|
Nama : Prince Tagoe.
Umur : 28 Tahun, 1986.
Prince Tagoe kini 'FREE ARGENT'. Beliau pernah menyertai kelab Jerman, 1899 Hoffenheim pada tahun 2009 hingga 2011. Beliau mewakili pasukan kebangsaan Ghana sejak 2006 lagi dengan 37cap

|
|
|
|
|
|
|
|
Steve Darby Dipecat Jurulatih Kelantan Berkuatkuasa Serta-Merta
Posted by Sham TT on April 16, 2014 2 Comments
KAFA mengambil langkah drastik dengan memecat jurulatih Steve Darby berkuatkuasa serta merta sejurus selepas The Red Warriors (TRW) kalah teruk 4-0 di tangan Sime Darby.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan setelah tamat perlawanan tersebut.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebook miliknya: “Setelah berbincang dengan pengurusan TRW sebentar tadi, kita mengambil keputusan melepaskan Steve Darby dari tugas kejurulatihan TRW berkuatkuasa serta merta”.
Dalam pada itu, dalam “posting” yang sama, Annuar Musa turut mengesahkan Kelantan sudahpun mengikat kontrak dengan pemain dari Ghana, Price Tagoe.
“Kita juga mengesahkan TRW telah mengikat kontrak dengan pemain Piala Dunia dan Bundesliga dari Ghana Prince Tagoe. Beliau dijangka beraksi Jumaat ini menentang Sarawak,” kata Annuar Musa.
Dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi, ia menyaksikan pemain Sime Darby, Mateo Roskom mencipta hatrik masing-masing pada minit ke-6, 46 dan 69, manakala satu lagi gol dihasilkan oleh Mahmoud Amnah di minit ke-66.
Ia adalah kekalahan terburuk Kelantan dalam saingan Liga Super pada musim ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
stephane henchoz?? |
|
|
|
|
|
|
|
Berikutan kekalahan The Red Warrior (TRW) kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby malam tadi, Penasihat Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan drastik memecat jurulatih dan seorang pemain import Kelantan.
Beliau berkata, selepas beberapa kali diberi peluang oleh pihak pengurusan, namun tiada sebarang perubahan yang berlaku, malah prestasi pasukan Kelantan semakin menurun.
Katanya, sebelum keadaan menjadi semakin parah dan semangat penyokong Kelantan luntur sepenuhnya, pihak pengurusanbertindak sedemikian demi masa depan TRW.
“Perkara ini telah dibincangkan sebelum ini dan sudah bermacam cara dan peluang kita berikan kepada Steve Darby dan Francis Forkey Doe, namun tiada perubahan yang berlaku. Malah sistem kejurulatihan yang diterapkan oleh jurulatih ini tidak mencapai piawaian ditetapkan.
“Kita minta penyokong Kelantan berikan masa beberapa hari sahaja lagi untuk kita mendapatkan jurulatih baru. Sasaran kita seterusnya adalah untuk mendapatkan bekas pemain Liverpool, Stephane Henchoz, yang baru saja mendapatkan lesen kejurulatihan.
“Malah jurulatih England, Roy Hodgson telah memperakukan akan melatih pasukan Kelantan. Diharap dengan kemasukan jurulatih baru ini, pemain TRW dapat menimba pengetahuan secukupnya,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai prestasi Forkey Doe, Annuar berkata, ruang untuk pemain import tersebut sudah tertutup dan tidak ada lagi peluang seterusnya.
Katanya, beliau berterima kasih dengan segala bakti yang dicurahkan oleh Forkey Doe terhadap pasukan Kelantan, namun pembaharuan perlu dilakukan demi menyelamatkan bola sepak Kelantan daripada terus tenggelam.
“Tempat Forkey Doe akan digantikan oleh pemain import baru berasal dari Ghana, yang dikenali dengan panggilan Prince Tagoe.
“Beliau berpengalaman bermain di Piala Dunia dengan mewakili Ghana dan juga bermain di salah sebuah kelab terkemuka di Jerman. Prince Tagoe dijangka diturunkan Jumaat ini menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu,” katanya.
Read more: http://malaysiagazette.com/sukan ... merta#ixzz2zUJwqq2w
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook
|
|
|
|
|
|
|
|

Dengan Rasminya, George Boateng menjadi jurulatih baharu TRW, Alaa (nombor 26) dan Tagoe (nombor 28). |
|
|
|
|
|
|
| |
|