|
Aspirasi: Hentikan mengutuk Mawi!
Bersama Ramli MS
Hakikatnya Mawi baru keluar dari AF3. Sekalipun dia pernah dinobatkan sebagai juara AF3, tetapi tahapnya masih seorang pelajar. Kalau nak menyanyi pun, perlu ambil masa yang lama untuk ranum
揂SSALAMUALAIKUM...
Minggu ini saya harap semuanya sihat-sihat belaka. Minggu ini juga saya ingin berbicara sedikit mengenai juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani, Mawi (gambar). Bukan ingin meraih perhatian, cuma saya menerima banyak kiriman e-mel mengenai Mawi yang begitu popular dan tanggapan orang ramai yang nak tahu mengenai perihal dirinya.
Sehinggakan ada program TV yang menyiarkan rancangan mengenai dirinya dan berdebat mengenai Mawi. Ada juga cerita di Internet yang mengutuk Mawi sehingga ke tahap maksimum yang di luar tabiat manusia.
Ada juga kutukan yang terlalu ekstrem.
Bagi saya, hentikan semua ini! Orang yang mengutuk Mawi seharusnya memberinya pe luang. Kita harus melihat, Mawi tidak meminta semua ini.
Dia tidak pernah minta dipuja, disanjung mahupun diberi perhatian.
Mawi dilahirkan dari program realiti TV, AF3 dan mandat yang dia dapat sekarang ini pun daripada anda semua.
Saya masih menyifatkan Mawi sebagai seorang pelajar.
Seseorang yang harus terus belajar dan menimba pengalaman.
Anda tidak boleh menyamakan kemampuan atau keupayaan Mawi dengan penyanyi yang sedia ada yang sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Sebaliknya Mawi baru saja keluar dari AF3. Sekalipun dia pernah dinobatkan sebagai juara AF3, tetapi tahapnya masih seorang pelajar. Kalau nak me nyanyi pun, perlu ambil masa yang lama untuk ranum. Kita boleh meletakkan Mawi di satu-satu tahap selepas beberapa tahun dia menyanyi.
Tapi, apa yang perhatikan sekarang, banyak pihak yang hendak menyamakan keupayaan Mawi dengan penyanyi yang sudah berpuluh tahun menyanyi.
Anda salah! Mawi memang popular, tetapi keupayaan mahupun skil yang dimiliki Mawi masih perlu bimbingan daripada tenaga profesional yang berada di sekelilingnya.
Selepas mendapat bimbingan, Mawi pastinya mencapai matlamat yang sewajarnya. Kalau dilihat penjualan album Mawi sebelum ini, memanglah membanggakan, melebihi penjualan album penyanyi yang sedia ada.
Tapi, anda perlu ingat, Mawi popular. Jadi, apabila popular, orang beli album Mawi kerana orang meminatinya.
Seperkara lagi, Mawi sendiri tidak minta untuk diminati. Dah itu rezekinya. Jadi, apabila anda menggelarkan Mawi dengan pelbagai tanggapan negatif, elok hentikan saja. Satu lumrah bagi manusia.
Buat salah, tak buat lagi salah. Kaya salah, tak kaya lagi salah. Senang salah, susah lagi salah. Popular salah, tak popular lagi salah!
Jadi, berilah Mawi ruang. Kita sepatutnya sedar, mungkin Mawi tidak begitu gembira dengan keadaan ini. Tapi, saya melihat Mawi, sentiasa tersenyum yang faham akan kedudukan dirinya. Orang nak kutuk dia pun, dia tahu dirinya bagaimana.
Mawi seorang yang cool dan sentiasa me rendah diri.
Mengenai cerita-cerita peribadi Mawi yang sejak akhir-akhir ini semakin kerap digembar-gemburkan, itu hak peribadinya. Dia berhak nak berkawan dengan sesiapa saja. Kita tidak ada hak untuk menghalang.
Apa-apapun kita perlu melihat atau cermin diri sendiri sebelum kita mengutuk orang. Adakah kita ini sempurna nak mengutuk orang? Apa yang kita dapat apabila mengutuk orang? Kita tak dapat apa-apa. Tak ada faedah kita mengutuk orang, sebaliknya kita harus memperbetulkan diri sendiri dulu.
Sepatutnya apa yang dikecapi Mawi sekarang ini, kita tumpang gembira, bukan kutuk dia! Mawi juga harus melipat gandakan usahanya atau bekerja lebih keras, lebih-lebih lagi apabila AF4 akan muncul sedikit masa lagi. Mawi harus bekerja lebih keras untuk mengekalkan kedudukannya yang sedia ada.
Sehingga kita berjumpa lagi minggu depan, wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|