|
Koleksi:Petua,Tips,Panduan,Rahsia dan Teknik
[Copy link]
|
|
banyaknya petuaa....bagus...bole wat rujukan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit persoalan tentang gula.
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17.. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. 18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38.. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56.. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64.. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67.. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
- Glukosa
- Fruktosa (gula ringkas…byk dalam buah-buahan)
- Laktosa
- Maltosa
- Sukrosa
- Sirap Glukosa
- Sirap maple
- Molases
- Sirap hitam
- Sirap kencana
- Dektrosa
- Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman kita?
- Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
- Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
- Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
- Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
- Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
- Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
- Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
- Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
- Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
- Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
- Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah! |
|
|
|
|
|
|
|
Panduan Meniti Usia
1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.
2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.
Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.
3) Orang tua
Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.
Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.
Sabda Nabi SAW, bermaksud ;
“Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebahagian putih2.”
Apabila seseorang itu sampai umur 50tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghidari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.
Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.
Apabila telah mencapai umur 70tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.
Apabila telah mencapai umur 80tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.
Apabila telah sampai umur 90tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;
- Mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia.
- Menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini
- Juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka.”
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.
Tips dari Saidina Ali kw;
*** “Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN” ***
Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.
Doa pada umur 40tahun : (Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15)
Bermaksud ;
” Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)” |
|
|
|
|
|
|
|
Petua Mengatasi Bau Ketiak
Bayangkanlah kalau korang naik bas ker ‘train’ dan terduduk kat bawah ketiak orang. Dan lagi satu kalau korang ada pasangan yang bermasalah sama….. sure potong stim korang jer kan?
So, kat bawah ni saya nak cakap macam mana korang nak buat/guna deodorant yang bukan saja paling murah tapi paling berkesan di dunia.
Deodorant yang melambak dijual kat kedai tu….. mengarut….. silap-silap haribulan ketiak korang pun bleh lebam dan hitam macam bontot kuali dapur kayu. Sebab dah hitam tu….. makanya ada orang tak cukur bulu ketiak….. takut nampak hitam bile dah cukur…..
Kalau cara semulajadi yang saya ajar ini tak menjadi, korang boleh maki kat saya….. no pobelemo.
Baik begini cara ;
- Korang kena pergi kedai beli limau nipis (kalau limau purut pun wokey). Yang dah ada pokok kat belakang rumah tu….. lagi bagus 100% jimat.
- Korang potong dua limau nipis tu guna pisau….. bukan guna gigi.
- Korang bawak masuk bilik mandi dan bukalah baju. Yang nak bogel tu….. terpulang.
- Tenyehlar limau tu kat ketiak korang sampai limau tu jadi nipis. Yang tak biasa mungkin rasa tak selesa dan pedih….. tapi kena tahan jer lar sikit.
- Bahagian yang kena tenyeh tu akan jadi merah-merah dan korang biarkanlah beberapa minit. Paling senang korang gosok gigi lar.
- Lepas tu korang mandi macam biasa….. dan yang nak pakai sabun shokubutsu tu pakai jer la.
- Lepas mandi keringkanlah badan korang macam biasa.
- Korang pergi depan cermin dan luruskan dua-dua tangan ke atas, lepas tu ciumlah ketiak korang. Sure baunya menyelerakan ops menyegarkan.
- Amalkan seminggu 2 kali wokey, dan bagi yang memang species berbau tu kenalah tiap-tiap hari hingga hilang bau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.
Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.
Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pork.
Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pork).
Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;
- 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
- 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
- 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan
Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.
Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pork ;
- 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
- 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor matsalleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.
Ini Daun Semambu
Daun Semambu Sebagai Alas Tempat Tidur
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk merancang anak perempuan, ikutilah garis panduan berikut;- 1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
- 2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman “Kesuburan dan Kemandulan”
- 3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
- 4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum ‘ovulation’. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks - ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat ‘orgasm’ (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu. |
|
|
|
|
|
|
|
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
- 1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).
- 2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
- 3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
- 4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
- 5. Jangan adakan seks 3~4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi - ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).
|
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia CEMBURU Wanita
Ramai lelaki tidak faham kenapa wanita selalu cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.
Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.
Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.
Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.
Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.
Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.
Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?
Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:
- 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.
Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.
- 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.
- 3. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.
- 4. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.
Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.
Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.
Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 Joe_Shaper's post
cemburu tanda sayang...tak sayang takde cemburu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 Joe_Shaper's post
macam mana nak tahu dia tu cemburu ke tak sebab ada orang cemburu tapi dia diam2 je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Suggestion buat Abg Mat ngan sis Dut, leh splitkan posting yang bukan petua atau tips supaya thread ni boleh jadi rujukan supaya x berselang seli dengan conversation nampak teratur thread Brudder Joe ni...
juz my 2 cents ah |
|
|
|
|
|
|
|
10 Tips Berdamai Pertelingkahan Suami/Isteri
Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.
Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan
merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula.
Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.
Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa.
Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin menyelesaikan sebarang masalah.
Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu.
Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam
hubungan perkahwinan.
- 5. Berhentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.
“Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan)
“Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)
“Ini salah awak juga.” (tuduhan)
“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh.” (tuduhan)
“Abang tak guna langsung.” (celaan)
“Awak tak senonoh!” (celaan)
“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.”(celaan)
“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.
- 6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu.
Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya.
Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”.
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu
memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai?
Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.
Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.
- 9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.
Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan.
Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnyakonflik.
a) “Awak tak bertanggungjawab.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan.” (/)
b) “Awak degil.” (x)
“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/)
c) “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan.” (x)
- 10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.
Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.
Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.
a) “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan menengking saya.” (/)
b) “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)
“Tak payahlah awak belajar main golf.” (/)
c) “Jangan pemalas.” (x)
“Jangan selalu tidur siang.” (/)
d) “Layan saya dengan betul.” (x)
“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/)
e) “Jangan syirik.” (x)
“Jangan bomohkan saya.” (/)
Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
25 Tanda-tanda Sakit
Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
- 1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
- Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
- Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
- Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
- Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
- 2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
- Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Bersin ;
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
- Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
- Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
- Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
- 5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
- 6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
- Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
- Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
- Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
- 7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
- Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
- Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
- 10.KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
- 11. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
- 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
- Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
- Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
- 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
- Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
- 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
- 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.
- Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
- 21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
- 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
- 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
- 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
- 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Tips Menggembirakan Hati Yg Dukalara
Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara Yg Melemahkan Ingatan
Berikut ini disenaraikan perkara-perkara yang membuat ingatan kita menjadi lemah dan menumpulkan minda. Maklumat ini saya dapat hasil daripada pembacaan artikel2 tentang kesihatan.
Saranan-saranan yang boleh diamalkan ;
- Kurangkan makan bawang besar
- Kurangkan makan berempah
- Kurangkan makan ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan
- Kurangkan membaca majalah hiburan
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
- Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(coke,sprite dan lain2)
- Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
- Jangan makan kepala ikan
- Jangan minum air yang ada semut
- Jangan tidur selepas subuh
- Jangan tidur selepas asar
- Jangan tidur selepas makan
- Jangan makan terlalu kenyang
- Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam
- Jangan makan yang masam-masam berlebihan
- Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan
- Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Sebaliknya…praktikkan selalu amalan seperti dibawah ini ;
- Selalu makan buah manisan seperti kurma, madu, coklat dan lain2
- Selalu makan makanan yang panas2
- Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
- Selalu minum air masak
- Selalu makan ulam-ulaman
- Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau
- Selalu bersenam
- Selalu menggunakan imaginasi otak
- Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
- Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya baca semua ni.........part cemburu and merajuk 2 erk!~ hehehe.......ptt diambil kira |
|
|
|
|
|
|
|
Tips Menghindari Perut Boroi
Dulunya sebelum saya berkahwin, badan saya macho dan tegap. Perut saya pun masa tu langsung tak buncit dan tak boroi. Saya sering memandang sinis kepada mereka yang berperut boroi. Kalau terjumpa orang yang berperut boroi, pasti saya akan berkata dalam hati, “Ni mesti tak jaga makan dan malas bersenam.”
Dulunya, saya amat yakin bahawa, walaupun lepas berkahwin, perut saya tak akan naik. Perut saya tak akan boroi. Saya sungguh yakin dan percaya pada diri sendiri.
Namun, selepas genap setahun berkahwin, segalanya berubah. Rupa2nya, saya tersilap. Saya gagal membuktikan keyakinan saya. Walaupun masih belum sampai ke tahap BOROI, tapi perut saya sudah menjadi sedikit membuncit sekarang!! Bukan mudah rupanya nak jaga perut agar tidak boroi. huhu
Sejak itu, saya menjadi cukup sensitif dan sangat ‘concern’ tentang bab penjagaan perut ini. Saya banyak membaca dan bertanya kepada orang2 tua mengenai tips dan petua bagaimana untuk mengempiskan perut (bagi mereka yang dah boroi). Dan bagaimana untuk mengekalkan perut agar sentiasa tegap dan mantap (bagi mereka yang belum boroi).
Setelah bertanya dan mengkaji, saya dapati bahawa, rupa2nya tabiat mandi juga sebenarnya mempengaruhi kebuncitan perut. Apabila ditanya kepada mereka yang berperut boroi, ramai di antara mereka rupa2nya suka MAKAN DULU, KEMUDIAN BARU MANDI. Yaaa…percaya atau tidak, tabiat makan dulu kemudian mandi ini sebenarnya boleh menyebabkan perut mudah menjadi boroi! Jadi, nasihat saya kepada mereka yang mahu menjaga perut agar tak boroi, jangan makan dulu, kemudian baru nak mandi. Tetapi sebaliknya, MANDILAH DULU, KEMUDIAN BARU MAKAN!!
Lagi satu tips, yang mana kebanyakan daripada kita semua memang sudah sedia maklum ialah, JANGAN MINUM AIR SEMASA MAKAN. Ramai ‘boroi men’ yang saya jumpa, apabila ditanya, “Adakah anda minum air masa makan?”, ramai yang menjawab, “YA!”. Bermakna, tabiat meminum air masa makan, memang menggalakkan perut anda menjadi boroi.
Mengikut pakar kesihatan, jangan terus minum air selepas makan. Kalau nak minum, seelok2nya, minumlah setidak2nya setengah jam selepas makan.
Itulah 2 tips tentang bagaimana untuk menghindarkan perut agar tidak buncit & tidak boroi.
- Tips 1- JANGAN MAKAN DULU, KEMUDIAN MANDI.
- Tips 2- JANGAN MINUM AIR SEMASA MAKAN.
Selamat Beramal.
p/s: khas utk abe mat jer niiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Tips Memelihara Cinta
Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti 10 tips dibawah ini untuk memelihara cinta sejati.
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|