CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: catalina

Segalanya ANDA Perlu Tahu berkaitan Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

[Copy link]
Post time 12-4-2017 10:00 PM | Show all posts
Jazakillah Cat.
Tapi Cat patut letak info tred by tred..
If sekaligus,  forumers might miss dan tred tu terbenam.

Sy cadang, Cat bukak tred kedua bertajuk:

Segalanya ANDA Perlu Tahu berkaitan Kegagalan Fungsi Buah Pinggang II.
dalam ni letak content #9 nyer tred.

seminggu lepas tu, Cat bukak tred : Segalanya ANDA Perlu Tahu berkaitan Kegagalan Fungsi Buah Pinggang III. dalamnya taruk content tred #11

dan seterusnya
nnt ada series dari Cat, ramai forumers akan tertunggu utk baca. depa maybe tak reply, tapi depa baca..ini sy tahu.

nnt sy bagi tacang tiap series Cat tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2017 11:35 AM | Show all posts
ipes2 replied at 12-4-2017 10:00 PM
Jazakillah Cat.
Tapi Cat patut letak info tred by tred..
If sekaligus,  forumers might miss dan tr ...

Ok thanx doc,

saya kan habiskan dulu topic PD ni pd posting ni then akak bukak rumah baru.

Tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 12:28 PM | Show all posts
catalina replied at 11-4-2017 10:06 AM
Semalam saya terbaca dlm medmythbuster berkenaaan seorang patient SLE. SLE ni adalah satu drp penyak ...



Tq for sharing all gud info. A friend of mine pun ade yg mengidap SLE jugak. I baru perasan, dkat pipi dia pun ade merah2 mcm yg pic yg u post tu cume the 'butterfly' x begitu ketara la. I hope one day, she will get her own baby. Dia cakap pesakit SLE ni susah nak preggy

My friend seorang yg baik, sygkan budak2, soft & generous but ini ujian buat dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2017 02:03 PM | Show all posts
yokoono replied at 14-4-2017 12:28 PM
Tq for sharing all gud info. A friend of mine pun ade yg mengidap SLE jugak. I baru perasan, d ...

my fren yg ade SLE tu pon x ade anak
dah lama kawin , segan nak tanya knp kan...soklan sensitip...
nnt maybe kita akan bukak satu topik khas berkaitan SLE
and boleh mintak doc @Ipes2 terangkan ade berkait ker kesuburan dengan SLE ni...

1st patient yg I met ade SLE ni satu teenager (girl) umur 17 tahun dari Manjung,Perak
mmg muka dia ade butterfly tu merah2...
dia kata dia tak boleh keluar dari rumah sbb panas, kesian..camner nk pegi sekolahkan klu tak boleh kena panas
masa tu dia tak start dialysis lagi...


Ok maybe ade yg tertanya2 klu student camner nak buat dialysis?
next time saya akan cerita case2 yg pernah sy jumpa...ada yg budak lagi dh kena dialysis...kalau cikgu sakit buah pinggang lak macam maner pulak kan...?
saya akan selang selikan cerita dengan info2 berkaitan Buah Pinggang ni supaya tak boring lak baca ayat2 formal saja if its ok with uols...

pls tell me which one u all prefer?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2017 02:03 PM | Show all posts
Edited by catalina at 14-4-2017 03:20 PM

DIALISIS YANG DIBUAT DI RUMAH

Dialisis menggunakan APD atau CAPD ( Rawatan Air Dextrose)


Peritoneal - Peritoneal bermaksud satu rongga yang terdapat di dalam perut. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk memasukkan tiub getah ke dalam lapisan peritonel di bahagian perut.
Dialysis - proses di mana bahan buangan dan cecair dikeluarkan dari badan anda.


APD mengambil masa lapan hingga 10 jam setiap malam.
APD iaitu Automated Peritoneal Dialysis ialah sejenis dialisis peritoneal. Ia memerlukan anda menukar cecair dari dalam perut setiap malam.
Automatik - Mesinnya dijalankan sewaktu pesakit sedang tidur, iaitu sepanjang malam tanpa henti.


Berapa lamakah masa yang diambil?
APD mengambil kira-kira 30 minit untuk menyiapkan mesin sebelum anda tidur. Anda juga akan memerlukan kira-kira 30 minit pada hari berikutnya untuk membersihkan mesin dan mengemas. Anda akan melekat pada mesin selama kira-kira lapan jam hingga sepuluh jam setiap malam.

Adalah mesin APD bising?
Mesin APD mungkin mengeluarkan sedikit bunyi sewaktu ia bekerja.Penggera pada mesin ini akan berbunyi sekiranya anda berbaring di atas tiub saluran kan akan menggangu cecair dari mengalir keluar. Mesin ini boleh dihentikan buat sementara waktu untuk lawatan ke bilik mandi atau seks.


CAPD -  Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis
Ialah proses dialisis peritoneal secara manual di mana anda perlu menukar cecair dari dalam lapisan peritoneal sekurang-kurangnya 4 kali sehari.
Berterusan - bermakna anda sedang dialising sepanjang masa.
Ambulatori - antara pertukaran cecair dialisis anda boleh menjalankan aktiviti harian anda.
Peritoneal - menggunakan rongga peritoneal.

Dialysis - proses di mana bahan buangan dan cecair dikeluarkan dari badan anda melalui serapan cecair DEXTROSE yang disimpan di dalam perut pesakit selama 5-6 jam.

Berapa lamakah masa yang diambil?
CAPD mengambil masa 20-30 minit untuk mengalirkan cecair yang keluar dan masuk. Anda perlu melakukan ini empat kali setiap hari. Anda juga memerlukan masa untuk menyediakan sebelum dialisis dan untuk pembabatan selepas itu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2017 03:14 PM | Show all posts
PERITONEAL DIALISIS
Bagaimana rawatan dibuat?

Semasa pembedahan kecil dilakukan di bawah bius atau anestesia, doktor akan memasukkan tiub lembut kecil ke dalam abdomen.

Kateter dan exit site (tempat di mana kateter keluar), memerlukan penjagaan harian. Kebanyakan orang dapati PD senang dipelajari dan mudah dilakukan dalam beberapa hari.

Jika anda mempunyai keraguan atau masalah, jururawat dan doktor sedia membantu anda pada bila-bila masa.

PD adalah rawatan berterusan, cecair lebihan dan toksin dikeluarkan secara berterusan.
Latihan akan diberikan oleh jururawat agar anda mampu merawat sendiri di rumah. Tempoh latihan bergantung kepada keperluan pesakit dan boleh mengambil masa 3-5 hari untuk difahami.
Bergantung kepada keadaan, anda mungkin akan ambil sendiri bekalan dari hospital. Namun pesakit boleh atur sendiri mengikut polisi hospital untuk bekalan dihantar ke rumah.
Anda perlu lawat hospital sekali setiap 1-3 bulan untuk pemeriksaan berkala dan bertemu ahli nefrologi.
Jika anda perlukan bantuan terapi, anda boleh dapatkan khidmat jururawat untuk bantuan.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, pasukan jagaan boleh dihubungi menerusi telefon pada bila-bila masa. (24 jam)

Bagaimana ia berfungsi
Terdapat 2 pilihan untuk dialisis peritoneal.

Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) Dilakukan secara manual, selalunya 4 kali sehari. Setiap tukaran mengambil masa 30-45 minit.

Automated PeritonealDialysis (APD) Ini dilakukan menggunakan mesin di waktu malam ketika anda sedang tidur.

Untuk melakukan dialisis peritoneal anda perlu ada ruang masuk ke kaviti peritoneal dengan bantuan PD kateter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2017 03:22 PM | Show all posts
doc Ipes2, i ada instinct mengatakan kidney i ada problem. dari bulan 5 tahun lepas lagi sakit pinggang membawa ke belakang yg sangat2 sakit, baring xboleh, duduk xboleh, bila sakit tu datang rasa mcm nak mati je. g klinik doc xray kata xde slip disc. dia arrangekan untuk fisio sahaja

lepas tu sakit makin teruk doc just bagi ubat sapu dan tahan sakit. hujung tahun pregnant lak. tiap kali checkup bila hantar urine ke makmal, result urine mesti ada blood. secara kasar bila kencing mmg xnampak darah tu tapi bila result dari lab mesti ade darah.

hari tu request kat doc suh cek buah pinggang. dia amek darah untuk wat test RP/LFT/uric acids. 2mggu tggu result nurse je gtau result ok. i mcm xpuas hati la...sakit makin sakit, tambah2 lagi pregnnt ni dah mauk 5 bulan lebih....kdg2 rasa give up sgt. kalau g bomoh ke ustaz ke duk ckp kne santau la, saka la....awal2 dlu percaya la gak, beribu dah habis g berubat tapi sakit tetap x kurang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2017 03:25 PM | Show all posts
Kelebihan APD/CAPD
  • Selesa dilakukan di rumah tanpa gangguan.
  • Rawatan boleh dilakukan mengikut masa yang anda rasakan sesuai.
  • Bekalan dialisis mudah dibawa dan rawatan boleh dilakukan di mana-mana.
  • Tiada jarum untuk rawatan.
  • Tidak perlu ke pusat rawatan.
  • Rawatan berterusan.

Perkara yang perlu diambik kira
  • Pertukaran CAPD mesti dilakukan 4 kali sehari, 7 hari seminggu.
  • APD memerlukan mesin di bilik anda dan anda perlu lakukan dialisis setiap hari.
  • Anda perlu dilatih menggunakannya.
  • Tiub plastik perlu dimasukkan ke dalam abdomen anda.
  • Terapi di rumah memberi kesan kepada ahli keluarga/rumah anda.
  • Memerlukan ruang di rumah untuk peralatan dan bekalan.
  • Makan dan minum terbatas



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2017 03:35 PM | Show all posts
Edited by catalina at 14-4-2017 03:51 PM

Peritoneal Dialisis terbahagi kepada 2 jenis iaitu menggunakan mesin (APD) atau dan manual (CAPD).

Ia adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaeadah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumoh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala. Di dalam 'Continuous ambulatory peritoneal dialysis' (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis Dextrose (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar (1.5% - 2.5%) penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.



Alatan APD - Rawatan menggunakan air dari mesin selama 10 jam.


Harga mesin APD adalah dalam RM40 000. Di Malaysia biasanya hospital akan memberikan pinjaman di bawah JPA dengan bayaran RM1000 sebulan terutamanya untuk kakitangan kerajaan. Sekiranya tiada waris yang layak membuat pinjaman, hospital akan membantu anda meminta bantuan dari Baitulmal/Socso. Syarikat pembekalan akan menghantar bekalan sebulan air dialysis ke rumah. Untuk APD ini biasanya menggunakan 10 liter air dextrose dengan kepekatan 2.5% atau 1.5% setiap malam. Bermakna bekalan akan sampai sebanyak 5 liter x 2 bag x 30 hari.


Alatan CAPD - Rawatan menggunakan air secara manual

akan bersambung........

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 06:13 PM | Show all posts
catalina replied at 14-4-2017 02:03 PM
my fren yg ade SLE tu pon x ade anak
dah lama kawin , segan nak tanya knp kan...soklan sensitip.. ...



I prefer pasal isu kesuburan dgn penyakit SLE. My friend pernah cerita masa she admitted kt HUKM dulu, jiran sebelah katil tu pregnant kali ke 7. 6 pregnancy tu semua gugur. Sedihkan...my friend selalu ckp dia takut kalau the same thing happen to her.  Sampai skrg I tgk my friend belum conceive lg tp rezeki dia dpt husband yg sgt memahami n menjaga dia dgn baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 02:07 PM | Show all posts
nanti saya sambung dengan diet pemakanan pesakit buah pinggang, notes tertinggal pulak di rumah... huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 02:40 AM | Show all posts
catalina replied at 14-4-2017 11:35 AM
Ok thanx doc,

saya kan habiskan dulu topic PD ni pd posting ni then akak bukak rumah baru.

set Cat! slow slow
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Siti_Mustaqim at 25-4-2017 05:32 AM

Salam. Acik nak tanya. Emak acik thun lepas masuk icu dikenalpasti sbb acute kidney injury sbb btu karang dah blok. Jadi satu buah pinggang dah kecut satu lagi bengkak. Lepas discj leps sebulan dr hosp klang refer ke hosp serdang utk pkar buah pinggang pada jan 2017. Dr bg ubat gout dengn ubt yg kena bancuh tu..macam bergas. Emak maintain minum air byk byk. Ubat yg diambil skang adalah asid folik. B complex. Darah tinggi. Kolesterol. Ubat cairkan darah yg ada gamba love. Khamis lepas 20 april buat medical check up darah dkt klinik. Creatinin 100. Urea 7. Gfr 44. Protein pada urin. Jadi agak agak emak acik dah tahap 3 utk ckd ye. Jadi apa rawatan yg sesuai? Dr ada cadangkan teh triple t dan laminine utk tingkatkan fungsi buah pinggang. Ini first time kami deals dgn ckd. Boleh mohon pakar utk cadangkan rawatan atay suplemen yg sesuai. Bulan lima nanti jumpa pakar di serdang utk ultrasound sbb masa ultrasound mac hari tu finding ada complex cyst pada buah pinggang yg tinggal tu( satu lagi dah kecut). Harap pendapat korang. Terima kasih
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.185596 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list