|
Reply 336# KAULAT
all the best!!!!!
nanti hapdet cite taw... |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik bro chefmizan... best... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 336# KAULAT
Amalkan surah2 yang saya bagi.. InsyaALLAH dapat melindungi bro sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 337# getah
Ada dua kemungkinan dari cerita getah ni.
Pertama
Samada nenek tu dah serahkan pada getah melalui salam.
Kedua
Nenek tu serahkan pada mak,tapi mak tak nak then saka tu akan berpindah kepada getah automatik.
Saya taknak sentuh bab nenek getah,tapi kita fokus pada apa yang berlaku pada getah n mak. Saya rasa saka tu dah ada pada salah seorang dari kalian. Pesan kat mak,usahakan dapatkan semula barang2 tu. Tau dalam mimpi,tapi itulah sebenarnya realiti yang berlaku. Mana ada orang serahkan saka face to face kecuali bakal penerima yang mintak. That's fact. Dapatkan rawatan sewajarnya sebelum terlewat. Saka tu sedang menanti masa yang sesuai untuk masuk.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 339# sofiera
Saya tak boleh merawat la aka.. Untuk diri sendiri boleh la.. Saya ni bukan bomoh pun hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua
Kali ni saya nak bercerita tentang apa yang pernah saya janjikan sebelum ni. RASUK. Kisah berlaku di sekolah saya sekitar tahun 1999 kurang lebih tengah malam. Masa tu saya,faizi,sharin dan kamal dalam perjalanan nak balik ke asrama dari surau sekolah. Untuk pengetahuan korang jarak antara surau dengan asrama lebih kurang 25minit jalan kaki. Memang jauh sebab keluasan sekolah 15ekar. Hujung dengan hujung. Malam tu kami semua selepas isyak study kat surau sebab otak dah tepu,menghafal tapi satu ayat pun tak boleh simpan dalam kepala. Otak semua dah rosak agaknya hehe.. Kejadian pertama berlaku pada kamal. Dia ni kalau menghafal kene tempat gelap dan sunyi. So die duduk kat serambi surau menghala ke penjuru pagar sekolah sebelah hutan. Kami yang lain semua dalam surau terang benderang.
Sambil masing2 study tu faizi ni menyakat la kamal. Faizi ni antara kawan saya yang paling nakal. Penakut,tapi suka menyakat orang dengan watak2 hantu. Kami sekadar gelakkan je la melihat aksi2 dia tu. Si kamal ni boleh tahan jugak la,bukan seorang yang terlalu takut dan tidak la pulak terlalu berani. Jenis dia ni tengok keadaan. Orang stay die say,orang cabut die cabut. Tengah faizi menyakat2 kamal,tiba2 dua2 lari masuk dalam duduk belakang saya. Saya tanya kenapa then diorang cakap ada cahaya biru kat penjuru pagar. Saya pun menjengah la. Dapat merasakan kehadiran sesuatu,tapi saya tak nampak. Nak sedapkan hati semua saya cakap itu kunang2. Diorang pun ok,tapi kamal sambung hafal bersama kami kat dalam. Saya masa tu kedudukan menghadap pintu yang jelas kearah penjuru pagar. Diorang pulak berdepan dengan saya. Maknanya membelakangkan penjuru pagar.
Tengah sedap menghafal,saya nampak ada benda terbang dari arah pagar menghala ke surau. Disebabkan kat luar gelap,ye la dah tengah malam kan,dalam surau pulak terang benderang,so pandangan tu silau la sikit. Saya ni pun kecikkan la sikit mata nak tengok benda apa yang terbang tu. Masa tu faizi perasan. Die tanya kenapa? Saya cakap la saya nampak ada benda terbang menghala ke sini'. Sharin dah cuak terus amik AL-QURAN peluk duduk tengah2 antara kami. Si kamal pulak die pandang jugak tapi tak nampak. Saya cakap tengok la betul2,tapi jawapan masih sama die tak nampak apa2. Saya pun pesan kat diorang study je macam biasa. Kita dalam surau apa nak takut. Belum habis saya cakap dengar suara baby menangis. Terkedu la jugak kan. Saya tengok diorang study macam biasa je. Sah diorang tak tau n tak dengar apa2. Saya ni mula la tak boleh nak concentrate menghafal. Diorang pulak duk sibuk2 suruh saya hafal depan diorang. Diorang nak cek baris dan sebagainya. Saya bagitau saya dah tak boleh masuk. Ada yang mengganggu. Dorang pun ok je la. Tak pulak banyak tanya. Tapi sharin perasan saya kerap pandang ke luar. Then dia tanya,ko tengok apa tu?' Jangan la takut2kan aku weh'. Masa tu saya nampak jelas sebiji bakul raga besar yang mengeluarkan cahaya biru terapung betul2 sebelah koridor luar surau. Macam2 la ayat yang diorang keluarkan masa tu. Sebab diorang ingat saya just nak takut2kan diorang. Yang si faizi ni pulak sampai nak terkencing punya la takut. Saya masa tu dengar setiap patah perkataan yang diorang cakap,tapi ntah macam mana mata saya hanya terarah pada bakul tu. Lepas dah ok,saya bangun. Tak puas hati saya nak check apa ada dalam bakul terbang tu. Saya pesan kat diorang walau apa pun terjadi jangan sekali2 keluar dari surau. Diorang tak berani tengok n just berpelukan n tutup kepala diorang dengan sejadah. Saya ni tadi dari surau dah boleh nampak isi bakul tu sebab surau tinggi 5kaki dari tanah. Memang ada baby dalam bakul tu,BABY BUNIAN. Yang bawak tu ayah dia. Nak tumpang sembahyang je. So die tinggalkan anak die tu dengan orang suruhan die. Orang suruhan die tu pulak memang tak boleh tengok sebab amat menggerunkan. Patut la nampak bakul tu terapung. Mana saya tau semua tu? Ni nak cerita..
Masa saya keluar je dari surau tu,yang bapak kepada baby ni tadi masuk n terus solat. Kawan2 saya ni mana nak perasan kalau dah berselubung dengan sejadah. Kalau bunian tu muncul pun diorang takkan tau hehe. Bila saya dah tengok baby tadi saya masuk balik surau. Masa tu la saya nampak bapak baby ni tadi sembahyang. Disebabkan taknak takutkan kawan2 saya ni,kami pun bersembang kat luar surau. Bunian ni adi bagitau die memang kerap singgah sembahyang kat surau ni. Saya tanya balik,jadi pakcik la yang selalu orang nampak tengah2 malam tu ye?'. Die jawab ye. Kadang2 katanya die datang dengan kawan2 die bilamana diorang lalu kawasan ni. Kadang2 die dengan isteri. Tak tentu. Tapi die cakap bukan semua bunian yang boleh sembahyang kat sini. Surau ni ada yang jaga. Bila saya tanya sape penjaga,die kata jin ISLAM. So nak masuk sini bukan calang2 orang. Untuk pengetahuan korang,bunian ni cakap die IMAM kat perkampungan die.
Then dah salam2 semua,die pun blah. Saya ni tadi kesian tengok kawan2 tu,saya ajak diorang balik. Mula2 semua taknak,ye la sebab jauh lagipun masa tu dah dekat pukul 1. Tapi saya bagitau esok sekolah,kalau tidur kat sini tak nyenyak. Esok dalam kelas lagi mengantuk. Diorang ok kami pun kemas2 buku,balik. Masa tu kami ikut jalan utama laluan kenderaan,so agak jauh sikit la pusing. Masing2 taknak ikut shortcut sebab kene lalu kawasan yang hardcore punya seram. Jalan la kami rapat2 sebab terlalu takut. Saya pun cuak jugak la masa tu. Pak guard pulak ntah mana pergi takde dalam post,kalau tak suruh pak guard hantarkan kami balik. Jauh lagi kot nak jalan kaki.
Lepas satu bangunan,satu bangunan kami lalu. Sampai la dekat satu2nya public phone yang ada dalam sekolah tu. Masa tu kami depan asrama perempuan dalam kawasan assembly. Sebelah bangunan baru membelakangkan bangunan lama n penghujung laluan shortcut. Kami terus berjalan sampai la kat tengah2 kawasan assembly tu. Tiba2 faizi tadi gelak. Ah sudah. Saya cakap kat 'die' bukan tadi ko elok je ke ko duduk kat phone tu. Apasal ko nak ikut kami pulak!' Masa tu kedudukan faizi sebelah sharin belah kanan saya. Sharin pun apa lagi lepaskan tangan faizi die lari ke sebelah kamal belah kiri saya. Die tanya kenapa. Saya cakap ni bukan faizi. Dorang dah mula la cuak. Sharin lak dah start nangis. Saya kata jangan lari or buat apa2. Tengok je dulu.
Tiba2 faizi lari kebelakang. Kamal suruh saya kejar,tapi saya taknak. Kami pun duduk je la situ perhatikan faizi. Sharin tak payah cakap dah siap terkencing dalam seluar dah pun. Die bukan takut cuma risaukan fiazi,sebab faizi tu sepupu die. Saya cakap tak payah risau karang ok la tu. Then faizi berlari kearah kami. Saya dah standby sebarang kemungkinan. Masa tu mulut memang tak berhenti baca ayat KURSI dengan ZIKIR JIDAL HAMAIYAH. Tiba2 faizi kepakkan tangan pastu terapung. Sambil mengilai2. Saya dah cuak. NI lain ni. Tak penah2 jadi macam ni. Saya pesan pada kamal dengan sharin kalau saya suruh lari,lari terus ke asrama. Masa tu saya dapat rasa makhluk yang rasuk faizi ada niat nak mencederakan kami. Tak tau kenapa tapi itu sign yang saya dapat. Masa tu nekad apa jadi pun jadi la. Saya jerit suruh kamal dengan sharin lari. Saya masih stay. Makhluk tadi kejar diorang. Nasib baik sekali lompat saya dapat pegang kaki faizi.
Masa tengah bergelut dengan makhluk tu dan faizi,pak guard sampai. Die tolong saya pegang faizi dan saya kunci makhluk tadi. Maknanya makhluk tu terperangkap dalam badan faizi. Sesi interview pun bermula. Saya tanya kenapa?' Die jawab kawan saya ludah pada die tadi. Yang mana satu?' Dia cakap yang kecik'. Kamal la tu. Saya tanya lagi,dah tu kenapa amik yang ni?' Die cakap yang ni senang'. Apa ko nak buat tadi?' Nak bagi pengajaran'. KO sape nak bagi pengajaran pada makhluk ALLAH?' Apa hak ko nak buat macam tu?' Sapa suruh ko pilih tempat tu?' Ini kawasan anak2 ADAM,bukan kawasan ko sorang!' Aku nak hapuskan ko'. Setuju atau tak terpulang!' Aku nak kawan aku balik'. Makhluk ni tadi berkeras taknak dibunuh dan taknak pulangkan faizi. Saya cuba keluarkan cara elok tapi tak mampu. Terdetik dalam hati nak panggil 'WALI' belum habis saya sebut nama 'WALI' bagi salam dari belakang.
'WALI' uruskan makhluk tadi manakala saya uruskan faizi. Walaupun kami tertumpu pada satu jasad tapi sebenarnya 2 bahagian yang berbeza. Keluar je makhluk tu dari badan faizi,dia pengsan. Masa tu pun dengar la riuh rendah budak2 asrama dengan warden berlari kearah kami. Rupanya kamal dengan sharin dah bagitau semua orang. Saya ni tadi minta tolong budak2 angkat faizi bawak balik asrama. Yang tinggal masa tu saya,'WALI' dengan pak guard. Yang lain pak guard halau balik semua. 'WALI' cakap benda tu die akan bawak keluar. Uruskan kat luar. 'WALI' suruh pak guard hantar saya balik. Balik asrama lepak kat surau sebab tunggu ustaz datang nak pulihkan faizi. Ntah macammana saya terlelap. Sedar2 dah subuh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah..mmg best ler cter chef yang ni..{:4_182:}
gun dapat bayangkan satu persatu yang jadik..
kalo jadik kat gun lah..mau gagap xtau nak buat pe dah...takat zikir dalam ati jer kot... |
|
|
|
|
|
|
|
fuh...boleh terapung? mcm mana boleh terapung? tinggi mana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 348# Lolalala
Tinggi jugak la,lebih kurang tinggi orang dewasa lelaki.. Paras kepala la jugak.. Dia kan dirasuk.. Bila dirasuk ni macam2 boleh berlaku.. Tapi alhamdulillah kawan saya tu takde apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sofiera
Saya tak boleh merawat la aka.. Untuk diri sendiri boleh la.. Saya ni bukan ...
chefmizan Post at 2-11-2011 17:41
Kira leh merawat laa untuk sendiri....hhehehe bagus laa...tahniahh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 346# chefmizan
Cheff kira awak ada isi....terkesima aka.....{:4_182:} {:4_189:} bagus penceritaan awk...serta pengalaman awak luas masa usia yg masih muda...budak2 TAhfiz lakk....harap2 anak aka pon tergolong mcm tue gak....
kalu senang share pengamalan awak lagie yer....kami menunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 349# chefmizan
tinggi gak tu.. tak pernah mengalami or menyaksikan orang dirasuk/histeria.
seronok baca pengalaman TT n chefmizan. banyak ilmu yang saya dapat. tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 351# sofiera
InsyaALLAH... Seeloknya kita bekalkan diri kita dengan ilmu.. Tak banyak pun takpe,cukup untuk diri sendiri dah memadai.. Alhamdulillah mungkin sebab saya ni dari kecil macam ni so parents saya hantar ke sekolah agama.. Takut jugak la kan kot2 satu hari nanti akan memudaratkan diri sendiri pulak.. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati..
Cerita ada banyak aka. Cuma ingat dengan tak je. Ye la dah tiap2 ari mengadap mende alah ni. Tapi tak kesah la kan,saya tak la sampai merungut. Ni pun salah satu anugerah yang ALLAH bagi jugak. So terima n redha je. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Saya percayakan janji NABI ALLAH tu.
Cerita ni paling baru dan masih segar lagi dalam ingatan saya. Hari sabtu malam ahad yang lepas. Masa tu dalam perjalanan nak ke KG. KUNDANG kat RAWANG. Adik kepada kawan wife saya nikah. Mengenangkan ari ahad saya ada kerja so kami pegi malam nikah je la. Actually saya tak berapa arif kawasan sana. So bila kawan wife saya tu tunjuk jalan kami just follow. Gerak dari rumah lambat sikit sebab tunggu hujan reda. Lebat sangat mata ni pulak mudah silau. Hujan renyai semula sekitar pukul 9 kami bertolak. Confident la ni kan nak pegi. Lagipun kenal dengan ayah kawan wife saya ni. Masa tu ikut jalan biasa la lalu gombak,kepong dan sebagainya. Sampai satu simpang die suruh ikut jalan shortcut sebab actually majlis tengah langsung. Kalau ikut jalan utama lambat katanya. Saya ni tadi tak banyak fikir ikut je la arah yang die bagi.
Saya drive sampaila kat 1 kawasan kilang. Wife saya tegur kawasan ni lain macam. Gelap,sunyi dan langsung takde kenderaan. Call balik kawan wife ceritakan keadaan kawasan tu. Die cakap betul. Die suruh cari 1 simpang ke kiri yang kiri kanan simpang tu ada pokok besar seolah2 macam gerbang. Katanya masuk simpang tu terus je sehingga jumpa signboard simpang 3 belok kanan. Saya ni tadi memikirkan nak cepat tak banyak cakap ikut je la laluan tu. Sampai 1 selekoh macam2 perasaan datang menimpa2. Saya rasa tak sedap hati. Bagitau wife suruh sandarkan muka die kat dada saya. Saya pesan apa pun terjadi jangan sekali2 angkat muka untuk tengok. Wife siap cakap jantung saya mengepam dalam keadaan tak normal. Terlalu laju. Memang saya akui masa tu saya dapat rasakan saya bakal berdepan dengan something yang tak pernah saya jumpa.
Kereta saya pandu dengan perlahan,risau sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Untuk pengetahuan korang laluan tu membawa kami ke dalam kawasan estet ladang getah,hutan,gaung,tokong india dan baru la jumpa kawasan kampung. Jalan pulak kecik,semak sehingga ke paras kepala. Suasana betul2 menyeramkan. Saya sendiri tak pernah rasa seram yang macam tu. Sampai 1 selekoh saya nampak ada something macam nak melintas. Saya break slow2,ngam2 sampai kat selekoh tu PONTIANAK menyergah dari semak tepi jalan. Nasib baik saya dah nampak dari jauh. SO takde la reffleks yang keterlaluan. Saya drive sambil pontianak tu bertenggek kat bonet belakang. Masa tengah leka baca surah2 yang saya ingat,tiba2 ada benda melintas lagi. Kali ni agak jauh sikit. Saya drive slow so dari jauh saya berhenti bagi laluan pada die. Masa tu dah start masuk kawasan gaung. Benda yang melintas tu saya tak tau apa,rasanya jelmaan syaitan je. Orang dengan keadaan yang sangat naif. Masa tu keadaan sedikit berkabus sebab ujan. Bila perhatikan betul2 apa yang dipegang oleh jelmaan tu rupanya KEPALA dia. Yang berjalan tu badan tanpa kepala. Ok. Masa tu muka jelmaan tu diarahkan kepada kami. sambil memandang jelmaan tu hilang sedikit demi sedikit bila sampai ke seberang jalan.
Wife saya dah menggigil2 dah masa tu. Sebab setiap ayat yang saya baca wife saya tau ayat tu untuk apa. Saya ada ajarkan pada die buat pendinding diri. Perjalanan yang sepatutnya sekejap dah dekat setengah jam. Dalam samar2 kabus,saya teruskan perjalanan sehingga sekali lagi masuk kawasan estet yang ada tokong india. Dari jauh saya dah rasa kat selekoh yang ada tokong tu ada yang menjaga. Nak taknak saya kene teruskan. Sebab jalan tu mana mungkin untuk nak u-turn semula. Silap2 masuk gaung. Semakin hampir dengan selekoh tu semakin kuat saya rasakan aura jelmaan tu. Sampai je kat selekoh tokong jelmaan tu lambai tangan untuk suruh saya berhenti. Mengenangkan saya bersama isteri saya teruskan jalan. Mungkin marah jelmaan tadi mengganggu pandangan saya dengan cara menukar haluan jalan. Maksud saya kalau jalan ada selekoh die buat bagi nampak lurus. So ke gaung la saya dan isteri. Tapi bila die buat macam tu saya ni kan boleh nampak,so saya berhentikan kereta saya baca ayat dan raupkan dimuka. Buka je mata ntah dari mana datang penuh kera mengelilingi kereta saya. Tanpa bunyi tanpa sebarang reaksi.
Dalam takut tu saya terpaksa buka sikit tingkap dan simbahkan air yang memang sentiasa ada dalam kereta saya. Air ni saya buat untuk mengelak dari binatang2 berbisa ataupun buas. Bila dah dipercikkan air tadi baru la kera2 tadi beredar. Saya tak pasti samada kera tu benar2 kera atau jelmaan. Saya teruskan lagi perjalanan. Masa tu saya masuk kawasan hutan sikit. Tak sure hutan atau semak tapi memang keadaan kat situ seram sangat. Tau la kan kereta honda lampu dia macam mana. So boleh dikatakan disetiap pokok2 yang ada tepi jalan tu,yang besar2 semuanya ada penghuni. Ada yang sedang bergayut,ada yang bertenggek,ada yang tengah peluk,ada yang separuh luar separuh dalam. Macam2 keadaan. Tapi saya tak heran sangat sebab dah mula nampak cahaya lampu jalan. Selepas last selekoh baru la nampak simpang 3 yang kawan wife bagitau tu.
Bila dah masuk kawasan kampung saya berhentikan kereta kat tepi. Simbahkan kereta dengan air dan tenangkan semula wife saya. Then baru la kami teruskan perjalanan kerumah kawan tu. Sampai sana sekitar jam 12 tgh malam. Majlis dah habis tetamu pun dah takde. Yang tinggal cuma saudara mara. Siap makan sembang2 sikit,kami pun balik. Saya cari laluan utama yang sebenar rupanya tak jauh pun. Lagi senang dan lagi dekat. Kelmarin bila wife ceritakan pada kawan dia tu,baru la die tau kenapa kami lambat. Then semalam datang kerja die mengadu dengan wife saya die kene marah dengan parents die sebab tunjuk jalan tu kat kami orang luar. Alasannya jalan tu orang guna hanya waktu siang. Sebab kalau lalu sebelah malam biasanya akan mengalami kemalangan.
Masa saya sedang taip ni 2,3kali nama saya dipanggil dari tingkap bilik. Rumah saya untuk pengetahuan kondo dan saya ditingkat 10. Nak pegi tengok jap..
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 352# Lolalala
Banyak lagi pengalaman2 histeria kat sekolah dulu. Ada yang menyeramkan,ada yang kelakar,ada yang lucah.. Nanti insyaALLAH akan saya ceritakan buat tatapan semua.. Sekadar renungan dan pengajaran buat kita bersama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 353# chefmizan
Ya allah...takutnya aka...nie umah ker apa...???kalu aka tak tahulaa....nie tulis pon nasib baik somi ada sebelah teman....walaupun dahh tidoo...scarry laa akak....
so jenguk kat luar kondo nampak apa3 tak>>??? adoooii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 355# sofiera
Rumah la dalam kawasan kampung. Memang sebelum ni saya tak tau arah nak kesana. So ikut je la apa yang tuan rumah bagitau. Rupanya bila dah balik ikut jalan sendiri tu tak sampai 30minit saya dah sampai rumah saya sendiri sebab jalan utama tu saya tau. Cuma sebab kita tak penah pegi rumah die so malas la nak tercari2...
Takde pulak apa2 kat luar ni. Bilik ni mengadap ke padang golf. Ingatkan wife ngigau. Takde pulak. Perasaan je kot sebab takde tanda apa2 pun..
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sofiera
Rumah la dalam kawasan kampung. Memang sebelum ni saya tak tau arah nak kes ...
chefmizan Post at 3-11-2011 00:36
Baguslaaa tak der apa2.....umah mengadap padang golf luas pandangan tue....hehehe begitu jugak pengalaman cheff,
Chef nie mmg chef ker????mesti pandai masak....or nick saja |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chefmizan at 3-11-2011 01:18
Reply 357# sofiera
Sebab luas la lagi senang nampak bende2 alah ni semua.. Kadang2 bangun nak buang air tengah2 malam jenguk ke luar diorang siap main golf lagi hehehe
Saya memang seorang chef yang diiktiraf... |
|
|
|
|
|
|
|
macam kelakar lak tgh main golf..hehehe in group ke sdn bhd?
kuat semangat chef ni. wife chef pun beruntung sebab dapat husband macam chef. berilmu,berani n pandai masak. hihihi
jalan nak ke kundang ikot estet tu kalau kita dari sungai buloh ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Chef... nak tanya.. Chef ada blog eh? Kek coklat tu macam sedap la... hehehehe (Kalau betulah tu blog chef) |
|
|
|
|
|
|
| |
|