CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Hanya 120 doktor mengadu kena buli, stress dgn kerja

[Copy link]
 Author| Post time 6-5-2022 10:44 AM | Show all posts
Doktor pelatih bimbang stigma untuk dapatkan bantuan, kata MMA
Ho Kit Yen -
May 4, 2022 11:45 PM

PETALING JAYA: Beberapa doktor pelatih yang sedang menjalani latihan siswazah (housemanship) enggan mendapatkan bantuan berhubung tekanan yang berlaku di tempat kerja kerana bimbang dengan stigma, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya, Dr Koh Kar Chai berkata doktor pelatih bimbang stigma itu secara tidak langsung akan menjejaskan masa depan mereka, terutamanya jika mereka disahkan mengalami gangguan mental yang serius.

“Tetapi mereka yang mempunyai isu berkaitan tekanan tidak seharusnya takut akan kesan sedemikian.

“Tekanan adalah tindak balas biasa apabila seseorang berasa tidak mampu untuk menghadapi sesuatu situasi. Tidak semua orang tahu cara mengatasi dengan betul dan mereka harus mendapatkan bantuan apabila ia diperlukan,” katanya kepada FMT.

Koh berkata setiap hospital mempunyai jawatankuasa untuk menangani isu yang dihadapi oleh doktor pelatih, sambil menambah perkara itu sudah dimaklumkan ketika sesi orientasi mereka.

“Bagaimanapun, sesetengah doktor sudah pun mempunyai isu berkaitan tekanan sejak di sekolah menengah atau ketika mereka berada di sekolah perubatan. Ramai yang dapat mengatasi tekanan itu namun tidak dapat mengatasinya apabila mula memasuki sesi latihan,” katanya.

Koh berkata setiap doktor pelatih akan diselia oleh pakar dan dibimbing oleh pegawai perubatan dan pegawai kanan pelatih, yang akan bertanggungjawab ke atas mereka.

“Walaupun mungkin terdapat beberapa pegawai kanan pelatih dan pegawai perubatan yang tidak menyokong, majoriti akan membimbing doktor pelatih sepanjang tempoh latihan mereka.”

MMA juga mempunyai talian bantuan bebas tol sendiri, yang dikenali sebagai HelpDoc, untuk membantu doktor pelatih yang tidak mahu menghubungi pegawai kanan mereka atas sebab privasi atau bimbang kesan yang akan berlaku, terutamanya dalam kes melibatkan buli.

“Kami telah membantu lebih 120 kes sejak 2017,” tambahnya.

Seorang doktor pelatih dilaporkan meninggal dunia pada 17 April, hanya tiga minggu selepas dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Pada Disember 2020, kes serupa melibatkan seorang lagi doktor pelatih turut berlaku di mana dia meninggal dunia, tiga minggu selepas meletak jawatan.

Mengikut undang-undang, seorang doktor pelatih perlu menjalani tempoh latihan selama dua tahun di hospital kerajaan sebelum mereka boleh dilantik sebagai pegawai perubatan berdaftar.

Koh menggesa ibu bapa supaya tidak memaksa anak-anak mereka untuk meneruskan kerjaya perubatan, terutamanya jika mereka tidak berminat untuk berbuat demikian pada awalnya kerana ia boleh menambah tekanan mereka.

“Sebagai ibu bapa, mereka harus menyokong profesion yang diminati anak-anak mereka, dan mereka mungkin akan cemerlang. Mengikuti ijazah perubatan menelan belanja yang mahal dan ia memberi lebih tekanan kepada anak mereka untuk menamatkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan,” katanya .

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menggesa kerajaan melaksanakan dasar “toleransi sifar” terhadap keganasan di tempat kerja bagi melindungi pekerja perubatan barisan hadapan.

Ketua Pemuda DAP itu berkata, kejadian membabitkan doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang tidak sepatutnya dianggap sebagai kes terpencil dan ia tidak sepatutnya didiamkan.

“Kementerian kesihatan mesti menyediakan persekitaran selamat buat mereka (doktor pelatih) untuk mendapatkan bantuan. Dalam banyak kes, tiada saluran jelas untuk mangsa bersuara, apabila tindakan diambil (namun) sudah terlambat,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Timur Laut, Soffian Santong mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun katanya, polis tidak menolak kemungkinan untuk mengklasifikasikan semula kes tersebut sekiranya menemui bukti baharu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan pula menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berhubung kematian doktor pelatih terbabit .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 12:49 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-5-2022 12:55 PM

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas doktor pelatih A berkata, Hospital Pulau Pinang terkenal dengan budaya buli dan biasanya “digeruni” oleh ramai doktor pelatih.

Dia menyifatkan pegawai atasan terdekatnya, iaitu pegawai perubatan (MO) sebagai “tidak berhati perut” kerana kata-kata mengguris hati dan tindakan terhadap dirinya serta rakan sekumpulannya.

“Seorang doktor pernah kata saya tidak berguna dan menyuruh saya pergi ke tingkat tertinggi dan terjun.

“Apabila saya kata hidup saya lebih berharga dan saya tidak akan korbankan nyawa sendiri, tempoh saya di jabatan itu dilanjutkan dua bulan lagi,” katanya kepada FMT.

Doktor pelatih menjalani latihan di jabatan berbeza secara bergilir-gilir setiap empat bulan untuk sekurang-kurangnya dua tahun, sebelum mereka menjadi MO. MO biasanya menyelia doktor pelatih.

A juga mendakwa beliau dan doktor pelatih lain berdepan penghinaan berbaur perkauman daripada MO mereka.

“Saya diminta pergi menoreh getah, manakala orang Melayu disuruh kembali ke sawah. Saya tertekan. Kami dipaksa bekerja 18 jam berturut-turut.

“Ada yang teruk terjejas mendapatkan bantuan psikiatri, mereka dipersendakan dan dilabel sebagai ‘gila’,” dakwanya.

Seorang lagi doktor pelatih, J mendakwa beliau dipersalahkan oleh pegawai atasan atas kematian seorang pesakit.

“MO yang bertanggungjawab adalah calon sarjana dan tinggal tiga minggu lagi sebelum dia memulakan kursusnya. Saya menjadi kambing hitam. Saya menjaga 20 pesakit lain dan MO hilangkan diri. Saya kemudian digelar pembunuh atas sesuatu yang tidak dilakukan saya.

“Ia adalah bulan paling malang dalam hidup saya di hospital itu. Pembuli ini menyasarkan orang yang lemah.”

Dalam menggesa Putrajaya menangani isu yang dihadapi doktor pelatih, Exco Kesihatan negeri, Norlela Ariffin semalam berkata, terlebih bekerja seperti budaya dalam dunia perubatan adalah yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau membandingkan pengalaman ahli keluarganya berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital di United Kingdom, yang menurutnya mempunyai keseimbangan kehidupan dan kerja yang lebih “berperikemanusiaan” berbanding di Malaysia.




>>>> ini betul
SHO tolong HO kalau terlebih loaded kerja dan hospital ni ....tolong siasat...

then ade teaching yg protected time

i nak tergelak KKM di Malaysia sebab u tengok ye, kalau pengambilan doktor HOs  kan depa kata terlebih lah itulah inilah, sampai tak dapat diserap lah bagai kononnya bagi gambaran terlebih  lambakan  ye ? tapi kenapa kalau begitu ade isu beban kerja lebih , and sepatutnya kalau banyak HOs so beban kerja tentunya lebih sama rata dan simbang kan?

sepatutnya dah ade banyak masa atau eban kerja yg doktor HOs dulu terpaksa lalui especially 20 - 30 thn lepas tu , may be tak wujud dan boleh diatasi dah kan...

i wonder ade tak hospital malaysia ni depa ada teaching centre , fully equip dengan HPs materials nak teaching  ke ape ke...

lagi satu
tak payah lah dok buat Obs and gynae block tu wajib , bukan semua suka buat firm obs and gynae or ortho ke or ape ape ke, buat macam UK  lah buat contract rotation yg depa minat - selalunya firm rotation macam ni

Consultant 1 - hopsital X - medicine, + consultant 2 surgeon , Hospital Y - surgery + consultant 3 hospital Z  ( XX specialty yg diminati )

so depa tak lah stress

tak nampak ke model NHS ?


u all nak banyak specialist tapi u all tak pulak bagi HOs tu pendedahan awal tang firm / blocks yg depa minati so , dok ikut ke lagi zaman kaka i dulu obs and gynae wajib itu wajib  oh my god...bukan semua minat lah firm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 6-5-2022 12:49 PM
-------------------------------------------------------------------------------------------------- ...

“Seorang doktor pernah kata saya tidak berguna dan menyuruh saya pergi ke tingkat tertinggi dan terjun.

“Apabila saya kata hidup saya lebih berharga dan saya tidak akan korbankan nyawa sendiri, tempoh saya di jabatan itu dilanjutkan dua bulan lagi,” katanya kepada FMT."



Ya Allah..doktor lowclass giler pemikiran...ni spesis doktor bodoh....geram akak baca
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:56 PM | Show all posts
Seorang lagi doktor pelatih, J mendakwa beliau dipersalahkan oleh pegawai atasan atas kematian seorang pesakit.

“MO yang bertanggungjawab adalah calon sarjana dan tinggal tiga minggu lagi sebelum dia memulakan kursusnya. Saya menjadi kambing hitam. Saya menjaga 20 pesakit lain dan MO hilangkan diri. Saya kemudian digelar pembunuh atas sesuatu yang tidak dilakukan saya.


budaya blaming ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 6-5-2022 08:14 AM
profession high class pun ada jah buli2 ni sisturrrr…sedara iols keje pilot pun kene..masa dia me ...

Pengalaman akak pernah jadi Project Leader dan bisnes sendiri yg ada staff juga belum lagi kak buli staff atau pekerja bawahan...aku bawak level aku sama dgn depa adalah..duk sembang happy2 buat kerja dgn happy

Entahla mungkin aku x sesuai jadi LEADER...hati aku cepat lembut...panas pun cepat tapi cepat sgt cool..x sampai 10 minit lepas marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2022 07:28 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2022 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:41 PM
Kalau ai la..bab jaga mak ayah sanggup berebut nk jaga...biarla orang lain x nak...aku sanggup...s ...

My toes are giggling
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 6-5-2022 12:57 PM
Pengalaman akak pernah jadi Project Leader dan bisnes sendiri yg ada staff juga belum lagi kak bul ...

Pagi ptg siang malam dlm forum, jadi project leader tanah terbiar kewwww?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 6-5-2022 12:56 PM
budaya blaming ni ...

Are you surprised?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
stingersting replied at 7-5-2022 07:35 AM
Pagi ptg siang malam dlm forum, jadi project leader tanah terbiar kewwww?

Dulu la sting...tahun 2014...sekarang aku dah jadi suri rumah...ni laki aku nk bg bisnes lepas raya utk aku handle..tunggu  jela dia nk buat apa pulak..

X caya?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 7-5-2022 07:36 AM
Dulu la sting...tahun 2014...sekarang aku dah jadi suri rumah...ni laki aku nk bg bisnes lepas ray ...

Of course aku caya...tapi kalau memang laki ko nak terlungkupkhen what he had worked for all these years...then why not? Perhaps someone is waiting for him yg lebih kaya dari dia, lebih ketat dari ko....ini semua business strategy....ko jgn tak tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
stingersting replied at 7-5-2022 07:40 AM
Of course aku caya...tapi kalau memang laki ko nak terlungkupkhen what he had worked for all these ...

Ko jgn merendah2kan aku...mana tahu satu masa nanti ko atau anak2 ko mintak kerja dgn aku...aku sanggup tolong sting....kita hidup bermasyarakat...


Jgn marah...tapi aku serius dgn posting aku diatas
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 5-5-2022 05:55 PM
Cam my sister lah, baru balik Malaysia. Lepas kerja kat Arab, cepat dapat kerja, gaji sikit lepas tu ...

Pangai hamjadah sister ko kt tempat kerja ko boleh nak tahu?
Bawak perangai musibat budaya kerjanya dari arab badwinya kesini lepas iteww ala ala cry victim? Dapat pulak sister macam ko...dengar one side of the story....

Oh please
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 7-5-2022 07:43 AM
Ko jgn merendah2kan aku...mana tahu satu masa nanti ko atau anak2 ko mintak kerja dgn aku...aku sa ...


You cant even show or earn your worthiness here in this platform....how?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2022 08:11 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada classmate saya pernah cakap, kalau dialah, alang2 nak bunuh diri, baiklah dia bantu orang lain sekali dengan membunuh sebanyak mungkin kaki2 buli penjahat kat ofis dulu sebelum bunuh diri. Tapi bagi saya, mentaliti orang nekad nak bunuh diri ni dah tak pikir hal lain dah agaknya. Kalau masih boleh pikir nak bantu orang lain, mungkin bukan dalam tahap bunuh diri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 03:30 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 7-5-2022 03:31 PM

.
Bukan kah keadaan pekerjaan "houseman"/doktor-pelatih yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melanggar Akta Pekerja 1955, spt dipaksa kerja 100 jam seminggu  dan "on-call" 24 jam sehari.? Ia mungkin juga melanggar Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa(ILO) dan Hak Asasi Manusia PBB.

Boleh kah Menteri Buruh kasi saman Menteri Kesihatan.?   .......

https://www.ilo.org/global/stand ... /lang--en/index.htm - International Labour Standards on Working time
The regulation of working time is one of the oldest concerns of labour legislation. Already in the early 19th century it was recognized that working excessive hours posed a danger to workers' health and to their families.
The very first ILO Convention, adopted in 1919 (see below), limited hours of work and provided for adequate rest periods for workers. Today, ILO standards on working time provide the framework for regulated hours of work, daily and weekly rest periods, and annual holidays. These instruments ensure high productivity while safeguarding workers' physical and mental health. Standards on part-time work have become increasingly important instruments for addressing such issues as job creation and promoting equality between men and women. ...
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2022 03:37 PM | Show all posts
Pembuli doktor pelatih sila berhenti sebelum tindakan diambil - Exco Melaka
Umavathi Ramayah
Mei 7, 2022 15:19 MYT

KUALA LUMPUR: Doktor pelatih di Melaka yang berdepan dengan isu buli yang teruk boleh membuat laporan terus kepada Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri.
Pengerusinya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, amaran keras juga diberikan kepada pegawai perubatan atau pakar yang sesuka hati membuli doktor pelatih tanpa belas kasihan.
"Jika anda (pegawai perubatan atau pakar) melakukan perkara itu sila berhenti sebelum saya mengambil tindakan.

"Mengajar dan melatih bukan lesen untuk membuli tanpa memikirkan perasaan mereka.
"Jika mana-mana doktor pelatih dalam Melaka yang mempunyai situasi dibuli sehingga menjatuhkan maruah, anda boleh maklumkan kepada saya secara terus untuk saya siasat sendiri dan ambil tindakan jika ia benar-benar berlaku,” katanya dalam perkongsian di Instagramnya di sini, pada Sabtu.

Menurut  Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Merlimau, beliau juga pernah menjadi doktor pelatih selama dua tahun di Hospital Ampang, Selangor dan merasai bagaimana perit untuk belajar dan menimba pengalaman menjadi seorang doktor.
Katanya, walaupun perit tetapi tidak pernah sesekali senior, pegawai perubatan ataupun pakar yang membulinya sehingga menjatuhkan maruah.

“Maka itu tidak menjadikan alasan doktor pelatih ini diperlakukan seperti tiada perasaan, semua itu tidak menjadi alasan untuk mereka ini boleh dibuli sehingga menjatuhkan maruah mereka.
               
Pada 17 April  lalu, seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang maut terjatuh dari bangunan pangsapuri di Jalan Dato Keramat didapati pernah mengadu terbeban dengan tugas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil keterangan daripada rakan serumah mangsa baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut beliau, siasatan akan dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk melibatkan elemen jenayah mahupun masalah peribadi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 03:50 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 7-5-2022 03:57 PM

.
Keadaan serupa untuk "resident doctors" di USA. .......

https://www.theatlantic.com/busi ... s-schedules/516639/ - 2017/02/21 - Why So Many Young Doctors Work Such Awful Hours
Neither truck drivers nor bankers would put up with a system like the one that influences medical residents’ schedules.

... But she acknowledges that even "institutions that are committed to education … constantly struggle with this,” trying to stay on the right side of the boundary between training and taking advantage of residents. ...


In Europe, by contrast, residents are subject to a maximum workweek of 48 hours, without apparent harm to patient care or the educational component of residencies. ....

While residency-program administrators no doubt take their educational obligations seriously, residents are also a cheap source of skilled labor that can fill gaps in coverage. They are paid a fixed, modest salary that, on an hourly basis, is on par with that paid to hospital cleaning staff— ...

Grumbling by the old guard aside, most in the profession agreed this system was abusive, outdated, and in need of replacement. ....

.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2022 04:09 PM | Show all posts
Hartal Doktor Kontrak urges Health Ministry to discipline senior medical staff to end bullying in govt hospitals
Saturday, 07 May 2022 10:13 AM MYT
BY JOHN BUNYAN

KUALA LUMPUR, May 7 — The Health Ministry must step up its action to show there is no room for bullying in government hospitals and clinics, a spokesman for the Hartal Doctor Kontrak movement said today following outcry over two housemen who fell to death recently.

According to Dr Muhammad Yassin, housemen and other young medical officers in the public health sector have been facing all kinds of physical and mental abuses as well as sexual harassment at work, Sinar Harian reported today.

He urged the ministry to take strict disciplinary action against the bullying of medical staff, whom he claimed were not just senior doctors but also nurses.

“Some of the victims almost wanted to commit suicide because they are too depressed being insulted and scolded.

“Three doctors have decided to quit the job, while some get the help of psychiatrists because the situation has been bad,” he was quoted as saying.

The Malay newspaper reported that social media has been abuzz over claims that a young doctor assigned to a hospital in Tawau, Sabah had been bullied by another medical officer.

Malay Mail has not been able to verify the claims.

Dr Muhammad suggested that the Health Ministry could withdraw opportunities for further studies, salary increases and rank advancements for those found bullying junior doctors to send a clear message that such a culture would not be tolerated.

“It will be unfortunate if the bullies were given the opportunity to continue their studies to become a medical expert.

“That gives a pretty bad perception to young doctors and the community that bullies can be rewarded,” he told Sinar Harian.

He also urged the ministry to cooperate with police investigations into the latest investigation over the confirmed death of a houseman at the Penang Hospital, allegedly due to bullying.

“If it is true that there is an issue of bullying, then we have to stop them. The ministry needs to be serious about zero tolerance towards bullying.

“Otherwise, the community will lose faith if cases involving bullying among health workers were not taken action. The young doctors will lose their faith in their superiors,” Dr Muhammad was quoted saying.

Penang health director Dr Ma’arof Sudin confirmed three days ago that a trainee doctor placed at the state general hospital on April 4 died from falling on April 17 from the latter's building of residence.

The gender of the houseman was not disclosed.

Yesterday, Health Minister Khairy Jamaluddin announced a federal task force will be formed to look into the case and bullying allegations.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.130059 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list