|
helloo babe..... wahhh bestnya ada new book. Cant wait!!
hows Imran.... mesti dah cheeky sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
TAHNIAH!!!! buku ke 2
nanti dah siap bagi tau ya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
very intriguing beginning |
|
|
|
|
|
|
|
Smiley : tq. ye moga terhasillah buku.
princesse : imran makin cheeky, makin galak saja dia.. almost 1 year dah that lil boy ..
bling2...tq beb. bling bila pula nak ada buku pula ye....mesti hot item punya ! |
|
|
|
|
|
|
|
Smiley : tq. ye moga terhasillah buku.
princesse : imran makin cheeky, makin galak saja dia.. alm ...
detox Post at 22-7-2011 14:54 itulah detox, belum terfikir lagi, baru menimbang |
|
|
|
|
|
|
|
itulah detox, belum terfikir lagi, baru menimbang
cmf_blingblings Post at 22-7-2011 14:55
awat ler pakai timbang dacing..org timbang guna timbang hait digital tu ...
cepat ler..keluar borang masok meminang...gerenti ramai datang isi borang nak pinang buku hang ... |
|
|
|
|
|
|
|
wah buku baru kak detox..
tak sabar nak tunggu keluar, beli dan baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua ... saya orang baru di sini ... hehehe .... baru terhegeh2 membaca cerita2 gempak kat sini .... waaaahhhh ... detox .. baru teaser dah buat hati ku gundah gulana .... bila boleh dapat versi cetak ... errr .. novel2 detox yang lain cemana nak baca ... apa title ...? .. sila share ... tq tq ... hhehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh bestnya...tak sabar nak buat koleksi... agak2 nye bila kuar yek... mesti cite ni sarat ngan emosi sedih... tangkap nangesss nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
intro cam best.....x sabar nak pegi beli |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Terima kasih tak terhingga pada semua kata-kata perangsang dan yang menyokong hasil tulisan saya.
kita tempek lagi sikit...he he he |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2
DUA jam Lili mengurung dirinya dalam bilik gelap itu. Sekeping kertas foto dimasukkan dalam larutan Developer Minigrain, kertas itu digoyang-goyang beberapa minit sehingga imej terhasil. Matanya khusyuk meneliti, kertas foto tadi di angkat dan dikeringkan sekejap sebelum dipindahkan pula ke dalam larutan asid asetic, proses yang dikenali sebagai Stop Bath. Kertas foto itu digoyang-goyangkan lagi beberapa minit lalu dibilas dengan air. Langkah seterusnya adalah memasukkan ke dalam larutan Fixer, Fuji Fix untuk menetapkan imej terhasil. Sekali lagi kertas foto itu dibilas dengan air sebelum di kepitkan di tali bagi mengeringkannya. Langkah pertama sudah siap, sebelum meneruskan langkah untuk proses cetakan, Lili mengulang proses cuci filem untuk gambar seterusnya.
Untuk projek yang baharu itu, Lili memilih fotografi analog berbanding digital. Ada kepuasan dalam dirinya tatkala gambar-gambar itu di proses. Melalui fotografi film ianya akan tetap menceritakan situasi sebenar usai pemprosesan, tidak seperti digital, hasilnya boleh diedit, memang cantik tapi keasliannya terasa hilang. Namun kalau untuk projek-projek pengiklanan atau in-door shooting, Lili lebih selesa dengan digital sahaja.
Sekeping gambar yang sudah siap di tenung. Lokasi penggambaran adalah di tepi sebuah tasik yang jauh di satu daerah. Kawasan itu tidak pernah terusik, kecantikan alam semula jadi di tempat itu sungguh terjaga. Mengambil masa lima jam untuk sampai di situ, hasilnya sungguh menakjubkan. Dan melihat bahasa alam yang terakam di dalam gambar-gambar itu membuatkan Lili puas hati. Setiap sudut ada ceritanya sendiri. Untuk seorang jurugambar profesional seperti Lili, hasilnya bisa membuat siapa sahaja yang melihat seolah berada di situ.
Dulu dia terikat dengan beberapa syarikat antarabangsa, tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia lebih selesa bergerak sendirian. Mengikut masanya, tiada yang mengikat. Bebas untuk berkarya dengan mengacu lensa ke serata sudut. Gambar-gambar indah terakam menceritakan pelbagai sudut kehidupan manusia. Namun cerita hidup dia sendiri tidak seindah gambar-gambar itu.
Semuanya bermula dengan pernikahannya tiga tahun dahulu. Megat Nasir dan ayahnya, Alias adalah dua sahabat baik dan entah apa janji yang termetrai di antara dua orang itu, Lili dan Harith dinikahkan. Lili yang memang ada menaruh hati dengan Harith tidak fikir dua kali, dia terus terima dengan hati terbuka. Sesaat sah menjadi isteri Harith, Lili sedar Harith hanya menurut kata orang tua, tiada cinta dihati lelaki itu. Anak yang taat, tapi tega melukakan sekeping hati yang sangat berharap. Terang-terang di malam pertama sebagai suami isteri, Harith mengatakan dia tidak akan dapat jatuh cinta dengan Lili, terkedu mendengar luahan itu. Rasa cinta yang terpendam untuk Harith sekian lamanya tidak sempat diluahkan, dan ianya akan tetap terendam di dalam hatinya. Mereka terpisah jasad dan batin. Dia juga sudah lelah, sekiranya takdir sudah begitu, Lili akur sahaja. Sudah penat dia mempertahankan rumahtangga yang di bina tanpa rasa cinta, tanpa rasa sayang, yang ada hanyalah simpati dan rasa terpaksa.
Bunyi telefon mengejutkan Lili yang sedang leka dengan kerjanya.
“Ili, you kat mana ? I dah kat Shah Alam ni...”
“Emm..ya, bagi I setengah jam.”
“Hmm…kan I dah cakap kes kita pukul 3.00 …”
“Setengah jam…” Lili terus menekan butang off.
Sempat dia menyepit sekeping lagi kertas foto sebelum berlari ke biliknya, menyarung sepasang baju kurung dan tanpa secalit pemerah bibir dan make-up dia berlari semula ke bawah sambil mencari kunci kereta yang tidak berada di Key Holder, Lili melurut-lurut rambut dengan jari-jari halusnya. Kunci ditemui di bawah timbunan surat khabar dan majalah. Sebelum keluar dia menyarung tudung berwarna biru tua yang tidak padan langsung dengan baju hijau tuanya. Ah…..belasah. Memang dia tidak bersedia untuk apa pun yang bakal terjadi. Sepanjang perjalanan ke Shah Alam dia berzikir tanpa henti mententeramkan hatinya yang berbilau. |
|
|
|
|
|
|
|
DIA mencari ruang kosong di tempat letak kereta yang agak terhad, kerana kesuntukan masa, Lili meletakkan saja keretanya di belakang kereta Harith. Dia berlari sambil mendail nombor Harith, tapi handphonenya sudah di matikan. Dia membuka sms, matanya membaca mesej dari Harith dua jam sebelumnya : Tingkat 2 bilik M1, dan Lili cepat mendaki tangga. Tepat 30 minit dari waktu yang di janjikan Lili membuka pintu itu dan membaling dirinya ke dalam. Semua mata memandang dan dia terus jalan sambil mengawal pernafasan agar tidak kedengaran cungap kuat.
Harith mengamitnya untuk tampil ke hadapan. Suasana di bilik pembicaraan itu sepi. Lili boleh terdengar detak jantungnya yang kuat. Menggigil tangannya ketika menyerahkan kad pengenalan pada kerani mahkamah.
“Permohonan ini dibuat oleh Megat Harith bin Megat Nasir.” mula hakim syariah itu.
Harith angguk. Lili tunduk.
"Apakah sebab kamu hendak menceraikan isteri kamu, Lili binti Alias ?" tanyanya. Wajah hakim itu cerah tetapi setiap kali dia mengendalikan kes perceraian, hatinya akan terguris.
"Kami tidak ada kesefahaman."
"Kerana itu sahaja ? Kesefahaman boleh di cari."
Harith tarik nafas perlahan-lahan. Dia sudah siap sedia dengan apa saja bentuk soalan tuan hakim.
"Tiga tahun kami mencuba dan saya tidak boleh teruskan lagi perkahwinan ini. Saya hanya mendera perasaan isteri saya, saya tidak mahu berlaku curang padanya dan saya mahu dia juga merasa bahagia kerana saya tidak mampu memberi itu.” Harith berterus terang.
Lili tunduk menahan air mata
Terdiam sebentar hakim itu. Sayangnya. Melihat pada mereka berdua, tampak cocok sekali.
"Kamu, Lili binti Alias, apakah sebab inginkan perceraian ini ?" matanya jatuh pada Lili. Dia nampak kepayahan wanita itu menjawab. Dia nampak kelu lidah itu untuk menutur kata.
Lili rasa tekaknya begitu kering dan kesat sampai terlalu sukar untuk dia berbicara. Dia sedang berperang dengan kesedihan sekaligus sedang mententeramkan mindanya dari menitiskan air mata.
"Lili binti Alias, apakah kamu bersetuju dengan perceraian ini ?" tanya Hakim.
Harith mengalih pandang. Janganlah Lili buat hal di bilik itu. Dia tidak mahu panjang-panjangkan perkara ini.
Lili angguk, "Sebabnya sama dengan apa yang diberikan suami saya Tuan Hakim."
"Kamu pasti sebab itu sahaja ?"
Lili angguk, "Ya, saya pasti. Kami telah berusaha untuk memperbaiki keadaan, tetapi segala ruang telah tertutup untuk kami. Perpisahan adalah yang terbaik." Lili kuatkan diri, dia tidak mahu terjelepok jatuh.
Harith mengigit bibir. Maafkan aku Lili.
"Baiklah. Megat Harith, ucapkan kalimah syahadah, kemudian istighfar tiga kali dan lafazkan cerai."
Harith tarik nafas. Dia mengucap dua kalimah syahadah kemudian memohon keampunan. Dia tarik nafas lagi sedalam yang boleh. Pipinya turut mengembung sebelum ucap lafaz cerai dibutirkan. Saat lafaz cerai di sebut dengan tenang dan terang oleh Harith, Lili tidak berdaya lagi mengumpul kekuatan, empangan air mata terpecah juga. Harith juga berair mata. Dalam ketenangan ada juga getar dalam suaranya. Hari itu gugurlah semua janji yang diucapkan ketika majlis akad nikah tiga tahun dahulu.
PINTU kereta di tahan oleh Harith. Lili memandang sepi ke arah wajah bekas suaminya.
“Ili, kita masih kawan…”
Lili cuba senyum. Rasa terkilan bersarang.
“Call me if anything, you duduk rumah tu dulu. Kita bincang macam mana nanti, samada you nak beli atau kita jual sahaja. Malam ni I nak balik ambil barang kejap.” Katanya tanpa di dengar Lili. “Lili, I am sorry for this to happen..”
“I am sorry too for this to happen to us. All the best Harith." Lili menatap muka Harith seolah itulah hari terakhir dia akan melihat wajah itu.
"All the best to you too Ili." Harith juga memandang tepat pada mata Lili. Hari itu dia telah menoreh hati sahabat baiknya.
"Okaylah, I nak balik.” Lili tidak tahu hendak balik ke mana. Rumah mereka…tidak lagi ada ‘mereka’. Balik kerumahnya sendiri, dia tidak punya rumah. Pulang ke rumah Mama dan Papa, tidak boleh lagi, berita ini pasti menghancurkan hati Papa, dan tentunya menghiris perasaan Mama.
“Drive safely.” Harith melepaskan pintu kereta yang ditahan dan Lili terus menariknya, tanpa memaling dia terus memandu keluar, tiada tujuan, otaknya rasa kebas dan hatinya yang luka terasa di rendam di dalam cuka, pedih terlalu pedih. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya membaca kisah ini, |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabor... kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
oopppsss.. salah tekan emoticon lak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|