|
13 Mei 1969 - kalah jadi abu, menang jadi arang
[Copy link]
|
|
Peristiwa 13 Mei
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan
Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.
Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Tunku Abd. Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan Majlis Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan yang di mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di samping beberapa faktor yang lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Walau bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.
Bila keadaan kekacauan seperti ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan swam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya memainkan peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah, yang adil dan saksama. Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali.
Dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman yang boleh mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu itu di selesaikan dengan rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak perkauman.
Di samping pelampau perkauman, negara juga berhadapan dengan ancaman pelampau politik dan keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat hak dan kebebasan politik dan keagamaan seseorang warganegara. Apa yang diberi tumpuan ialah tindak tanduk sesaorang individu atau kumpulan yang memperalatkan politik atau agama untuk mencetuskan pergolakan atau menimbulkan pertentangan atau krisis hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta keselamatan negara.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan di stadium Jalan Raja Muda
Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk perasaan semasa peristiwa 13 Mei
Anggota Pasukan Simpanan sedang melakukan rondaan di kawsan yang berlaku rusuhan.
Sekatan jalanraya diadakan bagi menyekat merebaknya rusuhan
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969
Seorang anggota polis sedang mengawal orang ramai ramai ketika bantuan makanan diberikan oleh pihak kerajaan
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan
Jalanraya menjadi sesak berikutan rusuhan kaum 13 Mei
https://www.rmp.gov.my/infor-kor ... ah/peristiwa-13-mei |
|
|
|
|
|
|
|
oh no wonder lah hari ni aku drive banyak cina kuang hajar atas jalan. seriussss. 13 mei rupanya hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan selalu ker cenggitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN
TTKM MAY 13, 2019
Oleh : Editorial TTKM
Hari ini, portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga.
Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu.
Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut:
Laporan penuh ada di bahagian bawah
Oleh : Tun Abdul Razak.
Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal keadaan secepat-cepatnya. Kalau bukan kerana langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera itu maka sudah tentulah seluruh negeri ini tercebur di dalam malapetaka yang besar.
Ada juga diantara kita yang memandang bahawa tragedi ini dalam ertinya bagi dirinya sendiri. Akan tetapi kepentingan peristiwa 13 Mei janganlah hendaknya dirasakan oleh beberapa orang sahaja, bahkan setiap orang dari kita hendaklah menaruh insaf akan peristiwa ini. Pada hari itu kita disedarkan sehebat-hebatnya bahawa masalah perkauman di dalam negeri ini adalah suatu masalah yang amat berat dan segala langkah-langkah yang telah kita ambil di masa lampau sudah nyata tidak mencukupi.
Pergeseran antara kaum memang ada, tetapi kita terus menjalankan tugas masing-masing dengan harapan semoga bahang yang terpasang itu tidak akan meletus. Sejak Merdeka, cara kita hidup di negeri ini memang berdasarkan fahaman demokrasi dengan segala kebaikan yang ada padanya, dan juga berdasarkan sejarah yang membawa kepada perasaan rakyat pada hari itu, ia menyatakan apa yang berlaku pada hari yang mengandungi tragedi itu dan peranan Angkatan Tentera dan Polis dalam meredakan rusuhan dan membawa negeri ini kembali kepada suasana yang dapat dikawali secara tegas oleh Kerajaan, dan akhirnya ia menunjukkan jalan kearah mana Negara kita harus bergerak.
Pengajaran yang kita dapat dari kekacauan itu sudah nyata. Negara ini tidak sanggup mengekalkan suatu sistem yang membiarkan sebarang orang bertutur atau bertindak yang mungkin melagakan satu kaum dengan kaum yang lain. Kalau peristiwa 13 Mei ini hendak dielakkan daripada berlaku lagi, kalau Negara ini hendak selamat, mestilah kita pastikan supaya hal-hal yang mungkin menimbulkan ketegangan kaum tidak dipergunakan oleh golongan-golongan oppurtunis yang tidak bertanggungjawab. Kita hanya dapat menjamin hal ini dengan syarat supaya hal-hal ini tidak dapat digunakan oleh penghasut-penghasut perkauman antara kamunis dan sabversif-sabversif yang lain. Oleh itu, perlulah kita menyusun suatu peraturan politik yang realistik dan yang mempertimbangkan sedalam-dalamnya akan segala keadaan masyarakat dan ekonomi rakyat kita dan yang berdasarkan pada suatu asas yang utuh dan bijaksana.
Laporan ini telah dibuat dengan penuh kesedaran bahawa perkara-perkara yang penting tidak boleh lagi “ disapu kebawah tikar” dan bahawa kenyataan-kenyataan 13 Mei mestilah disebarkan dengan luas kepada orang ramai. Dan lagi laporan ini telah ditulis dengan kesedaran bahawa matlamat kita kepada perpaduan kaum mestilah dihadapi dengan warasnya dan jalan-jalan lain yang terbuka dihadapan kita mestilah kita hadapi dengan tabah dan penuh tanggungjawab. Haluan negara kita mestilah kita rencanakan dengan usaha-usaha yang bersatu dari semua golongan rakyat Malaysia yang taat setia, dengan usaha-usaha yang tabah dan penuh kepercayaan.
Adalah menjadi tujuan Kerajaan, selapas pencetakan laporan ini, untuk menjemput semua wakil-wakildari semua golongan di negara ini, wakil-wakil dari golongan politik,agama, ekonomi dan lain-lain untuk memberikan sumbangan dalam satu Badan Perundingan (Consultive Council) dimana perkara-perkara yang melibatkan perpaduan negara kita boleh dibincangkan dengan sepenuhnya dan dengan ikhlas dan tidak secara selindung-menyelindungi. Dengan cara ini adalah diharapkan bahawa kita akan mencapai satu persefahaman diatas soal-soal Kebangsaan yang boleh menjamin keamanan, ketenteraman dan perpaduan negara kita pada masa hadapan dan bahawa tragedi 13 Mei tidak akan berlaku lagi.
Saya harap agar semua warganegara Malaysia akan memberi pemikiran yang mendalam terhadap matlamat ini supaya negara Malaysia akan terus menerus maju di dalam keadaan yang aman dan tenteram.
Tun Haji Abdul Razak Bin Dato’ Hussein,
Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) |
|
|
|
|
|
|
|
13 Mei: Setelah dikecam netizen, Malaysiakini tukar tajuk berita
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada permintaan rasmi ubah status laporan 13 Mei
13 Mei 2019 8:14 PM
Muhyiddin Yassin ketika bercakap pada sidang akhbar selepas menyerahkan surat pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu di Kementerian Dalam Negeri hari ini. Foto oleh Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan belum menerima sebarang permintaan rasmi untuk mengubah status laporan mengenai peristiwa 13 Mei 1969, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian, mengulas kenyataan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang juga seorang penulis, Kua Kia Soong pada Ahad, meminta kerajaan Pakatan Harapan untuk mengubah status laporan peristiwa 13 Mei.
"Mungkin ia hanya pandangan sesetengah pihak. Namun apa yang penting, ia merupakan perkara yang telah berlaku, kita kini melihat kepada keadaan sekarang ini dan juga masa hadapan," kata Muhyiddin di sidang akhbar di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, PH telah berjanji untuk berlaku adil dan menguruskan apa juga isu secara sama rata, mengutamakan kepentingan ramai, tidak diskriminasi, memastikan negara sentiasa aman dan harmoni dan juga menentang sebarang diskriminasi terhadap bangsa dan agama.
Lebih penting lagi katanya, adalah untuk rakyat Malaysia belajar dari sejarah dan memastikan Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang sama di masa hadapan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bila memomokkan 13 Mei?
NORDEN MOHAMED | 15 May 2019
TIBA-tiba beberapa buah media menyajikan kita dengan liputan peristiwa 13 Mei 1969. Maka liputan yang menjadi perbincangan itu pun melarat ke media sosial.
Setakat tinjauan rambang, apa yang dibincangkan tertumpu kepada rentetan peristiwa hingga meletusnya tragedi berdarah yang menjadi hari malang bagi Malaysia.
Seperti mana-mana isu sensitif bermulalah kutuk-mengutuk di antara kaum yang memanaskan kembali keadaan. Mujurlah, meskipun ia panas di gelanggang media sosial, ia masih lagi terkawal kerana kelompok orang Melayu misalnya, mengutuk orang Cina dalam perbincangan sesama mereka.
Begitu juga, kelompok orang Cina juga mengutuk orang Melayu dalam media sosial mereka. Kalau ada pun kutukan yang ‘menyeberang’ kepada kaum lain, ia terjadi pada media yang melaporkan peristiwa itu.
Sebenarnya, untuk apa dihidupkan kembali kisah hitam itu semata-mata kerana 13 Mei 2019 lalu adalah ulang tahun ke 50 peristiwa itu?
Andainya artikel yang dipaparkan oleh sesetengah media itu berupa laporan daripada catatan sejarah, maka ia bagus untuk masyarakat kita mengimbau peristiwa pahit itu sebagai sempadan.
Tetapi apabila ia disampaikan dalam bentuk cerita daripada individu-individu yang terpilih, maka tidak boleh tidak ia punyai unsur-unsur fiksyen yang ditokok tambah untuk menyedapkan pembacaan.
Katabual dalam laporan yang menggunakan gantinama orang pertama itu sendiri telah menghidupkan kembali sesuatu yang telah berlalu itu menjadi sesuatu yang here and now.
Setelah setengah abad, kisah yang dikhabarkan melalui temubual individu itu boleh sahaja merupakan pandangan yang berat sebelah kerana mereka yang menceritakan peristiwa itu daripada kacamata mereka sendiri. Dan, penceritaan ini diangkat menjadi sebuah laporan yang kemudiannya disangkal dan menimbulkan polemik.
Yang pasti, ramai dalam kalangan kita pada hari ini sudah lupa ataupun tidak tahu akan wujudnya laporan kertas putih mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara atau Mageran. Mereka juga tidak pernah membelek buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, catatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.
Rata-ratanya apabila kita meninjau ke media sosial, mereka yang memberi respon kepada topik 13 Mei 1969 ini majoritinya terdiri daripada mereka berusia 50 tahun ke bawah.
Ertinya mereka sendiri tidak merasai peristiwa hitam itu tetapi mengutarakan komen mereka berdasarkan cerita yang mereka dengar dan baca. Dan, untuk apa pula komen-komen panas ini diberi pada sesuatu yang telah terjadi?
Komen-komen mengenai apa yang telah berlaku ini tidak boleh mengubah sejarah.
Sedangkan sejarah itu dipelajari untuk diteladani agar tidak berulang lagi. Jadi, apa yang perlu diperkatakan ialah bagaimana kita menjaga keharmonian kaum supaya kita semua dapat move on.
Tetapi, pihak manakah yang seharusnya lebih menonjol dalam membicarakan tentang peristiwa 13 Mei dan bagaimana mengelaknya daripada terjadi lagi?
Golongan yang patut ke hadapan untuk bercakap mengenai peristiwa ini tentulah ahli-ahli politik kerana tragedi 13 Mei itu tercetus berikutan dengan ketegangan kaum setelah PRU-3.
Malah, sebahagian daripada mereka masih hidup.
Sama ada mereka daripada kalangan UMNO, MCA, MIC, Gerakan, DAP, Pas dan lain-lain parti, mereka tidak boleh berdiam diri dengan melihat warganegara Malaysia khususnya anak-anak muda pada hari ini membicara atau saling kutuk- mengutuk tentang peristiwa 13 Mei berdasarkan persepsi mereka.
Ahli politik seharusnya menonjolkan diri untuk mengajak masyarakat Malaysia merenung kembali kepada kesilapan yang telah berlaku di zaman mereka memimpin dahulu. (Sebahagian mereka juga masih memimpin pada hari ini).
Dan apa yang diketahui ialah mereka sendiri tidak mahu langsung memperkatakan mengenai tragedi berdarah ini seolah-olah ia adalah sebuah taboo.
Jika mereka sendiri berasa segan silu atau berasa risau bila topik 13 Mei ini timbul dan ingin menyapu ia di bawah karpet, 13 Mei ini akan menghantui perhubungan antara kaum.
Walau betapa buruknya 13 Mei itu, pemimpin politik seharusnya bersikap gentleman untuk memperkatakannya di depan rakyat.
Sama ada mereka daripada kalangan pemimpin Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, mereka sepatutnya berani menceritakan ‘mereka yang semalam’ dengan janji bahawa ‘mereka hari ini’ tidak rela ia berulang kembali.
Masih tidak lewat untuk kita semua sama-sama mengingati peristiwa hitam itu secara rasmi dengan mengadakan satu hari untuk kedamaian.
Adakan pelbagai forum, seminar, kempen dan perayaan pada hari itu. Ia dimulakan oleh sekalian ahli-ahli politik yang duduk semeja lalu menyatakan ikrar untuk bersama menjaga tanahair ini bagi masa depan rakyat Malaysia.
Adakan ‘jamuan muhibah’ seperti diadakan di merata pelosok tanah air pada bulan-bulan selepas 13 Mei 1969 dahulu.
Dalam rawatan psikologi, konsep habit replacement ini bertujuan untuk menggantikan ingatan kepada sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang menggembirakan. Hari kedamaian adalah upacara yang gembira menggantikan yang menyedihkan.
Jangan biarkan generasi muda mewarisi luka semalam akibat dendam tujuh keturunan seperti orang dahulu kala.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-memomokkan-13-Mei
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
|
|
|
|
|
|
|
5 Hikmah peristiwa berdarah 13 Mei 1969
sumbesor Jun 30, 2019 Sejarah , umu
Assalamualikum W.B.T.
Terlebih dahulu admin ingin menjelaskan terbitan artikel ringkas ini tiada sebarang unsur hasutan ataupun melibatkan mana-mana pihak apatah lagi pengaruh politik. Ianya merupakan pandangan dan perkongsian secara ilmiah semata mata.
Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) hikmah yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah :
1. RUSUHAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.
2. PENTINGNYA KEHIDUPAN HARMONI
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.
3. MENJADI PANDUAN KEPADA NEGARA
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .
4. LAHIRNYA PERPADUAN NASIONAL
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
5. KEADILAN EKONOMI
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyarakat Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :
(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
(ii) Menyusun semula masyarakat,
Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.
Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.
Rujukan :
1. Buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (Hingga 10 hb. Mei 1999) oleh Internatinal Law Book Services 1999.
2. Nota Rukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.
3. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.
4. Nota Rujukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.
5. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh panjangnya,belum abis baca lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|