CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 1-11-2011 08:28 AM | Show all posts
chef...masa chef tgh lepak supper tu...makhluk apa yg duduk berdepan dengan chef tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 08:36 AM | Show all posts
Reply  sofiera


    Itulah yang sebaik2nya. Jenazah ni sebenarnya terseksa dengan sakaratulmaut ...
chefmizan Post at 1-11-2011 01:29


mcm tu skali yer peritnya sakaratulmaut ni...sbb tu antara doa aku selepas solat 'permudahkanlah saat sakaratulmautku..' sbb sgt
ngeri membayangkan kesakitannnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 08:37 AM | Show all posts
biasanya cheff makhluk ni datang reramai ke atau sekor-sekor...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 11:10 AM | Show all posts
dari awal thread ni start oleh kaulat mmg slalu mengikuti.... skrg ada TT tambahan, chefmizan, mmg lagi mantobbbbbbb citer2 chef! suke kedua2 TT! citer lagi, citer lagiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 12:54 PM | Show all posts
ye...dengan kehadiran chefmizan dalam thread niii...
ia lebih merancakkan lagi...

so chefmizan...kedatangan anda sangat dihargai....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 01:31 PM | Show all posts
Mmm... suke baca citer kaulat ngan chef....

Tapi.. kaulat ok ke chef kongsi thread ngan ko neh?   Rasanyer kalo chef mmg mempunyai byk pengalaman lam hal mistik.. jadi layak utk bukak thread sendiri dan citerkan pengalaman yg ko ada tue..

Kalo kaulat rasa ok je share2 neh... go on jela..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2011 03:40 PM | Show all posts
Reply 301# manja377


    Saya tak pasti pulak makhluk ni kategori apa. Yang boleh saya nyatakan makhluk ni seakan2 saka padi... Tapi dia tak pakai topi la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 04:35 PM | Show all posts
fuhhh!!! terbaik la citer kaulat dan chef...seram...

cerciter lagi...(walaupun agak takut2 nak baca ni...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply 303# KAULAT


    Kehadiran makhluk2 ni tak menentu kaulat. Kadang2 ada yang segerombolan,ada yang sorang die je,ada jugak partner. Kesah kali ni segerombolan makhluk membuat onar dalam dewan makan. Sehinggakan kami terpaksa berperang dengan diorang..

    Ceritanya begini.........

    Hari sabtu,takde apa aktiviti sangat. Hari ni jugak hari pelepasan untuk pelajar2 asrama keluar ke bandar. Maklum la nak ke bandar pun ambil masa dekat sejam. Tapi hari tu saya,imam sekolah,dan ustaz yang pernah saya ceritakan sebelum ni diarahkan oleh sorang lagi ustaz yang kami gelar 'WALI' supaya jangan kemana2. Ada keje kami kene buat. Ok la,hari tu memang saya tak plan pun nak ke bandar. Kawan2 saya ramai la keluar,saje nak makan angin. Sekolah agama kan,so stress asyik menghafal je saban waktu. Masa tu saya ditingkatan 4.

    Lepas zohor berjemaah kami pun lepak la dekat dewan makan. Ada jugak dua tiga kerat pelajar sebab masih dalam waktu lunch masa tu. Ustaz yang pernah saya cerita sebelum ni salah seorang warden jugak. Dia GPK II. So apa2 berkaitan sekolah atau asrama memang dia tau. Tengah lepak2 tu dia serahkan kunci. Suruh buka grill tv. Pasang tv supaya budak2 yang ada masa tu boleh layan tv. Tv tu memang untuk asrama,cuma waktu siaran dah ditetapkan. Tapi hari tu ustaz ni baik hati,mood tengah bagus,dia bagi tengok. Budak2 pun pakat berkumpul la dekat2 dengan tv. Maklum la budak2 sekolah saya ni jakun sikit. Mau tak sebulan 2kali je boleh tengok tv hehe...

    Stop pasal tv. Ustaz tadi bila budak2 dah kurang dikawasan kami duduk,dia pun buka cerita. Semalam 'WALI' ada datang. Pukul 3,4pagi macam tu la. Saje meronda. Untuk pengetahuan korang 'WALI' ni bukan warden,cuma mengajar sahaja di sekolah. Rumah dia dengan sekolah pun takde la jauh sangat,sekitar 30minit perjalanan. Ok la kan. Lepas tu baru la imam ni perasan. Dia tanya balik ustaz,'WALI' datang naik apa pagi2 buta?. Ustaz jawab biasa la. Saya pun angguk. Nama pun 'WALI' kan so tak heran la die datang naik apa,pukul berapa. Orang tak heran. Pastu saya lak tanya,so apa kene mengena dengan saya?. Ustaz cakap 'WALI' suruh standby sebab malam ni akan ada benda buruk berlaku. Nah. Mende pulak la kan. Ustaz kata die taknak bagitau. Cuma jumpa ni sebab nak rancang je. Pape je la kan. Melawan kang kene hehe..

    Habis tu balik la asrama. Jarak asrama dekat je,jalan kaki tak sampi seminit pun. Sampai kat dorm saya ni pun amik wuduk buat solat istikharah. Minta petunjuk supaya ALLAH berikan sedikit petunjuk apa yang bakal berlaku malam ni. Tapi mimpi saya samar2. Tak dapat nak dirungkaikan. Saya pun buka la kitab2 yang ada sambil menghafal kepala memikir apa yang akan jadi. Masa tu memang saya tak rasa apa2. Cuma yang saya tau sekolah sekarang ni memang ada problem. Problemnya ada yang tersesat kat dalam. So tak boleh keluar. Lepas je maghrib ustaz panggil kami datang rumah dia. Still dalam kawasan sekolah. Sampai rumah dia bagi ayat QURAN suruh hafal. Katanya nak guna nanti.

    Balik ke surau sekolah solat isyak balik asrama macam biasa. Malam minggu so lepak2 je la kat bilik sambil sembang2 dengan kawan2 dorm. Ada yang beli makanan masa ke bandar so makan la sama2. Biasa la asrama,sharing is caring. Tengah borak2 tu dapat hint. "WALI" dah sampai. Jengah ke bawah memang 'WALI' dah ada dengan ustaz tadi. Saya pun panggil imam sekolah ajak turun. 'WALI' cakap kita lepak kat dewan makan. Masa tu kat dewan makan ada jugak orang lagi. Ustaz ni tadi halau diorang balik. Kesian budak2 tu. Ustaz ni garang melampau,so takde sape berani melawan. Lepak2 'WALI' dengan ustaz suruh baca apa yang dihafal tadi. Lulus. 'WALI' pesan jangan leka atau tertidur. Bahaya. Ah sudah. Ni mesti ada kene mengena dengan yang tak best ni. Telahan saya tepat. Belum abis 'WALI' bagi amanat,saya rasakan something. Ustaz tanya saya rasa tak?. Saya jawab rasa ustaz,tapi lain sangat la kali ni. Kuat semacam je ni. Masa tu jangan cakap la,takde bulu yang tak meremang. 'WALI' bangun tutup semua suis lampu dan pintu. Pintu last sekali menghadap ke asrama aspura. Dalam suasana kecoh asrama tu sekali 'WALI' tiup je terus senyap sunyi.

    'WALI' masuk dan duduk penjuru dewan makan tu. Ustaz pulak dah berdiri menghadap sesuatu. Saya nampak,cuma tak pasti makhluk apa. Ustaz suruh saya jaga kawasan dimana letaknya tray makanan pelajar. Ok. Saya pun pegi jaga kat situ. Kawasan tu pulak kat luar,so nak keluar saya kene buka pintu. Elok je buka saya rasakan angin kencang tolak saya masuk. Tapi saya bertahan. Dalam hati baca ayat QURSI je. Lepas keluar saya pun toleh la kedalam.. Nah... Mata saya disajikan dengan makhluk2 aneh yang memenuhi dewan. Macam2 rupa,macam2 bentuk. Masa tu yang saya ingat mengucap je. In case kan. Imam slow2 datang tanya apa ko nampak?. Saya lak tak tau kan,tanya la die balik,ko nampak apa?'. DIe diam terus masuk lepak dekat tempat die tadi. Sekali toleh ke belakang menghadap tray2 tadi,satu persatu hilang. Saya tak nampak makhluk apa yang ambil tapi depan mata satu persatu kurang. Sudah. Ni dah kes berat ni. Saya pun try tutup pintu,tak dapat. Aura makhluk tu terlalu kuat. Saya jerit kat ustaz n 'WALI' suruh standby. Belum habis saya cakap saya dengar bunyi tray ni tadi terbang melepasi leher saya. SIkit je lagi nak kene,kalau tak mau putus kepala saya ni.

     Rupanya tray2 tadi makhluk2 ni buat senjata untuk memerangi kami. Senjata kami pulak saya batang penyapu,imam batang mop,ustaz tongkat buluh,'WALI' serban. Merata2 la tray ni terbang. Ada yang nyaris nak kena imam tapi dia sempat tepis. Keadaan masa tu sangat bising sebab dewan guna tray aluminium. Habis tray makhluk2 tadi angkat kerusi meja lempar. Last sekali 'WALI' sound makhluk2 tadi,kalau tak cukup kuat jangan nak cuba2 cabar. Masa tu keadaan memang mengerikan. Tray melayang memecahkan cermin,kerusi meja patah kene lambung angkara makhluk2 tadi. Dalam keadaan getir tu ustaz suruh saya keluar halau semua makhluk2 kat luar tu masuk. Saya pun buat la apa yang disuruh. Rupanya kat luar banyak lagi. buka pintu tengah baru la nampak sekor2 tengah geram nak masuk dalam. Saya pun apa lagi,hambat la dorang masuk dengan ayat yang ustaz suruh hafal tu. Dah kumpul semua kat dalam,kami keluar tinggalkan 'WALI'. Memang tugas akhir adalah tugas die. Masa tu saya nampak dia buka satu pintu dekat dengan meja port saya n kawan2 selalu lepak. Ntah apa 'WALI' tu buat makhluk2 tadi masuk dan hilang dalam tiang tu. Mungkin ke alam diorang la kan.

    'WALI' siap dia pun keluar,baca doa kesyukuran kami semua balik asrama. Saya tengok semua orang senyap. Ada tapi agak mustahil untuk dioang senyap sunyi sepi kalau tengah melepak kan. RUpanya itu keje 'WALI'. Dalam penat tu gagah kan jugak naik dorm. Ustaz pesan bangun awal sebab nak kemas dewan. Esoknya saya bangun turun ke dewan,seolah2 kat dewan takde apa berlaku. tray yang kemik elok,kerusi patah n meja pun takde pape. Cermin lagi la,semalam berderai hari ni sikit calar pun takde.

WAllahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 04:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by chefmizan at 1-11-2011 16:52

Reply 302# Orange_7491


    NABI gambarkan sakaratulmaut tu ibarat kita kelar badan kita dengan menggunakan pedang yang tajam yang mana ketajamannya mampu membelah sehelai rambut kepada 7 lapisan.. Bayangkan.. Nauzubillah.. Semoga sakaratulmaut kita dipermudahkan..aminn
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply 305# KAULAT


    tq kaulat... Sekadar berkongsi pengalaman. Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 04:55 PM | Show all posts
Reply  KAULAT


    Kehadiran makhluk2 ni tak menentu kaulat. Kadang2 ada yang segerombolan,ada  ...
chefmizan Post at 1-11-2011 16:38



   ya ALLAH!! tak sangka betul ana...chef memang seorang yg kuat semangat...kalau ana mau dah pengsan kat situ jugak...kira chef ni memang hebat jugak la ye sebab ustaz dan wali pun percayakan chef untuk same2 handle kes tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply 312# ana_princess


    Kuat tak kuat la jugak la ana. Dah amanah orang. Lagipun saya dah biasa. Memang dari sebelum sekolah situ lagi saya kerap membantu dalam hal2 makhluk halus ni. Cumanya tak la menonjol sangat. Sekolah tu jugak pernah diserang toyol belaan orang kampung. 2ekor. Datang asrama lelaki semata2 mencuri baju seluar yang mahal dan baru2. Mula2 tak dapat punca sebab apa hilang,sebab saya bukan ahli nujum. Tapi 1 malam tu otw ke tandas saya dapat hint ada something berlaku kat dorm ground floor. Saya masa tu dorm tingkat 3.

   Turun siasat rupanya makhluk ALLAH tu yang punya kerja. Esok laporkan la pada warden,ustaz tu la,sebab die je yang tau hijab saya. ustaz cakap awak handle sendiri. Saya sibuk. Nak tak nak saya buat cara sendiri la. Malam esoknya saya umpan toyol tu naik atas. Caranya saya amik baju2 yang baru saya sepahkan dalam stor. Saya lak tunggu kat pintu masuk. Lama jugak la menunggu sekor je yang datang. Dapat tangkap tapi puas jugak la die melawan. Tengah nak simpan dalam bungkusan kain,die menjerit2. Bunyi serupa macam bunyi kerbau. Agaknya itu jeritan minta tolong sebab tak sampai seminit yang sekor lagi sampai. Bila die tengok yang sekor ni dah kene cekup,die cabut. 1 asrama saya kejar nak tangkap. masa tu around kul 2 pagi,masih ada budak2 yang belum tidur. Masa tu memang dah tak peduli pertanyaaan diorang sebab macam mana pun yang sekor lagi mesti kene tangkap jugak.

    Dah penat mengejar yang sekor ni tadi,saya pun stop. Dah tak larat. Turun naik bangunan 3 tingkat 2 blok kot. Saya lepak tepi tangga saya seru la panggil die datang. Saya just nak slow talk je,bukan nak tangkap die pun. Agak lama tunggu baru la terkedek2 die datang. Masa tu ada jugak budak2 yang datang kat tangga tu sebab nak tengok saya. Tak penah2 hayatkan berlari tengah2 malam buta. Nak halau diorang pun tak sampai hati,biarkan je la,saya tau diorang bukan nampak. Cuma toyol tu je la takut. Saya cakap takde pape. Dorang nak tengok saya bukan ko. Saya tanya dari mana ko datang. Budak2 yang menyemak ni tadi semua pakat blah. Dah saya bercakap sorang2 mengadap dinding,mau diorang nak tunggu lagi. Die cakap tuan die hantar. Saya tanya sape die taknak bagitau.

    Saya ugut lagi guna toyol yang saya tangkap tadi. Caranya saya tekan pusat die. So yang kene tangkap ni menjerit,baru la yang sekor ni tadi bagitau. Orang kampung tu memang semua budak asrama kenal. Saya bagitau ko balik rumah,bagitau tuan ko,kalau nak yang sekor ni,datang sini jumpa aku. Aku takkan pulangkan selagi die tak datang. Saya pun hantar la toyol ni tadi balik dengan detemani pak guard. Hantar ke rumah tuan dia. Terkejut badak la tuan dia. Tapi saya tak cakap apa2 pun sebab saya dah tinggalkan pesanan pada yang sekor tu. So saya dengan pak guard pun balik sekolah semula. Masa tu dah kecoh dah budak2 cakap saya kene sampuk. Yang pak guard ni pun iye kan je la. Malas nak bercerita panjang.

    Esoknya pas subuh tuan toyol tu datang untuk mintak yang saya tangkap tu. Saya buat perjanjian nak toyol,pulangkan semula apa yang dah diorang ambil. Dia kata dah jual. Saya minta duit dia tak nak bagi pulak. Depan2 die saya hilangkan sekejap toyol tu baru la dia mengaku. Die kumpul dulu baju2 tu sebelum jual kat seseorang. Macam jual bundle tu la. Dia mintak tempoh sejam untuk pulangkan. Saya ok and tunggu. Seperti yang dia janjikan dia datang semula dengan baju seluar yang toyol dia rembat. Saya pun pulangkn semula toyol tu. Dengan syarat saya tak nak dengar ada kes kecurian sepanjang kampung yang berada di sepanjang sungai. Kalau tak saya akan hantar semula toyol tu balik ketempat asal dia. Dia angguk and blah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 06:24 PM | Show all posts
Reply 313# chefmizan


    Cheff aka terpegun dengan kemampuan kau tue....sekolah agama kat mana yer kat pahang....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 06:27 PM | Show all posts
Reply 309# chefmizan


    Terbaik lah cheff
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:09 PM | Show all posts
Reply 315# sofiera


    Saya manusia biasa jugak sofiera.
Sekolah agama tu antara sekolah agama terbaik negeri PAHANG. Kenal SUHAIMI IN-TEAM tak?. Dia senior saya. Kalau tau dia sekolah mana,tau la sekolah saya hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 07:46 PM | Show all posts
Reply 313# chefmizan


   Terbaik!! chefmizan.. kaulat ..

kaulat.. bila nak g ke mimaland tu.. x sabar dah nak tau cite ni..

chefmizan.. epal rasa nak nangis baca ending pasal bunian tu.. sib baik chef dapat balik..

epal suka bace benang ni.. TQ sebab share pengalaman kat sini.. cite la lahgik..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:51 PM | Show all posts
Reply 313# chefmizan


    thumbs up chefmizan

toyol tu rupe die mcm yg dekat tv yg slalu kite tgk tu ke? ke ade rupe lain2 sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 10:59 PM | Show all posts
Reply 318# akashiro


    Yang dalam tv tu gambaran sikit je. Sebenarnya toyol ada 2 jenis. Satu ada telinga,satu lagi takde telinga. Warna memang hijau tapi hijau lumut pekat tu. Pendek lagi dari apa yang digambarkan dalam cerita di kaca tv. Perut sedikit boyot dan punya pusat. Kaki pendek,tangan panjang sikit,berkepala botak. Mata merah hati pekat ada taring kecik je. Fungsi taring tu untuk buat lubang pada kaki pemilik untuk hisap darah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 11:13 PM | Show all posts
NABI gambarkan sakaratulmaut tu ibarat kita kelar badan kita dengan menggunakan pedang yang tajam yang mana ketajamannya mampu membelah sehelai rambut kepada 7 lapisan.. Bayangkan.. Nauzubillah.. Semoga sakaratulmaut kita dipermudahkan..aminn
chefmizan Post at 1-11-2011 16:41


sebab tu kalau kita jumpa yang menghadapi sakaratulmaut tu dalam keadaan tenang dan mungkin tersenyum alangkah bahagianya insan tersebut... mungkin telah dijanjikan tempat terbaik baginya di sana kelak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060233 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list