CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnakPakKassim

Lelaki Baru (Lagu hit Zaibaktian)

[Copy link]
 Author| Post time 6-7-2010 02:33 PM | Show all posts
k.... soon... sekarang ni ada kelam kabut sikit...

police case, maid dera anak dara  ifah ... sedih... tapi tak teruk .. lebam2 sikit...
entahlah... Maid tu memang tak nak kerja.. terpaksa sebab dah sampai Singapore...
sekarang, anak dara aku tumpang rumak kakak saudara, kadang rumah mak, kadang mak mertua... kesian dia... macam bola...  

doakan, maid baru ni sayang kanak2... kasihan kat Kaiyisah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2010 02:33 PM | Show all posts
Tak de yg jawab,.macam mana nak register utk pertandingan.. aku kenan baca balik story Pakcik Ace ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 02:41 PM | Show all posts
Langkah dicepatkan. Kini, dia berlari pula.
Payung di pegang erat.  Matanya masih tepat pada si Manja.

"Adoi!" satu teriakan membuat dia terkejut.
Langkahnya terhenti.  Gamam.

"Maaf", itu saja yang dapat dia katakan pada seorang lelaki di hadapannya.
Dalam keadaan tergesa-gesa tadi, hujung payung terkena betis lelaki itu.
Kasihan melihat lelaki tua yang sebaya ayahnya sedang menunduk mengurut kaki menahan sakit.

"Maafkan saya Pakcik," pantas dia menghulurkan tangan utk membantu.

"Tak apa,  salah pakcik juga.  Nak lekas.  Cucu dah keluar kelas," suaranya rendahtapi jelas terdengar,

"Pakcik tak cedera?"

Senyuman lelaki itu tadi menjawab soalan Zaidi.  Lega rasa hatinya.
Sejurus itu, matanya dihalakan kehadapan.

Manja?  Nampaknya dia hampa sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:16 PM | Show all posts
Ifah,

bagus2 ada satu kelainan.
ko pun nak masuk bertanding eik.
chaiyok2

Siannya baby ko ifah.
bior maid tu dpt balasan drp apa yg dia buat kat
baby yg xtau nak balas balik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:38 PM | Show all posts

Laaa...

Post Last Edit by AceHand at 6-7-2010 15:39
apa cara nak masuk nama?  ifah dah tulis kat thread Pakcik Ace... kena buat apa lagi?
AnakPakKassim Post at 6/7/2010 14:24




Start jer lah karnag citer tu kat sini... Tengok cam BLINGBLINGS ngan BABYANAH tu... Bukak tajok terus jer mengarang... Semudah makang burger jer...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=492938&extra=page%3D1

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=493453&extra=page%3D1


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by Silver_Pearl at 6-7-2010 16:35

ble nk cambong
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2010 04:55 PM | Show all posts
Walaupun sudah 24jam berlalu, wajah Manja terasa segar di mata.

Kali ini, dia menanti Manja dengan tekad baru.
Biarpun apa terjadi,dia akan  merapati Manja.
Walaupun Manja melarikan diri atau menjerit, dia akan tetap berusaha agar Manja mendengar bibit-bibit kata yang dah terlalu lama dia susun.

Degupan jantung sekaan baru lepas berlari maraton.  
Pantas, langkahnya menjejak Manja.  

"Nak, tunggu siapa tu?"  suara itu membuat langkahnya mati.

"Maaf pakcik, saya nak lekas," jawabnya sekadar mengambil hati.

Pakcik semalam tersenyum sambil menjeling ketempat yang sama.

"Tunggu anak ke?"  Pakcik itu bertanya lagi.

"Hm...." secepat mungkin dia melarikan diri mendekati pintu pagar.
Matlamatnya harus dicapai hari ini.

"Atau nak jumpa Cikgu Siswahani?  Berkenan ke?"  Pakcik  itu mengusik tanpa mengetahui yang usikannya mengena.

"Ah..." dia hanya menghadiahkan senyuman.

"Baik-baik, tunangan orang  tu," Pakcik tadi terus saja pergi mendapatkan cucunya selepas memberi kejutan.

'Tunang orang?' benarkah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 05:08 PM | Show all posts
Serta-merta, harapannya yang berbunga terasa layu.
Langkahnya terhenti, kaku.

Segera dia membelok dan membawa diri.  Dirasakan pencariannya kali ini sia-sia.
'Tunang orang', mungkinkah itu satu kebenaran.

Kali ini, dia membawa diri ke seberang jalan sambil matanya terlekat pada pagar tadika NurIman.  Curiga dan sedih bercampur baur.  

Manja sudah tidak mahu menanti lagi?  Tak mungkin  Manja menjadi tunangan orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2010 05:15 PM | Show all posts
Lebih 15 minit di aberdiri disitu.  Anak-anak sudah ramai yang pulang.  Tadika itu memang popular.  Kawasan yang luas, program yang bernas serta guru-guru yang berdedikasi membuat tadika ini mashur.  

Kelasnya senantiasa penuh.  Bayaran yang dikenakan agak mahal tapi tidak menjadi hindaran.  

Manja masih belum kelihatan.  Zaidi menarik nafas panjang dan mengeluh.

'Aku harus mencuba  lagi di lain hari!'

Pada saat dia memukalan langkah ke perhentian bas, kereta hitam berkilat berhenti di hadapan tadika tadi.  Zaidi kembali berpaling melihat kereta tadi menanti di depan pagar.  
Entah kenapa, dia begitu teruja untuk tahu samada kereta itu ada kaitan dengan Manja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 05:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by AnakPakKassim at 6-7-2010 17:21

Tak berapa lama kemudian, Manja dan seorang anak kecil mendekati kereta hitam itu.
Pintu kereta bahagian belakang dibuka dan ditutup.  Kereta itu terus meluncur meninggalkan kawasan tanpa pamitan.

Itukah tunangnya atau sekadar pemandu peribadi?  Zaidi tertanya-tanya.  
Matanya melekap pada kereta yang sudah semakin jauh.
Tiba-tiba, dia terasa seolah diperhatikan.

Matanya kembali ke pagar sekolah.  Di situ, Manja sedang merenung dirinya.  Tajam!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 05:35 PM | Show all posts
Manja.. nama timangan ke? macam kucinglah. Hi, hi. Pas tu merenung tajam. Mata kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:12 PM | Show all posts
yes ! ifah sudah ada cerita baru... ni post utk tapak sahaja....nanti malam mahu baca...

hati masih sedihkan Aqmar Aziz (NTS) he he he
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:21 PM | Show all posts
yes ! ifah sudah ada cerita baru... ni post utk tapak sahaja....nanti malam mahu baca...

hati mas ...
detox Post at 6-7-2010 18:12
lamanya detox bersedih
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:23 PM | Show all posts
k.... soon... sekarang ni ada kelam kabut sikit...

police case, maid dera anak dara  ifah ... sed ...
AnakPakKassim Post at 6-7-2010 14:33
ni yg i pobia ngan indon maid ni:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:41 PM | Show all posts
Reply 33# cmf_blingblings


    ye bling2s..... tu pasal aku malas nak baca buku2 sedih.....berminggu aku sedih... hmm teruk betul !
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 07:33 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


    ye bling2s..... tu pasal aku malas nak baca buku2 sedih.....berming ...
detox Post at 6-7-2010 18:41



    takpelah detox, nanti esk aku bg n3 pasal goyang inul...aku bagi ko n abg ace goyang lebih punya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 10:29 PM | Show all posts
kak ifah!!!
sal ciput sangat...banyakla sikit....
dah la lama tak muncul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 10:59 AM | Show all posts
Renungan mata pelayan yang baru saja meletakkan minuman di atas meja dibalas galak.

"Nak main mata?  Mari, kita main mata," Hakim sengaja mengoda pelayan tadi sehingga dia tersipu-sipu.
Deraian ketawa kedengaran, lembut tapi jelas.  Hakim tersenyum sendiri.

Matanya terhala pula pada wanita di hadapan.
Keningnya diangkat tanda mushkil.

"Kenapa?  Salah ke apa yg aku buat?" tanya Aman bersahaja.

"Suka hati kau lah, malas aku nak layan.  Jangan suruh aku minta nombr telefon perempuan tu pula,"
Latifah mengeleng kepala.  Masak dengan perangai Aman yang senantiasa mencari mangsa baru.

"Bolehlah... kau tolong aku, nanti bila ada peluang, aku tolong kau pula,"  Aman memujuk.

Pujukan Aman selalunya berjaya mencairkan tekad Latifah.
Teman Wanitanya yang terakhir juga adalah hasil dari bantuan Larifah.
Tapi, sayang sekali, jauh panggang dari api.  
Baru saja nak Aman terasa mahukan hubungan yang serius, mereka terpaksa berpisah kerana keluarganya mahu
berhijrah ke Australia.  AKhirnya, hubungan yang baru nak berputik, terputus akibat berjauhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by AnakPakKassim at 8-7-2010 11:15

"Malaslah aku.  Kalau kau nak ajak dia nikah, sekarang aku minta nama, alamat dan nama mak bapak sekali.
Aku tanya berapa dia nak untuk hantaran sekali!"  Latifah sengaja mempersendakan Aman.

"Hah! Kau gila ke?" Aman membeliakkan mata pada temannya.

"Kau ni, baru je aku acah!  Tak baik tau, asyik nak mainkan anak orang... nanti, bila kau dah suka betul-betul,
perempuan pulak mainkan perasaan kau," Latifah memberi amaran.

"Aku tak pernah buat macam tu, selalu je aku yang frust,  Kau kan faham aku," Aman buat muka sedih mengharap
simpati Latifah.

"Ialah, baru je budak tu naik flight, ko dah nak usha pramugari kat airport.  
Kau ingat aku tak nampak ke?  Mata aku ni nampak clear, ko minta no talipon minah tu,"  Latifah menunjuk pada matanya.

"Kau ni, susah nak bawa berbincang.  Minta nombor je.  Suka-suka.
Minah seksi macam tu, sesuai bawa gi kelab.  Kau yang tak nak teman aku kalau aku ajak, terpaksa aku cari
kawan lain," Aman memberi alasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:18 AM | Show all posts
"Ah! Salah aku pulak.  Aku ajak gi kelas ugama kau tak nak, kau ajak aku gi kelabun Malamun,
macam crite P-Ramlee pulak,"  Latifah merungut.

"Aduh!!! Beta kena tembak berdas-das hari ini," Amam meletakkan tangan ke dadanya dan berlakon seolah cedera.
Mukanya disembamkan ke atas meja.  Dia diam sahaja disitu.

Beberapa pelanggan direstoran itu memalingkan kepala melihat Aman dan Latifah silih berganti.
Wajah selamba Latifah membuat mereka curiga.  Latifah akhirnya tersenyum dan melambaikan kedua tapak tangannya pada mereka,
tanda tiada yang berlaku.  

"Sudahlah, tak payah nak 'acting' kat aku.  Aku habiskan steak kau, biar kau lapar,"  Latifah mengugut.

"Bila  pulak aku order steak, inikan restoran Makanan Indonesia?"  Aman segera menjawab.

"ha..ha.. ha... ambik kau.."  Latifah ketawa.

"Alah Mak.. Aku kena satu das lagi..."  Aman pura-pura pengsan sekali lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.404714 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list