CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnakPakKassim

Mungkin bertaut kembali? [U]

[Copy link]
Post time 14-4-2011 04:27 PM | Show all posts
chaiyuuk chaiyukk ifah smbung pnjng2 lagi pnjng2 lagi ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2011 11:04 AM | Show all posts
Baju dibadan di pandang.
Cermin di depan di tenung seketika.

'Boleh tahan juga badan aku ni.  Masih ada pinggang, tak de lah macam peti sejuk, lurus je.'


Tudung senada dikenakan dengan pantas.

"Kak Leha, lamanya.  Marilah, dah nak mula ni."  Suara Aisyah terdengar dari luar rumah.
bergegas Leha mengambil kunci dan terus keluar dari kamarnya.

"Dah siap, saja je nak tenung diri, perasan sendiri!" Zaleha tersengih.

"Wah semangat nye.  Baju baru ke?  Selular track ni nampak mahal.
Kasut?"

"Ni," Zaleha menunjukkan kasut yang baru dibeli.
Memang dia merasakan dia harus melakukan pembaharuan dalam hidupnya.
semenjak diberhentikan kerja, dia hanya menkadi suri rumah, menghambakan diri pada suami.
Tapi nampaknya, dia kehilangan identiti sendiri.

Pagi itu, Zaleha bertekad.  Dia akan mula mencari dirinya yang kian hilang!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:43 PM | Show all posts
sambung lagi lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:36 PM | Show all posts
erkkk ciputt nye ifah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:46 PM | Show all posts
Zaleha : Ghazali, bangun Ghazali!
Ghazali: Ungku Zaleha? Engku masih hidup
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 03:47 PM | Show all posts
yahooooo.....
org lama dah kembali berkarya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2011 10:20 PM | Show all posts
Salam ifah.. sikit sangat. Lama tak sebut n3, n3 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:47 PM | Show all posts
kak ifah.. smbg lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 08:47 PM | Show all posts
buah tgn baru dr k.ifah...

next n3 plsssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:30 AM | Show all posts
suka sangat baca cerita problem kluarga ni.bisa jadi pengajaran.thanks writer.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 08:28 AM | Show all posts
Fuyoo...ifah ade citer baru!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 09:10 AM | Show all posts
Tahniah Ifah
ada ole2 dari Ifah rupanya
apalah plak konflik yg berlaku kat atas Zaleha tu ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2011 01:45 PM | Show all posts
Alunan lagu cina yang lemah gemalai mengiringi mereka.
Di tempat luas yang terbuka, hampir 100 pasang tangan diayun mengikut rentak.
Badan dialih dari satu posisi ke posisi yang lain.  Lembut dan teratur.

Kekok rasanya tapi Zaleha masih gigih mencuba.
Aisyah seolah sudah mahir dengan tiap langkah.  Dia seolah menari dengan perlahan-lahan.

Setelah setengah jam, Zaleha mula berkeringat.  Tak sanga, hanya dengan senaman yang ringan,
dapat menghasilkan peluh yang bukan sedikit.
Mujur, Aisyah telah berpesan untuk membawa tuala kecil yang digantung di bahu.
Spontan, peluh di lap sebelum mengikuti langhah seterusnya.  

Akhirnya, selesai satu jam sesi senamam yang dipanggil Lian Gong.

--------------

"Macam mana?  ok?" Aisyah menegur.  Zaleha hanya mengangguk-angguk dan memberi senyuman.
Letih tapi seronok.

"Orang baru?" seorang wanita kacukan india menegur mereka berdua.

"Ya, ini jiran Aisyah, Kak Leha," Aisyah memperkenalkan mereka.  

Ramai lagi yang datang menghulurkan salam perkenalan.  Semuanya ramah.


"Kak Jah, hari ni kita mengaji tak?" seorang dari mereka menegur wanita kacukan tadi.

"Mengaji, macam biasa, di rumah Kiah.  Esok, kita ada kelas mengatur bunga di kelab masyarakat.
Ingat semua"  Kak Jah bersuara.

Zaleha memerhati kumpulan ini mula bersurai.  Ada yang mencapai beredar menuju ke pasar dan
ada juga yang mengatur langkah untuk pulang.  

Kumpulan ibu-ibu ini bukan hanya aktif bersenam tapi juga aktif mencari ilmu.
Terasa dirinya seperti katak bawah tempurung, hidupnya hanya memasak, membersih rumah dan
membantu mertua.  

"Kak Jah!"  Zaleha memanggil bila sedar Kak Jah sudah mahu beredar.

"Ya?"

"Siapa yang ajar mengaji?  Masih boleh masuk ke?"

"Ada Ustazah yang datang mengajar.  Tiap bulan, kami kumpul sedikit habuan untuk Ustazah.
sekjadar yang mampu.  Marilah.  Jangan malu-malu."

"Tapi, Leha tak pandai.  Segan juga."  

"Ramai juga yang masih baca merangkak.  Masa kami mulakan kelas, ada seorang dua yang buta huruf.
Alhamdulillah, yang penting, Leha cuba."

Zaleha hanya mengangguk-angguk.  Matanya bersinar suka.

---------------
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:59 PM | Show all posts
ada kelas mengaji tu yg syok
teringat masa puasa buat tadarus
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 06:41 PM | Show all posts

best.. ada cerita baru dari APK
I liiike sbb cerita psl org tua yg dah lama kahwin

sambung lagi yaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 04:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by AnakPakKassim at 19-4-2011 17:01

Talipon bimbit di tangan diperhatikan.
SMS yang diterima dibaca sekali lagi.

Nampaknya, masa mula cemburu pada Zaleha.
Tergesa-gesa, Zaleha bergegas pulang.
Ada tugas yang menanti, dia harus cepat bersiap.
----------

"Abah! wah, dah tak sabar nampaknya," Zaleha menegur.
Ayah mertuanya hanya menghadiahkan dia senyuman.

"Dah lama tak duduk termenung kat tahta abah."

"tahta?  Tak sangka pulak abah ni ada darah diraja, Raja Husin.  Sedap juga tu."

"Ialah. tahta abah yg abah selalu duduk termenung pagi-pagi..he..he..
Kat sini, kena kongsi, tak best lah!"

"Ish, tak senonoh lah abah ni," Zaleha tertawa dengan gurauan Husin.  
Hatinya suka melihat keadaan mertua yang dah kembali sihat.

"Hm... tapi Abg pesan, Abah kena balik rumah kami."

"Apahal ni?  Selama ni, abah tinggal sendiri, kenapa balik rumah kau?"

"Abah dah lupa kenapa abah masuk sini?  Pengsan di bilik air.  Nasib baik hati ni tergerak nak jenguk, kalau tak, tak tahulah apa dah jadi," Zaleha berleter.

"Ha!  Azman dan kau ingat abah ni anak-anak kecil ke, kena dijaga tiap masa.  Dah, jangan buat hal kat sini, abah nak balik rumah abah.  Muktamad!" suara Hussin tegas.

"Abah..." Zaleha cuba memujuk bila Husin nampak mengalihkan muka darinya.

"Abah.... Janganlah marah-marah, nanti darah abah 'go upstairs'.  Leha sayang abah, Leha nak jaga abah.  sebenarnya, rumah kami dah nak dijual.  Abang Azman nak pindah duduk rumah abah, jadi boleh jaga abah.  Kami tahu, abah tak boleh jauh dari tahta diraja abah tu..." sambil memujuk, Zaleha berseloroh.  

Dia faham yang mertuanya terlalu sayangkan rumah yang pernah didiami bersama arwah isterinya.  Biarpun hanya beberapa blok dari rumahnya, Azman tetap mahu pindah.  Khuatirkan ayahnya yang senantiasa bersendirian, lebih-lebih lagi di waktu malam.

"Betul?  Kamu nak pindah ke rumah abah?" Husin merenung Zaleha meminta kepastian.
Senyumannya melebar ketika Zaleha mengangguk.  Hilang rajuknya tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 09:55 PM | Show all posts
bagus betul leha nih...
Rasanya tak ramai dah ada menantu yg nak jaga mentua yg sakit...
mudah2an leha bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 11:58 PM | Show all posts
best...cerita yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:01 AM | Show all posts
n3 pendek tak puas baca...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 08:04 AM | Show all posts
bagus betul leha nih...
Rasanya tak ramai dah ada menantu yg nak jaga mentua yg sakit...
mudah2an ...
Hasmuniah Post at 19-4-2011 21:55



    hmm lebih lagi mnantu prempuan ngn ayah mertua pulak tu kann...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.181320 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list