CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_anisss84

[PERLIS] Parlimen dan DUN Perlis [Keputusan Penuh m/s 3] (BN-MENANG)

[Copy link]
 Author| Post time 18-4-2013 04:11 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 18-4-2013 03:39 PM
vote 4 patul bari- Dun sanglang,ahahaha

mengundi kat situ ker..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 04:50 PM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 18-4-2013 04:11 PM
mengundi kat situ ker..................

dak eh...aku kt kelantan,he2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 04:54 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 18-4-2013 04:50 PM
dak eh...aku kt kelantan,he2

hok aloh kat kelate gok ko? mengundi kat mano?



terspeaking kelate......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:01 PM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 18-4-2013 04:54 PM
hok aloh kat kelate gok ko? mengundi kat mano?

Parlimen tanah merah,Dun kemahang

anis ngundi dulu kan???selamat mengundi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 10:23 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 18-4-2013 05:01 PM
Parlimen tanah merah,Dun kemahang

anis ngundi dulu kan???selamat mengundi

TQ.... awk pun selamat mengundi..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 09:14 AM | Show all posts
SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
PARLIMEN BAGI NEGERI PERLIS, 2013
BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTISTATUS

P. 001 - PADANG BESAR
1. ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDINBN LAYAK BERTANDING
2. AZAMHARI BIN MOHAMOOD PAS LAYAK BERTANDING

P. 002 - KANGAR
1. BAHARUDDIN BIN AHMADPAS LAYAK BERTANDING
2. SHAHARUDDIN BIN ISMAILBN LAYAK BERTANDING

P. 003 - ARAU
1. SHAHIDAN BIN KASSIMBN LAYAK BERTANDING
2. HARON BIN DINPAS LAYAK BERTANDING
3. ZAINUDIN BIN YOMBEBAS LAYAK BERTANDING

JUMLAH KESELURUHAN
7
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2013 09:15 AM | Show all posts
SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI PERLIS, 2013
BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTISTATUS

P. 001 - PADANG BESAR
N. 01 - TITI TINGGI1. YAACOB BIN MANBEBAS LAYAK BERTANDING
2. KHAW HOCK KONGBN LAYAK BERTANDING
3. TEH SENG CHUANDAP LAYAK BERTANDING
N. 02 - BESERI1. MAT RAWI BIN KASSIMBN LAYAK BERTANDING
2. WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIMPAS LAYAK BERTANDING
N. 03 - CHUPING1. WAN MOHAMAD FISHAAL BIN WAN DAUDPKR LAYAK BERTANDING
2. ASMAIZA BINTI AHMADBN LAYAK BERTANDING
N. 04 - MATA AYER1. AMMAR BIN GAZALIPKR LAYAK BERTANDING
2. KHAIRI BIN HASANBN LAYAK BERTANDING
N. 05 - SANTAN1. SABRY BIN AHMAD BN LAYAK BERTANDING
2. MOHD. ANUAR BIN MOHD. TAHIRPAS LAYAK BERTANDING

P. 002 - KANGAR
N. 06 - BINTONG1. RELA BINTI AHMADBN LAYAK BERTANDING
2. ABD JAMIL BIN KAMISPAS LAYAK BERTANDING
N. 07 - SENA1. ABDUL JAMIL BIN SAADBN LAYAK BERTANDING
2. AHMAD RIZAL EFFANDE BIN ZAINOLBEBAS LAYAK BERTANDING
3. TUAN MARJA BINTI TUAN MATPKR LAYAK BERTANDING
N. 08 - INDERA KAYANGAN1. POR CHOO CHOR @ POR CHOO CHUANBN LAYAK BERTANDING
2. AMEIR BIN HASSAN BEBAS LAYAK BERTANDING
3. CHAN MING KAIPKR LAYAK BERTANDING
N. 09 - KUALA PERLIS1. SHAARI BIN LUDIN BEBAS LAYAK BERTANDING
2. MAT BIN HASSANBN LAYAK BERTANDING
3. NOOR AMIN BIN AHMADPKR LAYAK BERTANDING
N. 10 - KAYANG1. YA'AKUB BIN ABU SEMANPAS LAYAK BERTANDING
2. AHMAD BAKRI BIN ALIBN LAYAK BERTANDING

P. 003 - ARAU
N. 11 - PAUH1. IDRIS BIN YAACOB PAS LAYAK BERTANDING
2. AZLAN BIN MANBN LAYAK BERTANDING
N. 12 - TAMBUN TULANG1. ISMAIL BIN KASIMBN LAYAK BERTANDING
2. AZHAR BIN AMEIRPKR LAYAK BERTANDING
N. 13 - GUAR SANJI1. ZULMI BIN SABRIPAS LAYAK BERTANDING
2. JAFPERI BIN OTHMANBN LAYAK BERTANDING
N. 14 - SIMPANG EMPAT1. RUS'SELE BIN EIZANPAS LAYAK BERTANDING
2. NURULHISHAM BIN YAAKOBBN LAYAK BERTANDING
N. 15 - SANGLANG1. ZAINUDIN BIN YOMBEBAS LAYAK BERTANDING
2. FATHUL BARI BIN MAT JAHYABN LAYAK BERTANDING
3. MOHD SHUKRI BIN RAMLIPAS LAYAK BERTANDING

JUMLAH KESELURUHAN
35
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:14 PM | Show all posts
kemon Haron Din..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 02:13 PM | Show all posts
hardeyboyz posted on 23-4-2013 12:14 PM
kemon Haron Din..

hi hardey.... mengundi di kawasan Haron Din ker????
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 02:26 PM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 23-4-2013 02:13 PM
hi hardey.... mengundi di kawasan Haron Din ker????

x.. berjiran rumah je ngan haron din...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 04:36 PM | Show all posts
hardeyboyz posted on 23-4-2013 02:26 PM
x.. berjiran rumah je ngan haron din...

wah untungnyer........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 10:17 AM | Show all posts
PRU 13 - Mungkinkah Perlis bakal di tawan PR ?



Perlis merupakan kubu kuat UMNO di utara yang menjadi satu-satunya negeri yang tidak ditawan Pakatan Rakyat pada PRU12. Bagaimanapun melihat kepada situasi politik semasa, Umno/BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman Umno/BN. Faktor utama yang menjadi ketakutan dan kegusaran pimpinan Umno/BN untuk mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad. Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana ianya hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Jika di negeri lain angka tersebut mungkin tidak memberikan apa-apa impak, tetapi angka 5-10% itulah yang akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil.

Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN boleh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah hanya 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR maka ini akan menyebab calon BN akan tumbang ditambah pula dengan pertambahan pengundi baru.

Ini adalah salah satu sebab yang disedari oleh pimpinan Umno bilamana Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.

Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh mempengaruhi dan menentukan kemenangan.

Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu melebihi angka 80% , namun ia tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.
PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.

Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.

Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting dalam menentukan kemenangan. Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13. Dapat dilihat juga semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi ianya terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain. Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang mempunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.

Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR melebihi atau sekitar 65% , DUN Titi Tinggi dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %. Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja namun ianya tidak mustahil akan tembus. Justeru itu , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :

1. Sanglang
2. Simpang Empat
3. Guar Sanji
4. Santan
5. Kayang
6. Indera Kayangan
7. Titi Tinggi
8. Baseri

Wagaimanapun , PRU 13 di negeri Perlis sebenarnya masih terbuka samaada kepada BN ataupun PR berikutan jumlah pengundi yang kecil di setiap Dun. Perubahan @ pergerakan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Keberkesanan gerak kerja parti, prestasi wakil rakyat dan calon yang diketengahkan berserta isu-isu semasa yang hangat diperkatakan bakal menentukan samaada Perlis bakal ditawan PR ataupun kekal kepada BN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 10:21 AM | Show all posts
Muhyiddin yakin BN boleh menang besar di Perlis[url=][/url]

KANGAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.


Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata keyakinan itu berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya hari ini bahawa terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.
“Saya yakin semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (di Perlis) boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat IMalaysia di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Pengerusi BN Perlis.
Pada pilihan raya umum 2008, Perlis memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).  Dua kerusi yang hilang ke tangan pembangkang ialah kawasan DUN Sanglang dan Simpang Empat.
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis berkata, sebagaimana keyakinan dan kepercayaan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan BN di peringkat nasional, perkara yang sama juga berlaku di Perlis.
Muhyiddin berkata, keyakinan BN untuk memenangi kesemua kerusi juga berdasarkan rakyat mula menilai sejauh mana sumbangan pihak pembangkang kepada mereka termasuk janji-janji yang telah ditabur.

“Mungkin pembangkang tak beri apa-apa khidmat yang baik.  Mereka tak ada kemampuan sebab hanya ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) biasa,” katanya.

Beliau berkata, BN menyediakan peruntukan kepada wakil-wakil rakyatnya untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan sudah pasti rakyat juga menilai balik segala bantuan ikhlas yang telah diterima.

“Pembangkang (penyokong) juga dapat bantuan yang BN bagi.  (Ini kerana) Kerajaan adil dan tak bezakan rakyat,” katanya.
Selain itu, sikap parti pembangkang yang bergaduh sesama sendiri dan gagal menunaikan janji menjadikan parti-parti di bawah pakatan pembangkang menjadi rapuh dan goyah dan pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai parti mana yang lebih baik.

Mengenai tahap persiapan pilihan raya BN Perlis, Muhyiddin berkata, masih ada ruang yang perlu diberi tumpuan kerana saiz Perlis yang kecil namun sokongan rakyat terhadap BN ternyata meningkat. – Bernama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 10:28 AM | Show all posts
PRU-13 - 9 hari lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 10:36 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 18-4-2013 01:50 PM

huhu.....rasa rindu tgk nama salah seorang wakil rakyat kat sini...
wish he were here during this time

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 10:44 AM | Show all posts
3
P.003 ARAU

ISMAIL BIN KASIM (BN)

16,451

586

83.45%

300





HARON BIN DIN (PAS)

16,151







beza 300 saja...tanding calon yg sama,...calon BN saja tukar..
harap taktik menjadi la...
huhu

cin undi kawasan ni...anything can happened
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2013 10:54 AM | Show all posts
MsCinderella posted on 26-4-2013 10:44 AM
beza 300 saja...tanding calon yg sama,...calon BN saja tukar..
harap taktik menjadi la...
hu ...

ooo yer ker...selamat mengundi.............. untung dapat jumpa Ustaz Haron DIN..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 10:59 AM | Show all posts
Untuk makluman , Keputusan Penuh PRU Ke-12 bagi Negeri Perlis.

PERLIS - KEPUTUSAN PENUH

KAWASAN CALON ( PARTI )
P'UNDI
MAJ
N1 - TITI TINGGI YIP SUN ONN (BN-MCA) 3,399
MOHD RAZI MUSTAFFA (BEBAS) 1,585
KERIA SENAWI (PKR) 846
7,830
1,814
N2 - BESERI MOHD RAWI KASSIM (BN-UMNO) 3,123
DZULKEFLI MAT DE (PKR) 2,012
6,932
1,111
N3 - CHUPING MANSOR JUSOH (BN) 4,972
MOHD ALI PUTEH (PAS) 2,169
7,292
2,803
N4 - MATA AYER KHAIRI HASSAN (BN-UMNO) 3,059
WAN KHARIZAL WAN KHAZIM (PAS) 1,437
5,547
1,622
N5 - SANTAN SABRY AHMAD (BN-UMNO) 3,475
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN (PAS) 2,763
7,479
712
N6 - BINTONG MAT ISA SABU (BN-UMNO) 4,882
MOHD ANUAR TAHIR (PAS) 2,772
7,838
2,110
N7 - SENA ABDUL JAMIL SAAD (BN-UMNO) 4,697
OSMAN ABDULLAH (PAS) 2,828
7,686
1,869
N8 - INDERA KAYANGAN DR POR CHOO CHOR  (BN-MCA) 3,714
POZIYAH HAMZAH (PKR) 2,451
6,294
1,263
N10 - KAYANG AHMAD BAKRI ALI (BN-UMNO) 3,913
YA'AKOB ABU SEMAN (PAS) 2,405
6,431
1,508
N11 - PAUH SYED RAZLAN PUTRA (BN-UMNO) 4,461
ABU BAKAR ALI (PAS) 1,889
6,482
2,572
N12 - TAMBUN TULANG SHAHIDAN KASSIM (BN-UMNO) 4,371
CHE NORDIN AHMAD (PAS) 2,361
8,683
2,010
N13 - GUAR SANJI JAFPERI OTHMAN (BN-UMNO) 3,736
AHMAD ADNAN FADZIL (PAS) 3,034
6863
702
N14 - SIMPANG AMPAT ZAHARI BAKAR (BN-UMNO) 2,825
RUS'SELE EIZAN (PAS) 2,878
5785
53
N15 - SANGLANG ABDULLAH HASSAN (BN-UMNO) 3,384
HASHIM HJ JASIN (PAS) 3,235
6,711
149
N9 - KUALA PERLIS MAT HASSAN (BN-UMNO) 4,448
AHMAD TAJUDDIN SALLEH (PAS) 1,927
6,510
2,521
P1 - PADANG BESAR AZMI KHALID (BN-UMNO) 16,991
ZOLKHARNAIN ABIDIN (PAS) 11,643
29,308
5,348
P2 - KANGAR MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (BN) 23,821
TUNKU ABDUL RAHMAN ISMAIL (PAS) 10,150
34,779
13,671
P3 - ARAU ISMAIL KASSIM (BN-UMNO) 16,451
DR HARUN DIN (PAS) 16,151
33,188
300

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 06:00 PM | Show all posts
PRU-13 - 3 hari lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 10:52 PM | Show all posts
undilah PAS..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.072540 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list