|
Sorry ini off topic.Nak tanya kenapa ada orang solat sampai ada tanda lebam di dahi? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi ramai juga di luar sana x solat 5 waktu..di tempat keja lama |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ssbrosi at 5-4-2007 02:00 PM
Sorry ini off topic.Nak tanya kenapa ada orang solat sampai ada tanda lebam di dahi?
Para sahabat dulu ramai yang solat sampai lebam dahi. Diceritakan Allah dalam Al Quran surah Al Fath ayat 29 - Sii Maa hum fi wujuu hihim min atharis Sujuud.
High probablity dia orang ni banyak solat sunat di samping solat wajib 5 waktu. Lihat terjemahan penuh ayat tu di bawah.
[29] Nabi Muhammad (s.a.w)ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap kerasdan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dansebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri(umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud,dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka sertamengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagaiorang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (danibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut didalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkananak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehinggaia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnyadengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allahmenjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnyakembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendakmenjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasaddengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allahtelah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh darimereka, keampunan dan pahala yang besar.
Manusia mungkin tak tahu tapi Allah swt tahu kesan lebam di dahi tu adalah disebabkan sujud waktu sembah Allah atau tenyeh dengan bawang atau apa-apa lagi. Kita manusia yang tak tahu ni janganlah dok menghina orang yang lebam dahinya tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
tanda lebam dahi tu juga bergantung kepada kulit dahi atau tulang dahi tu. sebab tu kengkadang orang yang solat 5 waktu sahaja pun boleh ada tanda. setengah orang yang sujud atas batu tiap hari tak da juga tanda. |
|
|
|
|
|
|
rotibakar2006 This user has been deleted
|
solat jgn tinggal...kalau kita jaga solat dan sentiasa takut pd Allah, Allah akan jaga hidup kita, dan yg penting sekali, rezeki dimurahkan dan hidup dipermudahkan...selalu la berdoa lepas sembahyang sebab doa is the best tool utk mintak perlindungan dari Allah yg maha pengasih dan penyayang...
kalau kita tak ingat dan tak hormat Allah (tak buat suruhanNya), hidup pun tak tenang dan tak tenteram...
agung2kan dan besarkan tanggungjawab bersolat....dahulukan solat walau apa pun yg kita buat dlm tugas harian...insyaAllah hidup tenang |
|
|
|
|
|
|
rotibakar2006 This user has been deleted
|
Originally posted by ninja boy at 5-4-2007 02:08 PM
tapi ramai juga di luar sana x solat 5 waktu..di tempat keja lama
mmg , kat ofis aku pun aku rasa ada yg tak solat sebab aku tk penah nampak mereka2 ni kat surau...not even once...dan orang2 yg suka buat affair terlarang kat ofis (buat affair dgn bini orang, atau dgn laki orang) adalah dari golongan mcm ni...hrp2 diorang ni insaf sebelum terlambat...sedih aku tgk orang yg tak akut dgn Allah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
eh betul ke aku penah dgr, sikap wanita ni bergantung pada sejauh mana orang2nya menjaga solat jemaah. kalo semua org jaga solat jemaah maka wanita2 akan tutup aurat, makin orang xjaga solat jemaah (usahkah solat jemaah, solat sendiri pn xjaga) makinla wanita2 mendedah aurat. sal tu ari jumaat ramai pakai baju kurung sal semayang fardu jumaat ditunaikan secara berjemaah.
sapa bole konfemkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Beza antara orang kafir dan mukmin adalah
SOLAT
Amalan pertama yang disoal di akhirat ialah
SOLAT |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang yahudi telah bertanya kepada Saidina Ali r.a
'Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan bersembahyang dan lain-lain amalan Islam?'
Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya
'Andai kata, syurga dan neraka itu tidak ada, maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa, tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka, InsyAllah saya berjaya dan kamu akan celaka.' |
|
|
|
|
|
|
|
Solat yang di lakukan perlu di sertai dgn kusyuk & tawaduk. Berserah seluruh jiwa & raga kepada Allah. Aku masih gagal melakukan solat dengan kusyuk. Masih byk kelemahan diri ini. Cth: Sedang solat, telinga masih terdengar suara2 sekeliling bersembang. Urusan duniawi menghantui pemikiran dikala melakukan solat kerana syaitan masih menggangu hingga kita terleka. Perkara ini yang masih aku perbaiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shabb75 at 6-4-2007 04:55 PM
Solat yang di lakukan perlu di sertai dgn kusyuk & tawaduk. Berserah seluruh jiwa & raga kepada Allah. Aku masih gagal melakukan solat dengan kusyuk. Masih byk kelemahan diri ini. Cth: Se ...
samalah kita shabb
tak malu nak mengaku betapa sukarnya utk kusyuk 100% dalam solat. Biar pun hari2 solat, bukan setakat 5 waktu malahan kekadang 6 dan 7 waktu sehari(sunat), tapi tak 100% kyusuk dapat dikekalkan sehingga habis solat :malu: ada saja gangguan |
|
|
|
|
|
|
|
xnafikan...kekadang tertingal gak.:nyorok:
tapi sebolehnyer cuba nak cukupkan tiap waktu....
yang paling kesal...keje gomen. kawan2 keje majoriti melayu - ISLAM tapi biler mintak tolong ganti sebab aku nak pi solat jap....ada jek alasan. tensionnyer...!!! last2 aku tinggalkan jek position aku tuh.....dan pi solat kejap. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg solat kerana terbiasa..ada yg solat kerana masuk waktu.. ada yang solat kerana disuruh.. ada yang solat kerana takut neraka..ada yang solat kerana nak syurga... yang mana satu lillahi taala? dlm 5 waktu solat sehari confem niat kita lain2. betul ke solat tu kerana Tuhan? eh sabar dulu..dgr sy explain...
kalau nak cakap sembahyang..ape yang dipersembahkan pada Tuhan? hati? keikhlasan?..kalau kita cakap solat kita kerana Allah, apa hak kita nak cakap solat tu milik kita; yang nak dipersembahkan pada Tuhan?
true secara syariat solat suatu yang wajib..diperintahkan ke atas kita.. cuma sy bercakap secara (pandangan) hakikatnya; iaitu dari azan hinggalah solat dan seterusnya doa, semuanya sebenarnya adalah KURNIAAN Allah kerana bukankah sememangnya kesemua tu milik-NYA? tu pasai kalau keluar tabligh depa suruh kita bersyukur kerana kita sebenarnya dipilih oleh Allah untuk keluar di jalan-Nya, suatu kurniaan bukannnya suatu yg dtg dari (pemilikan) kita.
oleh itu marilah kita byk2 bersyukur, kalau hati kita tergerak nak solat, dan kemudian melakukan solat, kita sebenarnya dikurniakan solat oleh Tuhan! kita terpilih! Alhamdulillah! bape byk kat luar dgr azan wat derk? bape byk yang Tuhan tak jemu2 nak kurniakan solat (azan, azan kahfi, lintasan kat hati, etc) tapi tetap mereka malas? astaga...
dats why bila azan, time "haiya alassolah", marilah bersembahyang, kita jawab "la haulawala...", tiada kekuatan melainkan dari Allah swt. bukannya kita jawab "hambamu datang nak semayang". sememangnya jika diizinkanNya
kalau saya salah, ini adalah kerana kesilapan, kejahilan dan turutan nafsu saya kpd syaitan shj. Allah dan Rasul saw bebas daripd nye. tolong tegur sy kalau ada yg sudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni dpt emel drp kwn, i juz forwardkn yek utk dikongsi bsama
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan
wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI
KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA
HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah
secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..." |
|
|
|
|
|
|
|
Solat bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Sebab itu selepas solat tak perlu zikir bising-bising beramai-ramai macam ugama Hindu atau Buddha lakukan.
Solat ialah hubungan individu dengan Tuhan dan tak perlu orang lain ambil tahu.
Jangan menunjuk-nunjuk sebab itu antara bidaah yang sesat. Ugama Islam tidak mengajar seperti itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 BikerLady's post
zikir dlm nada yg tinggi digalakkanla..
berzikir dan memuji tuhan dengan kuat tu digalakkan
tapi bukanlah dgn niat hendak menunjuk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembahyang Tidak Mengubah Perangai
Ketika engkau bersembahyang atau menyembah Allah
Fizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apa
Anggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apa
Juga anggota lahir engkau sujud, perlu diingat ia tidak mengerti apa-apa
Bahkan walaupun lidah engkau membaca tapi dia tidak faham apa-apa
Oleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-sama
Engkau belum bercakap apa-apa dengan Tuhan
Jika jiwa engkau tidak rukuk sama
Engkau belum rasa bertuhan
Bila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud sama
Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?
Kalau engkau tidak bercakap apa-apa di dalam menyembah Allah
Jika engkau tidak rasa bertuhan
Kerana hati dan jiwa engkau tidak ikut berdiri rukuk dan sujud
Engkau diwaktu itu tidak merasa kehambaan
Jadi kalau ketika menyembah Allah
berbisik-bisik dan bercakap-cakap dengan Tuhan pun tidak
rasa bertuhan pun tidak ada diwaktu itu
Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyang
Tidak rasa memohon dan meminta
Tidak terasa merendah diri dan menghina diri di hadapan Tuhan
Engkau belum bersembahyang
Engkau tidak bersembahyang diwaktu itu
Engkau hanya bersenam dan beriadah untuk Allah
Patutlah perangai engkau tidak berubah
Engkau bukan menyembah Allah
Tapi riadah
._,_.___
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk" [Al-Bayyinah,98: 7]
. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah mewajibkan solat kepada Rasulullah semasa israk mikraj. patutlah solat itu dikerjakan sebagaimana kita berasa dimikraj. tp... kita selalu lalai & kadang2 lupa rakaat ke berapa sudah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|