CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Penjaga, Pendamping, Pengikut(anak murid), Khadam, Qarin etc

[Copy link]
Post time 16-5-2009 07:37 PM | Show all posts
bila sebut wali....tu kaitan ngan apa ek? dpt ilmu / ayat yg di ajar dari wali.....kononnya bertapa....level tinggi...di dah kira mcm mana ek? pernah dgr la perkara ni di ceritakan....

kalau org tu berubat...dia gunakan ayat al-quran...tapi..dia macam menyanyi meminta pertolongan dari Allah....cara nyanyian..mcm org lama2....tu kira mentera ke? sbb...bacaan kira mcm dia berdoa minta pertolongan dari Allah...takde guna apa2 pun...melainkan air saja..dan ayat quran.ada kala berubat suruh potong limau then mandi dgn limau yg di potong dgn air yg didoakan dan ayat quran... selalula pesan supaya kita selalu ngaji..jgn tingal solat...dan sebagainya...kalau tu dikira mcm mana ek?  

minta penjelasan...zacko_inc...tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2009 10:56 PM | Show all posts

Reply #20 zacko_inc's post

betul, saya pernah mendengar atau sekali lalu membaca mengenai ini. Diorang percaya dengan menyeru nama nabi, atau berdoa dengan nama nabi, akan menjadikan mereka kelihatan seperti,macam nak jadi kacak macam Nabi Yusuf, diorang akan doa dengan Nabi Yusuf dan sebagainya. Kalau doa nak jadi kacak macam Nabi Yusuf, atau paling kurang nak kelihatan menarik, tidak mengapa, asalkan bukan meminta pada Nabi Yusuf. Tapi, bila minta dari Nabi Yusuf tu yang menjadi masalah negara tu

Pasal saka pula, ia mesti dimulakan dengan perjanjian, dan kita mesti bela dia. Kalau tak nak bela, ia akan mendatangkan mudarat kepada kita atau ahli keluarga kita. Bila nak mati, kita kena bagi kat orang bawahan kita, atau keturunan kita. Kalau tak mereka akan menyeksa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 11:01 PM | Show all posts

Reply #21 linamys's post

Wali tu kekasih Allah. Tak semestinya kena bertapa bagai baru jadi kekasih Allah. Kekadang orang yang nampak hina di mata masyarakat, dia tulah kekasih Allah. Kekadang nak nampak mulia bagai, dialah sebenarnya musuh Allah.Kekadang awak kekasih Allah, tapi awak x sedar sebab siapa awak dan orang lain nak kata yang awak tu kekasih Allah, betul tak?. Memang wali ada banyak kelebihan. Bertapa tu tak lain dan tak bukan untuk menguji kekuatan hati kerana yang pernah saya baca dalam buku Pesona, sepanjang pertapaan tidak boleh makan dan minum, melainkan makan nasi putih. Ini dinamakan puasa muteh.

Saya rasa, rawatan yang awak sebutkan tu xda masalah. Cuma kalau boleh telitikan bacaannya. Mana tahu dia ada selitkan mantera di antara bacaan tersebut. Tapi penggunaan limau dan air adalah sebagai medium sahaja.

[ Last edited by  eastrun at 16-5-2009 23:03 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:20 AM | Show all posts

Balas #16 zacko_inc\ catat

mlm tu anak saya gementar ketakutan lepas nampak jin tu kat pintu dapur rumah hostel dia..terus sms saya..saya pun baca naik bulu roma nak buat apa tgh mlm dah tu dah almost 12..kebetulan tgh online dgn ayah dia..guna YM tu nampak ust tu online tanya kat dia...

semalam parents minah ni datang all the way from pantai timur..suruh anak saya pi jemput kat pudu lak tu..aku ni bengang jer belum apa2 dah pandai suruh anak kita buat itu ini..
lepas mak si minah ni kata ayah dia tu ada lah menda2 gak selalu kacau..lama dah..tapi dia pesan jgn bg tau ayah minah ni tentang gangguan jin yang terbaru ni takut ayah dia marah..anak dia mengadu dgn si mak..mak ckp mcm tu...bukan nak menolong..i suruh dia pi berubat..buang benda ni..

yg anak kita lak hari ni tak blh belajar teringat minah ni punya masalah...tu lah mak dah pesan jgn lah involve dgn sape2 lagi umur muda lagi..tak nak dengar...dia sebenarnya dah cuba jauhkan diri dari minah ni..berapa kali dah..tapi macam dah terperangkap gitu..bila jauhkandirri aja minah ni dok kacau lah itu lah ini lah..sampaikan minah ni blh buat dia berjanji takkan tinggalkan dia..asalnya dari study group sama2 jer pensyarah yang assigned dah jadi mcm ni..

mlm ni i story lagi..nak kahwin ni bukan sekejap lama seumur hidup...nak dpt anak2 yang baik dan soleh kena mula ddgn cari isteri yang soleh gak..kalau dah tau perempuan tu ada masalah macam ni buat apa lah pi jerat leher dlm msalah dia..esok lusa dgn anak cucu semua terbabit dlm kancah masalah jin ni...

tapi orang muda kan..cinta itu buta...aku nak wat solat hajat aja bg dia lupa kat minah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 16-5-2009 10:56 PM
betul, saya pernah mendengar atau sekali lalu membaca mengenai ini.Diorang percaya dengan menyeru nama nabi, atau berdoa dengan nama nabi,akan menjadikan mereka kelihatan seperti,macam nak jadi kacak macamNabi Yusuf, diorang akan doa dengan Nabi Yusuf dan sebagainya. Kalaudoa nak jadi kacak macam Nabi Yusuf, atau paling kurang nak kelihatanmenarik, tidak mengapa, asalkan bukan meminta pada Nabi Yusuf. Tapi,bila minta dari Nabi Yusuf tu yang menjadi masalah negara tu


kadang tu ramai yang tak tau hukum walaupun dia berkopiah dan berjanggut... bukan tak tau dalam erti kata bodoh x nak blajar cuma tak tau yang benda tu sebenarnya boleh mengundang jin untuk membantu dia kelihatan cantik/hensem.. sedangkan kalau kita amalkan ayat2 Quran tanpa mukadimah2 nya cam baca a'uzubillah... pun boleh mengundang khadam dan khadam tu adalah jin.. coz aku pun baru tau la lately nie coz selama nie mgkn aku tak menjurus sangat dalam bab2 jin setan sihir nie...

cam bapak aku hari ada cakap2 yang berminat nak belajar/mandi apa tah semata utk dapatkan pendamping utk menjadi pengubat.. alasan dia anak sorang ustaz yang agak terkenal kat daerah aku ada masuk sekali, kalau benda tu salah mesti bapak dia dah warning awal2.. sib baik x masuk lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 02:59 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 16-5-2009 23:01
Wali tu kekasih Allah. Tak semestinya kena bertapa bagai baru jadi kekasih Allah. Kekadang orang yang nampak hina di mata masyarakat, dia tulah kekasih Allah. Kekadang nak nampak mulia bagai, dia ...


Terima Kasih atas penjelasan tadi..

Tiada terselit mentara..cuma lenggok cakap org lama umpama nyanyian syair sambil berdoa..minta pertolongan dari Allah...

wallahualam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2009 04:19 PM | Show all posts

Balas #16 zacko_inc\ catat

mcm mane kita nk tau kita ade pendamping??

adik aku sblm ade pendamping dia slalu sakit2..cmpur ngan kena buatan org..

dia punyer pendamping puteri 6 beradik..skg adik aku blh la ckit2 berubt tp puteri tu xbg sgt

sbb adik aku br lg..tp ari tu aku kena sound ngan puteri sbb ngadu mcm2 hal kt adik aku.

ms adik aku try nk berubt tu dia jatuh..puteri tu mrh aku wei

siap suh col aku paki kelip2(tepon)..bl dh abis ckp biasa bl dh abis ckp pkai kelip2 dia suh buang

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 06:06 PM | Show all posts
macam2 hal yer...sebenarnya..takde pendamping yang baik pun.. kalo kite baca balik .. mati nya anak anak adam hanya tiga sahaja yang berhubung dengan dia. ilmu yang bermanafaat, doa anak yang soleh dan amal jariah nya. lain2 terputus belaka..

apabila ade yang mengatakan mendapat dari roh si polan bin si polan...kita boleh meraguikan akan kebenarannya...berhati2 lah sebab tujuan utama syaitan dilanjutkan usia ialah untuk menyesatkan anak adam. Lahir nya manusia di dunia setiap dari kita ada pendamping.. yang dikenali sebagai Qarin. Nabi Muhammad SAW pun ade tapi diislamkan oleh Allah.. itu satu je la qarin yang islam..

Bila mana manusia itu mati.. qarin nih masih hidup.. dan dia lah yang seringkali menyerupai manusia yang dikembarnya.. qarin ini akan lemah dengan ibadat seseorang manusia dan menjadi gagah dengan kelapaan manusia. Contoh bila kite lupe baca bismillah untuk makan.. kite makan bersama qarin. Qarin tuh dapat sama zat makanan kita dan menjadi sihat. Bayangkan lah.. apabla Syaitan Qarin menjadi sihat..dan tujuan utama syaitan ialah menyesatkan manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 06:26 PM | Show all posts

Reply #28 zacko_inc's post

err.. awak ni perawat Darussalam ke?. Statements tu sama la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 06:27 PM | Show all posts
Punca kenapa kita makan tak rasa kenyang. dan tidak dapat mengamalkan kata rasullAllah " Makanlah Ketika Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang". Namun seandainya kita kembali doa untuk kaver makan kite dari mula sampai akhir tadi.. Qarin itu akan termuntah makanan yang dimakan bersama kita.

Berbalik kepada persoalan bagaimana kita nak tau kita ada pendamping. Tak perlu agak atau rasa. Dua yang pendamping yang memang sah ialah
1. Malaikat Rakib dan Atib ( tak sure macamana ejaan yang tepat ) yang mencatat segala perlakuan kita.

2. Qarin - yang dikembarkan kepada setiap dari kita. lemah dan kuat nya die bergantung kepada amalan kita. Apa bila kite mula lalai maka kalo ader dengki khianat mudah kita terkena.

Jin atau syaitan yang sering dikaitkan dengan penyakit manusia

1. Yang diwarisi - samada secara sedar atau tidak - dikenali sebagai saka oleh org melayu
2. Yang dituntut atau dibela - Ini jenis macam hanturaya
3. Yang berkeliaran - Ini banyak spesis, takde tuan nih kalo die nampak yang diwarisi atau dibela panggil memang laju dia datang melepak sama
4. Yang terbekanan - Ini kalo ikut kata org melayu bunian. Tuh yang ade kes nikah jin la bunian la. anak hilang dalam kandungan la..

Cara yang agak senang la jugak nak tau kita nih ada terkena ke salah satu. Cuba dapatkan bacaan ruqyah. pasangkan, niat dlm hati mintak allah beri petunjuk ( setiap perbuatan perlu niat, umpama kita bersolat ). fokus dgr bacaan ruqyah tersebut. cuba ulangan dengar ruqyah secara fokus tu sekurang2nya kali untuk mendapat lebih kepastian.

Cara nak fokus tuh pasangkan ruqyah tuh di radio kalo takde org yang dapat bacakan untuk kite. baring atau rehatkan minda. tutp mata.. dan fokus kepada ayat tersebut. Seandainya tenang dan damai alhamdulillah. Jikalau sebaliknya.hmm sendiri mau ingat. Sebaiknya biar ada yang menemani ketika dengar .. dikhuatiri anda akan tidak sedarkan diri akibat makhluk yang tidak diingini tak senang duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-5-2009 18:26
err.. awak ni perawat Darussalam ke?. Statements tu sama la pulak.

Saya bukan perawat mana2 tapi hanya menyapaikan ilmu yang tak seberapa nih. hasil pelajaran dan pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 06:31 PM | Show all posts

Reply #31 zacko_inc's post

Sama macam saya, saya menyatakan berdasarkan pengalaman saya.Saya lebih kepada mengatasi pengasihan atau santau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-5-2009 18:31
Sama macam saya, saya menyatakan berdasarkan pengalaman saya.Saya lebih kepada mengatasi pengasihan atau santau.

Alhamdulillah.. mana yang dapat kita sampai.. kita kongsi bersama. Pengalaman bercakap dengan syaitan melalui tubuh org sakit adala juga. Tapi apa yang dikatakan tak boleh dipercayai, sebab memang niat mereka untuk menyesatkan dan bagi anak adam bergaduh sesama sendiri. Oleh sebab itu kite harus fokus kepada untuk kembali sihat dengan izin allah. jgn ditanya siapa yang buat. itu kite serahkan pada allah untuk menguruskannya.

Nanti saya cuba dapatkan balik maklumat untuk meyingkirkan atau menghalau Penjaga, pendamping, pengikut etc nih. dan untuk melembutkan hati org yang dengki utk tidak lagi berniat buruk kepada kita. Kalo ader lagi dalam simpanan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 09:07 AM | Show all posts

Balas #33 zacko_inc\ catat

salam Zacko..

info yang amat jelas dan bagus.....terima kasih sebab berkongsi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 09:45 AM | Show all posts

Balas #30 zacko_inc\ catat

ooOOoo baru aku paham..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 10:04 AM | Show all posts
Info yang bagus....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2009 11:14 AM | Show all posts
Qarin, jin penggoda menyesatkan manusia

Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin

SOALAN:

Kami sekeluarga seumpama burung terbang sekawan, mengharungi hidup aman bahagia dengan sepasang anak yang comel dan suami begitu penyayang.

Bulan lepas suami saya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Tangan dan pahanya patah. Segala-galanya musnah, luluh di penghujung kedamaian yang kami kecapi selama ini.

Saya terlalu merinduinya. Dada saya sakit menahan hiba dan sebak. Segala penderitaan dan rasa remuk hanya saya menanggungnya. Anak yang sedang membesar tidak faham segala-galanya, kerana saya perlu menyembunyikannya.

Beberapa kali saya bermimpi didatangi olehnya. Saya khayal dalam dakapannya yang saya rindui sejak kehilangannya. Hidup saya bertenaga kembali.

Tangan kanannya kelihatan terkulai. Ketika ditanya kenapa ia tidak memeluk saya sempurna, dia menyatakan ``tidak mengapa. Kita akan bertemu di syurga nanti.'' Setiap kali bertemu dia berpesan supaya menjaga anak kami sebaik mungkin.

Saya terlalu mengharapkan mimpi ini berulang selalu, tetapi ia tidak berlaku. Saya kebingungan. Ke mana sebenarnya pengakhir kehidupan kami? - LYANA, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Kehidupan insan terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal, juga nyawa. Nyawa tidak ubah seumpama lampu bagi bangunan. Apabila lampu itu padam, maka gelaplah bangunan berkenaan, seumpama nyawa, apabila ia berpisah daripada jasad, maka padamlah manusia itu lalu ia menerima mati.

Roh tidak akan binasa. Apabila janin yang ada dalam perut ibu itu sempurna kejadiannya, maka Allah meniupkan padanya roh, lalu hiduplah manusia (janin) tadi. Ia membesar dan akan dicabut daripada tubuh manusia oleh malaikat maut apabila tiba masanya, diserahkan kepada Allah.

Ketika itu roh berada di alam barzakh, iaitu alam yang memisahkan antara hidup dunia (fana) dengan kehidupan akhirat kelak.

Kehidupan di antara dua dunia ini dikenali sebagai arwah apabila seseorang itu telah mati, maka ia berada di alam akhirat, yang bermula apabila seseorang itu mati, sehingga dibangkitkan kelak, dihimpunkan di padang mahsyar lalu akhirnya dibalas, sama ada di syurga atau neraka.

Apabila seseorang yang beriman itu tiba ajalnya, maka dia akan didatangi oleh malaikat, yang datang dengan sekeping kain sutera yang ada padanya kesturi, anbar dan harum-haruman.

Maka keluarlah rohnya seumpama tercabutnya sehelai rambut daripada tepung adunan. Diucapkan padanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu, engkau akan memperoleh kegembiraan daripada Allah dan kemuliaan-Nya. Maka apabila keluar rohnya, ia diletakkan di atas kesturi dan raihan kemudian kain tadi dilipat lalu dibawa dengannya ke illiyiin.

Apabila roh itu keluar dari jasad, maka ia berada di alam barzakh. Menurut sesetengah ulama, mayat akan merasai nikmat atau azab, iaitu azab yang dikenakan atau dirasai oleh roh dan jasad sekali. Dalam surah al-Mukmin: 46 dijelaskan: Kepada mereka diperlihatkan neraka pagi dan petang.

Dalam surah Taha: 124 dijelaskan: Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Jelasnya, apabila roh seseorang itu telah berpisah daripada jasad atau berada di alam barzakh, ia akan dipersembahkan oleh malaikat maut kepada Allah, dibalas dengan nikmat syurga atau neraka, bergantung kepada amalan-amalan yang telah dilakukan ketika hidup di dunia.

Alam barzakh inilah yang memisahkan di antara kehidupan alam dunia dengan alam akhirat atau hari kiamat kelak. Lebih jelas, tidak akan berlaku kehidupan yang saling tembus-menembusi.

Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali, bergaul seperti biasa dalam kehidupan harian manusia, berbual-bual seperti biasa, ataupun melalui mimpi seperti yang berlaku ke atas saudari, mendakap dan memberi pesanan agar menjaga anak baik-baik.

Begitu juga sebaliknya iaitu ketika seseorang itu masih hidup. Manusia tidak akan berupaya menerobosi atau menembusi kehidupan di alam akhirat, akibat adanya pemisah, iaitu alam barzakh tadi.

Lebih jelas manusia tidak diberi keupayaan oleh Allah untuk meninjau-ninjau nikmat kehidupan di alam akhirat, di kubur, di syurga ataupun neraka, kerana Allah menjadikan keupayaan makhluknya dalam lingkaran kekuasaan masing-masing, kecuali dengan kehendak Allah ke atas hamba-Nya tertentu, seperti dalam kejadian israk mikraj.

Baginda melihat kehidupan di dalam kubur, kedatangan malaikat maut ketika hendak mengambil nyawa seseorang dan sebagainya. Terlalu banyak bukti memperlihatkan kekuatan hujah yang saya ketengahkan ini sama ada daripada al-Quran juga hadis-hadis yang begitu mudah untuk ditonjolkan.

Dalam keadaan rasa rindu yang bersangatan, sebak dada yang sering menghimpit saudari didatangi oleh makhluk yang dikenali sebagai ``qarin''. Menurut bahasa, qarin bererti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seseorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.

Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.

Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdaya manusia, terutamanya ketika seseorang itu dalam keadaan stress atau depress dan seumpamanya, termasuk ketika menghadapi bala atau percubaan daripada Allah, akibat kematian orang yang dikasihi, ketika sakit bersangatan, ketika menghadapi keretakan rumah tangga dan sebagainya.

Itulah waktu yang ditunggu-tunggu, lalu qarin itu berlagak seumpama penyelesai masalah manusia, mengatasi masalah rindu yang terpendam di dada, memberi jalan-jalan keluar ketika manusia kehilangan anak yang disayangi dan sebagainya.

Dalam surah al-An'am: 112 terdapat firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.

Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi qarin atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada qarin. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan daku daripada gangguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya, kecuali untuk melakukan kebaikan.

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru dilahirkan melainkan dia disertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan qarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2009 11:15 AM | Show all posts
Qarin ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur atau sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang yang berkenaan.

Hutang yang ditanggung. Perilaku manusia termasuk membunuh, mencela dan sebagainya. Apabila manusia yang sentiasa ditemani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, sama ada isteri atau keluarganya, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang berupaya berhubung dengan manusia yang masih hidup, melalui mimpi. Satu keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada makhluk ini, yang tidak ada pada manusia.

Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiaya orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka qarin ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang diseksa dalam kubur.

Si mati melalui mimpi memohon kepada waris, seorang atau beberapa orang untuk memperkuat anggapan bahawa apa yang berlaku itu benar, memohon supaya waris tadi membayar hutang yang dilarikan atau memohon keampunan. Meminta kepada waris terutamanya isteri si mati supaya memohon keampunan kepada waris orang yang terbunuh, sama ada melalui sihir atau dengan senjata.

Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam Jumaat, minta dibacakan al-Quran di atas kubur atau dibayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin.

Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang mengharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada gangguan berlaku.

Helah yang sama berlaku kepada puan, di mana seperti yang dimaklumi tangan arwah suami patah ketika berlaku kemalangan. Dalam keadaan kerinduan dan sebak dada yang sering berlaku akibat menahan hiba, qarin itu datang seumpama berusaha meleraikan pelbagai warna rindu yang tidak dapat digambarkan penderitaan daripadanya.

Semuanya ini menyebabkan puan mahukan agar mimpi itu berulang. Tetapi ia tidak berlaku kerana kalau ia berlaku setiap kali puan terlalu mengharapkannya, kerinduan puan yang sebenar akan berkurangan, menyebabkan pemikiran dan segala tumpuan puan berkurangan dan kembali normal. Demikianlah di antara helah-helah iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia.

Terlalu mudah untuk mengatasi masalah seperti yang puan alami, biarpun ia sangat sukar untuk melakukannya. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Peristiwa menyayat hati berlaku terlalu baru. Apa yang puan rasai tetap akan dirasai oleh semua orang sekiranya ini berlaku, menimpa, puan akan berupaya mengatasinya menurut masa yang berlalu.

Tuhan lebih menyayangi suami puan dan mengambilnya lebih dahulu. Dahulu Allah memberikan kepada puan dan sekarang Allah mengambilnya semula. Lumrah alam yang tidak ada manusia berupaya menyangkalnya.

Allah mahukan agar setiap qadak dan qadar ketentuannya itu diterima oleh semua makhluk dengan reda.

Puan tidak perlu melayani mimpi yang berlaku. Semakin kuat puan mengharapkan mimpi tadi, puan akan lebih teruk terlibat dengan kemelut rasa rindu, menyesal, menyebabkan dada semakin sebak dan hidup tidak menentu.

Apa yang berlaku adalah daripada mainan iblis dan syaitan yang dikenali sebagai ``qarin'' yang datang menyusul di celah penderitaan. Sekiranya puan melayaninya, rindukan dakapan mimpi didatangi oleh roh almarhum suami puan, padahal ia adalah mainan qarin iaitu syaitan, bererti puan terlalu merindui dakapan syaitan patah tangan, yang dilakukan semata-mata untuk menipu menguatkan bahawa apa yang berlaku adalah benar iaitu daripada roh al-marhum.

Hal demikian sama dengan orang yang didatangi mimpi supaya dibayarkan hutang, dipohonkan maaf dan sebagainya.

Sekiranya manusia yang hidup itu menunaikan permintaan yang disalurkan melalui mimpi, maka dia sebenarnya tunduk menunaikan permintaan iblis dan syaitan.

Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar diketahui mempunyai hutang, hutang wang, kewajipan haji, pernah membunuh manusia, tidak kira dengan apa cara, manusia yang hidup boleh melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya dipikul oleh si mati, atas kesedaran bahawa ia mesti disempurnakan sebagai hak anak Adam terhadap anak Adam, bukan kerana mendapat perintah, rayuan daripada qarin yang datang melalui mimpi, menyerupai si mati.

Sesungguhnya roh itu adalah urusan Allah, yang hanya Dia mengetahui hakikatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2009 11:16 AM | Show all posts

yang ni plak versi bercerita...hehehehe

Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing? setiap kali lepas ibu kita bersalin.. si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita.. sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu.. dipanggil sebagai Qarin...

Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.

Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan peorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.

Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa.. cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi.. Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini.. tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa membaca.. A'uzubillahiminashaitonirrajim...

insyaAllah.. selamat... .. kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 11:22 AM | Show all posts
aik sudah edit ka itu tajuk .. rajin syd carik... bagus la gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068880 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list