CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de?erci

[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan

[Copy link]
Post time 10-1-2008 05:45 PM | Show all posts

Reply #359 whitedove07's post

Rezeki masing-masing. ada sorang GPK kat sekolah KL bawa keter Jaguar lagi...hehehe tapi sebab laki dia ada kedai kereta.

tapi, kalau kereta besar pun macam citra ke kenderaan tu juga yang digunakan utk angkut budak-budak pergi pertandingan ke, perlawanan ke, apa ke. kalau tak da Citra ke Avanza ke sumbat jerla dalam Kancil   janji bebudak tu dapat dihantar pergi ke luar sekolah cari pengalaman baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 04:25 PM

nampaknya cikgu-cikgu ni terlalu manja, macamana la korang hadapi parents pelajar ye..kiranya aku ni tak de lah maki hamun macam sesetengah parent tu.

bagi korang , korang akan labelkan parent bermasalah kalau maki hamun cikgu-cikgu ni....

pesanan saya pada cikgu hani, kalau jadi cikgu ni byk kerja, kurangkan lah berforum,tumpukan perhatian pada kerja cikgu.

kalau nak memartabatkan profesion guru tu, bukan caranya provoke org lain dgn membandingkan kerja cikgu dgn kerja lain..ingat ayat terakhir anda "anda mampu?"

bila dah saya kata kerja cikgu tak profesional, tahu pun nak marah...tapi dimana profesionalnya?


Setidak-tidaknya ada ke pernah dgr cikgu serang mak bapa murid? yang ada mak bapak murid serang cikgu. Saya pasti demi menjaga nama dan profesion perguruan sudah pasti mak bapa/parent yang datang melenting lenting ini akan disambut dengan senyuman dan tutur kata yang baik. maki hamun macam mana pun paling tidak cikgu tu diam jer sedangkan hati di dalam sebagai seorang manusia pernah difikirkan macam mana? salahkah kalau ibu bapa tu datang dengan berhemah cakap lemah lembut.

dan bagi saya untuk memartabatkan guru bukannya dengan cara mengatakan guru mengada-ngada, manja, kerja sekejap cuti panjang dan guru 25hb sedangkan anda tidak tahu pun apakah tugas sebenar yang mereka lakukan. adakah anda pernah pergi ke sekolah anak anda tanya apa perkembangan anak anda, disiplin dia, kerja sekolah dia dan sebagainya? sedangkan bertulis surat amaran pun ada parent yang tak datang.

ayat "anda mampu?" yang dikatakan oleh cikguhani bukanlah utk membandingkan dengan kerja lain cuma dia ingin melontarkan persoalan adakah anda akan buat jika berada di tempatnya? Saya tak pasti apa jawapan yang ada dalam fikiran anda atau tak akan dapat tahu pun jawapan anda  cuma bagi saya, memang sukar utk orang di luar pagar sekolah memahami realiti seorang guru hari ini walaupun di luar sana ramai "guru-guru" a.k.a ibu bapa yang sepatutnya turut sama mendidik anak mereka


kiranya aku ni tak de lah maki hamun macam sesetengah parent tu.

bagi korang , korang akan labelkan parent bermasalah kalau maki hamun cikgu-cikgu ni.


hem...kalau orang maki hamun anda apa pula anda nak labelkan? orang yang bersopan santun dan baik hati ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 06:32 PM | Show all posts
saya rasa eloklah korang cikgu-cikgu ni pandailah berfikir sikit...

seramai-ramai cikgu di malaysia ni, yg kononnya profesional tu, sampai sekarang masih juga buat kerja tak profesional.

nutp memperjuangkan nasib guru? bila nutp nak perjuangkan nasib macam cikgu hani tu yg mula-mula byk sgt kerja pastu dah tak jadi berat pula....itu baru je saya yg soal dia, kalau menteri yg soal, mungkin dia kata kerja cikgu ringan sebenarnya..itulah masalahnya,baru kena sikit dah putar belit cerita..memang patutlah cikgu masih di tahap yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 10-1-2008 06:00 PM


Setidak-tidaknya ada ke pernah dgr cikgu serang mak bapa murid? yang ada mak bapak murid serang cikgu. Saya pasti demi menjaga nama dan profesion perguruan sudah pasti mak bapa/parent yang da ...



selepas kejadian seorang prof kata ada cikgu 25hb, nutp ada bersuara mempertahankan cikgu-cikgu? mana ada...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 06:49 PM | Show all posts

Reply #364 Bakawali's post

adakah label itu dari prof tersebut atau ia bermula dari email yang di layang kepada Buletin Utama TV3??? saya tak fikir yang prof tersebut mulakan label tersebut? saya rasa prof tersebut mengulas bukannya mengatakan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 06:32 PM
saya rasa eloklah korang cikgu-cikgu ni pandailah berfikir sikit...

seramai-ramai cikgu di malaysia ni, yg kononnya profesional tu, sampai sekarang masih juga buat kerja tak profesional.

nu ...


awak ni sebenarnya dah tak ada modal dah nak hentam kami. dah berapa kali awak asyik cakap bende yang sama...asyik2 awak cakap cikgu buat kerja tak profesional....dah ulang berapa kali da....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2008 07:19 PM | Show all posts

Reply #365 CharlieDale's post

Sesiapa yg mulakan tak jadi masalah sebab saya tak tgk sgt tapi tak ada pula seorang cikgu pun yg membalas kenyataan tersebut.

Setakat berani di dalam forum cari je, tahap cikgu tak akan ke mana.

oh ya...memang prof tersebut yg kata macam tu..saya ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 06:35 PM



selepas kejadian seorang prof kata ada cikgu 25hb, nutp ada bersuara mempertahankan cikgu-cikgu? mana ada...



awak ni memang jenis yang suka melatah la...awak ingat penyelesaian masalah hanya dengan cara menyalak-nyalak dan melatah-latah macam awak ke...

awak ingat satu-satunya cara membela nasib ahli adalah dengan tampil kat tv?  banyak medan lain yang boleh digunakan. nutp banyak menganjurkan conference...perjumpaan dengan menteri dan sebagainya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 06:35 PM



selepas kejadian seorang prof kata ada cikgu 25hb, nutp ada bersuara mempertahankan cikgu-cikgu? mana ada...


profesor khoo khay kim bukan cakap pasal 25hb tulah...yang cakap tu emel layang. dia cakap pasal buku teks. tu lah....mendengar dengan mata hati, bukan dengan emosi, barulah pandangan ada realiti
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 10-1-2008 07:21 PM



awak ni memang jenis yang suka melatah la...awak ingat penyelesaian masalah hanya dengan cara menyalak-nyalak dan melatah-latah macam awak ke...

awak ingat satu-satunya cara membela nasi ...


kau menafikan peranan media?melalui media lah semuanya terbongkar..penyelewengan,kepincangan dll.

hinggakan kesalahan cikgu dibesar-besarkan oleh media..macamana lagi kau nak tutup.

siapa yang menyalak-nyalak..kalau bukan kau sendiri ..kau yg menyalak di sini kan..bila org bidas balik, baru kau rasa tercabar... kalau kau berani sangat, email terus la ke nutp.dah kau percaya nutp boleh membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:38 PM | Show all posts
sehari dalam hidup seorang guru pada hari pertama persekolahan....

1.  menyiapkan rancangan pelajaran tahunan. bukan tiru tahun2 lepas, sebab perancangan harus disesuaikan dengan tarikh takwim sekolah. 4 rancangan tahunan kena siapkan dalam masa dua hari, pengetua nak tengok hari isnin - BM tingkatan 4, BM ting 5, BM Ting 6 dan PSK Ting 2

2.  siapkan dokumentasi untuk menerima lawatan pegawai JPN dan nazir pada hari Isnin 7 Januari 2008 - termasuklah sediakan fail persatuan, siapkankan fail peribadi pelajar, sediakan buku kemajuan pelajar bagi keputusan hujung tahun lepas untuk diserahkan kepada waris.

3. menyiapkan perancangan strategik tiga bidang iaitu persatuan, unit beruniform dan HEM sebelum 15 Januari.  setiap satu lebih kurang 15 mukasurat.

4.  senaraikan nama pelajar penerima zakat esok pagi. padahal tak kenal lagi pun mana satu budak miskin. baru dua hari jadi guru tingkatan kelas tu.  kena interview pelajar untuk kenalpasti pelajar miskin

5.  siapkan buku kedatangan pelajar on de spot  sebab kedatangan dah mula kena amek. banyak item dalam tu kena isi secara manual.

6.  buat persediaan untuk menerima kedatangan rombongan pelajar dari Medan - satu hari saja masa diberi untuk sediakan skrip pengacara majlis sedangkan senarai tetamu, div jemputan yang hadir belum diketahui.

7.  parent asyik datang untuk berjumpa nak  tanya pasal yuran, kena baya atau tak...ajak kita sembang pulak tu. budak dalam kelas dok tengah bersilat. nak masuk kelas ke nak layan parent datang???

semua ini harus disiapkan dan berlaku dalam masa dua hari. anda mampu????


aku quote sekali lagi...inikah kerja -kerja cikgu yg dibangga-banggakan?

perkataan anda mampu tu pun dah membayangkan..alahai penatnya kerja..macam kuli je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 09:38 PM


aku quote sekali lagi...inikah kerja -kerja cikgu yg dibangga-banggakan?

perkataan anda mampu tu pun dah membayangkan..alahai penatnya kerja..macam kuli je.


saya dah habaq 29  kali dah...

saya tak pernah kata kerja saya tu berat...saya kata kerja tu banyak....saya senaraikan sebab awak nampak cikgu ni buat apa sangat. reti dak...

awak tak tau beza ke berat dengan banyak. kerja tu semua saya boleh buat, sebahagiannya dah siap pun. bila saya menggambarkan kerja tu banyak, tujuannya awak akan faham kami tak duduk makan angin tunggu 25hb.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 09:35 PM


kau menafikan peranan media?melalui media lah semuanya terbongkar..penyelewengan,kepincangan dll.

hinggakan kesalahan cikgu dibesar-besarkan oleh media..macamana lagi kau nak tutup.

sia ...


awak tahu tak laporan tv3 tu berasaskan emel layang?? tv3 ambil kesempatan untuk highlight isu tu sebab nak sekalikan dengan isu yuran.

apakah maksud emel layang ?? maksudnya penulis tu bacul, tak bertanggungjawab, serkap jarang.

apa yang dah terbongkar?
siapa yang dah menyeleweng?
apa yang pincang?

bayangkanlah berpuluh ribu pelajar mendapat 8A dan 10A diajar oleh guru-guru yang tak tinggi sangat pemikirannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:43 PM | Show all posts
Kepada CikguHani & Charlie...

Jangan dilayan sangat budak bakawali ni... Biarkan dia terjun dengan labu-labunya...
Biarlah dia....

Saya pun bukan cikgu,tetapi komen si bakawali ni menunjukkan kedangkalan pemikirannya...
Biarlah...mungkin dia budak belasan tahun lagi...

Takpe, orang kutuk kita,tapi kita tahu apa kita buat...kita tak kacau orang pun...

Sabarla yea....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 10-1-2008 10:32 PM


saya dah habaq 29  kali dah...

saya tak pernah kata kerja saya tu berat...saya kata kerja tu banyak....saya senaraikan sebab awak nampak cikgu ni buat apa sangat. reti dak...

awak tak t ...



aku tanya, profesional ke kerja yg kau buat tu, nampak macam kerja kerani je? itu yg aku tanya..ok..sekarang kau nak kata kerja guru tu profesional?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by asap02 at 10-1-2008 10:43 PM
Kepada CikguHani & Charlie...

Jangan dilayan sangat budak bakawali ni... Biarkan dia terjun dengan labu-labunya...
Biarlah dia....

Saya pun bukan cikgu,tetapi komen si bakawali ni menunjuk ...


kau pun merasa tempias nye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 10-1-2008 10:40 PM


awak tahu tak laporan tv3 tu berasaskan emel layang?? tv3 ambil kesempatan untuk highlight isu tu sebab nak sekalikan dengan isu yuran.

apakah maksud emel layang ?? maksudnya penulis tu ba ...


kau tak mengikuti perkembangan ke, sejak dari masa ke semasa ada je keburukan guru yg dipaparkan oleh media...kau sendiri sebagai guru masih tak nampak. entah-entah suratkhabar pun tak sempat baca,maklumlah kerja byk..memang sah la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 05:43 AM | Show all posts
Originally posted by asap02 at 10-1-2008 10:43 PM
Kepada CikguHani & Charlie...

Jangan dilayan sangat budak bakawali ni... Biarkan dia terjun dengan labu-labunya...
Biarlah dia....

Saya pun bukan cikgu,tetapi komen si bakawali ni menunjuk ...


Atas sebab dan dasar itu, saya stop di sini ngan dak bakawali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:59 AM | Show all posts
Saya pun stop dengan kesimpulan..kerja guru ni tak profesional, byk buat kerja kerani.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 11:23 AM | Show all posts
pada awa, selagi ada insan yang bergelar guru di malaysia, selagi itulah kita akan jadi bangsa yang berdaulat. saya suka sangat dengan sajak usman awang berkenaan guru...

Sajak - Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.830381 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list