View: 3295|Reply: 54
|
[Tempatan]
Tahniah: Mat Kilau dinobat Tokoh Maal Hijrah Pahang
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 30-7-2022 04:59 PM
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (tengah) berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada cucu pahlawan Mat Kilau, Mohd Alhamadi Abu Bakar (kanan). - Gambar BERNAMA
KUANTAN: Tokoh sejarah dan pahlawan Pahang, Mat Kilau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang pada sambutan peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada cucu pahlawan tersebut, Mohd Alhamadi Abu Bakar yang menerima wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.
Mohd Alhamadi, 56, yang merupakan seorang pendidik melahirkan rasa syukur dan terharu terhadap kerajaan negeri Pahang kerana memberikan pengiktirafan tersebut kepada datuknya dan berharap ia terus meningkatkan semangat juang keluarga serta orang ramai untuk mengembangkan syiar Islam.
"Perjuangan Mat Kilau adalah atas dasar agama... perjuangan menentang Inggeris bersama ayahnya, Tok Gajah dan Datuk Bahaman adalah disebabkan kuasa penjajah yang hendak masuk ke Pahang dan memperkenalkan sistem pemerintahan Inggeris.
"Maka disebabkan itu, Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit bangun melawan demi menegakkan Islam di Pahang," katanya semasa ditemui pemberita selepas tamat majlis sambutan yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran' itu.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Tengku Panglima Raja, Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan turut disertai barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Khatib Rasu Abd Salam dijaga ibu bapa Mohd Alhamadi selama kira-kira 30 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun.
Semasa itu Mohd Alhamadi berumur sekitar lima tahun.
Mohd Alhamadi berkata, datuknya yang mesra dipanggil 'Aki Kilau' juga menjadikan zikir dan bacaan surah Al-Ikhlas sebagai amalan setiap hari yang kini diwarisi ahli keluarga serta ahli seni silat tapak suci warisan Mat Kilau.
Menyifatkan dirinya sebagai 'hanya wakil penerima anugerah itu', Mohd Alhamadi berkata, wang tersebut akan digunakan sebaiknya bagi menambah baik galeri Mat Kilau di sini, yang diusahakannya sendiri sejak tahun 2016 dan persatuan seni silat tersebut.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan jawatankuasa induk dan pelaksana sambutan, Mat Kilau yang merupakan anak jati Kampung Kedondong, Pulau Tawar di Jerantut berpengetahuan luas dalam agama dan pernah belajar agama daripada tokoh agama dan ulama tersohor.
Antaranya ialah Mufti Pahang pertama Uthman Senik, ulama Sayyid Abdul Rahman Sayyid Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu semasa beliau bersembunyi di negeri tersebut.
Selain itu, Mat Kilau juga pandai mengaji al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang turut dikenali sebagai Dikir Pahang serta handal dalam ilmu persilatan. - BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah bertahun dh kawan tu arwah..
baru nk bagi..
kalau x di buat filem...mmg tkde dlm listed pn |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi riding the fame ke ni?? Dasarrrr sangat   |
|
|
|
|
|
|
|
Siyea la? Lps ni klau sol sol buat pilem leftenan adnan ka hang jebat ka......pun dpt tokoh juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm budus jah. Org tu dah meninggal lama dah. Still nak stuck zaman trobek lg. Nak kata jasa atok ni byk pun setakat hearsay gitu lah. Lagi byk jasa atok m. Meleeis mmg kuat prasan   |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kena tunggu buat filem kutipan tinggi dulu baru boleh dapat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
punyalah org tu kena buru di pahang .. kena menyorok kt kelantan sampai digelar mat siam... haishhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tiberr pulak yg arwah jd tokoh |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sedar ke...sudah berabad tak dipeduli..lepas ni sapa lagi yang baru sedar nak angkat |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu next filem oleh Syamsul Yusof

|
|
|
|
|
|
|
|
Seb baik sol buat filem tu...kalau tak,takde sapa peduli pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama lg Sol jd Datuk lah.... Siapa plk datin nya, mesti ada yg tgh berangan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 30-7-2022 06:34 PM
Mcm budus jah. Org tu dah meninggal lama dah. Still nak stuck zaman trobek lg. Nak kata jasa atok ni ...
Ummah kelantan sabah sarawak tersenyum sinis dekkkk…. |
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 30-7-2022 07:41 PM
Tiberr pulak yg arwah jd tokoh
Bangsat sungguh ...Yg hidup semua tak layak.....
Wakahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, ada 1.68juta population di Pahang (wiki, 2018), yg arwah juga yg dapat. Tak de kualiti ke yg masih hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangke taon baru isele dimulai dengan berite yang paling kecimpret sekali..  |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 30-7-2022 03:19 PM
Mancung hidung aruah. Keturunan apakah aruah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|