CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

KISAH PARA NABI,SAHABAT,TABIIN,WALI ALLAH,ULAMA',PEMIMPIN

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2013 05:10 PM | Show all posts
KISAH 10

Nabi Ibrahim a.s ketika remaja masih belum dilantik menjadi Nabi dan rasul....ayahnya A'zar adalah pembuat berhala dan menyuruh Ibrahim a.s menjualnya di pasar.

Nabi a.s pun membawa pelbagai jenis berhala ke pasar dan berteriak

"Siapa nak beli patung kayu,batu yang bodoh ini....siapa2 yang beli memang bodoh....berhala bodoh ni bergerak pun tak boleh,bagaimana pula orang bodoh menyembahnya?"

Begitulah setiap hari Nabi as ke pasar dan tidak pernah laku berhala yang dijualnya......





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2013 05:15 PM | Show all posts
KISAH 11

Dihikayatkan kelihatan seorang wali Allah berjalan atas laut tanpa tenggelam....seakan berjalan atas tanah

Orang ramai kehairanan dan bertanya

"Wahai orang alim.....bagaimanakah kamu boleh berjalan atas air tanpa tenggelam?apakah amalan kamu?"

Jawabnya " Mudah sahaja,bacalah surah al-Ikhlas 70,000 sehari .............."

Maka masing2 berebut melakukan amalan tersebut namun tiada seorang pun berjaya berjalan atas air...

Mereka berjumpa wali Allah tersebut...bertanya mengapa mereka dah lakukan amalan tersebut namun masih gagal?

"Apakah niat kamu ?jika niat kamu membaca surah al-Ikhlas 70,000 sehari semata-mata mahu berjalan atas laut,nescaya niat kamu adalah salah.....Nabi saw bersabda sesungguhnya segala amalan itu dengan niat...."jawab wali Allah tersebut................








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 05:21 PM | Show all posts
KISAH 12

Ketika  seorang Raja memerintah,dia amat kejam dan jahil.Diperintahkan semua ulama' mengatakan Quran itu makhluk,bukan kalamullah...mana-mana ulama' yang ingkar akan dibunuh...

Maka ramailah ulama' ketakutan mati dibunuh dan mengakui Quran itu makhluk....ada juga ulama' yang ingkar dan dibunuh dengan kejam oleh Raja tersebut...

maka tibalah giliran seorang alim....

Beliau rahimullah dikenali seorang yang amat taat beribadat dan alim....apabila ditanya Raja,adakah Quran itu makhluk atau kalamullah?

Alim  itu menunjukkan jarinya kepada Quran dan niat jarinya bukan Quran

"Makhluk" katanya

Maka lepaslah dari hukuman bunuh.Alim itu tidak murtad kerana yang dimaksudkannya adalah jarinya,bukan Quran,namun Raja tersebut tidak memahaminya....

selamatlah alim itu.....................



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 05:24 PM | Show all posts
KISAH 13

Seorang murid Imam Syafei rahimullah bertanya mengenai masalahnya susah menghafal...

Imam Syafei menasihati

"Tinggalkan dosa walaupun dosa kecil..sesungguhnya ilmu itu nur dan tidak akan mendapat nur orang yang melakukan dosa...."

Maka murid itu berusaha meninggalkan segala dosa dan bertemu Imam Syafei rahimullah dan memberitahu bahawa masalahnya telah selesai....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 05:26 PM | Show all posts
KISAH 14

INSYA-ALLAH LAIN KALI..................

betapa susahnya murid2 negeri miskin di negara miskin untuk mendapatkan ilmu ....




Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:06 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 10-1-2013 03:38 PM
INSYA-ALLAH LAIN KALI AKU SAMBUNG.....

ADA JUTA2 LAGI KISAH NAK DISAMPAIKAN....

SURAH APA NI ACIK OI DEN TAK PEK NENGOK HA.. BAGITAU NAMA SURAH LEH? MOKASIH BANYAK EH ACIK?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 11:12 AM | Show all posts
the best lah ankel.. keep it up...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 12:45 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 11-1-2013 11:12 AM
the best lah ankel.. keep it up...

Insya-Allah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 02:29 PM | Show all posts
KISAH 14

Nabi Noh a.s menyiapkan kapal di atas bukit Judi bersama pengikut2nya.

Mereka yang x beriman menganggap Noh a.s adalah gila kerana membina kapal ..

Mereka bukan sahaja menghina dan mengeji Nabi Noh as malah pada waktu malam mereka beramai2 membuang najis di dalam kapal yang sedang dibina...

Pada 1 hari ada hamba Allah yang menghidapi penyakit gatal dan kudis membuang najis dari atas dan terjatuh ke atas timbunan najis dalam kapal.Dengan keajaiban ,najis2 itu telah menyembuhkan segala kudis dan gatal di badannya.

Maka tersebarlah berita ubat ajaib dan berduyun-duyun puak kafir datang memungut segala najis2 hingga bersih licin...Setelah itu tiada lagi yang membuang najis dalam kapa yang sedang dibina Noh a.s





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 02:35 PM | Show all posts
KISAH 15

  Nabi saw ketika di Mekah mengalami pelbagai penderitaan dan kesakitan akibat perbuatan melampau puak2 kafir...Bahkan pengikut Nabi saw juga mengalami perkara yang sama.

Setelah kematian bapa saudara Abu Tholib dan isteri Khadijah r.a,penderitaan semakin bertambah2...

Puak2 kafir telah melakukan pemulauan terhadap Nabi saw dan org Islam di Mekah hingga menyebabkan makanan pun sukar didapati..

seorang sahabat r.a bercerita

"Pada 1 hari aku buang air kecil di atas pasir..air kencing terpercik seakan ada sesuatu di atas pasir..aku pun mengorek pasir dan terdapat tulang yang masih ada sisa-sisa daging melekat ..aku pun mengambilnya dan membasuh..lalu ku makan.."

Begitulah pahitnya penderitaan..........





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 02:40 PM | Show all posts
KISAH 16

Dalam satu peperangan...pertempuran sengit berlaku namun tentera Islam masih juga belum menang.Ini berikutan kekuatan tentera musuh 10 kali ganda ramainya berbanding tentera Islam...

Panglima tentera bermunajat dan berdoa kepada Allah meminta petunjuk.Lantas Allah swt memberi petunjuk dalam mimpinya...

"Wahai orang Islam...marilah kita bersugi setiap 5 waktu....itulah amalan untuk menguatkan iman kita.."

Kesemua tentera Islam bersugi dan puak kafir melihat dari jauh..

"Hah ?orang Islam memang kuat..kayu pun mereka makan!Mari kita lari..nanti kita pula akan dimakannya!"jerit panglima tentera kapir...

Akhirnya setelah ramai tentera kafir melarikan diri,tentera Islam mendapat kemenangan....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 02:43 PM | Show all posts
KISAH 17

"ISTERIKU...........apabila kematianku tiba,mintalah para sahabatku untuk menguburkan jenazahku bersama pedang ini...aku mahu ia menjadi saksi di akhirat..."pesan Salahuddin al-Ayubi rahimullah....

Pesanan rahimullah ditunaikan.Ketika beliau meninggal dunia,hanya wang 70 dirham ditinggalkan.tiada BMW mahu pun banglo berjuta walaupun beliau adalah Khalifah Islam ....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 02:47 PM | Show all posts
KISAH 18

KHALIFAH OMAR aBDUL aZIZ RAHIMULLAH sedang bekerja di pejabatnya pada waktu malam...

Anaknya datang menemuinya...

Omar bertanya "Kamu datang urusan apa?urusan keluarga aatu negara?"

"Urusan keluarga "jawab anaknya

Lantas Omar memadamkan pelita...anaknya bertanya mengenai perbuatan ayahandanya...

"Anakku...pelita ini dibeli dengan wang hasil negara..adalah salah aku menggunakannya untuk kepentingan peribadi..."

Subhanallah.........................



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 02:54 PM | Show all posts
kisah 19

Raja Rom i mengarahkan dua panglima tenteranya pergi menyiasat siapakah Omar al-Khattab,Khalifah yang amat disegani pelusuk dunia arab...

Lantas kedua-duanya datang mencari Omar r.a.Lantas penduduk memberitahu Omar r.a biasanya petang 2 sedang baring di bawah pokok berhampiran masjid...

Mereka seakan tidak percaya..seorang Raja baring di bawah pokok?

Khalifah Omar al-Khattab sedang lena di bawah pokok....tanpa pengawal,hanya pedang di tepinya..

Lantas mereka bersyair yang amat panjang...

"Wahai Tuhan...aku mengakui kehebatan insan ini...
walaupun Raja dan Khalifah Agong....
walaupun hebat dan mulia
namun sifat rendah dirinya amat tinggi

Rajaku,dilkelilingi 10 lapisan pengawal
Namun insan hebat ini
Hanya lena tanpa rasa takut dan gentar..."

Kedua-duanya pulang ke Istana Raja Rom dan menceritakan kisah Omar r.a dan kedua-duanya memeluk Islam....





Last edited by GuaAnakMelaka on 11-1-2013 02:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 02:56 PM | Show all posts
KISAH 20

Insya-Allah bersambung.....



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:00 PM | Show all posts
salam

syukran .. alhamdulillah ..

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 10:43 PM | Show all posts
NorAddin posted on 11-1-2013 09:00 PM
salam

syukran .. alhamdulillah ..

waalaikumsalam..afwan

Barakallah.......................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 01:08 AM | Show all posts
KISAH 20

Zaman Khalifah Saidina Ali r.a berlaku banyak pemberontakan dan huru hara akibat golongan Munafik yang tamakkan kuasa.Ditambah dengan hasutan puak kafir untuk memecah-belahkan umat islam..

Sahabat-sahabat Khalifah bertemu beliau dan bertanya

"Wahai Khalifah..mengapa berlaku pelbagai bala bencana zaman ini...peperangan sesama umat islam dan saling bunuh-membunuh?"

Jawab Ali r.a

"Pada zaman Abu Bakar,Omar dan Osman tidak sebegini,kerana manusia yang hidup pada zaman mereka adalah seperti aku...."


Saidina Ali bin Abi Tholib pernah berkata

“Pandanglah (nilai) apa yang dikatakan (oleh seseorang), jangan pandang siapa yang berkata”.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 01:16 AM | Show all posts
KISAH 21

   Abdul rahman bin Auf r.a adalah kaum Muhajirin yg datang dr Madinah sehelai pinggang....semua harta ditinggalkan di Mekah...

seorang sahabat Ansar yang kaya raya berkata

"Abdul Rahman...aku mempunyai harta dan mahu memberikanmu sedikit sebagai modal perniagaan....aku juga ada empat isteri,kau pilihlah yang mana kau perkenan.."

Namun Abdul rahman bin Auf  menolak tawaran tersebut dan berkata " Tunjukkan aku di mana pasar,aku akan berniaga.."

Abdul Rahman akhirnya berjaya menjadi jutawan yang kaya raya,namun beliau tidak pernah sesekali sombong dan angkuh....

Ketika kematiannya,salah seorang pekerja beliau bercerita

"Abdul  Rahman adalah manusia hebat dan mulia.Puluhan tahun aku bekerja dengannnya,tidak pernah ia mengherdik atau menghina kami semua sebagai pekerja..Apa yang kami makan,itulah makanannya.Apa yang kami pakai,itulah pakaiannya.Kami pekerja dan majikan umpama sebuah keluarga.Ramai pedagang hebat yang datang berurusan dengan Abdul Rahman tidak mengenali beliau sebagai majikan kerana kami seakan sama,begitulah tawadduknya....."

Walaupun pedagang hebat dan jutawan ternama,Abdul rahman sering ikut Nabi saw berperang.Malah selepas kewafatan Nabi saw pun beliau berperang hingga ada berbekas 70 tusukan pedang di belakang badannya.

Meninggal dunia ketika berusia 73 tahun (ada pendapat 71 tahun )  dan sebelum meninggal dunia,beliau r.a telah mewasiatkan semua hartanya untuk Baitul Mal.

Dianggarkan kekayaan beliau berdasarkan nilai mata wang hari ini adalah RM70 juta.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 01:25 AM | Show all posts
KISAH 22

           Bumi Madinah dilanda kemarau panjang dan penduduk terputus bekalan makanan.Aisyah r.a amat sedih dan kecewa dengan ujian yang diberi.Kemudian berlaku ribut pasir yang amat dahsyat...Penduduk Madinah menyangka tambahan bencana,namun rupanya rombongan barang dagangan kafilah pedagang...

          700 ekor unta membawa pelbagai jenis makanan dan ia milik Abdul Rahman bin Auf r.a .Apabila sampai,Abdul Rahman  r.a
membuat tawaran .

"Siapakah yang mampu membeli kesemua ini?"

maka seorang demi seorang menawarkan harga.....namun Abdul Rahman masih tidak berpuashati....

"Berapakah kamu mahukan wahai Abdul rahman?ini sahaja wang kami ada.."keluh seorang hartawan...

Penduduk Madinah mula risau kerana itulah satu-satunya sumber bekalan makanan yang ada.

Ada yang menangis,takut-takut tiada seorang pun mampu membeli mengikut harga yang dimahukan Abdul Rahman...

Kemudian Abdul Rahman berkata

"Wahai penduduk-penduduk Madinah,selain Allah dan Malaikat ,kalian  adalah saksi .Semua makanan itu aku nafkahkan fi sabilillah untuk semua penduduk Madinah..."

"Allahu Akbar!"jeritan penduduk Madinah terdengar hingga ke ufuk langit...............





  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059457 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list