CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lebaimandraguna

Dugaan/Kurniaan Tuhan???

[Copy link]
Post time 10-10-2008 05:39 PM | Show all posts

Reply #3 ruby_princess's post

Hmm ruby,...izinkan saya mencelah sikit...

Bab orang yg ketiga tu (yg kerja kat arab tu)...pendapat saya die tu menduga awak...test the water orang kate....
Orang lelaki ni kadang2 suke test nak tengok awak ni orang yg mcmana..
sebelum buat isteri...sebab tu dia booking hotel satu bilik dan lihat awak berani tak datang ikut die....kenapa die tiba2 boleh kate ade meeting mlm tu jugak sedang 'vacation' tu mmg dlm planning die?.. Then after that event die suddenly tak balas sms awak...

Dalam pemikiran saya, u dah fail his 'test'....he has disqualified u through that method... in my humble opinion.

[ Last edited by  kahmadz at 10-10-2008 05:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 01:10 PM | Show all posts

Balas #21 kahmadz\ catat

ya, saya rasa juga begitu...sebab sekarang, susah nak cari perempuan atau lelaki yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 06:26 PM | Show all posts
ya, saya hairan kamu kata kamu banyak bermunajat tapi boleh pulak ikut laki sampai bercumbu.....

bercumbu walaupun tak sampai melakukan perakara terhina itu tapi cumbu itu pun sudah sangat2 terhina bagi org yg tidak halal.....

org yg kata bercumbu itu okay bukanlah org yg taat....

di dunia ni,kadang2, apa yg kita dapat adalah akibat tingkah laku kita sendiri.....kadang2 tidak jugak....

tapi di akhirat adalah pasti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 07:19 PM | Show all posts

Balas #23 ussopp\ catat

ussop...

ini adalah pemikiran yang salah...solat bukan menghalang kita membuat kesilapan, tapi solat membuat kita rasa takut dan ingat kesilapan yang kita buat tu salah dan menyebabkan Allah murka. So, dalam kes dia ni, saya rasa dia tahu apa yang dia buat tu salah, tapi cuma dia sedikit ke sasar...maklumlah..mana ada manusia yang imannya konsisten setiap masa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 09:20 AM | Show all posts

Balas #24 eastrun\ catat

membuat kita takut tu, itulah cara solat meghalang kita tuu....

tapi betui la, takda org yg imannya konsisten....semua akan mengahadapi susah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 10:05 AM | Show all posts
easturn.. anda betull....
saya solat tak tinggal..
solat hajat satu kemestian dulu sekarang.. dan InsyaAllah di masa akan datang..
cuma saya sedikit tersasar..
bila hati dah sayang sangat...
saya takut jika saya tak ikut dia tak akan sayang saya lagi..
dan saya ingat dia akan booking dua bilik...



Originally posted by eastrun at 11-10-2008 07:19 PM
ussop...

ini adalah pemikiran yang salah...solat bukan menghalang kita membuat kesilapan, tapi solat membuat kita rasa takut dan ingat kesilapan yang kita buat tu salah dan menyebabkan Allah m ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2008 10:17 AM | Show all posts
jam 12.58 tengahari sabtu...
saya sudah mendapat jawapannya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by ruby_princess at 9-10-2008 11:28 AM
threah ni macam kena dengan apa yang ruby hadapi sekarang..

macam ini..

saya baru lepas berpisah dengan suami..
kerana tidak persefahaman..
lagi pun kami kahwin bukan atas dasar cinta..
...


malam 10 Oktober 2008..
saya bangun solat malam..
solat sunat khusus saya buat, istiqarah saya buat..
minta Tuhan tunjukkan apakah sebenarnya yang berlaku..
kenapakah tiada satu berita pun yang saya terima..
adakah dia sakit..
adakah dia dah mati..
atau adakah dia sudah mengenali orang lain..
saya bermunajat bersungguh2 kepada Allah Taala..
sehingga semasa sujud, saya rasakan diri saya berpusing2..
penyerahan yang total kepada Allah Taala...

hari sabtu, 11 Oktober 2008, jam 12.58 tengahari..
ruby terima sms dari dia..
'm** dah kembali semula bersama isteri dan anak..
salah silap m** minta maaf'
semudah itu jawapannya..
anehnya saya tidak menangis ketika itu..
cuma tangan sahaja mengigil..
dan kaki saya menjadi sejuk..
sampailah saya sampai di rumah...
dan selepas solat Zohor itulah..
saya menangis semahu2nya...

Cukuplah Allah bagi, yang memberikan ketenangan bagiku
seperti yang dikurniakan kepada Rasul2Mu Ya Allah...

semalam saya tidak boleh tidur..
jika tidur sekejap datang mimpi sudah dua malam..
yang aneh.. satu saya tidak dapat menyeberang sungai kerana perahu bocor..
dua.. saya berjaya mengharungi sebuah sungai yang arusnya kuat..
dan berjaya sampai ke tebing..

tiada apa lagi yang boleh ruby katakan..
selain Ya Allah..beratnya dugaanmu terhadapku..
aku teraniaya Ya Allah...
engkau berilah balasan yang setimpal kepadanya
sebagaimana yang aku rasakan sekarang..
sedang kami sama2 berbuat dosa..
dan aku sahaja yang menderita..
sedangkan dia sedang beriang ria dengan anak isterinya..
manakala saya menghitung hari..
bilakah ajal saya akan sampai..
sebab saya tidak sanggup hidup lagi...

tengahari ini ulangtahun seminggu
dia datang ambil saya untuk ke Terengganu..
dan bayangkan betapa siksanya..
melalui waktu ini...
tangkai jantung bagai dicabut keluar
dari urat2nya...

Ya Allah Tolonglah hambaMu ini...
Tolonglah hambaMu ini Ya Allah...
ringankanlah beban jiwaku ini...
Jika hidup ini memudaratkan aku..
cabutlah nyawaku ini Ya Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 02:47 PM | Show all posts

Balas #28 ruby_princess\ catat

Wah..tengok tu..Tuhan dah jawab doa awak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2008 09:02 AM | Show all posts
maaf beberapa hari tak masuk... sedikit sibuk...

berbalik kpd senario yg saya ketengahkan... sudah semacam lumrah, yg baik, kurniaan dunia yg diperolehnya, agak kurang, yg kurang... kurniaan dunia yg diperolehnya agak baik... kita boleh terima, inilah rezeki kita... tapi kan, kita ni manusia, yg ada nafsu... tak kiralah ustaz ka kastad ka... bila kita buat baik, kita berharapkan yg baik... bila kita tak dpt macam yg kita harapkan... tak banyak sikit ada rasa kecewa... biarpun kita dpt terima, ni sudah ketentuan tuhan kpd kita bg menyejukkan hati...
namun, ada gak tertanya2... bukankah tuhan itu tidak pernah menyalahi janjiNya... mengapa pula jadi begini??? boleh tulung perjelaskan?

[ Last edited by  lebaimandraguna at 13-10-2008 09:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 09:57 AM | Show all posts
Saya selalu percaya kepada Allah, bahawa Allah sengaja je sakitkan hati saya, supaya nanti saya akan lebih mengadu kepada Dia...nanti Dia akan jawab, biasanya Dia akan jawab dengan secara halus, dan tup..tup..tetiba kita perasan, itulah yang pernah kita doakan sebelum ini. Tapi, memang kadang2 saya terfikir, Allah ini, asyik nak uji, uji dan uji...saya selalu berdoa, ditakdirkan apa yang diimpikan tidak dapat, maka berikanlah saya sesuatu yang jauh lebih baik...saya yakin, solat hajat, solat2 yang lainnya, yang menjadi sarana untuk mencapai hajat, pasti tidak akan disia-siakan Allah, akan dijawabNya juga...InsyaALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #28 ruby_princess's post

Ruby, nampaknya benar seperti yang dijangka.. sememangnya dia menduga anda...dan anda perlu mengakui hakikat anda telah gagal dalam ujiannya.

Pendapat saya, jangan salahkan dia kerana dia menguji anda sebegitu dan kemudian me'reject' anda... seharusnya anda menganggap ini sebagai salah satu ujian dari Allah Taala dalam meningkatkan taraf anda disisiNya.

Tidak baik mendoakan kecelakaan orang lain sungguh pun orang itu telah berbuat jahat kepada anda. Maafkanlah dia kerana sesungguhnya memberi maaf itu adalah lebih dekat kepada TAQWA. Sekiranya anda tidak mampu memaafkannya sekurang2nya berhentilahlah dari mendoakan balasan buruk ke atas dia.

Sebaliknya anda harus rasa 'bersyukur' kerana diberi ujian oleh Allah Taala kerana sebenarnya Allah hendak menaikkan taraf anda disisiNya. Mungkin kenyataan ini amat sukar untuk saudari terima skrg tetapi percayalah di kemudian hari anda akan rasa bersyukur kerana爐erpilih untuk menjalani ujian Allah Taala.

Ingatlah sesungguhNya Allah akan menguji orang2 yang beriman itu. Dalam Al-quran Allah menempelak orang yg mengaku牋diri mereka牋beriman sedangkan mereka belum diuji. Anggaplah semua ini ujian Allah燿an katakanlah kepada diri anda "Ujian Allah keatas diriku ini adalah ringan (sedikit) jika dibandingkan dengan ujian Allah keatas para Nabi, RasulNya, para爏ahabat dan orang2 beriman yang爐erdahulu燿ari aku. Sekiranya mereka boleh melepasi ujian yang lebih牋hebat maka seharusnya aku juga boleh melepasi ujian yang ringan ini dengan izinNya, insyaAllah". Ingatlah sesungguhnya ujian yang Allah telah timpakan ke atas para Nabi, para Rasul dan orang2 yg beriman yang terdahulu dari kita itu adalah lebih hebat lagi.

Cuba berdoa begini " Ya Allah, sesungguhnya dugaanMu keatasku amat berat untuk aku tanggung, oleh itu bantulah aku, berilah aku kekuatan (iman) dan berilah semangat untuk menghadapinya, berilah aku juga ilmu yang berguna, semoga aku akan tergolong燿alam golongan orang2 yang soleh yang Engkau redhai. Amin"

Wallahua'lam.

[ Last edited by  kahmadz at 13-10-2008 12:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 01:00 PM | Show all posts

Balas #32 kahmadz\ catat

kalau aku, aku doakan je keburukan orang tu..siapa suruh buat aku suffer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 02:37 PM | Show all posts
- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkandengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orangyang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),nyata apa yang diketahui Allah tentang orang- orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentangorang-orang yang berdusta.

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 03:03 PM | Show all posts
Cerita Ruby betul2 buat saya insaf.
dalam keadaan skrg ini saya juga mnerima sms
dr seseorg yg x saya kenali dan dia juga x mengenali saya
tapi dia tahu nama saya , asal dari negeri mana
dia juga kata senegeri dgn saya
katanya dia dpt no saya dr kwn saya
tapi dirahsiakan org yg mberinya
saya pun layan jelah dia ni
tapi timbul keraguaan
krn dia byk berahsia dgn saya
tmasuklah pkerjaannya
dia hanya mgatakan kerja biasa2 saja
saya dah buat istiharah malam tadi
hari ini saya nekad x mahu mlayannya lagi
saya bsyukur sbb belum penah bjumpa dia lagi...
sekadar ber sms shj...
sblm ini saya dihimpit ptanyaan dr kaum keluarga dan kwn2 ttg jodoh
mbuatkan hati saya sedih
myebabkan saya selalu bdoa bzikir agar dikurniakan jodoh
sbb tu saya mnyangka dia hadir krn berkat doa saya
tapt skrg saya sedar Allah hanya nk mduga
Saya mrasa bdosa pada Allah krn leka dgn dugaan itu
Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 03:08 PM | Show all posts

Balas #32 kahmadz\ catat

anda silap besar..macam mana anda tahu yang dia telah gagal dalam ujian Allah?. Bagi saya dia gagal, apabila dia telah buat kesilapan, dia sudah tidak mahu menyembah Allah, tidak lagi mahu bersolat malam dan sebagainya...Itulah kegagalan yang nyata.

Tapi, dia tidak menyembah selain Allah, sekalipun diuji begitu, namun dia masih sembah Allah. Jadi, mana gagalnya.

Anda janganlah nak menipu forummer dengan mengatakan bahawa anda tidak pernah sekelumit pun merasa terseksa saat diuji Allah. Setinggi mana pun darjat orang itu, pasti dia akan terasa seksanya apabila diuji...saya tidak hanya bermaksud pada terseksa fizikal..tetapi terseksa dalam mempertahankan iman...saat begitu tersepit, pertolongan itu tidak tiba-tiba...maka saat itu nak kawal diri daripada berfikir : "Adakah Allah telah menipu?" Adakah Allah tidak wujud? dan sebagainya...

Jadi anda tidak punya hak langsung nak mengatakan Tuan Rumah telah gagal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 03:20 PM | Show all posts
saya bharap ruby bsabar
jika berdosa kita minta ampun dan btaubat pada Allah
hanya Allah yg boleh mgampunkan dosa kita
bila kita buat dosa Allah balas didunia ini
lebih baik drpd Allah balas diakhirat
cuba awk bayangkan
klu awk still couple dgn dia
pasti btimpal2lah dosa yg kalian akan buat
bsyukurlah
sekali jer kita buat dosa Allah terus balas
ini mnunjukkan Allah sayang pada kita
mnyelamatkan kita dari bgelumang dosa
kadang jeles dgn org lain
x solat, x penah bdoa
tapi dikurniakan kbahgiaan
ciri2 begini tlalu byk di sekeliling kita
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 04:00 PM | Show all posts
saya yang selalu berbuat baik kepada orang pun..
selalu terkena..
saya tak suka sakitkan hati orang..
tidak boleh berkata tidak..
terlalu percayakan orang..

dugaan@kurniaan? lepas satu-satu..
tak sampai lima bulan datang
lagi satu masalah baru..
masuk lima bulan,
masuk masalah baru pula...
hingga kadang2 saya terasa tidak adil..
kenapalah dugaan ini terlalu hebat
dan kena pada saya sahaja..


Originally posted by lebaimandraguna at 13-10-2008 09:02 AM
maaf beberapa hari tak masuk... sedikit sibuk...

berbalik kpd senario yg saya ketengahkan... sudah semacam lumrah, yg baik, kurniaan dunia yg diperolehnya, agak kurang, yg kurang... kurniaan d ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 04:09 PM | Show all posts
malam tadi saya sudah boleh tidur..
dalam hati terasa redha saja apa yang Allah bagi..
tapi terus saya solat sunat taubat, tahajjud,
solat sunat hajat, hajat khusus..
berdoa, sujud kepadaNya..

tapi pagi ini..
tubuh amat lemah tak berdaya sama sekali..
ada majlis hari raya kat rumah kawan rapat pun..
badan macam kain buruk..
tak dapat layan orang..

semua berputar2 dalam
kepala, kenangan indah? (boleh ke kata begitu?)
bersama dia...

tapi saya sertai dengan Istighfar..
mudah2an ingatan itu cepat2 beredar..

forumer sekelian..
saya manusia biasa..
tidak boleh lari dari fikiran sendiri..
dimana ada saya..disitu lah ada fikiran pada dia..

Allah tidak lekang dari fikiran saya..
mohon tenangkan hati saya, tingkatkan kesabaran saya..

tapi satu yang saya tak minta..
supaya jangan hilangkan ingatan pada dia...

Ya Allah..sesunggunnya beratnya dugaan/kurniaanMu
untuk ku hari ini...
mungkin cara terbaik..saya kena pergi jumpa dengan psikitarist
untuk dapat rawatan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by syazmin_husna at 13-10-2008 03:20 PM
saya bharap ruby bsabar
jika berdosa kita minta ampun dan btaubat pada Allah
hanya Allah yg boleh mgampunkan dosa kita
bila kita buat dosa Allah balas didunia ini
lebih baik drpd Allah balas  ...


kata syazmin juga benar..
kerana setiap kali saya berjumpa..
pegang2 tangan sudah kemestian..
dan cium2 pipi sudah menjadi ulam..
kalau saya halang dia dari buat begitu..
saya takut dia tak sayang saya lagi..
sedangkan dalam hati..
saya tak maupun dia buat begitu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.100730 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list