|
azryn81 posted on 16-10-2013 04:49 PM
best citer tt ni
tenkiu sudi baca.. sorry citer tak abis2 sekerat2 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 16-10-2013 04:54 PM
Tak sad ending oklah. Aku memang harap sgt xder sampai yang meninggal
La, kawin dah? Baru nak ...
Kalo ko rasa comel, aku lagi nampak kecomelan kat situ.. Walaupun dia tegas, tapi dia sangat caringggg.. hahaha. Aku tak tau la kenapa aku lak boleh terjatuh kat dia. Maybe yes, sebab cara dia jaga kiteorang tu,, pastu aku dah ada pengalaman dijaga oleh dia masa first time aku masuk pun.. yang citer aku paling first tu.. tapi aku tak masukkan watak dia.. tapi dia la yang jaga aku.. menyentuh hati wanita ku.. uppsss.. hati perempuanku.. hahahaaha..
waahhhh mesti mod marah aku feeling off topic pulak,, ampunnn..
Itu laahh,, aku pun, nasib baik, aku ni tak nampak direct selalu.. gilaaaaa la kalau aku nampak macam A...!!
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 16-10-2013 04:47 PM
HAha..Malu gila.. Naik merah muka
Sebelum orang lain dapat detect hati ni,, baik i be ...
hehe..aku xprasan pon
ish cmna xleh detect neh
tp mmg nmpak dea caring kan
sifat kpimpinan dea wat cm2 kot
|
|
|
|
|
|
|
|
nnti sambung yer tt... 3 ton tu eksiden yg tu lah yer atau ade kisah len.... |
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 16-10-2013 05:03 PM
Kalo ko rasa comel, aku lagi nampak kecomelan kat situ.. Walaupun dia tegas, tapi dia sangat carin ...
Yer, off topic plak pasal tuan ko. Hehehehe....
Ko kat mana ek? Lenkali tak balik raya, bgtau jerlah. Kot lah dekat, ko blh apa balik kg aku. Dapat makan ketupat segala
Teruskan dengan pengalaman ko ok.
Kali nie aku nak kim salam Tuan Hadi plak. Boleh kan? Hahahahahaha......
Last edited by honey_d7881 on 17-10-2013 08:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 16-10-2013 04:29 PM
Aku peminat setia kak ilahh..
Best kan citer dia.. Salute toing toing kat kak ilah..
...
Wahahahaha...best gilerr smpi x tercapai dek akal...aku suke citer2 mcm ni...
Ko mmg brani..tabik springg..wewewewe.....hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Final Story.
Malam tu adalah malam last kiteorang training peringkat kem. Malamnya kiteorang kemas kemas la barang untuk masuk hutan.. Macam biasa la khemah2, kayu kayan, tiang miang, kotak kotak air, makanan, peralatan2 lain, styer sume laaa.. Banyak nak kena loading nak kena pilih barang mane nak kena bawak. As a Senior, kiteorang la yang kena pantau sume tu,, banyak wwooo barang,, kalau ada rosak, hilang, kiteorang la yang kena soal dulu..
Pastu, esok lak, adalah pergerakan advance party.. Advance party ni untuk group first yang nak pegi dulu. Dorang ni, selalunya terdiri daripada pegawai2, staf2 mess, staf2 medic, dan beberapa ketul budak kadet junior untuk loading barang.. Tugas dorang of kos la untuk setting main camp/markas, nak pasang khemah medic lagi, khemah pegawai lagi, khemah mess/makanan lagi, khemah tempat dorang lepak lagi, toilet hutan, jambatan dan segala yang perlu di setting awal laa..
Kali ni, kiteorang akan meneruskan latihan hutan kat Hutan K, di negeri ini. Perjalanan kira2 sejam lebih boleh la kott.. Ni first time kiteorang masuk hutan ni, so, aku sendiri pun tak de pengalaman lagi masuk.. Masa ni, untuk pergerakan advance party, ada 2 trak 3 ton yang pegi dulu.
Satu, 3 ton yang bawak peralatan senjata macam peluru semua.. Satu lagi, 3 ton yang bawak semua peralatan khemah, peralatan memasak termasuk tong gas.. Dalam 3 ton peralatan khemah ni, ada 5 kadet junior yang duduk kat belakang jaga peralatan. Kat depan, ada 3 orang iaitu driver, seorang pegawai and seorang staf medic.
Masa ni, tuan ada jugak ikut. Tapi dia ikut kenderaan awam. Naik kereta sendiri. Dorang follow dari belakang je. tapi sampai la kat satu tempat ni, kereta tuan aku terpisah jauh dari 3 ton tu.. 3 ton yang bawak peralatan khemah tu 3 ton yang paling depan..
Ni dari cerita tuan aku..
Sampai la kat satu tempat ni,, jalan jem.. Pelik la tuan aku ni.. tempat pedalaman macam tu, takkan nak jem pulak.. Time ni la dia nampak 5 orang kadet junior yang ikut 3 ton depan tu turun dari 3 ton.. Pastu tuan aku nampak 3 ton tersadai kat tepi jalan.. Tuan aku ape lagi, dia dah tak sedap hati,, dia pegi lari ke 3 ton tu.. Pastu, bila sampai je kat 3 ton tu,, hati dia luluh seluluhnya melihat keadaan 3 ton tu.. Lagi2 bila dia tengok 2 orang bawahan dia menjerit kesakitan sebab tersepit.
Time ni,,,,, memang tak siapa sangka perkara ni berlaku.. Even tuan aku pun cakap dia terkejut sangat.. Memang longlai bila nampak kejadian tu.. itu lah kejadian paling pahit yang dia penah alami sepanjang dia handle kiteorang.. Masa ni, ramai dah orang kampung kerumun tengok kejadian tu.. Untuk pengetahuan, trak 3 ton tu,, berlanggar dengan lori batu bata dari arah hadapan.. So, 3 ton tu, mengalami kerosakan teruk kat bahagian hadapan. Jadi, 2 mangsa kat depan memang tersepit kat tengah tengah 3 ton tu..
Alhamdulillah, selang 15 minit kemudian, ambulans tiba.. dan mengeluarkan mangsa yang tersepit tu..........
***********************************************
Kiteorang kat kampus lak, busy loading barang untuk persiapan terakhir.. Ada satu lagi 3 ton yang tinggal ngan kiteorang kat belakang, kiteorang sebenarnya dijadualkan untuk masuk hutan keesokkan hari nya selepas advance party punya pergerakan. Time ni, kiteorang tengah memasak.. (time annual camp nak masuk hutan, kiteorang takde dah diberi makanan mess, kiteorang makan ransum masak sendiri..)
Tengah sibuk memasak.. tiba-tiba tuan C datang. Dia pegi kat kiteorang senior and suruh kiteorang kumpul jap. katanya ada something dia nak bagitau.. kiteorang pun tunggu la dia nak cakap ape kann..
Tuan C: Aku ada something nak cakap kat korang ni.. Tapi buat masa ni, jangan bagitau kat inter and junior dulu..
kiteorang memang suspen la kan.. jantung aku dah dup dap dup dahh..
Tuan C: 3 ton eksiden teruk. Staf medic dengan tuan Z teruk. Driver okay.
Kiteorang semua terkejuttttt...!!!!
Aku: Tuan, tuan..!!! MAcammana dengan staf dengan tuan z? Parah ke?
Tuan C: Tuan Z okay, cuma staf medic, 50/50..
Time ni, aku rasa jantung aku terhenti.. Aku tak tau nak kata apa.. Aku rasa bersalah. Aku rasa sedih. Aku rasa macam orang bodoh. aku tau benda tu akan jadi. tapi aku tak dapat nak halang. aku tak boleh elak. aku rasa sangat sangat sangat.... hmmm sedih.. tak tau nak describe camne perasaan aku time tu..
Aku terus lari naik atas bilik. amik handphone, mesej tuan aku...
"tuan, betul ke 3 ton eksiden?"
Beep. "Ye betul."
"tuan, dorang okay tak?"
Beep. "Staf medic dalam ICU, operate, 50/50.."
"Tuan Z?"
Beep. "Dia okay, cuma buat masa ni tak dapat berjalan lagi."
"Tuan okay? Mem okay?"
Beep. "Okay. Mem menangis teruk. Nanti balik jangan suruh dorang tanya ape2 kat mem."
"Okay. Tuan, memang betul betul terjadi.. "
Beep. "Aerolz, semua ni kehendak Allah. Anggap je sebagai kebetulan. Dan pasti ada hikmahnya."
"Apa patut saya buat tuan?"
Beep. "Doakan yang terbaik untuk staf. Sekarang dia sedang bertarung nyawa."
"Tuan, saya suruh YO buat solat hajat and baca yaasin ye malam ni."
Beep. "Okay, bagus jugak tu. Aerolz, jangan salahkan diri. Semua ini ketentuan tuhan. Ingat, jangan salahkan diri. Percaya pada qada dan qadar Allah."
"Ye tuan. Suruh la mem balik dulu. Dari tadi dah dia kat hospital. Tuan pun baik-baik." (Oooohh.. Sayu je hati aku time ni..)
Beep. " Ye, jap lagi mem balik. Tuan kat sini dulu tunggu sampai abis operation. Aerolz, positif tau. Suruh dorang doa banyak banyak.."
Malam tu, kiteorang terus buat solat hajat and baca yaasin. Supaya staf panjang umur, dan selamat hendaknya.. Sebab beliau dalam bilik operate nak dekat 12 jam la jugak..
Sumpah, time ni, aku rasa lemah gila. Aku rasa macam orang bodoh hadapi benda ni. Tapi dalam masa sama aku kesian kat tuan and mem aku. Sebab kejadian ni berlaku, dorang yang nak kena jawab. lagi2 mem aku baru je posting, pastu dah ada kejadian macam ni.. lagi la dia stress kan..
Tengah malamnya, baru la tuan balik. Dia bagitau, staf selamat. Cuma keadaan beliau masih belum stabil...
Esoknya,, kiteorang tak jadi masuk hutan.. Semua jadi suram jee.. 3 ton, buat pergerakan balik semula ke uni.. Untuk 2 hari, kiteorang stay je kat uni, tak tau nak buat ape. jadual pun dah bertindih.. Kesian pihak atasan, banyak lagi nak kena buat.. Then, lepas tu, pihak atasan decide untuk teruskan training sebab duit elaun memang dah masuk, so, kiteorang mesti jugak penuhkan kredit hour untuk training tu.. Kiteorang camping dalam uni je.. Dan training dijalankan seperti biasaaaaa...
Dan staf medic kiteorang, beliau mengalami kecacatan dalaman yang kekal. Setiap pegawai bergilir2 ditugaskan untuk menemani beliau kat wad. Tuan Z lak, terus balik ke kampung halaman untuk berubat secara kampung..
Bila aku dengar balik cerita tu, aku teringat semula bayangan aku..
moto eksiden,no plat tuan hadi,A dalam hutan,mem menangis,3 ton eksiden.. Aku rasa dah cukup banyak peringatan yang dibagi kat aku sebelumnya.. tapi kenapa aku tak sangka yang paling teruk tu, betul2 berlaku..
Ingat tak masa aku citer first aku nampak bayangan scene2 tu time kat atas 3 ton,, masa satu lori besar lalu tepi 3 ton sampai aku rasa 3 ton tu macam nak terbalik? tau tak masa tu, aku mempunyai perasaan yang kurang enak pasal lori tu? dan lagi lagi bila aku tau 3 ton tu berlanggar dengan lori batu, aku lagi rasa terkejut? tau tak aku rasa macam nak putar balik masa supaya takde rasa bersalah tu hinggap kat hati aku??
Memang jauh dalam hati aku, aku rasa bersalah. sometimes aku rasa aku bawak bad luck. sampai macam tu sekali. tapi nasib baik, atas nasihat tuan, aku tanam balik kepercayaan aku, bahawa semua itu kebetulan dan ketentuan allah. Sejak dari hari tu, bila aku dapat bayangan yang pelik pelik, aku terus try padam dan tak nak fikir apa apa.. wAlaupun certain cases, aku gagal.. Alhamdulillah setakat ni, semua orang yang aku sayang yang aku rapat yang aku kenal, masih di bawah lindunganNya. Semoga sampai bila-bila.. Amiiinn..
Sekian. TAmmat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni la keadaan 3 ton tu.. teruk.. tak boleh aku imagine..
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR INI..)
Last edited by aerolz on 18-10-2013 11:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
"Pada mulanya terbit rasa kesal dan bersalah bila aku mengenangkan keadaan mereka.. Tapi aku tetap percaya sesuatu kejadian itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya.." - Tuan.
Kalau satu hari nanti, tuan terbaca post ni, terima kasih saya ucapkan kat tuan sebab sentiasa disisi saya menghadapi benda benda bodoh dan benda pelik sepanjang saya mengikuti latihan ni. Tak ramai yang support saya, tapi tuan faham dan beri saya keyakinan bahawa Allah itu maha mengetahui segala sesuatu. Semoga peristiwa ini memberi pengajaran bagi kita semua, dan memberi kekuatan kepada saya meneruskan kehidupan. Semoga mangsa2 kejadian ni, pulih seperti sedia kala, nak sentiasa diberi kekuatan meneruskan kehidupan. Sesungguhnya Allah itu maha besar dan maha berkuasa atas segala sesuatu yang Dia kehendaki.
Allahuakbar. |
|
|
|
|
|
|
|
cektim posted on 16-10-2013 05:04 PM
hehe..aku xprasan pon
ish cmna xleh detect neh
tp mmg nmpak dea caring kan
Haha ye ke?? aku terlebih reveal la ni ek?? hahaha..
final story dah.. terima kasih sudi membaca..
|
|
|
|
|
|
|
|
ribenbiru posted on 16-10-2013 05:06 PM
nnti sambung yer tt... 3 ton tu eksiden yg tu lah yer atau ade kisah len....
Haha yup. memang 3 ton tu la.. memang dari mula aku dah bagi hint semua tu bakal jadi. cuma impak dia jee,,, memang meninggalkan kesan yang teramat dalam untuk aku laaa..
Final story dah.. thank you sudi masuk benang ni, bagi support and lepak sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
terunamanja posted on 16-10-2013 07:01 PM
Wahahahaha...best gilerr smpi x tercapai dek akal...aku suke citer2 mcm ni...
Ko mmg brani..tab ...
Kannn.. best gilerrrr aku pun tak boleh nak imaginee..
Huhu.. Thank you sudi lepak sini.. Dah final story dah.. Selamat membaca..
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik tt...kalo ada lg yg tertinggal tu citer la lg... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks aerolz..cerita yang menarik dan penghujungnye sgt menyentuh hati..
anggaplah semua yg awak nampak tu suatu petunjuk dariNya supaya lebih mensyukuri nikmat yg diberikan..
kelebihan yg diberikan hanyalah ujian utk meningkatkan keimanan kte terhadapNya..awak terpilih utk diuji dgn cara begitu..
tiada siapa mampu menghalang jika perkara itu benar2 mahu ditakdirkan terjadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks dik aerolz...sebab sudi berkongsi cerita hebat ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|