CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 27-8-2009 11:25 PM | Show all posts


Kalau lapar makan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2009 10:18 AM | Show all posts
341# rdzaccess
kedai betul ke memain dorg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 01:42 AM | Show all posts
Aku kena cek balik posting yang dulu.
Aku nak sambung balik nanti ada pulak penduanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 01:44 AM | Show all posts
341# rdzaccess  
kedai betul ke memain dorg ni
nagaijau Post at 28-8-2009 10:18



Kedai betul, terletak di Indonesia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 01:48 AM | Show all posts
Ceritanya:

Aku duduk di atas bangku kecil yang telah kubuat sendiri dari bahan kayu buangan yang ku kutip di sekitar taman perumahanku.

Waktu petang sekitar jam 2.
Aku berehat di luar rumah memerhatikan ikan-ikan belaan ku berenang- renang disekitar dalam akuarium yang aku buat sendiri.
Kaca yang aku dapati adalah di ambil dari akuarium yang pecah di satu bahagian yang telah di buang orang.

Setelah di kumpul maka lengkaplah menjadi sebuah akuarium.

Ikan -ikan yang ada aku dapati dengan memancing di anak sungai yang juga berdekatan dengan tempat tinggal aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 01:59 AM | Show all posts
Setelah aku mencuci lekatan lumut pada sebelah dalam akuarium aku duduk kembali.

Mengambil sebatang rokok dan menghisap perlahan- lahan.
Aku tidak bekerja ya...sudah hampir lima tahun aku tidak bekerja.
Makananku dapati dengan belas ehsan jiran tetangga.

Bukannya aku tidak mau tapi ku kirakan bagaimana mungkin.
Tiada bas yang melalui secara rutin di tempat aku.
Hanya di pekan berhampiran yang terletak kira- kira tiga perpuluhan lima kilometer jauhnya.
Tiada juga teksi bermeter atau kereta sewa yang boleh membawa aku ke perhentian bas.
Stesen keretapi letaknya tigabelas kilometer.

Dan aku tiada kenderaan sendiri.
Semenjak aku berpindah ke tempat ini semacam semua kemudahan yang dulunya aku nikmati seperti ditarik kembali.
Oooh , betapa aku mengenangkan nasib yang malang ini.

Sedikit ada juga wang yang ku perolehi.Diberi oleh jiran- jiran kerana membantu akan apa saja pekerjaan yang mereka perlukan.
Membetulkan paip air yang tersumbat atau menjemput anak- anak mereka pulang dari sekolah atau tusyen atau apa sajalah.
Aku tidak meminta tetapi yang yang beri.
Padaku wang bukanlah yang aku dambakan.
Kehadiran jiran hanya untuk bersembang membuat aku gembira dan bahagia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2009 02:02 AM | Show all posts
Aku juga bukan seorang bomoh atau dukun atau seorang perawat yang ditauliahkan.
Aku tidak mau dan tidak suka dipanggil begitu.
Jika tiada pekerjaan, ibadatlah yang aku buat.
Selagi masa masih ada untuk aku melakukannya.

Ramai ahli-ahli surau yang bagus-bagus bacaan mereka.
Bacaan doa mereka seperti air yang lalu.
Aku....aku kelamkabut bacaannya.

Bukan apa kerana terlalu banyak doa yang aku hafazkan dan lafazkan meminta kepada Allah untuk petunjuk dan pedoman.
Sesungguhnya aku insaf akan keadaan diriku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 02:06 AM | Show all posts
Adakah sememangnya seorang perawat seperti diriku ini hidup melarat?
Tidak memerlukan sesuatu rezeki yang pasti kerana rezeki itu Allah ynag memberi.
Kalau tiada kedapatan, bukankah itu ketentuan Allah.
Jika seseorang menganiaya kita, selagi tiada bercerai badan dari nyawa, bukankah itu ketentuan Allah maka mengapa harus kita melayan perasaan marah dan dengki seolah- olah kita tidak mau redha dan bersyukur di atas ujian yang Allah beri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2009 02:08 AM | Show all posts
Hampir separuh rokok telah ku sedut.

Aku melihat ke hadapan.
Aaaah...pintu pagar belum ku kunci.
Bukan apa, tiada apa yang harus ku kuatirkan.Bukan ada benda yang berharga berada di dalam rumahku.
Tetapi ia telah membuatku tidak berasa senang lantaran rutin kehidupan yang sebegitu.
Kalau hendak baik maka yang terbuka hendaklah ditutup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 02:24 AM | Show all posts
Aku bangun dan mendapatkan pintu pagar yang separuh terbuka.
Sekoyong- koyong aku mendapatkan ia maka berhenti sebuah motosikal dihadapan.

Dia lalu mematikan injin motosikalnya dan memberi salam.

Aku menyambut salamnya seraya memberi akan tangan kanan ku untuk bersalaman.
Tanganku disambut.
Dia kemudian menanggalkan topi keledarnya.

"Bang, aku ada masalah lah bang".
Topi keledar diletakkan di atas tangki motor jenis Yamaha RXZ.

'Jom masuk ke dalam, nanti boleh beritahu apa masalahnya.'
Ujarku.

"Tak apalah bang."balasnya.
Aku diam menanti akan apa yang hendak disampaikan kepadaku.

"Bang,abang tolonglah,sekarang ni adik saya pulak muntah darah"
"Mula- mula batuk jer dan sekarang ni muntah darah pulak."
Tambahnya kemudian sesudah memberitahu.

"Astaghfirullah alAdzim, tak sudah- sudah mereka"balasku.

"Yalah bang, dulu arwah bapa saya.sekarang ni adik saya pulak."
"Abang tolonglah,kita pergi sekarang jugak"pintanya.

Alamak, aku nak pergi sekarang?Keberatan jugak aku nih.
"Tentang arwah ayah kau tu aku mintak maaf, sebab tak dapat hadir di hari pengkebumiannya."

"Tak mengapa bang, lagipun mereka mungkin memerhatikan siapa yang bantu keluarga saya tempuh hari.Yalah, ayah tiba- tiba sudah boleh berjalan- jalan di luar rumah." dia menjelaskan.

Aku mencapai beg galasku, kemudian mengambil sebilah keris.
Aku susun begitu rapi.
Jika aku harus bertikam ngan suruhan mereka tu maka aku bersedia.

Maka kami pun berangkatlah dengan kereta datsun 120Y yang ku pinjam dari ustaz yang tinggal di hujung deretan dengan rumahku.

Kami pun memulakan perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam setengah mengikut jalan pintas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 02:27 AM | Show all posts
Kami sampai waktu lewat petang hampir sekitar empat puluh lima minit akan masuk waktu Maghrib.
Aku melihat sekeliling hadapan rumahnya.
Ayam- ayam mula mencari tempat untuk tidur.
Lembu telah di halau balik ke kandang oleh adik lelakinya.
Aku masih lagi berada di luar rumah.

Aku akan menunggu sehingga Maghrib.
Bunyi kelawar berdesing di sana sini.

Aku kemudian masuk ke dalam rumah setelah dipanggil olehnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 06:00 PM | Show all posts
wah! cerita baru....best2...sambung2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2009 09:26 PM | Show all posts
Selamat menyambut kemerdekaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2009 12:24 AM | Show all posts
Baiklah aku namakan jiran yang memintabantuan dengan nama 'Osman' saja.

Oleh kerana aku bukan biasa dengan keadaan dalam rumahnya makabanyaklah pertanyaan yang aku tujukan kepada keluarga Osman.

Aku bersiap untuk menunaikan solat Maghrib.
Aku juga sempat menjeling ke arah ruang hadapan dan ternyata makanan telah pun disiapkan.

Setelah solat Maghrib, aku teruskan dengan solat hajat dan kemudian berwirid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2009 12:29 AM | Show all posts
Setelah sudah kami pun makan malam.

Kami duduk bebual- bual seketika danaku pun mula bertanyakan situasi yang mencemaskan keluarga Osman.
Aku cuba mendapatkan maklumat di mana permulaan kejadian berlaku.

Terdapat sebuah lagi rumah kepunyaan arwah bapanya yang terletak tidak jauh dari situ.
Berbelakangkan sebuah bukit.

"Kalau begitu kita akan kesana nanti."ujarku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 01:37 PM | Show all posts
Penat merempit.. hehe.. sambung lagi bang,.,.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2009 06:43 AM | Show all posts
Salaam..
Ko rempit motor ker basikal???
Kat Kajang selalu basikal ajer so tak der kemautan....
dan aku suka nengok diorang ubahsuai basikal mereka
tinggi imajinasi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 06:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 10-9-2009 20:48

sambungan

Aku pun mencapai beg yang aku bawa dan mengisai di dalamnya.

Seperti biasa aku mengeluarkan beberapa helai daun sireh ( selalunya ada tujuh helai dan hanya menggunakan tiga helai sahaja.)
Daun sireh aku dapatkan dari sebuah tiang elektrik (yang ada lampu di atasnya) yang di tanam oleh TNB depan salah sebuah rumah jiran aku.
Pokok sireh tu tuan rumah tu tanam dan menjalar tumbuh naik bersandarkan tiang elektrik.

Daun yang selebihnya untuk penggunaan kecemasan sekiranya perlu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 07:00 AM | Show all posts
Aku kemudian meminta segelas air.

Seketika kemudian sampailah air yang ku pesan.
Di bubuh dalam cawan.
Siap berpiring bagai.

Issshhh...

Aku menyambutnya dengan menghulurkan tangan ku yang melebihi kepala.

Bila aku lihat ke dalamnya....

Air kopi....pekat....sedap....
(aku gelak sendiri...)
Tak pelah....Dalam senyum aku pun minum seteguk...

Untuk tidak beranggapan untuk melucukan aku meminta barangan lain pula...

Kali ini aku meminta garam kasar pula...

Seketika kemudian sampailah garam yang aku pesan.
Sebuah mangkuk sup yang besar dan di dalamnya penuh membumbung garam kasar...

Aku kaget.

Bagaimana pulak boleh jadi macam ni...???
Selalunya dan acapkali tuan rumah akan bertanya padaku akan kuantiti dan kualiti barangan aku pesan atau minta...
Aku mencari pedoman...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:56 AM | Show all posts
merempit dgn moto la bang... basikal tayarnya kempis... dah lama tak naik.. hehe...  skrg ni tgh merempit citer abg yg dulu-dulu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051893 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list