ALOR SETAR 26 Nov. – Dikenali sebagai seorang yang mudah tersenyum dan bijaksana, Raja Muda Kedah yang baharu dimahsyurkan hari ini, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, 50, diyakini mampu meneruskan legasi kecemerlangan Raja-Raja Muda terdahulu terma-suk ayahandanya, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang kini bersemayam di tampuk pemerintahan negeri selaku Sultan Kedah.
Diputerakan pada 2 Mac 1967 di sini ini, baginda yang pernah mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi merupakan lepasan dalam bidang perundangan di Universiti Brunel serta Kolej Holborn di London.
Sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan, bintang baginda ternyata bersinar apabila berpeluang menjawat pelbagai jawatan dalam dunia perundangan dan korporat antaranya selaku Eksekutif Perhubungan Industri di Sime Darby Berhad, Pengarah Bahagian Perundangan dan Setiausaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pengerusi Haisan Resources Berhad.
Ketika ini baginda meme-gang jawatan selaku Pengerusi di Thong Guan Industries Berhad, pengarah dan juga Anggota Lembaga Pentadbir di Asiamet (M) Sdn Bhd selain menjadi rakan kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates and Solicitors.
Ketika berkhidmat di SKMM pada 1999, baginda mula berkenalan dengan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, 46. Baginda berdua melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tunku Zara Bahiyah, 13, dan Tunku Sulaiman Badlishah, 10.
Che Puan Muda Zaheeda yang dilahirkan di Ipoh, Perak merupakan lulusan Ijazah Undang-Undang (Kepujian) dari University of Wales College, Cardiff dan mendapat Sijil Amalan Guaman dari Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.
Baginda ketika ini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat di Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selain menjalankan tugas sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
Post time 28-11-2017 03:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mesti dia pon x sangka dia akan jd Raja Muda...
Good education both couple nie...
Nak ty je..adik RM nie lom kawenkan....tgk dia duk sorang je aritu...
Lagi satu adik RM nie ada masalah kulit ke....masa dia amik pingat tu nmpk tompok2 putih kat tgn dia...even kat bibir pon ada...
Tak nampak macam 50 tahun. CPZ pun sama. Nampak masih muda dan cantik.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat kedua-duanya.
Tahniah buat rakyat Kedah.
Post time 30-11-2017 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
malaysiaku123 replied at 30-11-2017 07:15 PM
Aku xnk lofa join kedah..sbb aku org kedah..ban lofa..kn cari mcm kak ipar dia..org biasa tp bijak ...
Nasib baik negeri aku dah terlepas wpon perangai Raja Muda aku x semenggah.....
Baik amik cam CPM....org biasa tp education sgt bagus...
Tahniah pada org Kedah coz dapat Raja Muda yg baru dan sgt educated....
waris belah tunku sofiah/sultan badlishah, tinggal tunku sakinah je, yg stay kat paris.... satu2nya adik beradik sultan abdul halim yg masih hidup..
seems that darah kerabat kelantan-terengganu kuat mengalir dlm royal family kedah buat masa ni, sultanah asma cucu sultan badrul alam shah dari terengganu, while sultanah maliha dari belah kelantan..