|
SeMoGa BeRtEmU JoDoH(SEASON 37)-♂(,")♥(",)♀
[Copy link]
|
|
mel ade saka,kena sihir dan santau..
3 in 1..mel penah pegi berubat dgn ustaz syarhan j ...
melinda_gordon Post at 31-1-2011 16:15
fuhhh banyaknyerrr....ade gak baca pasal mel. tapi takut nak baca byk2...kikiki...baca sipi2 je..sbb tu x berapa nak paham lg...
mel duk ngan parents lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg baca pun .... tp kalo dia nk dtg tu dia dtg gaks.. kita aa kena kuat semangat.. nk jerit ...
Hana_Hirokawa Post at 31-1-2011 16:27
tapi selalu terkena kat orang yang xkuat semangat wallahualam
ubat nya adalah ayat suci al Quran
Di antara sebab-sebab gangguan makhluk halus ialah:
1) Pertahanan diri yang lemah
2) Penakut atau lemah semangat
3) Permusuhan sama ada secara disedari atau tidak, Orang yang ingin bermusuh itu mengupah bomoh untuk mengkhianati dan menyakitkannya. Seringkali juga berlaku mereka yang bermusuh itu sendiri adalah terdiri daripada bomoh bomoh. Ketika ini, ia tidak perlu mengupah orang lain lagi sebaliknya melakukannya sendiri.
4) Dendam akibat ditolak peminangan, memungkiri janji, dikhianati atau sebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
meh ana share sedikit
Hantu adalah jin... Jin adalah hantu... hantu ni istilah orang melayu... pastu ditambah ditokok tambah pulak dengan nama2 yang bermacam2... pontianak, toyol & mcm2 lagi.. semua kaum ada nama hantu masing2... manusia ni kreatif, penuh dengan bayangan & khayalan, kemudian ingin direalitikan... semua ini adalah permainan/pendustaan syaitan terhadap anak cucu Adam a.s sejak dari permulaan hidup di muka bumi lagi... & tidak dinafikan manusia sendiri juga menjadi penyumbang dalam membantu menyesatkan manusia sendiri...
Allah menjadikan makhluknya bermacam2.... Manusia, Malaikat, Jin, Haiwan, Tumbuhan2, gunung-ganang, bukit-bukau, batu-batuan, bulan, matahari, planet-planet,... dan seluruh alam semesta. Adakah sesiapa diantara manusia mahupun makhluk2 yang dapat menghuraikan setiap satunya? Lihatlah betapa kerdilnya kita. Dan pula setiap sesuatu ciptaan ALLAH bukanlah dijadikan dengan sia2. (Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan)?.. Kita pula dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa tingginya Allah menganugerahkan darjat kita sebagai manusia (jika beriman kepadaNya).
Berbalik pada persoalan mengenai takutkan hantu ni, pada pandangan saya, ia adalah kombinasi nafsu, manusia & syaitan itu sendiri... Contohnya ; Manusia menceritakan cerita seram kepada anak2 & buat filem2 seram, memomok2 kan tentang sesuatu perkara yang ghaib dengan berlebih2 dari aqal, bomoh, adat, dukun, ahli nujum, ahli sihir... manakala jin memainkan peranannya dgn berdampingan bomoh, dukun, menjelmakan dirinya (dgn izin Allah), membisikkan kedalam fikiran, membuat bayangan dlm (mimpi), merasuk manusia & berbagai2 muslihat & cara lagi... sehingga membawa kepada lahirnya perasaan takutkan hantu (malahan takut dalam berbagai perkara lagi).
Perasaan takut adalah sifat semulajadi makhluk. Tetapi bagi umat Islam yang sejati, takut hanyalah pada Allah... selebihnya adalah kita wajib berusaha & bertawakal kepadaNya supaya dilindungi olehNya. Islam juga menyarankan umatnya agar sentiasa berhati2 & menjaga adab2 dlm kehidupan. Bezanya, manusia ni ada hijab dari melihat perkara2 yg ghaib & wajib beriman kepadanya. Ingatlah, yang memberi memberi manfaat & mudharat hanyalah Allah s.w.t (pencipta sekalian makhluk)
Dikhuatiri jika terlalu takut pd makhluk selain Allah ia boleh mendatangkan syirik... ia membayangkan seolah2 makhluk yang ditakuti itu boleh memudharatkannya... walhal, semuanya dengan izin ALLAH s.w.t jua...
Jika kita beriman & yakin kepada Allah, Istiqamah... Allah akan dekat dengan kita... JIka disebaliknya... syaitan akan berani mendekati kita... (ia juga bergantung atas urusan ALlah untuk menguji makhluknya dgn apa cara sekalipun)... didalam al-quran juga terdapat byk surah2 khas yang menceritakan perihal jin & syaitan... bolehlah diamalkan... Sama2 kita memperkukuhkan ketaqwaan kita. Jadilah umat Islam yang berani kerana benar, takutlah hanya kepada Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rose
kalo rasa tak pasti, bley aje pm momod tamtih or kat mel ker or sapa2 yg rose rasa nk wat l ...
Hana_Hirokawa Post at 31-1-2011 16:25
momod tamtih pun ade masalah camni ke?
melalak kat mesin fotokopi pun jadi? ish ish...jangan la dia menampakkan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
betul gaks tu.. pasalnye mende tu makhluk allah jua... cume harap ia dtg bukan dihantar oleh ...
Hana_Hirokawa Post at 31-1-2011 16:28
yup..berdoa la jgn kena mcm tu..sbb once kena,sakit kak..
lepas kerasukan bdn mmg lemah..cam baru lepas kena belasah..mel penah kena rasuk..time tu kat kampung..
mmg tak sedar ape time tu..yg mel tau cousin mel cite,mel dah jadi mcm rimau time tu..mengaum..tgn ngan kaki mel da mencengkam mcm rimau..mmg mel tak sedar ape time tu..yg mel sedar,bila dah sedar dr kena rasuk tu,bdn mel rasa sakit2 sgt..
lemah..time tu kenduri lak tu..mmg mel tak kuar bilik la gamaknye time kenduri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 327# melinda_gordon
oh... adakah itu saka?? keturunan mel orang mana??? ada dr kerinchi kaa??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Hana_Hirokawa
jin.. bunian.. khadam.. rijalul ghaib.. adik beradik sapa plak..... ...
anonymous Post at 31-1-2011 16:32
adik badik jin ... humm diaorg kan ade yg islam dan kafir.. yg ko sebut tu adalah pecahan2 nye.. kira puak la... |
|
|
|
|
|
|
|
Perbezaan Jin, Iblis, Syaitan
Perbezaan jin, iblis, syaitan
SOALAN:
ADA sesetengah tidak percaya kewujudan jin, manakala yang lain pula mendakwa jin dan syaitan adalah sama. Begitu juga dengan iblis.
Apakah sebenarnya ketiga-tiga makhluk itu? Bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa boleh melalui alam jin?
JAWAPAN:
KETIGA-tiganya, iaitu jin, iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan selain malaikat dan manusia. Menurut al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (Q 15: 26-27) dan kedua-duanya menghuni dunia ini.
Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal daripada kata kerja ‘janna’ bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.
Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur (Q72: 1-4; 14-15). Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, Syaitan dan Qarin.
Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam al-Quran: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”: Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya...(Q 18: 50).
Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (as), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatnya (Q 27: 17).
Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
rose
momod tamtih takde ler kena mende gitu tp kalo nk cari kawan utk share masalah, dia adalah antara yg terbaik dalam memberi nasihat.. ekceli penghuni tetap SBJ mmg ok2 kalo bagi nasihat or menjadi pendengar setia ...
mel
insya allah... ..... |
|
|
|
|
|
|
|
FAKTA: Saka
• Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
• Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
• Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
• Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
• Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
• Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka
• Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
• Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
• Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
• Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
• Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
• Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
• Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaitan jin,iblis,syaitan
assalamualaikum ustaz
1.saya ingin bertanya tentang jin, syaitan dan iblis ni sama ke tidak, apakah perbezaan antara ketiga2nya.
2.Bolehkah ustaz bagi ayat pendinding diri sebagai perlindungan dari kejahatan iblis dan syaitan.
Wasalam
.......................
w.salam
1. Jin adalah makhluk ciptaan Allah yg dijadikan daripada api.
Syaitan pula ialah makhluk Allah yang sangat jahat samada dari kalangan jin atau pun manusia.
Iblis pula menurut pendapat setengah ulamak tafsir ialah dari keturunan jin yang jahat.
Diantara amalan untuk melindungi diri dari gangguan makhluk2 yang jahat ini ialah :
Ketika Tido Bacalah "Bismillahissamiil aliim minas syaitan nirrojim" sebanyak 11 kali dan Selawat 3 kali.. Mudahan Iblis dan Syaitan Tidak mendekati kita dari pagi sampai la ke petang....
Dan ketika hendak Tidur bacalah :
1-Al-Fatihah 3kali. Sesudah dibaca hembus ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.(Boleh dipraktikkan untuk
2-Satu kali Al-kursi dan sebaik-baiknya Al-kursi dibaca 3x atau 7x sebelum tidur.
3-Baca lah doa tidur dan Selawat serta Mengucap Kalimah Syahadah sebelum tidur .
4-Ambil air sembahyang kerana Iblis dan Syaitan tidak berani mendekati orang yang ada air sembahyang.
5-Baca 3x Surah Al-Ikhlas ...Baca Surah Al-Falaq 1x dan Baca Surah An-nas 1x.
Ketika terkejut dari tidur disebabkan mimpi2 pelik atau terjaga secara tiba-tiba pada waktu dinihari.
1-Ambil Wudu`
2-Sembahyang Sunat atau Hajat dll sekiranya berkemampuan menunaikannya.
3-Baca Yasin serta surah-surah mengikut tertib.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka.
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 316# anonymous
ahahahaha..ok..mel terangkan kat sini ye..
hantu,polong,pontianak atau ape2 je yg org panggil tu adelah dr golongan jin dan syaitan..
adekah hantu tu wujud,sbb ade yg tak penah mengalami diorang akan ckp..alaaaaa tu semua khayalan je tu..psychology or watsoever la..mel tak nafikan jugak..dari segi sains dan psychology,kdg2 faktor2 stress,halusinasi dan sebagainye bole jugak mempengaruhi khayalan seseorang itu.
tapi kita jugak tak bole menolak sebarang kemungkinan mengenai benda2 ghaib itu..bukan ke kita wajib mempercayai bahawa alam ghaib itu..bukan ke jin,malaikat itu sebahagian drpada alam ghaib..benda yg dah tertulis dlm alquran mengenai kewujudan nye tapi kita tidak bole melihat melalui alam yang nyata..
bagi mel,ilmu allah tu luas..dan segala kemungkinan itu semua dtgnye dr Allah..dan bagi mel,hantu2 yg menggangu manusia tu adelah jin yg menyerupai berbagai2 bentuk utk menyesatkan dan menakutkan manusia semata2 supaya manusia lalai dan lupa bahawa tiada kuasa lain yg lebih hebat dr kuasa Allah swt..
ikutkan banyak benda mel nak kupas..tapi tak sesuai nak dihujahkan kat sini..ahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
TANDA-TANDA SAKA
Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka :
a. Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang yang mewariskan saka dengan
orang yang menerimanya.
b. Ada persamaan dalam masaalah kesihatan.
c. Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang
menerimanya.
d. Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.
e. Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.
f. Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan
ibu atau bapanya itu.
g. Suasana rumah yang tidak harmoni.
h. Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus bawak mel ni kalau ada gath sbj.. jadi scanner
hardeyboyz Post at 31-1-2011 16:31
ahahahaha..hampes..tak mau arr..kang ade yg takot plak kang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mel
nk citer pjg2 bley aje kat sini.. coz SBJ nye umah ni open... malas gaks nk masuk umah sana tu kang kalo kita citer2 kang ade aje yg sebuk tak caya lah, kondem2 aaa... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
last share
Menangani Tipu Helah Makhluk Halus
Ayat2 di bawah ini di susun oleh Rahim bin Md. Salleh atas keizinan Ustaz Prof Dr Ustaz Jumadi Mustar
Ayat Ruqyah
Pesakit mula-mula baca
1) Al-Isti'adzah, kemudian bacalah
2) Wala haula wala kuuwata illa billahill aliyil azhim
3) Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim 3x
4) A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
Kemudian baca ayat ayat Ruqyah:-
1) Surah Al-Fatihah ayat 1 - 7
2) Surah Al-Baqarah ayat 1 - 5
3) Surah A-Baqarah ayat 102 di ulang sebanyak 7x
4) Surah Al-Baqarah ayat 163 - 164
5) Surah Al-Baqarah ayat 255
6) Surah Al-Baqarah ayat 285 - 286
7) Surah Aali-Imraan ayat 18 - 19
Surah Al-'Araf ayat 54 - 56
9) Surah Al-A'raaf ayat 117 - 122 di ulang sebanyak 7 x kemudian ayat 120 di ulang sebanyak 30x secara bersendirian
10) Surah Yunus ayat 81 - 82 di ulang 7 x, selepas itu di ulang ayat innallaha sayub tiluh sebanyak 7x bersendirian
11) Surah Taha ayat 69 di ulang 7x
12) Surah Al-Mukminin ayat 115 - 118
13) Surah As-Soffaat ayat 1 - 10
14) Surah Al-Ahqaaf ayat 29 - 32 ulang ayat pendek ini 7 x - yakau manaa ajiibuu daiyallah
15) Surah Ar-Rahman ayat 33 - 36
16) Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
17) Surah Al-Jin ayat 1 - 9
1 Surah Al-Ikhlas
19) Surah Al-Falaq, di ulang surah ini 9 x
20) Surah An-Naas
Ayat-ayat Wirid Mangsa Sihir:
1) Surah Yunus ayat 80 - 81
2) Surah Al-A'raf ayat 117 - 121
3) Surah Taha ayat 67 - 70
4) Surah Al-Furqan ayat 32
5) Surah Anbiya' ayat 70
6) Surah An-Nur ayat 39
7) Surah Al-Israk ayat 81
Surah Fussilat ayat 42
9) Surah Fatir ayat 10
10) Surah Anbiya ayat 18
11) Surah Al-A'raf ayat 18
12) Surah Kahfi ayat 98
13) Surah Taha ayat 69
14) Surah Al-Falaq
Ayat-ayat Wirid Mangsa Hasad :
1) Surah Al Fatehah 7 x
2) Ayat Kursi 7 x
3) Surah Mulk 1 x
4) Surah Al-Qalam 7 x (ayat 51)
5) Ayat 3 Qul 7 X
Ayat-ayat Azab
1) Al-Baqarah surah 2 : ayat 206
2) Al Maidah surah 5 : ayat 33 - 37
3) An Nisa' - surah 4 : ayat 166 - 169
4) Al Anfal - surah 8 : ayat 9 - 14
5) Al Isra' - surah 17 : ayat 110 - 111
6) Al Hijr - surah 15 : ayat 16 - 18
7) Al Anbiya' - surah 21 : ayat 70
As Saffat - surah 37 : ayat 1 - 10
9) Ad Dukhan - surah 44 : ayat 43 - 50
10) Al Jathiya - surah 45 : ayat 7 - 11
11) Al Ahqaf - surah 46 : ayat 29 - 34
12) Ar Rahman - surah 55 : ayat 32 - 44
13) Al Haqqah - surah 69 : ayat 25 - 37
14) Al Buruj - surah 85
15) Al A'la - surah 87
16) Az Zalzalah - surah 99
17) An Nasr - surah 110
Ayat-ayat Shifa'
1) At Taubah - surah 9 : ayat 14 - 15
2) Yunus - surah 10 : ayat 57
3) An Nahl - surah 16 : ayat 67 - 69
4) Al Isra' - surah 17 : ayat 82
5) As Syu'ara - surah 26 : ayat 75 - 80
6) Al Fushilat - surah 41 : ayat 44
Pesakit yang tidak mampu membaca ayat2 ruqyah keseluruhannya atau yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik cukup mengamalkan doa2 dan zikir di bawah ini sebagai perisai untuk dirinya :
1) Baca doa ini setiap selepas solat subuh dan solat asar:
A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
Aku berlindung dengan kalimah2 (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang di ciptakan-Nya.
2) dan doa ini
Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim 3x
Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada dibumi dan langit tidak sekali2 akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
3) dan zikir ini 100x pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau magrib)
Laa ilahaa illaulaah wahdahu laa shariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa' alaa kulli shai-inq-qodiir. 100x
Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji2an dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Selain doa di atas baca Ayat Kursi 313 x sekali gus dan banyakkan baca Tasbih Nabi Yunus
Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minadh-zhaalimiin
Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, Maha Suci Engkau, akulah orang yang membuat zalim atas diriku.
Kalau tak dapat membaca kerana gangguan terlalu kuat, boleh juga pasang CD ayat ruqyah dan ayat shifa, pasangkan di rumah dan konsentrasi sambil pejamkan mata. Jika keadaan sukar di kawal, saudari bacakan ayat kursi 70 x di dalam botol berisi air dan suruhlah suami minum sambil niat supaya Allah sembuhkannya, tetapi air itu jangan di tambah jika habis, buatlah yang baru. Selain pada itu bacalah Al-Fatehah 70 x dan Al Baqarah selama 40 hari, inshallah keadaan akan lebih baik......
4 pintu besar untuk jin memasuki tubuh manusia
1) Terlalu marah
2) Terlalu gembira
3) Terlalu sedih
4) Nafsu syahwat terlalu kuat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|