CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FanCT

FINALIST AJL ke-25 (Diskusi Segalanya Di Sini)

  [Copy link]
Post time 28-11-2010 02:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by krxzaqy at 28-11-2010 02:26

Reply 340# cikmouse

  melodi Selamat Malam mcm lagu I Don' Want To Miss A Thing jek... tp stail FT nyanyi lagu SM mcm lenggok queen.

telinga aku silap kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 03:02 PM | Show all posts
atau mungkinkah ader juara baru yg akan diangkat dlm AJL 25 nie nnt....hurMm....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:08 PM | Show all posts
macam mana pon malam final nanti.. si FT mesti akan dapat hadiah punya meskipon dia buat silap... tu dah boleh ramal
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:09 PM | Show all posts
adira.. aku nak dia bawak kanak2 istimewa atas pentas..boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:14 PM | Show all posts
adira.. aku nak dia bawak kanak2 istimewa atas pentas..boleh?
kernasayang Post at 30-11-2010 20:09



  
boleh x mak nk suggest FT bwk lagu selamat mlm tuh, dia nnynyi biase2 jah. xyah nk menjerit meneran bgai. lagu tuh bkn nye tggi sgt pn, dia je over pi nynyi teran2. rock la konon.  lagu da best, msk vocal dia, hancurr.

cube nynyi mcm lagu kasih tercipta. relaxx...... merdu. n asyik.

lagu pn slmat mlm, terjerit2, mcm mn gf dia nk tido kalo nynyi mcm nk bergaduh mcm memaksa2 org utk tido. bongek[size=13.8889px]:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:45 PM | Show all posts
Reply 345# micha


memang FT suka menjerit2..meneran2 segala bagai.. nak tunjuk kepoweran dia kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2010 09:10 PM | Show all posts
macam mana pon malam final nanti.. si FT mesti akan dapat hadiah punya meskipon dia buat silap... tu ...
kernasayang Post at 30-11-2010 20:08


aiiii bilerrr laaa dia nk dpt title Juara Lagu lak nieeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:12 PM | Show all posts
adira.. aku nak dia bawak kanak2 istimewa atas pentas..boleh?
kernasayang Post at 30-11-2010 20:09


bohsannyaa idea kamu ini...
mau undang simpati juri n audiens kah...?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 11:08 PM | Show all posts
bohsannyaa idea kamu ini...
mau undang simpati juri n audiens kah...?...
cikmouse Post at 30-11-2010 21:12



    taktik raih simpati
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 09:45 AM | Show all posts
up...up....up...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 01:23 PM | Show all posts

Merai kegemilangan 25 tahun

SEJAK diperkenalkan sebagai program yang menampilkan carta lagu-lagu popular pada 1984 dan kemudiannya diangkat sebagai pertandingan lagu-lagu popular dengan nama Muzik Muzik pada 1986, program terbitan TV3 terus gah.
Sama ada masyarakat kota mahupun desa, semuanya akan menunggu di kaca televisyen setiap Ahad jam 8.30 malam ketika itu untuk menyaksikan kelibat artis kesayangan dalam satu-satunya program carta lagu-lagu paling lama bertahan di Malaysia.

Itulah juga medan terbaik bagi menyaksikan Francisca Peter, Zaiton Sameon, Ramlah Ram, Search, Datuk Siti Nurhaliza hinggalah yang terbaru seperti Faizal Tahir dan Yuna bersaing menentukan aras kualiti mahupun populariti karya dendangan mereka. Tambahan pula, format yang diketengahkan membolehkan peminat mengundi artis yang disukai. Menerusi program yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada kemuncaknya, peminat dapat menyaksikan kemunculan pelbagai jenis genre muzik yang menjadi juara.  
Giliran pemenang ini bersilih ganti genre mengikut perkembangan muzik semasa dan inilah yang dinamakan revolusi muzik. AJL 25 akan berlangsung pada 9 Januari 2011 dan membariskan 12 artis popular antaranya Black, Stacy, Shahir, Meet Uncle Hussain, Yuna dan Adira.
Bersempena dengan 25 tahun kewujudan AJL atau boleh dianggap Jubli Perak, TV3 menerbitkan satu program khas dinamakan Revolusi Anugerah Juara Lagu 25 yang menampilkan mereka yang terbabit secara langsung dalam final AJL sebelumnya. Bekas juara AJL diundang sebagai tetamu program ini yang diterbitkan oleh Hamsiah Biri.

Hamsiah berkata, program sebanyak empat episod yang dihoskan Faizal Ismail itu bertujuan menyemarakkan AJL25 serta satu episod khas, Debaran AJL yang akan disiarkan sehari sebelum menjelangnya kemuncak AJL25. Hamsiah yang berpengalaman bekerja di belakang tabir Muzik Muzik sejak era TV3, Jalan Liku, Bangsar menyifatkan tanggungjawab itu agak mencabar.
"Cabarannya saya kena cari semula 'footage' yang lama. Saya kena duduk tengok satu-satu dan mengkaji apa yang menarik berlaku ketika itu untuk dimuatkan dalam program ini. Nak cari semula memang kerja yang susah juga kerana ada kala bahan dalam arkib berada di tempat lain.

"Untuk setiap episod paparan yang diutarakan berlainan supaya peminat tak jemu. "Paparan menarik yang boleh diikuti peminat antaranya ialah segmen penyanyi lupa lirik, penyanyi terkucil, penyanyi ganti, penyanyi bukan Melayu dan banyak lagi. Menerusi Debaran AJL pula, kandungan yang dipaparkan lebih kepada persediaan akhir semua artis sebelum berlangsungnya kemuncak AJL.


"Bekas juara yang dijemput akan berkongsi pengalaman mereka ketika beraksi dalam kemuncak yang ditonton oleh jutaan peminat itu. "Pelbagai perkara menarik termasuk rahsia belakang tabir didedahkan kepada penonton. Biasalah untuk menerbitkan program sebegini akan ada masalah tersendiri, tetapi saya pengalaman yang saya ada digunakan sebaiknya untuk mengatasi masalah yang timbul," katanya.
Episod pertama Revolusi AJL25 akan mula menemui peminat pada Sabtu, 4 Disember jam 5 petang. Ia menampikan Ramlah Ram yang menjuarai AJL 1988 menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Jac (Juara AJL 2005/Gemilang), Ezlynn (Juara Pop Rock AJL 2003/Hi Hi, Bye Bye) dan komposer Adnan Abu Hassan yang lagu ciptaannya, Bunga Bunga Cinta (juara AJL 2003).
Disusuli pula episod kedua Revolusi AJL 25 yang bersiaran pada 11 Disember yang menampilkan Francisca Peter (juara AJL 1986/Sekadar Di Pinggiran), Meet Uncle Hussain (juara AJL 2008/Lagu Untukmu) dan komposer Aidil Alfian yang lagu ciptaannya, Keliru (juara AJL 2002).

Dua lagi episod Revolusi AJL25 akan menampilkan Hazami, Noraniza Idris, Adibah Noor, Mus MAY, Dayang Nurfaizah, Ajai dan Marsha serta Datuk Siti Nurhaliza akan disiarkan pada 18 Disember dan 1 Januari. Selain Revolusi AJL 25, Hamsiah juga menerbitkan kapsul Detik AJL yang berdurasi dua minit sebagai 'countdown' menjelang AJL 25. Kapsul ini disiarkan pada 6.28 petang bermula 13 Disember ini.

P/S: MM dulu-dulu lebih best daripada MM sekarang-sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 02:48 PM | Show all posts


SHAHIR....Aku mmg ske lagu "Kebahagiaan dalam perpisahan ni"....


Ttbe tertarik ngan statement Edry.."Apabila mereka bersama tak bahagia tapi bila dah berpisah mereka bahagia sebagai kawan"...<< bleh merujuk kpd yusry,,
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 02:56 PM | Show all posts
Realiti dewi nk wat persembahan cemana?
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 05:18 PM | Show all posts
SHAHIR....Aku mmg ske lagu "Kebahagiaan dalam perpisahan ni"....


Ttbe tertarik ng ...
FanCT Post at 3-12-2010 14:48



semoga berjaya.......AMINNNNNNN................lirik yg memang puitis...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 05:19 PM | Show all posts
Realiti dewi nk wat persembahan cemana?
hahahaha
fitree87 Post at 3-12-2010 14:56



    aaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 07:53 PM | Show all posts
Pilihan daku ttp pd lagu Selamat Malam - makin didengar semakin besh n syahdu lak rsnyaa....:lovelin ...
cikmouse Post at 27-11-2010 15:42


kuat sangat berangan ni..tp, dont worry..konpemlah FT dpt sangkut salah satu anugerah punya.jgn risau ek..btuah la kau sebab suka si FT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 07:58 PM | Show all posts
semoga berjaya.......AMINNNNNNN................lirik yg memang puitis...
iena007 Post at 3-12-2010 17:18


hrp2 shahir dpt kalahkan FT..yesza
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 08:53 PM | Show all posts
kuat sangat berangan ni..tp, dont worry..konpemlah FT dpt sangkut salah satu anugerah punya.jgn  ...
kalkeat Post at 3-12-2010 19:53


waahhhhh.....konfem yerrr....yeahhhh3x....?...macihhhhhhh sumaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:25 PM | Show all posts
waahhhhh.....konfem yerrr....yeahhhh3x....?...macihhhhhhh sumaaaaa....
cikmouse Post at 3-12-2010 20:53



    welcome sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 10:54 AM | Show all posts
Khamis Disember 16, 2010
‘Music Mapping’ Tema AJL25

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



Yuna mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan di AJL25 pada 9 Januari 2011.




KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 yang akan berlangsung pada 9 Januari depan akan memperkenalkan konsep Music Mapping atau pemetaan muzik.

Acara berkenaan akan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini dan disiarkan secara langsung di TV3, pukul 9 malam.

Bagi merealisasikan konsep tersebut, penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi baru iaitu Light Emitting Diode (LED) atau diod pemancar cahaya bagi menyampaikan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama dalam industri muzik tempatan.

“Kami menggunakan sebanyak 600 panel LED di lantai pentas AJL25 secara menegak dan melintang. Konsep ini direka oleh Rafi Mustapha.

“Pentas terbahagi kepada dua bahagian bagi memudahkan persiapan setiap band yang membuat persembahan mengikut giliran masing-masing.

“Sementara pemain muzik orkestra akan diletakkan di bahagian atas. Kita juga menggunakan 13 kamera untuk merakam persembahan pada malam itu,” kata Gbam yang berbincang dengan Rafi tentang konsep tersebut sejak bulan Jun lalu.

Untuk mendapatkan ilham serta idea baru yang lebih segar, Gbam yang kali kedua menerima tanggungjawab sebagai penerbit AJL dihantar ke beberapa negara luar iaitu New York, London dan Bangkok untuk mencari kelainan berkenaan.

Sementara itu AJL25 kali ini menyenaraikan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.

Lagu yang akan bertanding ialah Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali).

Turut terpilih Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).

Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Lebih mewarnai AJL25, seramai enam penyanyi “otai” yang pernah terlibat dengan AJL bermula tahun 1986 akan memberikan persembahan pembukaan dan interlud.

Mereka adalah M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. AJL25 mengundang penyanyi-penyanyi ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Debaran AJL25 bermula seawal 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web www.tv3.com.my/ajl25.
Untuk ke sekian kalinya, malam kemuncak ini bakal menggandingkan pengacara popular Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

Bagi menghangatkan AJL25, TV3 turut mengadakan persembahan jelajah di Pasir Gudang, Johor pada 26 Disember ini yang bakal menyaksikan lapan finalis akan turut serta termasuk penyanyi Nash dan kumpulan Mega.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 1.225682 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list