nini memakai baju kurung moden berwarna biru.  Corak yang abstrak dipadankan dengan tudung berwarna biru polos. Sepadan dengan Nini.  Ralit dia memerhatikan Nini yang sudah pun masuk ke dalam kereta.

Surat khabar yang dipegang diletakkan di atas meja.  Tumpuannya tiada ke situ.  Dia hanya memegang surat khabar tersebut sekadar untuk menutup resah di hati.  Puan Suraya hanya memerhatikan tindak tanduk Nazrin.  

"Bergaduh dengan adik ya Nazrin?" Puan Suraya sengaja bertanya.  Ingin juga dia tahu perkara sebenar yang terjadi. Nak harapkan Nazrin membuka mulut sendiri, tidak sekali.

"Emm...."

"Tak mahu ceritakan kepada ibu?

"Ibu mesti dah tahu, anak manja ibu tu mesti dah mengadu awal-awal." Puan Suraya tersenyum. Nini dikatakan manja, dia tu entah apa. Boleh merajuk benda kecil macam itu.

"Cerita Nazrin pula macammana?"

"Nazrin benganglah..  tiba-tiba saja dia nak kenalkan Nazrin dengan kawan dia itu.."

"Niat adik tu memang baik..., manalah tahu kot-kot cepat ibu dapat menantu perempuan.." Puan Suraya mengusik.

"Yang itu ibu tak payah risau, pandai-pandailah Nazrin cari sendiri.."

"Habis itu, yang marah dengan adik sampai tak bertegur itu? Dalam Islam pun mana boleh kalau tak bertegur sapa lebih dari tiga hari!" Puan Suraya mengingatkan.

"Nini tu yang jual mahal, macam nak larikan diri bila nampak Nazrin saja. Patutnya Nazrin yang marah dengan dia tapi dia pula yang merajuk.  Memang perempuan ini kuat merajuk agaknya?"

"Dia bukan merajuk tapi terkejut.  Manalah dia tahu Nazrin boleh marah sampai macam itu sekali.  Kasihan kat dia.."

"Anak manja macam itulah.."

"Samalah dengan Nazrin..  Anak ibu yang sorang ini merajuk dengan Nini.  Nak suruh Nini pujuk ke?" Puan Suraya mengusik.

"Kalau dia nak, apa salahnya..." Nazrin tersenyum. Macammana agaknya Nini memujuk dia. Nazrin cuba bayangkan.

"Tak payah beranganlah Nazrin, kamu yang mulakan; kamu juga yang mesti selesaikan.  Ibu tak sukalah keadaan macam ini..." Dalam lembut, Puan Suraya memberi nasihat.

"Ialah...   senang-senang nanti Nazrin ajak dia lunch.  Kalau kat rumah ini, susah nak tengok dia.  Lepas makan selalunya terus memerap kat bilik... Tak adalah lepak-lepak macam selalu depan tv."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:38 AM | Show all posts
Reply 303# sukahatiku


    Nini nak simpan suara;
    untuk masa perlu sahaja

   thx sukahatiku membaca cerita ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:43 AM | Show all posts
Reply 304# mertua


    Nazrin merajuk minta Nini pujuk
    Nini manalah pandai hal2 macam itu;
    dia yang merajuk adalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:44 AM | Show all posts
Apalah yg disembunyikan oleh Nazrin ya.
anieaina Post at 21-7-2010 15:50



    Hanya Nazrin yang tahu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:46 AM | Show all posts
Reply 288# mie07


    mie;
    tak mo konfius   
    biar saja Nazrin yang konfius
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:49 AM | Show all posts
tau x pe...sekali membebel kalah kita yg perempuan...
shahrinas Post at 21-7-2010 08:24



    mahu ambil kapas tutup telinga..
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:52 AM | Show all posts
azu... hingga saat ini aku setia menanti n3 darimu.......
cewey2 Post at 21-7-2010 11:36



    sungguh aku terharu dengan kesetiaanmu;
    kerana itu n3 baru telah dimasukkan...
    tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:14 AM | Show all posts
salam & monin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 08:30 AM | Show all posts
mahu ambil kapas tutup telinga..
cmf_azure Post at 22-7-2010 00:49


kalu kita wat x tau je...
lelama senyaplah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 08:42 AM | Show all posts
Reply 316# amandaatika


    salam & morning..
    jemputlah masuk:
    Nini baru nak bersarapan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 08:46 AM | Show all posts
kalu kita wat x tau je...
lelama senyaplah...
shahrinas Post at 22-7-2010 08:30



biar dia cakap sorang2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:50 AM | Show all posts
biar dia cakap sorang2..
cmf_azure Post at 22-7-2010 08:46


dengar je dia ckp...
yg penting jgn melawan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064774 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list