CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[C] Pagi Yang Gelap [U]

[Copy link]
 Author| Post time 1-1-2011 11:55 AM | Show all posts
Pedih tak terkata si makhluk buas diperlakukan sebegitu rupa sehingga tersungkur ke belakang. Dilibasnya anak kucing itu dan terpelanting menghempas dinding lalu jatuh ke lantai. Perutnya turun naik disebalik kehalusan bulu-bulu putih. Erangan kesakitan menusuk kalbu sesiapa sahaja yang melihat anak kucing comel yang gagah umpama pahlawan tidak padan dengan saiznya.

Zaf amati anak kucing itu lalu dia menyedari itulah anak kucing yang dibelai manja olehnya sebentar tadi. Perasaan takut yang amat sangat diganti dengan kemarahan. Bibirnya diketap geram tetapi dia masih tidak dapat bergerak. Otot-otot sendinya seperti sudah dikunci.

Belum sempat Zaf memeriksa keadaan penyelamatnya, sekali lagi ibarat peluru anak kucing itu  meluru ke hadapan mencabar sang raksasa. Kebencian jelas terpancar di matanya yang bersinar.

“BINATANG KEPARAT!!! BERANI KAU YA??!!!”  ternyata keberanian sahaja tidak cukup untuk si  anak kucing untuk menewaskan raksasa kejam. Cermat sahaja makhluk hodoh itu menyambar binatang kecil di hadapannya.

“SEPATUTNYA KAU YANG JADI MAKAN MALAM AKU TADI!” jerit makhluk hodoh sambil menyuakan anak kucing di genggamannya ke arah mulut yang ternganga luas.

Perasaan marah dan geram yang meluap-luap menyebabkan “kuncian” tubuh Zaf terbuka. Bingkas dia berdiri berdepan makhluk paling di bencinya ketika ini.

Kunci motornya digenggam erat. Mata kunci di keluarkan di celahan jari telunjuk dan jari hantu. Penumbuk kanan Zaf kini merupakan senjata  berbahaya jika dia bijak mengendalikannya.

Di saat anak kucing semakin hampir dengan mulut si pembunuh, Zaf seperti dirasuk jin dan melonjak  ke hadapan sambil penumbuk kanan diayunkan tinggi mencari persinggahan yang boleh membawa maut.

“BAAANNGSAATTT” jeritan Zaf mengejutkan anak-anak kucing yang terperangkap di dalam sangkar-sangkar besi. Bunyi ngiauan bersahutan diselang-seli dengan bunyi guruh.

Penumbuk kanan Zaf hinggap di mata kiri makhluk itu. Kunci motornya kemas tertusuk ke dalam mata merah yang memancut-mancut keluar darah merah pekat kehitaman.

Terlolong makhluk buas itu sambil melibas Zaf dan anak kucing hingga terseret ke dinding. Makhluk itu berguling-guling mengerang kesakitan lalu jatuh dari pintu ruangan dapur, hilang dari pandangan.

Kejutan masih tidak meninggalkan Zaf. Di damparkan tubuhnya ke dinding sambil melihat darah pekat menyaluti kedua belah tangan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Berada dalam keadaan panik yang berterusan hanya akan membunuhnya dengan lebih cepat. Dia perlu menenangkan diri supaya otaknya boleh memikirkan bagaimana hendak mencari jalan keluar.

Zaf yakin yang ini bukanlah mimpi ngeri. Ini ialah kenyataan dan dia perlu berbuat sesuatu untuk terus hidup.

Bunyi cakaran menangkap perhatian Zaf. Si penyelamatnya sedang  mencakar-cakar salah satu pintu bilik. Segera Zaf bangun dan cuba mencari cara untuk membuka pintu yang tidak bertombol.

Dengan sekuat hati, dia menendang pintu papan sehingga tercabut salah satu engsel. Ngiauan anak-anak kucing semakin kuat apabila pintu dipecahkan. Dengan pantas Zaf membebaskan kesemua yang terperangkap. Beralih ke bilik di sebelahnya dan diteruskan usaha pembebasan anak-anak kucing dari terus menjadi makanan raksasa itu.

Zaf ketepikan rasa kepenatan dan fikiran yang sedang berkecamuk. Dia harus pantas kerana bila-bila masa sahaja makhluk ganas itu akan kembali mengerjakannya.

Pada sangkar yang terakhir Zaf merasakan ada cecair lendir melekit sedang menitis dia atas bahu kanan. Perlahan-lahan dia menoleh hingga kedua matanya bertentang mata dengan wajah ngeri bak babi hutan yang betul-betul berada di belakangnya.

Sekelip mata sahaja Zaf terpelanting ke dinding hingga mematahkan papan-papan reput masuk ke bilik sebelah. Kesakitan di bahagian belakang yang di rasainya amat tidak terperi sekali. Kali terakhir dia merana seperti itu adalah ketika Pak Brahim menyebatnya sewaktu dia digantung persekolahan kerana di tangkap menghisap rokok semasa di Tingkatan Empat.

Dinding yang sudah berlubang itu di pecahkan lagi oleh sang raksasa.

“MANUSIA CELAKA!!!”

“HA HA HA...SUDAH LAMA AKU TAK MERATAH DAGING MANUSIA!”

Tiba-tiba lantai di penuhi dengan anak-anak kucing. Kesemuanya mengelilingi raksasa itu sambil menderau kebengisan.

Keriakan wajah sang raksasa mula bertukar menjadi takut. Kepalanya ligat memerhatikan beratus-ratus anak kucing kini sedang bersedia untuk menyerang.

Setapak demi setapak sang raksasa berundur ke belakang. Beratus-ratus mata bersinar-sinar di sebalik kegelapan malam menyoroti pergerakan sang raksasa yang seperti kehilangan taring.

Seperti dirancang, kesemua anak-anak kucing menyerang si makhluk secara serentak. Tubuh makhluk itu di hinggapi dengan begitu banyak sekali anak kucing yang mencakar dan mengigit selagi boleh.

Melolong kesakitan sang makhluk yang tidak dapat menepis serangan anak kucing yang bertali arus. Zaf yakin ini peluang terbaiknya untuk melarikan diri. Dia segera berlari menuju ke pintu ruang masuk utama.

Di saat dia sedang duduk di pintu masuk dan menyarung kasut Converse di kaki, anak kucing berbulu putih menjilat-jilat jari kelingking kirinya.

“Dah dah..kau tinggal dekat sini!” jerkah Zaf. Dia tiada masa untuk melayan kemanjaan si anak kucing di waktu-waktu genting seperti ini. Rantapan kesakitan si makhluk masih boleh di dengar oleh Zaf.

“Meow?” Anak kucing berbulu putih itu memandang Zaf dengan anak matanya yang membulat. Tak ubah seperti karekter kucing dalam filem animasi Shrek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2011 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 1-1-2011 11:57

“Aaaaahhhhh!! Oklah! Oklah!” Zaf mengalah. Dia amat terhutang budi dengan si anak kucing yang menggadai nyawa mempertahankannya.

Disambar anak kucing itu dan terus berlari menuju ke motor kapcainya yang sudah basah di timpa hujan. Starter  motor di tendang beberapa kali. Liat sungguh hendak di hidupkan.

Anak kucing yang di letakkan ke dalam bakul kecil di bawah pemegang bar menopang dagunya di rangka bakul sambil kedua belah kaki hadapan di letakkan di atas rangka tersebut. Tak ubah seperti anak kecil yang tak sabar hendak berjalan-jalan.

Tendangan terakhir menghidupkan motor Honda Cub C70. Bunyi batukan enjin berpanjangan di sebalik laungan sang makhluk.

Tanpa membuang masa Zaf memecut motornya keluar dari perkarangan rumah papan usang jahanam itu dan melalui denai-denai yang dia sendiri tidak tahu ke mana arahnya. Yang dia tahu, dia mesti kembali ke lebuhraya besar yang dilaluinya sebentar tadi.

Lolongan makhluk yang di serang oleh makanannya sendiri hanya sayup-sayup kedengaran apabila Zaf semakin jauh meninggalkan rumah makcik tua durjana itu.

Angin kencang menggegarkan rimbunan pokok-pokok gergasi yang tinggi menjulang. Kilat sabung-menyabung di langit. Hujan yang semakin lebat menyukarkan pandangan. Zaf menghentikan motor dan memandang persekitarannya. Cahaya kilat menerangai kawasan sekeliling untuk beberapa saat, cukup untuknya melihat kawasan hutan tebal yang di penuhi tumbuhan-tumbuhan gergasi. Matanya tertarik kepada satu objek besar.

Cahaya kilat yang beransur-ansur pudar mengembalikan kegelapan malam yang pekat. Zaf memusing pemegang bar motosikalnya dan menyuluh ke arah objek yang diperhatikan sebentar tadi. Suluhannya dihentikan pada sebatang balak besar yang terdampar di lantai hutan. Diameternya amat besar sehingga membuatkan rongga  yang berlubang kelihatan seperti gua.

Zaf menunggang motornya keluar dari denai dan berhati-hati memandu di lantai bumi yang tidak rata. Tiba dia balak tersebut, dia memandang kagum dengan saiz balak yang dirasakan setinggi dua meter. Di tolaknya motor kapcainya masuk ke dalam rongga balak dan terbaring dia di dalamnya sambil mengeluh kepenatan. Dada Zaf turun naik memandang pada reputan-reputan kayu yang masih utuh menahan hujan dari masuk ke dalam.

Anak kucing yang menemaninya berlari-lari mengelilingi Zaf, mencakar-cakar dinding kayu dengan kukunya. Gembira dengan pembebasan dari menunggu ajal di tangan makhluk kejam.

Zaf menadah kedua tangannya di luar tempatnya berteduh. Air hujan bertakung di telapak tangan Zaf yang dirapatkan. Berkali-kali dia menadah dan meminum air hujan dengan lahapnya. Di suakan pula kepada anak kucing itu yang beriya-iya menjilat air yang di tadahkan dengan lidahnya.

Kepingan-kepingan kayu di kopek dari dinding balak dan dikumpulkan menjadi bentuk bukit. Lighter  besi Zippo di nyalakan lalu membakar habuk-habuk kayu di bawah longgokan kepingan kayu tersebut. Keadaan kering di dalam rongga balak itu membuatkan ianya cepat terbakar. Zaf mendekati unggun api yang baru dibuatnya untuk memanaskan badan diikuti oleh anak kucing berbaring hampir dengannya. Ekor pendek anak kucing itu berkibas apabila Zaf menggaru manja dagunya.

Zaf memandang jauh ke arah kegelapan malam. Mengeluh lembut mengenangkan nasibnya. Dia berfikir, adakah dia akan dapat keluar dari dunia gila ini?

Dia memandang sayu ke arah motor Honda Cup yang tersadai di dinding kayu. Zaf terkenang semasa bapanya menghadiahkan motor itu kepadanya. Bertahun-tahun dia memujuk Pak Brahim supaya memberikannya Honda Cup buruk itu tetapi tak pernah di endahkan sehinggalah pada hari dia hendak berangkat masuk ke universiti. Kunci motor Honda C70 di berikan kepada Zaf sebagai hadiah. Itulah antara hari-hari paling menggembirakan yang masih diingat oleh Zaf. Dia memeluk erat tubuhnya sambil merapatkan dagu ke lutut. Temannya sudah lena dibuai mimpi. Di usap-usap bulu halus berwarna putih dengan lembut. Zaf tidak mahu mengejutkan anak kucing itu setelah apa yang dilaluinya sebentar tadi. Dia melihat marak api yang sedang membakar kepingan-kepingan kayu kering. Semakin lama semakin kabur. Kelopak matanya terasa berat.

Zaf berjalan di sebuah koridor yang tidak dikenali. Kiri dan kanan terdapat pintu-pintu gerigi besi. Melihat keadaan sekeliling, ianya seperti di dalam penjara. Setiap sel-sel penjara itu terdapat makhluk-makhluk yang menakutkan. Dia menghentikan langkah di sebuah sel di hujung koridor. Di dalamnya terdapat seorang gadis berambut panjang sedang tidur bersimpuh sambil mendakap sebuah buku. Zaf menghampiri pintu gerigi sel untuk menatap gadis itu. Rambut panjang sehingga paras dada milik si gadis menutupi separuh wajah namun cukup jelas untuk mempamerkan kejelitaan yang dimiliki olehnya.

Gadis itu terjaga dari tidur. Anak mata berwarna hazel beralih arah memandang ke arah lelaki berbaju hitam berseluar jeans biru yang sedang ternganga memandang dirinya. Dengan gemalai dia berjalan menuju ke gerigi besi yang memisahkan dia dan lelaki itu.

Si gadis mendekatkan mukanya kepada Zaf. Bibir Zaf hanya beberapa sentimeter sahaja daripada menyentuh bibir nipis berwarna merah jambu. Matanya bertentang dengan sepasang mata yang paling cantik pernah dilihatnya. Renungan tajam disajikan bersama hembusan halus nafas yang keluar dari mulut kecil itu membuatkan Zaf hampir terbang ke euforia. Tanpa di duga, gadis itu menjilat perlahan pipi kiri Zaf. Kepala terasa ringan seperti kapas sehingga tertutup matanya menikmati apa yang di rasakan sebagai pengalaman paling erotik pernah di alami sepanjang hidupnya.

Zaf membuka kelopak mata untuk menatap kembali keayuan wajah si gadis misteri. Jelitawan yang diharapkan tidak kelihatan tetapi anak kucing pula yang sedang galak menjilat pipinya. Jam tangan menunjukkan pukul dua sembilan minit pagi. Unggun api cuma tinggal bara-bara kemerahan. Zaf memandang keadaan di luar tempat perteduhan. Dari bunyi unggas-unggas yang meriah di luar, ternyata hujan lebat sudah lama berhenti. Cahaya bulan mula menembusi rimbunan daun-daun di puncak pokok dan menerangi lantai hutan. Kunang-kunang berterbangan secara berkumpulan membentuk lingkaran cahaya. Jika tadi keadaan hutan rimba itu amat menyeramkan, kini keindahannya terserlah disirami cahaya bulan.

Anak kucing berhenti dari menjilat pipi Zaf dan melompat terjun dari lutut lalu berlari keluar dari rongga balak.

“Meowwww” anak kucing itu menoleh kepalanya ke belakang seolah menyuruh Zaf mengekorinya. Dia berlari-lari anak mengikut anak kucing yang lincah meloncat ke kiri dan kanan. Binatang kecil itu akhirnya berhenti di sebuah tebing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 11:56 AM | Show all posts
Zaf menarik nafas yang panjang. Berdirinya di situ, dia melihat kagum pemandangan panorama sebuah bandar yang diterangai oleh cahaya merah. Jauh di garisan ufuk, sebuah gunung berapi mengeluarkan kepulan asap yang memenuhi ruangan langit bandar itu dengan membentuk kumpulan awan yang berpusar dari pusatnya di atas puncak gunung berapi tersebut. Lava merah membentuk sungai menuruni kaki gunung dan api dari dasar gunung berapi meletup-letup menghasilkan api yang menjadi sumber cahaya bandar di bawahnya

Nafasnya di hembus perlahan. Ternyata ini bukan lagi dunia yang Zaf kenali. Anak kucing merapati kaki Zaf, gerun dengan apa yang dilihat. Zaf mengangkat anak kucing tersebut dan diusap-usap kepalanya.  Matanya redup memandang gunung berapi yang sungguh jauh dari tempat dia berdiri. Dia yakin apa jua yang menyebabkan dia terperangkap dalam dunia gila ini, jawapannya ada di gunung berapi tersebut.

“Meow?”

“Kita akan keluar dari tempat ini dan aku akan bawak kau sekali. Jangan risau” Anak kucing itu seolah-olah memahami kata-kata Zaf.

Zaf berjalan menuruni tebing mengikut lekukan yang terbina seperti tangga menuju ke bawah. Dia menuju ke bandar suram yang diselubungi kabus tebal. Tidak tahu apa yang akan di hadapi, Zaf sudah bersedia. Bersedia dengan pengembaraan yang akan ditempuhinya.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:56 AM | Show all posts
selamat pagi damm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 24# di@n

selamat pagi dian sastrowardoyo
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 12:00 PM | Show all posts
Reply 25# dammerung

dian kurang faham cerita damm  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply 26# di@n

tak faham camana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 27# dammerung


    ini citer mimpi atau khayalan ya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2011 12:09 PM | Show all posts
Reply 28# di@n

more like an adventure story...in a dreamlike way?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 29# dammerung


    oh i see , damm seorang penulis ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 12:41 PM | Show all posts
Reply 30# di@n

errr...tak...obvious isn't it? he he

cuma saya selalu hangout dekat board ni...noticed too many romance type of stories jadi saya nak beri kepelbagaian...sekurang-kurangnya ada satu cerita that's not a straightforward romantic piece....cerita saya mungkin suck but at least there's something to fill for other genre in this board...

by the way...terima kasih kerana membaca
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 12:45 PM | Show all posts
Reply 31# dammerung

dian baca sebab genre lain dari yang lain , novel2 lain genre romance . damm , menulis dari oversea atau tinggal di malaysia ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 12:47 PM | Show all posts
ini your 1st novel or 2nd or ...... novel ? tulisan nampak kemas dan teratur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply 33# di@n

novel? saya tak rasa saya akan tulis novel kot he he...i think i prefer it to be a short story lah..novel is too much high level for me to execute plus the elaborative process of writing a novel is very time consuming..which is something that i don't have...

mungkin sebab saya banyak membaca cerita-cerita dari certain authors jadi saya terikut gaya diaorang...saya cuba tak menjadi carbon-fibre penulis yang saya suka dan cuba create my own mold tapi sangat susah...

btw..saya dekat malaysia..kenapa tanya saye duduk oversea?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 07:06 PM | Show all posts
Reply 34# dammerung

sebab ramai forumer sekarang dari luarnegara , student misalnya . siapa your favourite author ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 08:55 PM | Show all posts
Reply 35# di@n

ye ke?...tak tau pulak saye...rasanya takda plak saya feature anything yang menunjukkan saya ni ada dekat oversea ha ha...takpela..maybe you just guessing...

saya dekat malaysia..tanah tumpahnya darahku ...

saya takda favorite author...i mean no one in particular sebab so far takda lagi author yang hatrick buat saya suka semua buku dia..ada hit and miss...

tapi kalau nak cakap pasal style..saya suka neil gaiman...even cerita ni pun saya banyak influence dari dia...

eh takpeke kita borak dkt sini...i mean mod tak marah? dekat rules tu rasanya mcm ada warning pasal borak2 dekat thread dlm board ni.....since i'm in the process of continuing this story that no one really bothers to read...takpela kan kita borak kat sini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2011 09:06 PM | Show all posts
Reply 36# dammerung


    tak apa , boleh borak , selagi berkaitan dengan cerpen dan penulis  . jadi bila sambungan cerpen neh ?
damm , jangan buat heavy sangat , dian tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:08 PM | Show all posts
cerita seram....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 03:07 AM | Show all posts
eee seram ah cte ko takut aku nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 03:00 PM | Show all posts
dammerung replied at 1-1-2011 08:55 PM
Reply 35# di@n

ye ke?...tak tau pulak saye...rasanya takda plak saya feature anything yang menun ...
since i'm in the process of continuing this story that no one really bothers to read
sy bc lah abg damm

sambung lah balik story zaf dgn kucing putih ni
sy sukakan surprise atau plot twist dlm cerita...cerpen, novel, drama, movie, etc

tp klu nkkan cdgn, sy prefer klu abg damm mskkan elemen thriller & horror
dan semestinya something yg bizarre mcm dlm antologi tajuk Bahau, 1971
1 of the shortest story dr abg damm

tp yg plg bizarre bg saya...ayat last tu
"Siapa sebenarnya Mat Sentol tu?"
seram...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.101237 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list