CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: legendazack

Unit Trust Public Mutual..Good or Bad..

[Copy link]
 Author| Post time 8-3-2013 11:31 AM | Show all posts
angguntuah posted on 8-3-2013 08:29 AM
lagi 1 soalan sy ttg pelaburan lump sum ni. sekiranya saya invest sebanyak 1k, then ada emergency dl ...

fee adalah sebanyak 3-5%. & ianya adalah dikenakan sebanyak sekali shj iaitu semasa memulakan pelaburan. & fee di public mutual adalah yg paling rendah(boleh research). tetapi ianya tetap berbaloi jika utk mid to long term..
cnthnya: pelaburan A tiada fee & dividend tahunan adalah 8%.
             pelaburan unit trust fee 5% & dividend adalah 12% misalnya.
jika dikira utk 3 thn misalnya. pelaburan A jumlah dividend adalah 24% (8%x3)
pelaburan unit trust pula adalah 31% (12%x3-5%).. manakah lebih berbaloi?
untuk jualan pelaburan, di unit trust tiada konsep lock period..boleh jual anytime..tetapi saya nasihatkan pelaburan di unit trust adalah mid to long term investment(3-5 thn) iaitu untuk mencapai keperluan hari tua, pelajaran anak2, perancangan pembelian rumah dll. jika untuk masa yg singkat amat tidak digalakkan kerana terdapat fee seperti dinyatakan diatas..tetapi jika untuk keperluan emergency, tiada masalah kerana penambahan di kemudian hari boleh dilakukan untuk mengamalkan strategi Dollar cost averaging (DCA).

apa kata kita jumpa, mungkin kita boleh discuss lebih lanjut tentang unit trust & boleh juga saya sarankan retirement plan yg terbaik utk Cik angguntuah mengikut kehendak cik..perancangan masa depan amat penting.. boleh saya tahu cik angguntuah tinggal dimana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 12:43 PM | Show all posts
legendazack posted on 8-3-2013 11:31 AM
fee adalah sebanyak 3-5%. & ianya adalah dikenakan sebanyak sekali shj iaitu semasa memulakan pela ...

good info. ok.. very clear now.. thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 01:12 PM | Show all posts
legendazack posted on 12-1-2013 12:12 PM
jika anda rasakan fund yang dilaburkan tidak memberansangkan. Para pelabur sebenarnya boleh switch ...

Salam.. saya tertarik dengan teknik switch PM. boleh beritahu saya dana yang paling sesuai untuk saya switchkan kepada dana tersebut. saya dah lama join PM (sejak PCIF diperkenalkan) tapi tak pernah merasa keuntungannya. setahu saya agen asal saya dah pencen daripada PM. ke dana mana harus saya swithckan dana PCIF saya ni.. TQ

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 02:55 PM | Show all posts
mzacks posted on 8-3-2013 01:12 PM
Salam.. saya tertarik dengan teknik switch PM. boleh beritahu saya dana yang paling sesuai untuk s ...

wsalam tuan.. saya dah tgk rekod utk PCIF..pada saya lebih baik tuan switch fund PCIF skrg..pilihan yg sgt bijak..bt masa ini ade beberapa fund yg bagus bergantung kepada risk profile tuan..tuan tinggal di area mana?mungkin kita boleh jumpa,saya boleh suggest beberapa fund, & tuan boleh lihat historical distribution dll.saya juga boleh cerita stategi2 kpd tuan juga nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 02:56 PM | Show all posts
angguntuah posted on 8-3-2013 12:43 PM
good info. ok.. very clear now.. thanks!

welcome..apa2 boleh PM saya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2013 07:54 PM | Show all posts
PELABURAN KWSP MERUGIKAN

As salam. Minggu lepas saya berjumpa seorang client & beliau menolak cadangan saya utk melabur untuk KWSP  kerana kawan beliau mengatakan merugikan & tak pernah untung...

Kawan? adakah kawan tersebut tahu ilmu unit trust? Dan dana apa yang dilaburkan?Saya cukup bersimpati dengan client tersebut kerana berada dalam kerugian setelah mendengar nasihat percuma dari seorang kawan yang bukan dalam profesion & tidak bertauliah.. So, saya nak share kenapa sbg pencarum KWSP anda seharusnya berfikir 100 kali utk tidak melabur dalam unit trust..

a) KWSP meluluskan pelaburan Akaun 1 di Unit Trust.
Pelaburan unit trust diluluskan oleh KWSP. Jadi kenapa anda perlu risau kerana sudah pastinya KWSP sudah membuat penyelidikan & kajian sedalam dalamnya berkenaan pelaburan ini kerana ianya melibatkan wang pencen untuk hari tua penduduk di Malaysia. Untuk pengetahuan, akaun 1 hanya boleh dikeluarkan 3 tujuan sahaja:
i) Apabila anda meninggal dunia
ii) Apabila anda berumur 55 thn
iii) untuk pelaburan unit trust.
Jadi,jika pelaburan unit trust tidak membantu pencarum KWSP, mengapa KWSP membenarkan pengeluaran untuk pelaburan??

b)Pesara Tak Cukup Simpanan Selepas Pencen
Beberapa kajian yg dibuat menunjukkan ramai pesara di Malaysia menghabiskan wang KWSP mereka dalam masa 3 thn. Ini menjadi sesuatu yang patut dirisaukan kerana selepas persaraan untuk meneruskan kehidupan bergantung kepada wang KWSP. Atau adakah kita masih ingin bekerja untuk meneruskan hidup selepas wang KWSP habis??semestinya tidak bagi saya.

Sekiranya kita mula bekerja seawal 25 thn & mencarum KWSP & tidak pernah mengeluarkannya sehingga bersara umur 55 thn, mungkin simpanan terkumpul adalah tinggi. Tetapi rata-rata kita mengeluarkan simpanan KWSP untuk urusan pembelian rumah, perubatan, & melanjutkan pelajaran. Akibatnya simpanan akhir untuk persaraan adalah terlalu kecil untuk menampung kehidupan selepas persaraan.

c) Inflasi mengecutkan Nilai simpanan KWSP.
Perkara yang paling dibenci oleh manusia dalam perancangan kewangan adalah kenaikan harga barang@inflasi.. Ketika masih bekerja, mungkin inflasi ini tidak begitu dirasai kerana diimbangi dengan kenaikan gaji. Tetapi diwaktu persaraan, kadar pendapatan adalah tetap & tiada kenaikan tetapi kadar inflasi tetap semakin meningkat. Kadar inflasi juga menghakis dividend KWSP. Kadar inflasi puratanya bernilai 3%-4%.

Disebabkan inilah mengapa KWSP membenarkan pencarum membuat pilihan untuk melabur dalam unit amanah untuk membolehkan ia "bekerja" sendiri untuk anda menjana pulangan yg lebih tinggi. Bayangkan berapa banyak wang KWSP anda berganda jika ia "bekerja" selama 10 thn, 15 thn, atau 20 thn? Ini semua tidak tercapai jika anda hanya membiarkan wang anda di KWSP. Usah tunggu lagi, setiap kali anda bertangguh, anda kehilangan potensi gandaan semaksimum mungkin.. Persaraan anda adalah tanggungjawab anda. Anda menentukannya.

Hubungi saya, sebagai consultant unit trust anda. Wassalam.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 09:51 AM | Show all posts
Salam sahabat2 forum semua,

Saya memang berminat dengan investment dalam unit trust ni..saya baru jer nak berjinak2..semau info dalam thread ini sangat bermanfaat..tq banyak2.. and saya pun juz nak share satu e-book tentang investment unit trust ni, tajuknya"Rahsia Unit Trust"..e-book ni akan ajar kita selok belok unit trust dari first step dan dia akan ajar macam mana kita nak gandakan keuntungan investment sebanyak 3x ganda..saya rasa tak rugi mana pun kalau beli e-book ni..sebab cikgu saya cakap, sebelum mulakan apa-apa benda termasuklah business atau investment, kite kena la ambik inisiatif untuk belajar supaya tak sesat jalan.. kalau ada mentor2 yang hebat macam sahabat2 forum ni lagi bagus..just klik jer link  di bawah ni..

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6395_38_1_163
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 10:43 AM | Show all posts
hurilain88 posted on 21-3-2013 09:51 AM
Salam sahabat2 forum semua,

Saya memang berminat dengan investment dalam unit trust ni..saya baru ...

Good sharing tuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2013 12:22 PM | Show all posts
sekarang adalah masa yg sesuai untk mulakan & tambah pelaburan.
:pembubaran parlimen:

" tidak pernah dengar orang menyesal menabung, tetapi orang menyesal berbelanja & tidak menabung ada kedengaran."
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 09:27 PM | Show all posts
perancangan kewangan islam yang menawarkan keuntungan jangka panjang sebanyak -+ 46% sebulan.penerangan percuma 017-277 3417.More you save,more higher profit you get.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2013 10:34 AM | Show all posts
untuk maklumat lanjut dari saya tentang nasihat kewangan & how to retire rich..like this FB group.. In shaa Allah.
https://www.facebook.com/PakarPenasihatKewangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:29 AM | Show all posts
tahukah majority rakyat malaysia menghabiskan wang KWSP dalam masa 3 thn shj selepas bersara.. tahu kenapa??
salah 1 nya..kita tidak menyahut seruan untuk melabur KWSP akaun 1.. Ini adalah cara untuk maximumkan pelan persaraan kita..
Jika pelaburan ini tidak memberi keuntungan, KWSP tidak akan benarkan pencarum merisikokan wang persaraan mereka. betul kan??PM saya untuk memaximumkan pelan persaraan anda..

Boleh like page dibawah:
https://www.facebook.com/PakarPenasihatKewangan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:49 AM | Show all posts
fund apa yang paling bagus? boleh tolong rekomen? tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 11:05 AM | Show all posts
saniken posted on 30-4-2013 10:49 AM
fund apa yang paling bagus? boleh tolong rekomen? tq

Untuk mendapatkan fund yang terbaik.eloklah jika saniken berbincang dengan consultant yang saniken lantik untuk menentukan tahap risiko saniken. kemudian consultant akan tentukan fund yang bagus berdasarkan tool yang ada.. saniken baru nak invest ke?atau nk switch??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 06:07 PM | Show all posts
ctredzuan posted on 13-12-2012 08:02 AM
maaf cakap, lbh baik labur kpd yg benar2 nampak potensinya, saya baru sahaja jual semula fund dalam  ...

mungkin ada silap kat mana2 tu...

saya saspek China's fund, sbb saya masuk tahun 2008, jual awal 2009 return dlm 32%.


simple calculations:

katakan invest RM100,000.00

KLCI 1000pts, PIDF (Public Islamic Dividend Fund) 0.25sen / unit

RM100,000 / 0.25 = 400,000 unit.

KLCI 1100pts PIDF 0.30sen/unit

0.30 x 400,000 unit = RM120,000.00

RM120,000.00 switch to Money Market andaikan RM1/unit

KLCI 1050pts PIDF 0.26sen/unit

RM120,000 / 0.26 = 461,538.46 unit


KLCI 1150pts PIDF 0.30sen/unit

461,538 unit x 0.30 = RM138,461.38

Approx untung: RM38,461.38 (38.4%)

Jika tak switching: 400,000 unit x 0.30 (harga akhir) = RM120,000

Approx untung: RM20,000 (20%)

*KLCI = Kuala Lumpur Composit Index (Bursa Malaysia)





Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 06:10 PM | Show all posts
saniken posted on 30-4-2013 10:49 AM
fund apa yang paling bagus? boleh tolong rekomen? tq

Favourite Funds: PIDF, PISEF, PIOF, PITSEQ... tak meghampakan so far.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2013 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam berjaya present forecast pelaburan unit amanah kepada seorang client...& berdasarkan strategi yg diatur. Beliau melabur epf akaun 1 RM 150k...target saya kpd client saya adalah minimum 1 juta untuk persaraan..inshaa Allah.dgn izin Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2013 03:14 PM | Show all posts
JIKA HARGA JATUH, PELABURAN KITA RUGI KE?

Seringkali saya diajukan oleh pertanyaan seperti di atas oleh para pelabur saya dan juga bakal pelabur. Ini adalah soalan lazim yang sering diajukan oleh mereka kerana sebagai manusia normal, adalah lumrah untuk kita mengambil sikap berhati-hati untuk setiap risiko yang bakal diambil.

Di dalam pelaburan unit trust / amanah saham, wang yang kita laburkan akan ditukar kepada bentuk unit.
Sebagai contoh (dengan mengabaikan service charge), pelabur yang melabur sebanyak RM1, 000 pada harga RM0.25 seunit akan mendapat 4000 unit.

Unit ini adalah berbentuk tetap. Apa yang berubah hanyalah pada harga unit. Harga unit ini akan berubah-ubah setiap hari bursa saham diniagakan, iaitu pada hari bekerja. Apabila harga unit berubah, nilai semasa juga akan berubah. Namun begitu, jika pelabur tidak menjual unit yang dimilikinya, pelabur tidak akan menerima apa-apa kesan daripada kenaikan atau penurunan harga unit tersebut.

Di dalam setiap pelaburan, ada risiko yang perlu kita hadapi. Tetapi bagaimana kita menghadapi risiko itu adalah yang penting. Begitu juga dengan pelaburan unit trust / amanah saham. Tetapi risiko pelaburan di dalam unit trust / amanah saham ini adalah kurang jika dibandingkan dengan melabur terus ke pasaran saham. Kejatuhan harga unit trust / amanah saham ini pula tidak terlalu mendadak seperti di pasaran saham semasa kerana harga bagi sesebuah dana unit trust adalah harga purata bagi berpuluh-puluh harga saham. Jadi, harga bagi setiap dana tidak akan turun mendadak pada sesuatu masa. Ini kerana, walaupun ada saham yang turun harganya, ada juga saham yang harganya sedang naik.

Atas sebab inilah, saya sarankan kepada pelabur supaya jangan terpengaruh dengan spekulasi-spekulasi dan Insyallah, anda tidak akan kehilangan wang pelaburan anda jika anda kekal kepada objektif pelaburan anda; iaitu untuk jangka panjang.

p/s: kepada yang nak maximumkan wang mereka terutama EPF,boleh PM saya.. penting untuk kehidupan semasa pencen nanti..Inshaa Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2013 09:18 PM | Show all posts
Article thesundaily menyebut unit trust akan "double-digit growth" tahun ini. sesiapa yang masih belum tahu KWSP akaun 1 boleh dilaburkan di unit trust..Bole PM saya.. Wang persaraan adalah hak anda utk menentukan bagaimana ia digunakan.. Jadi rancanglah dengan bijak semaksimum mungkin untuk menjamin persaraan yang lebih selesa. lihat artikel di bawah & PM saya.

http://www.thesundaily.my/news/728081
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 02:07 PM | Show all posts
saya dah melabur sejak 2005 sehingga sekarang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070027 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list