CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Renault : Megane Coupe Cabriolet

[Copy link]
Post time 14-4-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #17 volvomania's post

macam ngeri je fc dia kalau dalam town
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 08:01 PM | Show all posts

Reply #21 al-asil's post

kalau dalam bandar, isi RM50 boleh dapat 170km jer...
tapi kalau long distance Rm50 boleh dapat 330km senang2..

servis aku hantar kat workshop biasa je...(workshop yg menten volvo aku) jauh lebih murah. Tan Chong servis macam lahanat..dah la mahal, tak pro pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 11:05 AM | Show all posts

Reply #22 volvomania's post

volvomania dok kawasan mana
bengkel keta2 conti mesti bleh servis kangoo ni kan
asil rasa pun servis nissan tak bagus
sebab tengok bengkel dia kat balakong nih nampak buruk je
memang tak confident kalu nak hantar keta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 04:01 PM | Show all posts
Fabulous Five - Kebangkitan Renault

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Tampil dengan lima model CBU terbaru, Renault kini bersedia untuk memenuhi ekspektasi yang anda taruhkan pada sebuah jentera Renault.






BIARPUN keletihan memandu uji lima buah kereta sekali gus dalam masa sehari suntuk, pengalaman itu rasanya tetap berbaloi. Apatah lagi model yang ditawarkan oleh pihak TC Euro Cars (TCEC) itu sememangnya ditunggu-tunggu sejak ia diperkenalkan kepada media pada pertengahan tahun 2008.

Menjadi pemegang tunggal francais jenama Renault dari Perancis, TCEC yang merupakan syarikat milik penuh Tan Chong Motors Holdings mula bertapak di pasaran tempatan pada tahun 2003.

Mahu membina rasa percaya pengguna terhadap jenamanya, TCEC memulakan kempennya menerusi model komersiol atau MPV bersaiz sederhana iaitu Renault Kangoo.

Kesungguhan itu dapat dilihat apabila Renault Kangoo kemudiannya dihasilkan dalam bentuk CKD pada tahun 2005. Sehingga kini, sebanyak 4,000 unit Kangoo telah berjaya dijual. Angka itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Renault sudah mempunyai asas pengikut yang semakin besar.







Mahu memeriahkan kembali ruang pamerannya dengan model-model baru yang lebih mengujakan, TCEC membawa masuk lima model yang sukar untuk dipandang sepi begitu sahaja.

Menyifatkan semua model baru itu sebagai Fabulous Five, ia terdiri daripada model Clio Hatchback, Megane Coupe Cabriolet, Grand Espace (MPV) dan dua model untuk mereka yang inginkan merasai sendiri prestasi sebenar jentera Perancis - apa lagi kalau bukan Clio RS 197 serta Mégane Renaultsport 230 Renault F1 Team R26 atau Megane R26.

Kesemua model ini nyata mengangkat nilai jenama Renault iaitu prestasi, gaya, individualiti dan keselamatan ke tahap tertinggi.
Perjalanan sejauh lebih 500 kilometer dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highland itu dimulakan dengan model Clio Hatchback berwarna putih yang cukup menawan.







Bagi peminat model hatchback, Clio menawarkan ciri yang turut dimiliki oleh kenderaan bersaiz dan berkapasiti enjin lebih besar. Merangkul anugerah European Car of The Year pada tahun 2006, Clio dikuasakan dengan enjin bersesaran 1.6 liter yang dipadankan bersama transmisi automatik empat kelajuan.

Dengan reka bentuk luaran yang sporty dan moden, memandu Clio 1.6 di jalan sesak di Petaling Jaya sebelum memasuki lebuh raya mampu menyerlahkan karakter jentera ini.

Clio masih boleh dianggap sebagai sebuah hatchback yang tidak membosankan. Kuasa enjinnya tidak mengecewakan, walaupun sesekali pertukaran gear berlaku agak lambat bagi membolehkan hatchback ini mendapat momentum pecutan.

Ruang dalamannya pula memaparkan layout papan pemuka yang kemas dan ringkas. Dimonopoli oleh rona hitam pada setiap inci kemasannya, Clio terasa mewah dalam kesederhanaannya.



GRAND ESPACE

Memasuki jalan lama menuju ke Cameron Highland, penulis bertukar kepada model yang memang layak untuk menguji selekoh yang berselirat di sana. Memang direka untuk mereka yang gilakan prestasi, Clio RS memenuhi setiap ekspektasi yang diharapkan padanya.
Enjin dua liternya yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 197hp terasa cukup bertenaga. Lebih menarik lagi, enjin ini dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan yang cukup mudah dikendalikan.
Dengan tujahan tork maksimum 215Nm, memotong kenderaan dan mendaki laluan berbukit terasa begitu mudah biarpun berada pada kedudukan gear empat atau lima.
Cuma, kadang-kadang jentera ini terasa mengalami sedikit oversteer terutamanya ketika mengambil selekoh tajam dalam kelajuan tinggi daripada biasa.
Jika Clio RS sudah memuaskan hati, keseronokan memandu bertambah apabila kaki mula memijak pedal minyak Megane R26. Untuk makluman, Megane F1 Team R26 dibangunkan oleh pihak Renault bagi meraikan kejayaan mereka dalam Kejohanan Dunia F1 bagi kategori pengeluar pada tahun 2005 dan 2006.

CLIO 1.6

Merupakan versi terbaru bagi model Mégane Renault Sport, Megane R26 nyata diberi suntikan elemen kereta sport sebenar. Pengendalian model ini nyata amat mengujakan, apatah lagi misi kali ini ialah menyusuri laluan mendaki Simpang Pulai yang sarat dengan selekoh-selekoh tajam.

Ciri pengendalian cemerlang ini banyak disumbangkan oleh penggunaan kerangka Cup yang hadir bersama rekaan 'lokasi' tempat duduk selain aspek limited slip differential yang ada padanya.

Nadi R26 terletak pada unit enjin 16 injap turbocharged yang berupaya menyediakan kuasa setinggi 230bhp. Kuasa tujahan dan respon enjinnya dapat dirasa hampir serta merta apabila jarum rpm mendaki dari angka 2,000 hingga 6,000 rpm.

Segala kuasa itu dieksploitasi sebaik mungkin menerusi kotak transmisi manual enam kelajuan (NDO). Menerusi sistem ekzos yang telah diubahsuai, bunyi enjin dapat didengar dengan agak ketara dari dalam kabin, membuatkan pedal minyak semakin galak ditekan.

Apalah gunanya prestasi tanpa kuasa membrek yang sewajarnya. Justeru, R26 ini dilengkapi dengan barisan sistem brek terbaik termasuklah ABS, EBD serta ESP (Electronic Stability Programme).

Biarpun dengan prestasi yang boleh membuatkan pemandu lupa untuk memandu perlahan, model ini tidak mengabaikan aspek penjimatan minyak. Bagi gabungan perjalanan di bandar dan lebuh raya, 100 kilometer hanya memerlukan sekitar 8.5 liter petrol.

Setelah menikmati hidangan menu Inggeris, lengkap dengan teh dan scones, perjalanan pulang ke Kuala Lumpur diiring dengan keselesaan yang ditawarkan oleh MPV Grand Espace.

Bila bercakap tentang MPV bersaiz penuh, masalah biasa yang sering diutarakan ialah kekurangan kuasa. Tetapi, masalah itu langsung tidak timbul ketika memegang stereng Grand Espace.



RANGKAIAN model CBU daripada TCEC mensasarkan
jualan sebanyak 250 unit (kombinasi semua model)
menjelang akhir tahun depan.



Terima kasih pada enjin empat silinder 16 injap dengan ciri Twin Scroll turbo yang memberikan tork sehingga 270Nm secara konsisten ketika jarum rpm berlegar sekitar 2,000 rpm. Hasilnya, dengan padanan transmisi automatik lima kelajuan, Grand space terasa seperti sebuah sedan dan bukannya seakan memandu sebuah bas mini.

Pertukaran terakhir untuk hari itu ialah model Renault paling bergaya, Megane Coupe Cabriolet. Sebabnya, Megane CC ini mengaplikasikan bumbung kaca automatik pertama di dunia yang boleh dibuka dan ditutup dalam tempoh 22 saat sahaja.

Namun, angan-angan untuk menghirup udara segar dan menunjuk-nunjuk kepada pengguna jalan raya yang lain terpaksa dilupakan kerana pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.

Apa yang pasti, kelima-lima model terbaru Renault ini membawa gelombang baru kepada rangkaian model CBU daripada TCEC yang mensasarkan jualan sebanyak 250 unit (kombinasi semua model) menjelang akhir tahun depan.






kalu ler aku dapat grand espace tu   waduh waduh waduh.... mau pengsan aku...   megane lak jimat petrol... tapi... pokoknyer... mampu ke nih..   
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by volvomania at 14-4-2008 08:01 PM
kalau dalam bandar, isi RM50 boleh dapat 170km jer...
tapi kalau long distance Rm50 boleh dapat 330km senang2..

servis aku hantar kat workshop biasa je...(workshop yg menten volvo aku) jauh l ...


kau tak pegi service kat renault specialist??
kat puchong dan USJ hada...
kalau utk major service keta savvy haku...haku pegi kat RS auto puchong... dia specialist renault car...time haku pegi hari tu pun keta savvy dan renault je yg dtg bengkel dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 05:59 PM | Show all posts
Clio R27 can kick ass of Golf GTi..   anytime...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2008 06:55 PM | Show all posts
aku mampu tengok jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 05:51 AM | Show all posts
mahal gak Espace yg aku guna kt France skarang ni.....
nasib baik kete sewa, org bayar....boleh le lenjan sepuas-puasnye......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2008 09:56 PM | Show all posts
nasib baik kete tu mahal... kalau tak aku dah beli dah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 04:28 PM | Show all posts


nih pun desat juga.......henjen renault....tak caya try lerr bawak...laju wooo... rega pun murah.... tapi selalu rosak...hekhek

[ Last edited by  pintubesi at 27-10-2008 04:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by pintubesi at 27-10-2008 04:28 PM
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/02/Proton_Savvy_%28first_generation%29_%28front%29%2C_Serdang.jpg/250px-Proton_Savvy_%28first_generation%29_%28front%29%2C_Serdang.jpg

nih ...


ye ke selalu rosak??
dah 3 tahun haku guna... hokay jerk
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 05:55 PM | Show all posts
haku mmg minat keta conti...
tapi apakan daya tak cukup duit nak beli keta conti
kena melacur high dulu baru cukup katanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:47 PM | Show all posts
haku pakai tahun 2005.....at/mt.......mcm2x dah tukar....segala jenis sensor....lambda,speed, dll.......masa baru beli dah rosak coil....yang terbaru gear punya pump.....tengah pening cari duik.......maybe nasib tak baik kot......keta no 4... tada ong
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 27-10-2008 05:55 PM
haku mmg minat keta conti...
tapi apakan daya tak cukup duit nak beli keta conti
kena melacur high dulu baru cukup katanya


larat lg ke nyah......?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by <i>pintubesi</i> at 27-10-2008 06:47 PM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=26694015&ptid=344768" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
haku pakai tahun 2005.....at/mt.......mcm2x dah tukar....segala jenis sensor....lambda,speed, dll.......masa baru beli dah rosak coil....yang terbaru gear punya pump.....tengah pening cari duik.. ...
<br />
lokasi kau kat mana? Kalau klang valley coba Pegi Renault speacialist sc. Yg aku tahu ada satu kat puchong dan satu kat Usj
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 27-10-2008 08:42 PM

lokasi kau kat mana? Kalau klang valley coba Pegi Renault speacialist sc. Yg aku tahu ada satu kat puchong dan satu kat Usj


murah sikit ka atau dia bikin lagi baik pada PEdar? aku area wangsa maju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by pintubesi at 30-10-2008 12:59 AM


murah sikit ka atau dia bikin lagi baik pada PEdar? aku area wangsa maju...


tak tahu la lagi murah or not at least dia arif ttg engine renault neh...
aku pernah pegi sekali jer tukar coil yg rosak kat RS auto puchong..
mmg bengkel dia keta renault dan savvy jer dtg
yg modify engine sensor/TDC sensor pun kau boleh wat sana...
rasanya dia charge RM20 hengget jer kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 30-10-2008 10:56 AM


tak tahu la lagi murah or not at least dia arif ttg engine renault neh...
aku pernah pegi sekali jer tukar coil yg rosak kat RS auto puchong..
mmg bengkel dia keta renault dan savvy jer dtg ...


waa murah tu..TQ TQ.. nanti haku cari..... selalu pi PESC prob berulang.......enjin ok tada problem... masalah banyak dekat elektronik punya barang....pernah sekali tu... sensor brake pun kena tukar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 06:33 AM | Show all posts
Ikonik Renault


Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Megane CC boleh bertukar menjadi sebuah coupe atau cabriolet bergantung kepada cuaca dan mood anda.






MEGANE bukanlah nama asing bagi peminat jenama Renault di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Menjadi model ikonik Renault dalam segmen sedan kecil dan sederhana, sememangnya kehadiran Megane sentiasa dinanti.

Kali ini, Megane hadir dalam bentuk cukup bergaya yang dibawa masuk secara eksklusif oleh pihak TC Euro Cars (TCEC), anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd.

Tarikan utama jentera yang diberi nama Renault Megane Coupe Cabriolet ini pastinya pada ciri bumbung kacanya yang boleh dibuka dan ditutup dalam tempoh 22 saat sahaja.



BUMBUNG kaca Megane CC boleh ditutup dan dibuka
dalam masa 22 saat sahaja.



Dibangunkan oleh Karmann (sama seperti model Nissan Micra C+C), anda hanya perlu menekan butang yang ada pada perehat tangan sehingga terdengar bunyi beep.

Tetapi, jangan lupa untuk melakukan aksi ala transformers itu ketika kereta tersebut berhenti sepenuhnya. Keistimewaan itu juga membolehkan Megane CC bertukar menjadi sama ada sebuah coupe atau cabriolet bergantung kepada cuaca dan mood anda.

Saya sukakan kunci Megane CC yang didatangkan dalam bentuk sekeping kad slot berwarna hitam. Ia kelihatan cukup eksklusif. Kad ini perlu dimasukkan ke dalam slotnya sebelum menekan butang Start/Stop untuk menghidupkan enjinnya.


RUANG kokpit ini disalut dengan material kulit berwarna merah dan hitam.



Dengan sekali tekan, enjin bersesaran dua liter sudah bersedia untuk beraksi. Bagi mereka yang ingin jentera itu meluncur seperti roket sebaik sahaja pedalnya ditekan, anda mungkin akan berasa sedikit kecewa.

Sebabnya, jika berada pada titik pegun, Megane CC terasa kurang responsif. Memerlukan sedikit masa untuk mencapai momentumnya, keterujaan sebenar boleh anda peroleh ketika jentera itu sudah meluncur laju di atas jalan raya.



ANDA pasti menjadi tumpuan apabila memandu
Megane CC dengan bumbungnya terbuka.



Enjin petrol multi-valve VVT 135 itu dipadankan bersama transmisi automatik empat kelajuan. Pendikit elektronik injap pemasaan boleh ubah pada kereta itu memastikan penggunaan bahan api yang menjimatkan.

Berbeza dengan kereta-kereta Jepun yang pernah dipandu sebelum ini, anda perlu menunggu sedikit masa sebelum gearnya ditukar. Jadi, apa yang seronoknya ialah anda boleh mendengar bunyi deruman enjin masuk ke dalam kabin ketika memecut dan melihat jarum rpm merangkak hingga ke takat 5,000 rpm.

Kotak gear Proactive juga membolehkan pemandu mengawal sepenuhnya kedudukan gear mengikut corak pemanduan masing-masing. Bezanya, tiada pedal klac untuk ditekan.


BUTANG untuk menghidupkan dan mematikan enjin.


TRANSMISI automatik empat kelajuan tidak menghampakan.




Kurangkan sedikit rasa bimbang sekiranya anda berada dalam zon kelajuan yang tidak pernah diteroka sebelum ini.

Sistem brek yang dilengkapi dengan sistem ABS, EBD (Electronic Brake Distribution) dan BA (Brake Assist) ini nyata berupaya menghentikan Megane CC dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Apatah lagi kedudukan gear akan diturunkan secara automatik. Pastinya, ia mampu memperlahankan jentera itu dengan lebih efisien, di samping tahap kestabilan yang tidak perlu diragui.

Sistem suspensi pada jentera tersebut juga disesuaikan sebaiknya untuk pemanduan di kota dan lebuh raya. Mengambil selekoh dan terpaksa melalui jalan yang buruk kondisinya, memandu Megane CC masih boleh membuatkan anda tersenyum.

Karakter sporty Megane CC cuba diserlahkan menerusi ruang kabin yang direka dengan padanan warna hitam dan merah. Material kulit berkualiti tinggi berwarna merah menyaluti tempat duduk, panel sisi perehat serta bahagian atas dan bawah stereng.
Lakaran papan pemukanya juga cukup ringkas. Konsol tengahnya dihuni oleh unit audio dengan pemain cakera padat tunggal dan pendingin hawa yang dikawal dengan butang digital.

Di bahagian atas corong pendingin hawa terletak paparan digital yang memaparkan maklumat seperti frekuensi radio dan jam. Brek tangannya pula mengadaptasi gaya brek yang ada dalam pesawat terbang.

Pengilap cermin hadapan dan lampu utamanya dikawal secara automatik. Apabila mengesan hujan dan cuaca semakin gelap, ia akan berfungsi sendiri tanpa perlu anda menekan sebarang butang.

Walaupun tempat duduknya tidak boleh dikawal secara elektrik, ciri ergonomik kedudukan pemandu tidak diabaikan. Anda boleh menaik dan menurunkan sedikit tempat duduk seselesa mungkin.

Tempat duduk belakang terutama bahagian kaki, bagaimanapun, agak sempit biarpun untuk mereka yang bertubuh sederhana. Tetapi, tempat sandar yang lebar masih boleh membuatkan penumpang berasa selesa sepanjang perjalanan.

Ruang dalaman Megane CC agak luas, terima kasih kepada bumbung kaca yang membenarkan cahaya menembusinya. Menjadi model pertama di dunia yang mengetengahkan bumbung sebegini pada sebuah coupe, jentera itu kelihatan begitu mewah dan bergaya.

Menjadi sebuah coupe tidak semestinya anda terpaksa mengorbankan ruang bagasi untuk gaya. Ini kerana Megane CC menawarkan kapasiti kargo yang tidak jauh bezanya seperti sebuah model saloon.



REKAAN bahagian belakang yang ringkas dan bergaya.

Jentera yang ditawarkan pada harga RM229,931 (tidak termasuk insurans) seunit didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu biru, perak, hitam dan quartz. Anda juga boleh memilih warna ruang dalamannya sama ada kulit berwarna merah, kelabu atau coklat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 02:27 PM | Show all posts
aku sapot renault + proton dgn membeli savvy ....
nak beli ori x mampu lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.161167 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list