|
org nogori kan? ni musti ada saka rimau kan? kan? kan? ![](static/image/smiley/default/rolleye0012.gif)
best laa cite TT! me likey!!! teruskan! ![](static/image/smiley/onion/love.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 20# mis_kiki
tenkiu sudi baca.. bila dah kena puji ni baru la ade semangat nak cerita kisah2 lain pulak ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Lang hampir diculik oleh .......
Dalam sekitar tahun 1980-1996, Mak dengan abah membela lembu bagi menampung ekonomi keluarga. Anak ramai, 7 orang semuanya. Dah la ramai yang bersekolah lagi. Setiap kali nak start musim sekolah tahun baru je, mesti mak n abah jual seekor lembu bagi membiayai yuran sekolah, beli barang2 sekolah. Pada mulanya, lembu yang dibela hanya kurang dari sepuluh ekor, Alhamdulillah, semakin meningkat tahun semakin bertambah bilangan lembu-lembu peliharaan orang tuaku. Paling banyak mak cakap adalah sampai mencecah 50 ekor.
Pada sebelah pagi, kakak2 n abang2 ku semua pergi sekolah... Mak n abah pula pergi menoreh getah. Bila tengahari, budak2 balik sekolah, mak aku akan membawa anak2 nya pergi menjaga lembu. Tapi, mak aku dia tak bawak semua anak2 dia. Along aku kuat ngelat, dia malas jaga lembu. dia selalu bagi alasan nak masak kat rumah n menjaga adik2 yg kecil lagi. So, yg selalu jadi mangsa jaga lembu time tu adalah kak lang n abang ngah aku. kak tih, abang meon, kak cik dan aku masih kecil lagi masa tu. so, kitorang duk umah main konda kondi je lah.
Lokasi kandang lembu kitorang tu terletak di dalam kebun getah milik mak aku. Kebun getah tu pulak bersambung dengan kebun getah jiran2 aku. Boleh diklafikasikan sebagai ladang getah jugak la. Bila selepas waktu Zuhur, mak akan bawa abang ngah n kak lang aku yang masih besekolah menengah tu pergi ke kandang lembu. Pintu pagar dibuka, maka lembu2 mak aku pun dengan riangnya keluarlah selepas seharian dikurung. Mak aku akan membawa lembu2 ni pergi meragut rumput lalang yang segar bugar di kawasan yang tak berapa jauh dari kebun getah kitorang tu. kiranya masuk kawasan kebun getah orang lain la ni.
Lembu2 tu dibiarkan makan kat situ. Mak, abg ngah n kak lang duduk kat satu port yang redup untuk membuat kerja sekolah sambil memerhatikan lembu2 tu makan. Bila dah lewat Asar, mak aku mengajak abang ngah n kak lang balik. Maka, lembu2 tu pun menuruti arahan mereka bertiga. Semua lembu dah masuk dalam kandang. Mak aku dah kira siap2, semua cukup.
Tiba-tiba abang ngah jerit kat mak, cakap yang kak lang dah hilang. Mak aku ni dah rasa lain macam dah. Dia tau ada satu tempat dalam hutan tu mcam keras sikit. So, tampa bazir masa mak aku suruh abang aku setelkan lembu yg dalam kandang tu dulu. Mak aku gi kat lokasi yang keras tu. Sah! Kak Lang tengah berjalan nak masuk dalam "kawasan" itu. Nasib baik mak aku sempat panggil n tarik akak aku sebelum masuk dalam belukar tu. "Orang nak cari Dara, tadi nampak dia masuk dalam hutan ni," Ujar akak aku sambil ditarik mak aku menuju ke kandang lembu kitorang. Untuk pengetahuan semua, Dara tu adalah nama untuk satu lembu betina kitorang. Mak yakin yang Dara dah masuk dalam kandang dah tadi. Abis, lembu ke apa ke yang kak lang aku nampak tadi tu? Nak kata babi hutan, menurut kak lang, dia memang nampak jelas Dara masuk dalam hutan tu.
Menurut mak, mungkin makhluk halus yang mendiami belukar tu berminat nak menculik akak aku. Dan dengan itu, dia menjelmakan lembu supaya akak aku terpedaya. Nasib baik tak ada apa2 yang terjadi. Syukur Alhamdulillah ![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# homie
Saka ke?
Pasal saka rimau tu, aku tak berapa sure la pulak. Abah tak nak cerita. Aku penah korek rahsia tanya mak aku. Mak aku cerita, arwah atuk (a.k.a abah kepada abah aku) adalah seorang yang warak, siap bukak kelas mengaji untuk budak budak kampung time tu. Atuk digelar lebai oleh orang orang kampung.
Bila atuk dah meninggal, dia menurunkan 'benda' tu kat anak2 dia. Tapi tak da sorang pun yang nak bela. Sampailah semua adik beradik abah aku dah meninggal, tinggal abah aku je. Benda ni macam gentayangan, tak da arah tuju. Tapi, dia masih berbakti kepada keluargaku walaupun abah aku tak nak bela dia. Mungkin harimau putih dua ekor tu adalah jelmaan makhluk tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# cryingbaby88
Aku main teka je tau. Jgn amik serius plak. Hehehe!
Cume, mengikut pembacaan aku all this while, saka rimau paling kerap kat Negeri Sembilan. Diturunkan dari keturunan ke keturunan, perempuan sahaja. Sejauh mana kebenaran, wallahualam. Aku pun masih lagi mencari sape aku boleh interview pasal saka rimau ni. Maklumla, aku ni suka sgt baca benda2 camni (bab2 saka) ![](static/image/smiley/onion/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Abang Meon mimpi nenek tua yang scary sgt...
Kejadian berlaku sebelum tahun 2005, abang meon kerja di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan. Selalu buat overtime. Balik lewat malam. Waktu kerja tunggang langgang. Selalunya, bila balik kerja je, abang aku terus tido. Isyak ntah kemana... Bukan setakat Isyak, solat fardhu waktu lain pun amat jarang dilakukannya. Pendek kata, masa tu mmg zaman jahiliah abang aku la. Penat mak n abah aku membebel + sepak terajang, namun abang aku ni mmg liat bersolat.
Nak dijadikan cerita, pada satu malam tu, lepas balik kerja abang aku nih pun landing la kat katil bujang dia.. Terus terlelap. Abang aku terus berada di alam mimpi, dalam mimpi tu, abang aku didatangi oleh seorang nenek tua tersangat la bongkok (dah serupa mcm org rukuk), muka kerepot, kutil bersepah2 kat muka... Rambut dia panjang yahamat, mcam rambut rapunzel tapi versi beruban n kusut masai. Orang tua tu memegang satu tongkat kayu. Dalam mimpi tu, orang tua tu menjerit kat abang aku, "Kenapa kau tak sembahyang ha" Merah menyala mata orang tua tu. Terus abang aku terjaga dari tidur. Mengucap terus dia.
Tak lama pastu, nampak la abang aku sembahyang 5 waktu. tapi tak lama.. pastu berlubang2 gak. Tapi, alhamdulillah la, selepas dia kena santau, dia terus berubah. Alhamdulillah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bestnye cite ko TT. Mcm2 jadi kt family ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# asamfy87
Oh, mmg banyak cerita misteri family aku nih.. tak tau la knape setan suka kacau ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# cryingbaby88
Bertabah la weh. Aku x penah jadi pape tp kalau jd sure aku xtau nk tanggung cane. Hu |
|
|
|
|
|
|
|
sy pn tgh pregnant 39 weeks dh...ms sy pregnant dlm 20+ weeks..sy ade mimpi sorg perempuan tua dtg pegang prt sy n pas tu ckp yg baby lam prt ni gurl...sy asyk teringtkn prmpuan tua tu sbb kening dia semua wrna ptih n dia pakai tdg labuh..sy tnye dia mak cik ni siapa..dia snyp cma dia ckp dia knal mak ayah sy...lpas tu sy trus jga...sy cite kt mak sy..mak sy pn x tau nk ckp ape cma dia srh doa mtk sume nye slmt.... |
|
|
|
|
|
|
|
best2 cerita tt...sila teruskan...![](static/image/smiley/onion/hooray.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
TT citerla pasal abg TT kena santau.mesti serreemm |
|
|
|
|
|
|
|
lagi!! lagi!!! ... tengah tunggu cerita tt tentang abang tt kena santau tu ...
tentu banyak lagi cerita lain kan ... ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cryingbaby88 at 26-3-2012 09:57
Orang kenit
Peristiwa ini berlaku kat atas diri aku sendiri. Semasa itu, aku dalam area umur 6 tahun, budak tadika time tu.
Abah aku decide nak modify dapur umah kitorang, so adelah kerja2 construction kat rumah aku time tu. Abah aku nak tambah besarkan ruang dapur rumah kitorang. Time tu, aku baru balik tadika, dalam waktu tengahari macam tu. Pastu, aku nampak la kawan-kawan abah aku tengah buat kerja construction kat dapur. Aku ni kan budak, so suka la tengok benda benda macam ni.
Aku duk melepak kat tepi dorang buat kerja, kat luar rumah. Masa tu macam mendung2 sedikit. Asyik aku perhatikan org buat kerja, tiba-tiba aku nampak dua orang makhluk ni, bogel, tinggi dia separas lutut orang dewasa je, kulit gelap n rambut panjang sampai kaki. Muka dia macam muka manusia normal.
Makhluk tu pun macam aku gak, sibuk perhatikan orang buat kerja construction tu. Mereka duk tak berapa jauh dari aku. Dorang diam je, tak cakap apa2.. Aku yang kanak kanak ni tak terasa takut sangat pun time tu (tak sangka pulak tu makhluk halus), aku bangun dari port aku, gi cari abah aku. Aku cakap aku ade nampak "budak" dua orang. Nak tanya abah aku tu anak siapa, kononnya aku nak gi berkawan dengan dorang la Trus abah aku suruh aku gi mandi,makan n jangan gi tengok kerja construction tu lagi.
Lepas tu aku lupa pasal hal ni sampai lah aku bersekolah rendah. Aku suka baca buku cerita n pinjam dari perpustakaan. Ada lah aku pinjam buku Awang Kenit. Aku bawa balik rumah. Time aku membaca buku tu, abah aku cuba mengingatkan kat memori aku berjumpa "budak" time aku tadika dulu. Abah aku cakap, budak dua orang tu orang kenit la. Tapi makhluk tu harmless. Tak tau la ape motip dia dua orang duk tengok org construction buat kerja...
Ade lagi kisah orang kenit. Tapi ini dialami oleh arwah nenek aku. Nenek duduk kat seremban. So, bila hujung minggu dia akan datang kampung aku,nak melawat anak menantu n cucu-cucu dia. Time ni berlaku zaman paip air masih tak dibekalkan di dalam rumah aku lagi. Zaman ni sungai adalah sumber mendapatkan bekalan air/mandi/buang air. Nenek aku ni nak gi mandi, so dia pun pergilah kat sungai belakang rumah aku ni. Dia pergi sorang sorang je. Sampai kat tepi sungai, dia terkejut sebab nampak ramai sangat orang kenit mandi manda kat bahagian sungai yang cetek. Macam buat pesta la pulak. Maybe agaknye macam The Smurf buat pesta kot.
Nenek aku ni buat U turn, balik semula ke rumah aku. "Aku tak nak mandi dekat sungai tu, ada orang kenit!" ujar nenek kat mak. Last2, nenek mandi kat perigi belakang rumah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jiranku jadi pontianak?
Kawasan rumahku macam jauh sedikit dari jalan besar. Rumah rumah pun tak banyak, ada 4 rumah je. Belakang 4 buah rumah ni (termasuk rumah aku) ada sungai. Dulu jiran sebelah kiri rumah aku tu ada penghuni, tapi dah pindah ke tempat lain sebab kawasan rumah aku ni selalu banjir kalau hujan lebat. Yang paling teruk rumah sebelah kiri tu lah. Agaknya, motip dia pindah maybe disebabkan banjir kot.
Tak lama lepas family tu pindah, ada sepasang suami isteri warga indon datang menyewa kat rumah tinggal tu. Si isteri tengah sarat pregnant. Suami kerja buruh.
Nak dijadikan cerita, satu pagi, isteri indon tu sakit nak beranak. Suami dia panik, datang kat rumah aku nak mintak tolong. Kak long aku ada kat rumah time tu. Dia suruh laki dia bawak kereta, nak bawak isteri indon tu gi hospital. Ntah macam mana, abang ipar n kak long aku tak sempat nak bawak isteri indon tu gi hospital. Dia mati kat rumah bersama2 baby dia sekali. Maybe disebabkan fetal distress n maternal distress kot. Laki dia menangis la.
Abah aku tnya indon tu, dia agama apa, dia cakap dia Islam. Bini dia pun Islam. Pas tu, majlis pengkebumian dilakukan mengikut syariat Islam di tanah perkuburan kampung aku.
Misterinya start pada malam itu.
Satu ribut petir yang maha dasyat berlaku kat kampung aku. Atap2 zink rumah siap tercabut. Pokok2 patah dahannya. Banyaklah kerosakan yang berlaku kat satu kampung.
Pagi esoknya gempar berita dari tanah kubur. Kubur bini indon yang baru kebumi semalam tu berlubang! Kubur tu pun kena natijah akibat ribut malam tadi tu. Satu pohon ara yang besar telah patah dahannya n jatuh menghempap kubur penduduk lain. Habis simen2 kubur2 tu retak dan pecah.
Orang kuat kampung aku gi tanya laki indon tu, akhirnya dia mengaku yang bini dia tu Kristian. Dia sorang je yang Islam. Pastu, kena la pulak gali kubur pompuan tu, alih kan mayat untuk dikebumi kat kawasan pengkebumian orang kristian. Menyusahkan btol la laki indon tu :@ Dia pun pindah rumah tak lama pas tu.
Ingatkan hal ini dah setel. Rupanya tidak. Tak berapa lama lepas kejadian tu, adelah sumber2 yang mengatakan dorang ternampak cik ponti kat atap rumah indon tu semasa dorang lalu depan rumah tu. Pastu terbang sambil dukung figura seolah2 bayi di pelukan dia n lenyap kearah sungai belakang rumah dia.
Nasib baik la keluarga aku tak kena kacau. Mak aku pun penah nampak cik Ponti tu kat dahan durian umah kitorang. Mak aku wat derk je.Mak teruskan kerja dia menyapu sampah. Cool lah mak ni
Pernah satu malam tu satu family dengar hilaian ponti tu. Aku pun dengar tapi aku ni sengal ingatkan tu bunyi haiwan2 dari hutan sebelah sungai belakang rumah aku. Aku dah biasa dengan bunyi haiwan2, so aku tak amek port la
Skang ni, rumah tu dah dirobohkan. Tapi masih ade lagi tu aura scary dia. Kalu aku lalu depan rumah tu malam malam, aku pecut moto aku laju2. Hehe... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# ifti_2901
hope tak de ape2 la yg berlaku ye..byk2 berdoa ![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
eee.. scary tol area umah TT .. kalo dh biasa sure tk ambik port sgt ngan bunyi2 mlm2 kn.. semoga TT n family dilindungi..![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best la cerita mu cryingbaby88. story lah lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|