[Tempatan]
Pesawat dipercayai terhempas dekat Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar. #5, 6 & 7, Pesawat ringan. #33, Dua penumpang termasuk juruterbang, anggota penyelamat masih mencari mangsa
Diterbitkan: Feb 13, 2024 4:19 PM⋅
Dikemaskini: 4:58 PM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC telah terhempas dekat Kapar, Selangor pada Selasa, 13 Februari 2024.
"Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut.
“Namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.
"Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016," kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Norazman Mahmud pada satu kenyataan hari ini.
Norazman berkata hubungan terakhir pesawat dengan kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang namun tiada panggilan kecemasan diterima.
"Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat," katanya lagi.
Pesawat berkenaan dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.
Pesawat berkenaan dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.
PESAWAT ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ini.
Klang: Polis mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar terkorban.
Mayat kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an dan 40-an ditemui dalam kokpit pesawat yang terjunam lebih dua meter ke dalam tanah.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 1.45 tengah hari berhubung kejadian itu.
Menurutnya, mayat dijangka dapat dibawa keluar dalam tempoh tiga jam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.