Edited by reeny at 13-6-2016 12:40 PM
Sesat jalan jangan malu bertanya
dari jauh nak ke rumah Ana
sempat juga mengugel resepinya
memang bahan tak banyak mana
p/s : bila gugel jumpa yang nie resepinya, boleh la cuba...
resepi kuih nekbat
BahanKuih – 500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam
Bahan Sira– Air secukunya
500 gm gula
5 helai daun pandan
CaraMembuat: 1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk. 2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai kedalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau. 3.Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuandan bakar hingga kekuningan. 4. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bilaair gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. Hidangkan.
Tip: – 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat
– Boleh gunakan acuan bahulu
|