|
Sultan Johor namakan spesies semut - Echinopla Tunku-Abduljalilii
[Copy link]
|
|
Sultan Johor namakan semut 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'
JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.
Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lalu.
"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.
"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.
"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini," katanya.
Maryati berkata nama spesies baharu itu akan terus kekal dan hanya akan hilang sekiranya mengalami kepupusan dan jelasnya sebelum ini terdapat penamaan spesies berkaitan dengan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.
Sehingga kini terdapat 16,000 spesies semut yang telah dinamakan secara saintifik dan terdapat lebih kurang 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla yang terdapat di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyah! Kau baru keluar gua ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
untong laa...lepas nie...nak namakan apo plak... |
|
|
|
|
|
|
|
nih la org kata lembu punya susu sapi dpt nama.
saintis kita dpt asap... |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Johor Berkenan Namakan Semut Sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menamakan semut spesies baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.
Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM, Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies itu dikutip pada Mei tahun lepas daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang dekat Labis.
Foto: mStar Online
"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi."
"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu.'
Foto: mStar Online
mStar Online melaporkan, Sultan Ibrahim selaku Canselor UTHM telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu.
"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
setuju sangat!
kot iye pun, tak perlu lah letak full name sekali dgn royal title tu weiii. mcm taksub sgt dgn kedaulatan tu.. alahai.
mmg ridiculous lah.
apa2 pun, untung lah sang semut. dpt Tunku. ko hadaaaaaa!
|
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita ...
Semut charlie ke |
|
|
|
|
|
|
|
Cayala nama semut ni. Urban gitu |
|
|
|
|
|
|
|
nama mesti ada tunku untuk membuktikan bukan makcik jual karipap yg bagi nama |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain yg jmpe n berhempas pulas dlm reseacrh ni..cm mne plak org lain yg blh bg nama..
Bg contoh:
Air yakult. Bakteria nama shirota dijumpai oleh Prof shirota.
Sepatutnye researcher yg berhak bg nama.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik ja nama hahaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Benang pasal ni ada banyak dah kot..lebih dari 2 kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita jumpa bkn sebut name penuh dia pon, panggil semut jgk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|