CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bads

Pedihnya Sakratul Maut

[Copy link]
Post time 15-10-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #17 kroit92's post

hahahaha...
betullah...habis saya sebab nama tu mulai dah stick dalam otak..sot nampaknya saya kena format balik maklumat otak ni... tu la mengada-gada sangat pi tuka sekejap nama malaikat tu.....sekarang mulai melekat tanpa sedar...kes ni mungkin berlaku bila saya dalam keadaan tak seimbangan dan menganggap yang palsu sebagai yang benar.... ni leceh jadi manusia yang memiliki imaginasi tahap melampau nih!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2007 12:07 PM | Show all posts

Reply #18 kroit92's post

menarik... namun tiada yang berkaitan dengan malaikat pengjaga tetapi keadaan ini amat mirip dengan dalam hadis anda dalam post terakhir namun terdapat juga tempoh masa mereka tidak berada dengan manusia..maka tugas mereka hanya sebagai pendamping dalam suatu tempoh dan melaporkan tugasan mereka... mungkin ada kaitannya.

terima kasih atas usaha anda... amat dihargai.

saya sebenarnya amat tertarik dengan malaikat penjaga kerana entah bagaimana nyawa saya setakat ini amat liat..maksud saya adalah saya sering berdepan dengan beberapa keadaan yang sepatutnya saya dah ucapkan bai bai bai pada dunia.

tapi masih lagi disni buat hal didunia. syukur tak terhingga pada Allah(masih ada kewajipan masih belum dilaksanakan dengan sempurna). apabila berbincang dengan sahabat saya dia pun menceritakan keadaan sama kehidupannya(cuma cerita berbeza tapi konsep sama..kami berdua percaya ada sesuatu melindungi kami)... kami state bahawa ini adalah malaikat penjaga punya kerja atas perintah Allah..menarknya dia adalah beragama kristian.

dia bertanya nama malaikat tersebut pada saya... dan saya tak dapat menjelaskan padanya kerana... daripada 10 nama malaikat diketahui tiada satupun bertugas sebagai penjaga.... memandangkan hubungan saya dengan malaikat penjaga saya agak rapat dari segi tertentu maka saya ingin lebih mengenalinya. ini kerana dia telah menjalankan tugas dengan baik sekali terhadap saya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #22 GasTrick's post

yg sy tau malaikat hafzah(?)@hafizah(?)..xsure yg mn..
but lebeyh kuat hafzah..malaikat yg jage manusia
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 12:36 PM | Show all posts

Reply #22 GasTrick's post

yg sy tau malaikat hafzah(?)@hafizah(?)..xsure yg mn..
but lebeyh kuat hafzah..malaikat yg jage manusia
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 12:40 PM | Show all posts

Reply #22 GasTrick's post

yg dikatekan kebesaran malaikat nih..jarak ant ke-2 matenye..same dgn jarak ufuk timur ke ufuk barat..
saye penah dgr..tp xtau sejauh mn kesahihan die..kalo slh harap maap yek..
jgn kondem sy
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 09:01 PM | Show all posts

Reply #21 GasTrick's post

lorh..semua manusia tidak sempurna, dan manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. ..takpe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2007 09:06 PM | Show all posts

Reply #22 GasTrick's post

cam best jek pengalaman ko..  citer la sket.. boleh jadi pengajaran untuk kami semua..

mungkin belum tiba masa gas untuk mengadap ilahi, kawan kroit ada citer gak camni...lebih kurang:

Abang kepada kawan kroit, tahun ni form 5, beberapa bulan lepas, dia mengalami kemalangan dan koma..tak ingat plak berapa lama..dalam hari2 camtu lar.. adik dia kata, (kawan kroit lar) dia terkejut melihat abang dia selepas balik dari hospital menunaikan solat..walhal sebelum ni punya la liat nak solat.. bila bertanya, abang dia cakap.. semasa kemalangan tu, mungkin dia dah mati, tapi dia diselamatkan oleh seorang lelaki berjubah putih....the end

gas pon sama ke??
tentang malaikat tu, kena tanya pada yang lebih pandai bab2 agama ni lar..


p/s: panggil jek adik kroit ke apa ke..coz, im still teenage..kikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 10:26 PM | Show all posts

Reply #16 GasTrick's post

gas, ko islam ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2007 03:36 PM | Show all posts

Reply #27 kroit92's post

pengalaman.... hmm... paling best ialah jatuh pokok la sebab hampir 1/15 hidup saya diatas pokok(masa). pasal jatuh pokok ianya bukan lah perkara luarbiasa cuma ada satu hari tu memang membuatkan saya berfikir panjang...

pokok kelapa tu bukannya tinggi sangat tapi boleh tahan la, anyway macam biasa selepas buah kelapa dijatuhkan saya pun start la turun... pokok tu tepi longkang, nak dijadikan perkara best, tangan saya boleh terlepas dari pohon... so jatuh lah... macam cempedak.saat jatuh tu macam-macam perkara mengarut saya fikirkan (entah apasal rasa macam lambat betul nak sampai kebumi cam ringan je badan)cuma bila saya dan terbaring atas tanah tu barulah saya sedar kiri kanan atas bawah saya ada buah kelapa yang saya dah dropkan dan satu pun tak kena badan saya. kepala saya pula nyaris kena konkrit longkang... ajaibnya lagi saya bangun sapu debu je..tak de sakit kat mana-mana. yang paling tinggi poko naik ialah pokok asam gelugur... rasanya lebih kurang 5 atau 6 tingklat bangunan gitulah... jatuh gak dari lebih kurang tingkat 4 cam tu... boleh tahan gak kali ni sakit tapi boleh panjat lagi... nasib baik mak tak tgk masa tu.

satu lagi kerja yang boleh diklasifikasikan bodoh oleh saya, iaitu membuat terowong, entah macamana saya terfikir "boleh tak saya buat terowong?"..so saya pun buat lah... kecik je dekat kawasan tanah berpasir. entahlah... bila dah siap tu saya cheack da pueh hati so saya buat lah eksperimen... nampaknya ukuran badan saya kecil sedikit dari diameter terowong, malang lagi saya tersangkut. panik?? ada juga tapi kejap je... saya takut mak tahu dan marah...so saya bertenang. malangnya pasir mulai jatuh skit-skit lagipun struktur tanah disitu bukannya kuat sangat... dah cuba jerit tapi bawah tanah manalah dengar sangat pastu pasir asyik nak masuk mulut je... betapa menyesalnya diri ini masa tu...mulailah terbayang mati... tapi tiba-tiba je badan boleh lolos walaupun sebelum tu dah puas geliat cam cacing...saya pun berdiri atas trowong ciptaan saya tu dan ianya runtuh.. yang tu sakit sikit.

saya pernah kena denggi, masuk wad hospital putrajaya... saya akui hospital tu high class and servisnya baguih dannn.. beza vip room ngan wad pesakit biasa cuma makan je...kami tak ada buah epal ...diorang ada.. kami ada tembikai je. selepas 3 hari demam dan akhirnya saya ketawa sorang2 didapur sambil terbaring...kawan saya yang jumpa saya dalam keadaan tu bawa saya ke HUKM, blood test pertama di hukm platelet ader 75/300-400 normal manusia mesti ader lebih kurang 300-400 platelet...so diorang suruh balik sebab kalau bawah 50 baru boleh masuk wad... esoknya kami pergi pusat kesihatan universiti Putra didapati 45/ 300-400. diistiharkan masuk wad.... 6 hari sahaja nasib baik ader insuran, dapat gak duit poket masuk wad..wad tu free je. dalam tempoh didalam wad saya macam biasalah cuma sengsara sakit denggi hanya mereka yang pernah kena sahaja tahu... dalam wad mereka sentiasa memantau perkembangan darah saya dengan mengambil sampel 3 kali sehari.. rasenya empat. biasanya saya dijaga oleh dokter pelatih dan kadang kala saya tgk dokter betul datang memantau studentnya.... satu hari dokter cina.. yang betul tu dengan muke gelabah datang pada hari ketiga dan buat pemeriksaan personal.... dia tanya ada kurang sihat? ada darah keluar? ada pening-pening? hakikatnya saya tak pernah sihat sesihat ini... katanya platelet saya dah kurang sampai 12 pletelet/300-400. katanya saya sudah mengalami denggi berdarah kerana cell darah yang kekurangan platelet akan pecah.... saya tunjuk pada dokter tu tangan saya..tak de pun!!.. selepas tu saya diletakkan dalam kes berjaga-jaga jika darah saya pecah.. dan mereka kata darah saya ni jenis o positif dan mereka terpaksa cari darah yang sama..maklumla  hospital ni kadang-kadang terpaksa import darah maka ambil mase skit kalau saya kena denggi berdarah tiba2. so hari ke 6 saya dibenarkan keluar... saya tak pasti berapa rendah platelet saya jatuh namun dokter tak mahu kasi tahu sebab takut saya bimbang...cuma paling rendah saya tahu ialah 12 platelet. tapi laporan blood test pertama masih saya simpan.

..... ader dua tiga lagi yang boleh dikatakan best jugak... cam terjatuh dalam lubuk ikan, terus terang saya tak pandai berenang..clup...! member boleh tengok je saya tengelam terus macam ader benda sedut...nasib baiklah skill tahan nafas bagus tapi lepas tu saya main lagi kat situ sebab orang kate berantu..makan orang tempat tu. macamana boleh lepas saya pun tak pasti... sedar-sedar member kata dia tarik saya keluar.

k laaa.. cukup la takat tu.... entah macamana saya cukup kuat percaya wujudnya malaikat penjaga selepas merenung kejadian-kejadian tertentu dalam hidup ni. tentu comel rupenya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 04:01 PM | Show all posts

.......hehehehheehe

Reply #16 GasTrick's post

gas, ko islam ke tak?

ni yang best ni....

cuba teka!!

nak klu tak?
klu 1 : saya memiliki Al quran tafsiran(2 buah), Holly Bible( 5 buah), Buku Fizik ( 34 buah), buku darah (1 buah), buku komik (354 buah).
klu 2 : hari Ahad pagi kul 8.30 saya kuar umah pi pekan...hehehehehe kull 11.00 pagi baru balik umah, hari jumaat kuar umah kul 6.00 pagi balik kul 4.00. oh ya..hari sabtu... saya lepak rumah..tak kuar mane -mane kecuali kalu pegi bandar.
klu 3 : kawan saya sorang ni yang panggil saya Mayrice, kawan saya yang lain kadang2 juga panggil saya Long Ai Yeh,  tapi saya lebih dikenali sebagai pemelihara

maafkan saya, dua tiga menjak ni saya terpaksa melayan minda saya yang semacam ni. jangan marah yeeee

[ Last edited by  GasTrick at 17-10-2007 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 15-10-2007 09:06 PM
p/s: panggil jek adik kroit ke apa ke..coz, im still teenage..kikiki..


no hal.... adik kroit.... tapi teenage...hmmm... 92...hmm..1992...hmmmm mak aih 15 tahun ke?

aperpun adik kroit.... age is no hal lah, pasal tanya orang lebih pandai tu ader.... takkan takder... dah tanya, diorang cakap....minta maaf kami tak dapat nak membantu.... cuma blum tanya yang higher pandai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 11:13 PM | Show all posts

Reply #31 GasTrick's post

bingo!! im still young.. hehehe..

kena tanya ustaz/ustazah ler soklan2 camni, takpun hafiz.. mereka pandai bab2 agama dan dikuatkan lagi dengan hadis2 dan sunah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 11:14 PM | Show all posts

Reply #29 GasTrick's post

whoa..   kalo kira2, nyawa ko tinggal brape?? kucing ada sembilan nyawa..ngko ader??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 11:16 PM | Show all posts

Reply #30 GasTrick's post

aku nak teka! aku nak teka! gas beragama Kristian kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 01:02 PM | Show all posts
datuk saya telah kembali kerahmatullah malam raya baru nii ...selepas berbuka puasa...
dalam usia 84 tahun ...
rasa tenang sebab datuk menghembuskan nafas terakhir dengan aman dan mudah ...

AL FATIHAH
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 03:38 PM | Show all posts

Reply #34 kroit92's post

Bingoooo...!!!  anda salah meneka

Disebabkan adik kroit92 sudah berusaha menekanya maka biarlah saya beritahu.. saya beragama Islam,

pasal Al quran dan Bible
kenapa bible saya lebih banyak dari Al quran.. sebab Holly Bible banyak versi daa.. tu pun belum cukup koleksi... kalau al quran tu banyak versi logik la kalau saya ader banyak...

Al quran satu terjemaahan biasa dan al quran kedua terjemahan satu persatu perkataan (tapi tak cukup set lagi)


pasal hari Jumaat dan hari Ahad
hari Ahad saya kuar sebab nak gi pasar... seeloknya waktu orang kristian pegi gereja sebab saya boleh memilih bahan makanan dengan lebih selesa... kalau tak sesak la pasar Tamu nanti.. lewat karang sayur-sayuran layu dan ikan-ikan segar habis... bukan senang nak cari ikan segar sini.... bila orang kristian habis semayang...maka saya habisla membeli... huih ikan kerapu yang segar murah je kat sini.... hari jumaat saya keluar awal pagi sebab saya pegi keje .... malas la nak balik umah lagi pun kat tempat keje saya ader baju spare tak pun pakai je baju keje sebab bukanya kotor pun(keje cuma berdiri dan duduk dan tekan komputer pastu membebel... hari jumaat pakai la baju melayu kat tempat keje... direct terus gi masjid.. pastu.. terus pegi pekan... pegi ajar budak cina tuisyen. so petang la baru balik...

Pasal nama
mayrice tu nama tak sengaja diberi... masa saya nak perkenalkan diri saya sebutlah nama saya tapi entah mengapa diorang dengar "Mayrice"... tension... sejak dari tu diorang panggil saya macam tu.. tapi ni geng member kristian saya... kalau dalam internet forum kristian kadang kala saya guna gak nama ni sebagai nickname... dahsyat!! bukan sahaja mereka..geng muslim pun ingat saya kristian..tapi diam-diam dulu...

Long Ai Yeh adalah nama panggilan saya dirumah, sejak dari kecil saya dipanggil begitu oleh keluarga saya... tapi nama ni macam badi kepada saya kerana tak kire dimana sahaja saya berada ... saya akan dipanggil juga nama ini... di sarawak saya ingatkan nama tu tak lagi disebut tetapi... masih juga ader yang meneruskan lagesinya..... oh ya... walaupun saya bukan 100% Melayu tapi saya bukannya berbangsa Cina.

Nama saya adalah Pemelihara.... Pemelihara(Takwa) Yang Terpuji.... saya buat puzzle disini supaya ader terfikir akannya. adik Kroit92.... aktifkan brain cell anda!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 04:10 PM | Show all posts

Reply #34 kroit92's post

lupee nak kasi tau kenapa saya ader Bible..

saya sedang memahirkan diri dalam dua kategori utama dalam jurusan saya iaitu

1) Pemurnian Agama Islam
2) Pembandingan Agama Kristian dan Agama Islam

kategori kedua memerlukan saya mahir mengunakan Bible. pembelajaran agama kristian adalah galakkan dari tok-tok guru saya dimana mereka telah meninstallkan pengetahuan dan pemahaman keagamaan pada diri saya. lagipun kecenderungan minat saya turut menyukai dalam kajian agama kristian... menarik tau

walaupun ramai antara mereka bimbang jika saya masuk kristian nanti... saya dah tetapkan dan katakan "Jika Islam adalah kebenaran dalah hakikat agama maka Islamlah saya dan jika kristian kebenarannya dalam hakikat agama maka kristianlah saya" malangnya kata-kata ini membuatkan mereka lagi bimbang... ader maksud tersirat dalam kata-kata itu...kroit92 dapatkan adik memahaminya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 17-10-2007 11:14 PM
whoa..   kalo kira2, nyawa ko tinggal brape?? kucing ada sembilan nyawa..ngko ader??


Entah.... saya rasa ader satu je... cuma liat sikit la...belum tiba masenya lagi kot. ironinya saya pernah minta doa dengan Allah supaya ambil sahaja nyawa saya ketika saya kecil... tapi masih tidak ditunaikan permintaan itu sehingga saya masa kecil tidak takut langsung mati... itu sebab banyak eksperimen bodoh saya buat masa kecil

hmm..salah satu eksperimen bodoh.. meniti atas sebatang kayu kecil (belajar meringankan tubuh) dengan harapan batang kayu kecik(ambil dua batang jari dan rapatkan..lebih kurang cam tu je saiz dia)  tu tak patah bila menyeberang keseberang parit....pergi boleh tapi time balik semula patah...dan paku kena perut...sekarang ader parut lagi. tapi jarang pula eksperimen bodoh saya jadi merbahaya... eksperimen kuasa menyalakan lampu elektrik tepi jalan(berjaya), eksperimen kuasa mengawal mimpi(berjaya) , eksperimen terbang (gagal teruk),Eksperimen tumbuh-tumbuhan..cam Kemahiran hidup, mase kecil saya ader klinik tumbuhan(berjaya), Eksperimen buat minyak kelapa(berjaya), Eksperimen kucing (berjaya), eksperimen hantu -psikologi(berjaya...ader tak), eksperimen robotik (gagal), eksperimen melihat masa depan(gagal), ekperimen hidup 7 hari tanpa nasi..(berjaya), ekperimen had tidak tidur(berjaya..3 hari sahaja had limit saya)

lagipun saya pun banyak lagi perkara belum belajar...ader 10001 jenis makanan lagi belum saya rasa dengan lidah ini. banyak lagi percubaan menarik belum saya siapakan... lagipun ader satu projek khas saya belum terlaksana lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 04:45 PM | Show all posts

Reply #35 D'Salvia's post

Al Fatihah..

semoga rohnya dicucuri rahmat...
takziah buat D'Salvia's sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 06:47 PM | Show all posts

Reply #36 GasTrick's post

owh..sowie2..  lorh, brain cell? stok dah abes ar, guna semua masa exam PMR aritu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067716 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list