|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
bump........................ |
|
|
|
|
|
|
|
ternganga mulut den bce.. seramss hokay
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal aku cari crita hantu raya tu tak jumpa?
Maksu dgn nenek...tak jumpa pun weii....
|
|
|
|
|
|
|
|
tt.. ko takmo naikkan r.p ke? citer2 ko semua da la mmg marvelous, bila baca rasa mcm kat twilight zone terus...
kang nati ada plak kaki kopi paste... pastu viralkan... penat je ko tulis kat sini... sorg brader kita da kena... |
|
|
|
|
|
|
|
dik, hang pi mana?????
tu taji kata betui...naik kan RP!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah viral dah citer si sham kot kat FB. Yang pasal dia kena sihir time belajar kat Uni. |
|
|
|
|
|
|
|
TT,mana pigi?lama diam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
TT kan dah bg keizinan pd org yg nak kopipes, tp kena bg kredit le kat mana dorang cilok. Jinkelawa org yg first minta izin kopipes ke fb. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-4-2016 07:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by dammerung at 21-4-2016 07:56 PM
Hi semua.
Im still around. Cuma super busy kebelakangan ni. Will be back in updating mode.
Aku well aware dengan perangai certain animals yang suka ripped off hasil karya orang lain dan claim milik sendiri. Disclaimer dah diberi as long credit sumber asal dinyatakan. Kalau yang tak reti bahasa tu, i know netizens will roast that person up.
Will be back in new update soon.
Aku takde plan nak naikkan RP. I enjoy many people reading my stories.. |
|
|
|
|
|
|
|
mama cuma nak print dan simpan dalam koleksi peribadi...ttp the whole credites goes to the owner!!
keep it up dear!! keep suprising all of us here!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Airis at 22-4-2016 04:04 PM
Ni first time aku dengar/baca ada hantu bapok.. lawak and sgt ngeri at the same time! Aku jarang komen kat sini, selalunya SR je, tapi cerita2 dari dammerung memang lain dr yg lain. Thumbs up!
Dulu zaman belajar pun kitaorg selalu buat perangai menengok bapok2 kat celah2 lorong Jln TAR.. especially lepas habis exam, nak release stress kononnya.. kitaorg tgk dr dlm kereta jelah, diaorg bukan suka kalau pompuan2 yg lalu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 25-4-2016 02:16 PM
Kisah 16: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Sebuah Universiti di Selangor (2000an)
Kolej kediaman sebuah universiti di Selangor gempar apabila seorang mahasiswa menggantung diri dalam bilik. Mayat ditemui oleh housemate setelah hampir 2 minggu tak dengar khabar. Bila pintu bilik dipecah, the unfortunate soul berketurunan India tergantung di kipas siling oleh kabel sterika.
Kejadian di katakan terjadi semasa short semester dan disebabkan tak ramai menginap di kolej kediaman masa tu, pihak universiti berjaya "menyorokkan" kes tersebut dari pengetahuan umum.
Sejak dari penemuan mayat di bilik tersebut, unit kediaman pelajar itu dikosongkan buat sementara waktu sementara menunggu siasatan selesai.
Selepas penghuni unit kediaman itu dibenarkan kembali ke apartment, mereka mendakwa sering terdengar bunyi-bunyian dari bilik bekas housemate yang dah mati itu, seolah-olah ada orang di dalamnya.
And that's it.
Takde penampakan-penampakan pelik berlaku di luar bilik suicide. Penghuni unit bilik suicide tu pun lama-lama biasa dengan bunyi-bunyi kat bilik tu. Hari berlalu, assignments, exams, final year projects, cinta kampus, students life membuatkan warga universiti lupa dengan kejadian suicide tersebut.
Sehinggalah tamat semester dan bekas housemate asal macha yang bunuh diri tu pun keluar dari rumah sebab dah grad.
Semester baru dan unit tersebut diduduki oleh new intake. Mengikut cerita urban lejen, pelajar yang dapat bilik suicide, pada malam pertama 'ditolak' jatuh dari katil. Pada mulanya dia ingat tidur lasak sangat sampai terjatuh katil. Dia bangun balik tidur kat atas katil. Tapi bila bangun pagi sedar-sedar dah kat bawah katil.
Oklah first night so anggap kebetulan je lah. Malam kedua mamat ni terjatuh katil lagi. Dia naik tidur atas katil semula dan sekali lagi buka je mata tengok dah kat bawah katil. Dah mula rasa tak sedap hati. Malam ketiga dia nekad tak nak tidur. Macam-macam lah dia buat supaya tak tidur, layan VCD lah, layan MP3, baca buku, whatever lah. Tapi kelopak mata macam ditarik-tarik. Kuyu je, last-last terlentok kat study desk.
Lebih kurang pukul 3-4 pagi macam tu dia tersedar dan nak tidur atas katil. Toleh je arah katil nampak ada something atas tilam dilitupi selimut. Mungkin mamai agaknya, dianggap mainan mata aja. Bila dah berdiri betul-betul sebelah katil baru jelas kelihatan bentuk seperti orang bawah selimut, atau lebih tepat lagi seperti mayat sedia untuk dikafankan.
Mencicit mamat ni lari keluar bilik dan kejutkan housemate yang lain. Semua check bilik tersebut and seperti cliche filem-filem seram, semua tengok biasa je, takda apa-apa yang aneh. Freshie itu kemudiannya bawak barang dia keluar dan berkampong kat ruang tamu.
Besoknya dia pergi ke pengurusan kolej dan minta tukar bilik. Freshie tu expect akan ada masalah sebab bukan senang-senang je nak minta tukar bilik, apa lagi dengan alasan bilik ada hantu. Terkejut dia bila senang je permohonan diluluskan dan dibenarkan tukar at the very same day.
Macam tak percaya je tapi of course lah dia tak banyak soal. Masa pindah rumah baru, barulah dia tahu pasal kejadian suicide kat biliknya itu.
Kejadian suicide tu jadi hot semula. Penghuni unit tu jadi panas buntot la bila orang cakap rumah diaorang ada hantu. Sebab tak boleh pindah unit sampai next semester, tahan je lah buat sementara waktu.
Pada hari Sabtu, sekitar pukul 10 pagi macam tu, penghuni bilik bersebelahan bilik air melepak kat katil, bertentangan dengan pintu bilik yang terbuka. Masa tengah layan blues dengar MP3 kat komputer, dia nampak orang berbadan besar hitam, cuma berseluar pendek dengan towel selubung kat kepala masuk dalam bilik air. Dia tak ambil port sebab of course lah dia ingat salah seorang housematenya.
Bila dah lebih kurang 20 minit macam tu dia baru sedar bilik air dari tadi takde bunyi shower. Mamat ni pergi la check dan mendapati pintu bilik air terbuka dan lantai, dinding semua kering. Then housemate dia keluar bilik dalam keadaan bertowel dan masih mamai. Ditanyalah, ko ke yang mandi tadi?
"Mandi apanye, aku baru bangun ni ha" jawab housematenya.
Apa tercenganglah mamat ni. Dalam rumah tu ada 3 orang termasuk dirinya dan seorang lagi dah balik kampong semalam. Di ceritakan apa yang dia nampak tadi dan tiba-tiba...
DUM!!! Pintu bilik suicide terhempas. Padahal bilik tu berkunci. Perlahan-lahan mereka menekap telinga ke pintu dan jelas kedengaran bunyi kipas siling di pasang pada kelajuan maksimum. Kemudian didapati terdapat bayang-bayang dari bawah pintu macam ada orang di dalam. Kalau sekali dua mungkin lah bayangan langsir yang berkibar dek angin kipas, tapi kalau dah macam 'structured' je pergerakannya, mereka suspect ada orang di dalam.
Pintu diketuk. Sekali ketuk, takda respon, dua kali pun takde respon. Mamat ni dan housemate mula ketuk berkali-kali macam nak runtuh pintu sambil mengugut 'penghuni' di dalam.
Bunyi tombol pintu di unlocked kedengaran. Pintu bilik dibuka dan mereka mendapati bilik tu kosong. Bukan setakat kosong, kipas tak hidup, tingkap tertutup cover habis dengan langsir sampai gelap. Bunyi kipas dari luar tu satu hal lah dan tak payah nak cakap pasal bayang-bayang bawah pintu tadi. Siapa kah gerangan yang unlocked tombol pun dah cukup membuatkan dua orang ini bergegas ke pejabat management kat bawah blok.
Pejabat management kampus kediaman pagi tu menerima tetamu, seorang pakai short tak pakai baju dan sorang lagi cuma bertowel aje. Kejadian diceritakan ke pegawai bertugas dari A - Z. Dan seperti biasa, cerita panas macam ni mana boleh simpan lama-lama, kejap je dah tersebar satu kolej kediaman. Tak sempat officer-officer management sampai kat unit tersebut, dah ramai busybodies bersidai kat depan rumah.
Pemeriksaan dilakukan dan officers tu tanya kat penghuni rumah samada nak dipanggilkan ustaz. Kalau penghuni Islam tak payah tanya tapi disebabkan penghuni-penghuni rumah itu adalah non-Muslim, so kenalah tanya. Bagi mereka terpulang nak panggil siapa tapi mereka nak keluar dari rumah. Dah tak sanggup nak lama-lama tinggal kat situ.
Management kampus kediaman benarkan. Sebab takda rumah kosong, so kena duduk asing-asing lah. Hari itu juga dua orang ini pindah masuk bilik baru. Tinggal lah mamat yang balik kampong kat rumah tu. Weekend berlalu dan mamat yang balik kampong pulang ke unit kediaman pada malam Ahad.
Masa nak masuk gate kolej kediaman, dia perasan dari tingkap bilik suicide (unit nya tingkat 7), lampu menyala dan dari langsir berkibar-kibar keluar tingkap, kipas dihidupkan. Basically the room ada orang lah. Dia perasan juga bilik-bilik housematenya gelap tapi tak ambil pusing, ye lah mungkin keluar makan ke apa.
Pintu masuk rumah bersebelahan dengan tingkap dapur. Tingkap tu tak berlangsir dan masa lalu kat koridor nak masuk rumah dia nampak ada seseorang tengah basuh mug kat sinki dari tingkap tu. Orang yang basuh mug tu katanya, badan besar hitam, tak pakai baju dan kepala berselubung towel warna purple.
Waktu masuk rumah, orang basuh mug tadi menonong je masuk bilik suicide dan terus tutup pintu, tak balas pun teguran mamat ni. Sentap juga lah tapi malas nak ambil kisah, dia pun masuk ke biliknya. Sekitar pukul 3 pagi macam tu, dia terjaga dari tidur. Biasalah bangun tidur tengah malam mesti rasa nak kencing kan, so dia pun pergi lah toilet. Dah flush apa semua, dia balik ke biliknya. Masa jalan kat koridor kecik menuju ke bilik, "penghuni" bilik suicide buka sedikit pintu bilik dan tengok mamat tu.
"Watsup bro" sapa mamat tu.
Sapaan nya tak berbalas, cuma sepasang mata dengan senyuman meleret dari small opening pintu bilik. Memang seriau tapi mamat tu tak terpikir pula pasal hantu setan ni. Tiba-tiba terdengar panggilan 'housemate baru'nya...
"Come, come, come, come" kata orang dari bilik suicide sambil tangannya memanggil-manggil masuk ke bilik. Menurut cerita, mamat tu kata suara orang tu garau macam sakit tekak. It just hit him that there is something seriously wrong with this person, meremang bulu-bulu roma mamat Cina ni. Lari masuk bilik, locked pintu dan keluar rumah ikut tingkap bilik yang menghadap koridor.
Subuh tu kecoh surau blok ada Cina terbongkang tidur kat dalam. Rumah residen/warden di ketuk pagi itu juga. Sekumpulan student melaporkan kejadian bilik berhantu. Pada mulanya warden ni tak percaya, kata mengarut semua tu, tapi bila di tunjuk ke arah bilik suicide yang jelas lampu menyala dan kipas terbukanya, dia janji cuba selesaikan masalah haunted room tu secepat mungkin.
Ustaz di panggil dan geng surau/PPI melakukan upacara 'membersih'kan rumah tu. Selesai aktiviti, ustaz tu kata Insha Allah dah okey bilik tu tapi tak cakap apa benda yang menghantuinya. Penghuni lama dah tak sanggup nak pindah masuk balik. Bincang punya bincang, management membuat announcement, siapa sanggup menginap kat unit itu cuma perlu bayar sewa RM50 je sebulan dan dibenarkan tinggal 2 orang sebilik (management cuma membenarkan 1 pax per room), siap beli katil double-decker lagi untuk setiap bilik. Berebutlah orang nak, especially Muslim lah. Dah la surau kat blok yang sama, tak payah jalan kaki jauh-jauh, turun lif je. Dapatlah rumah tersebut ke geng surau.
Malam itu ketika semua melepak kat hall rumah, mereka diganggu oleh bunyi deringan nyaring dari dalam bilik suicide. Penghuni bilik itu rasa pelik sebab dia cakap bunyi alarm clock milik mereka tak bunyi macam tu. Salah seorang pergilah ke bilik dan alangkah terkejutnya apabila dia nampak ada orang badan besar hitam, berseluar pendek tergantung dari kipas siling dan kepalanya berselubung towel warna purple.
Dipendekkan cerita, sejak dari hari tu, unit apartment tu kosong. Tiada siapa berani tinggal kat situ dah. Nak lalu-lalang depan rumah tu pun orang tak berani sebab ada mendakwa ternampak lelaki kepala berselubung towel mundar-mandir dalam rumah dari tingkap dapur. Untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku, management kolej kediaman mewartakan rumah tersebut tidak boleh dihuni.
Legend say that sehingga ke hari ini, pada waktu-waktu tertentu setiap hari, lampu dan kipas bilik suicide itu akan terhidup dengan sendirinya dan boleh dilihat jelas dari luar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmg bilik suicide tu dikosongkan dan dikunci eh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Dam |
|
|
|
|
|
|
|
baca cerita bapok genting, terbayang pulak clown car haha
seperti biasa bro, cerita mantap. really looking forward to read more of the same |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah dam.. thanks for updating.
|
|
|
|
|
|
|
|
yay!! ada update |
|
|
|
|
|
|
|
teringat 2tahun lepas menginap hostel yg kolej sediakan..
lebih kurang je cerita.. siap mimpi kena campak bagai..
kawan yang lain tengh solat kena ganggu..
dek kerana dengar story ade kes student india mati gntung diri.
pastu kejadian aneh pecah masuk "org minyak hitam"
barang x hilang ape2.. cuma pelik motif pecah msuk tinggalkan tapak kaki hitam kt lntai..
yang peliknya TINGKAT 12.. agk mustahil org nk panjat thru tembok ke tingkap tinggi..
bukan pecah masuk ikut pintu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|