|
Raziq memandu keretanya sendirian. Ditinggalkan Maria bersama ibunya dirumah. Raziq memakai earphone lalu mula mendail no telefon Dayana. Panggilannya dijawab.
"Malam ni saya jemput awak.." kata Raziq tegas.
"Yela." jawab Dayana sepatah.
"Yang tak ada mood nak cakap ni kenapa?"
"Tak ada ape-ape la.."
"Jangan nak mengada-ngada sangat erk! Malam ni tunggu!"
Panggilan diputuskan. Raziq membaling handphonenya ke tempat duduk sebelah.
"Macam mana kau boleh terbabas ni, Raziq??!!! Adoiii!! Apa aku nak buat dengan anak tu?" cakap Raziq sendirian.
*************
Pada malam itu..
Dayana mengemop lantai. Kemudian telefonnya berbunyi. Disangkanya Raziq, rupanya Qaliff.
"Assalammulaikum, Yana.."
"Waalaikummussalam. Abang kat mane?"
"Abang on the way nak jumpa Yana laa.. Boleh ke?"
"Alamak!!! Mati aku..mati aku. Apa aku nak jawab ni???" bisik hati Dayana yang sudah menggelabah itu.
"Err.. err.." Dayana gagap.
"Nape, Yana?"
"Kita jumpa esok je la.."
"Esok?"
"A'ah esok.. boleh erk, abang? Malam ni Yana dah janji dengan Amani nak balik sama-sama.."
"Laaaa kalu macam tu abang hantar la sekali Amani balik.."
"Eh, bukan macam tu. Yana dengan Amani ada hal sikit. Hal perempuan hihihi"
"Owh yeke.. Tak pe la. Insyaallah kita jumpa esok je la.."
"A'ah..ok.."
"Take care, Yana.."
"Abang pun sama.."
Panggilan diputuskan. Dayana lega! Dia menoleh ke belakang. Raziq sudah terpacak berdiri di belakangnya. Dayana tersentap!
***********************
Maria diperbuat seperti orang gaji di dalam rumah agam milik arwah ayah Raziq itu. Bermula dari awal perkahwinannya lagi. Namun Maria tetap bersabar. Bukan setakat itu sahaja, dipukul dan ditendang oleh Raziq sudah menjadi makanan hariannya. Kadang-kadang depan kawan-kawan Raziq pun pernah ditampar sehingga ditertawakan oleh kawan-kawannya itu.
Maria dapat bertahan sehingga kini kerana dia yakin suatu hari Raziq akan berubah. Ibu mertuanya, Datin Khaty langsung tidak mempedulikannya. Tidak pernah dia mengaku Maria itu menantunya. Maklumla tidak sekufu.
Datin Khaty menarik telinga Maria lalu membawanya ke bilik kecil di hujung dapur itu. Ditolaknya Maria sehingga terjatuh.
"Mulai dari hari ini kau tidur di sini. Jangan harap kat nak tidur dengan anak aku lagi! Kau tu..."
"Saya tahu saya orang gaji je dalam rumah ni.." Maria terus menyampuk sebelum Datin Khaty menghabiskan ayatnya.
"Haaaaa dah sedar ye? Bagus!" Datin Khaty meludah ke muka Maria lalu berlalu pergi.
Maria menahan air matanya dari mengalir. Dia mengelap ludahan di mukanya itu. Hanya istighfar mampu diucapkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa di dalam kereta..
Dari tadi Raziq dan Dayana masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Dayana mencuri memandang Raziq.
"Dia dengar ke perbualan aku tadi? Arwah la aku kalau dia tahu.." bisik hati Dayana.
"Yana cakap dengan siapa tadi?" tanya Raziq memecah kesunyian.
Dayana terkejut. Apa dia nak jawab ni?
"Aku cakap dengan dengan stereng ni ke???!!!" Raziq geram lalu mencengkam kuat lengan Dayana.
Dayana meronta kesakitan.
"Sakit la, awak.." Dayana mula hendak menangis.
"Aku tanya apa tadi?! Kau dah pekak ke?!" Raziq menolak kepala Dayana sehingga menyebabkan kepala Dayana sedikit terhentak ke cermin kereta.
Dayana menangis.
"Aku tanya dengan siapa kau cakap tadi?!!! Boleh jawab tak?!!!!!!!!" Raziq berang lalu menarik rambut Dayana pula.
"Dengan kawan.." Dayana jawab dalam keadaan lemah dan takut.
"Kawan mana pulak ni?? Sejak bila dah pandai berkawan-kawan ni?"
"Awak ni kenapa hah?! Awak tahu tak saya mengandung? Anak awak ni tau! Macam mana saya nak buat ni? Saya nak awak kahwin dengan saya!!!" jerit Dayana mula mengubah topik.
"Kahwin? Hahahaha.. aku nak kahwin dengan kau?"
"Kenapa awak cakap macam ni?"
"Gugurkan dulu"
"Gila! Baby di tak bersalah!"
"Tak payah nak tarbiah aku laa.."
"So, memang selama ni awak tak cintakan saya la kan? Bodoh betul saya sebab memilih awak!"
"Kau cakap baik-baik sikit! Kalu aku tak cintakan kau, buat apa siang malam aku dengan kau?"
"Habis tu kenapa awak nak saya gugurkan kandungan ni? Dan kenapa awak tak nak kahwin dengan saya?"
"Amboi..soal aku macam inspektor polis plak ye? Jangan nak macam-macam sangat la cik Dayana! AKu cakap gugurkan, gugurkan saja laa!!!" jerit Raziq sambil menggenggam kuat perut Dayana.
Dayana mula merasa senak di bahagian perutnya itu. Ditolaknya kuat tangan Raziq itu. Tiba-tiba ada motosikal sedang melintas.
"Awakk!!!!!!!!!!!" jerit Dayana.
***********************
Qaliff memasuki bilik tidurnya. Badannya yang lemah itu dibiarkan terbaring di atas katil. Belum sempat Qaliff melelapkan matanya, pintu biliknya diketuk.
"Qaliff.." suara Abinya kedengaran dari luar.
Qaliff bangun lalu membuka pintu. Mereka bertentangan mata.
"Ada apa, Abi?"
"Sian anak Abi ni.."
"Masuk la, Abi.."
Haji Qarim masuk ke dalam bilik anak sulungnya itu lalu duduk di sofa berhampiran katil itu. Qaliff duduk bertentangan ayahnya. Dia anak yang cukup taat pada kedua orang tuanya.
"Macam mana meeting tadi?"
"Ok je, Abi.. Keputusannya minggu depan kontraktor tu akan bagi tahu.."
"Owh..ok la macam tu."
"Abi macam ada sesuatu je nak bagi tahu.."
"Memang ada pun. Abi nak jumpa dengan pilihan hati Qaliff tu"
"Ha?"
"Abi dah bincang dengan Umi. Kalau dah jumpa dengan bakal isteri Qaliff tu nanti, boleh la hantar rombongan masuk meminang dia terus. Umi tu dah tak sabar nak timang cucu katanya. Adoii.."
Qaliff hanya ketawa kecil. Padahal dalam kepala otaknya dah berserabut. Risau pilihan hatinya itu akan ditolak mentah ayah dan ibunya nanti.
*************************
Raziq sempat mengelak. Mujur tidak kemalangan. Jantung masing-masing masih berdegup pantas. Diam seketika. Raziq memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Kalau aku mati tadi? Boleh tak jangan cari pasal sangat?!" marah Raziq lalu menarik rambut Dayana.
"Sakit la!!!!"
Raziq mengeluarkan RM3000 dari poketnya lalu dilemparkannya kepada Dayana.
"Duit apa ni?"
"Gugurkan kandungan tu. Aku tak nak anak tu.."
"Ni tanda cinta kita, awak.."
Raziq hanya diam. Ditukar gear lalu kereta meluncur laju kembali di jalan raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Momey..besh cite nie..tp nk lg..hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
best la citer ni.harap jgnlah qalif pilih si dayana tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
katakau posted on 11-5-2013 12:31 AM
Momey..besh cite nie..tp nk lg..hehehe..
tq katakau insyaallah ari ni momey akan smbung ckit lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan harinya..
Raziq tersedar dari mimpi. Perlahan-lahan matanya dibuka. Ditenyeh perlahan-lahan. Kemudian dia memandang ke arah kanannya. Dayana masih tidur. Raziq merapatkan tubuh badannya yang sasa itu dengan badan Dayana yang hanya berbaju tidur nipis. Dicium-ciumnya bahu Dayana. Dayana tersedar.
"Morning, sayang.." ucap Raziq manja seolah-olah mereka berdua tiada masalah dan tiada apa yang berlaku semalam.
Dayana diam. Dia hanya memandang Raziq. Raziq mengusap manja rambut Dayana.
"Kita kahwin.."ucap Dayana tiba-tiba.
Raziq tersentap! Dia terus bangun lalu memakai jeans dan tshirt. Tanpa berkata apa-apa terus dia beredar keluar dari apartment itu. Dayana menangis sendirian. Dia tak sanggup menanggung semua ini sendirian.
**********************
Qaliff adalah orang pertama yang selalu sampai di pejabat. Dibuka pintu biliknya yang berkunci itu.
"Bismillahirrahmanirrahim.." pintu biliknya di buka.
Lampu di pasang. Dia berjalan ke arah kerusi lalu duduk. Handphone di dalam poket diambilnya. Wajah Dayana mula bermain difikirannya. Tiba-tiba handphonenya berdering. Nama Naufal tertera di skrin telefon.
"Assalammualaikum.."
"Waalaikummussalam, sahabat. Amboi, awal call aku.. Apa mimpi ni?" perli Qaliff sambil ketawa kecil.
"Hahaha.. Jom breakfast! Bosan r.."
"Tu laaaa suh keje ngan aku, kau tak nak.."
"Bila masa pulak kau offer aku?"
"Hahaha dah..dah. Meh ambik aku kat opis ni.."
"Ok..tunggu!"
Panggilan putus. Qaliff tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepalanya.
******************
Maria bangun awal seperti biasa dan kali ini dia bangun awal buat nasi lemak untuk suaminya, Raziq. Dia tahu kalau Raziq tidak pulang ke rumah sudah pasti Raziq tidur di rumah Dayana. Pernah pada awalnya dia tegur Raziq, tapi tendangan di perut yang dia dapat! Sejak dari hari itu, Maria sudah tidak berani melawan atau bertanyakan apa-apa pada Raziq.
Datin Khaty yang belum mandi itu bangun lalu menuju ke dapur untuk minum. Dia terbau sesuatu yang enak dari dapur.
"Nasi lemak??" bisik hati Datin Khaty.
Datin Khaty memandang Maria yang tengah memotong timun.
"Tak payah nak tunjuk rajin sangat laa.. Raziq tak makan saman semua ni" kata Datin Khaty sambil menuang air masak ke dalam gelas.
"Mummy nak makan ke? Kalau nak makan, Maria hidangkan.." jawab Maria lembut.
Datin Khaty menjerling tajam lalu beredar menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya semula. Maria hanya memandang. Sebak hati namun dia berjanji tetap akan bersabar untuk mengambil hati ibu mertua dan suaminya itu kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 13-5-2013 08:50 AM
Terima kasih.....
sama2
|
|
|
|
|
|
|
|
tq tt...nanti smbg byk2 ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 13-5-2013 10:23 AM
tq tt...nanti smbg byk2 ye...
insyaallah akan diusahakan
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah order roti bakar dan air kopi 'o', Qaliff dan Naufal mula bertentangan mata.
"Bagus juga kau ajak aku makan pagi ni.." kata Qaliff yang tenang air wajahnya.
"Pelik ja bunyi ni. Nak surprise kan aku ke? Birthday aku lambat lagi kot.."
"Hahaha lawak la kau ni, Naufal. Naufal, aku rasa dah sampai dah masanya aku bawa Yana jumpa Abi dan Umi"
"Ha? Kau dah fikir masak-masak dah ke?"
"Dah!"
"Sanggup terima apa saja keputusan lepas ni?"
"Ya."
"Hmmm..ok la kalu macam tu. Aku sentiasa sokong kau dari belakang walau apa jua yang terjadi."
"Huh! Aku dah tak sanggup simpan lama-lama perasaan ni. Aku rasa Yana adalah yang terbaik untuk jadi suri dalam hati aku."
"Mak aiiii dah jiwang plak dah kawan aku sorang ni hahaha"
"Hahahaha belajar dari kau jugak kan?"
"Selamat berjaya!" Naufal menghulurkan tangannya.
Qaliff membalas jabat tangan tersebut.
"Doakan untuk aku ya, sahabat.."
Naufal mengangguk sambil tersenyum.
*******************
Dayana keluar dari klinik sambil mengusap perutnya. Dengan tanpa disengajakan, airmata mula mengalir membasahi pipi.
"Aku tak sanggup..aku tak sanggup gugurkan kandungan ni.." bisik hati Dayana lalu memakai kacamata hitam.
Dayana berjalan seorang diri menuju ke perhentian bas. Punggung direbahkan di kerusi yang telah disediakan.
"Aku perlu jumpa abang Qaliff.." Dayana mengambil handphonenya lalu mula mendail no telefon Qaliff.
Panggilannya dijawab.
**********************
Qaliff menghabiskan air kopi 'o' nya itu.
"Betol ke kau tak nak aku temankan kau jumpa budak Yana tu?" tanya Naufal yang agak kurang sedap hati.
"Tak pe. AKu boleh uruskan sendiri. Kesian pula aku dengar suara dia tadi."
"Baik-baik tau..tak sedap hati pula aku.."
"Eh..eh kau ni. Lebih-lebih la plak hahaha.. Dah la, aku pergi dulu." kata Qaliff lalu beredar pergi ke tempat parking kereta.
Naufal hanya memandang tanpa berkata apa-apa lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Raziq membuka pintu rumah, Maria terus mencapai tangan Raziq lalu dikucupnya.
"Buang tabiat ke ape kau ni?!" Raziq menolak kepala Maria.
Raziq berjalan menuju ke dapur. Dia terpandang nasi lemak yang sudah terhidang di atas meja.
"Jom makan, abang. Maria yang masak pagi tadi untuk abang.." kata Maria lalu menyendukkan nasi ke pinggan.
"Aku tak makan nasi lemak pagi-pagi macam ni. Kau makan la sorang-sorang yeeee" Raziq mengambil setin coke lalu ke ruang tamu.
Maria berdiri kaku. Hanya memandang suaminya itu berlalu pergi. Airmatanya ditahan dari mengalir. Datin Khaty yang sudah cantik bersiap itu berjalan menuju ke dapur. Tersengih-sengih dia memandang Maria.
"Kan aku dah cakap tadi kan? Anak aku bukan makan makanan kampung macam ni.. Kau makan la sorang-sorang ye.." kata Datin Khaty lalu mengambil nasi dan menyumbat ke dalam mulut Maria.
"Habiskan semua ni! Aku balik nanti aku dah tak nak bau dah nasi lemak dalam rumah aku!!"marah Datin Khaty lalu pergi meninggalkan Maria sendirian.
Maria terduduk. Airmata dikesat.
***************
Qaliff mengambil Dayana di perhentian bas tersebut. Dayana dengan pantas masuk ke dalam kereta Qaliff.
"Yana nak abang hantar Yana ke mana?" tanya Qaliff.
"Yana nak balik je sekarang ni." jawab Dayana ringkas.
Qaliff tanpa banyak cakap terus memandu keretanya. Masih terngiang-ngiang di telinga Dayana apabila dimarah Amani tadi sebelum Qaliff sampai menjemputnya. Dayana bercadang mahu libatkan Qaliff dalam masalahnya tetapi dibantah Amani kerana Qaliff lelaki yang baik.
"Yana ok ke?" tanya Qaliff memecah kesunyian.
Yana terkejut. Terus dipandangnya Qaliff.
"Yana tak sihat la, abang.. Rasa macam nak demam.."
"Maaf la ya kalau abang tanya..tadi Yana dari mana?"
Gulp!! Apa nak jawab ni?
"Err..Yana dari klinik."
"Ooo Yana dah pergi klinik dah ni erk? Doktor cakap ape?"
"Doktor cakap demam biasa.. Cuaca panas kan sekarang.."
"Mesti Yana kurang minum air ni kan?"
Yana hanya diam. Seawal perkenalan mereka sehingga kini, Qaliff langsung tidak pernah menyentuh kulit Dayana. Pegang tangan lagi la kan? Qaliff cukup jaga dalam batas pergaulan. Dengan cara itu membuatkan Dayana jatuh hati dengan Qaliff. Lelaki yang menghormati kaum wanita!
"Rumah Yana masuk lorong depan tu.." kata Dayana sambil menunjukkan tangan ke arah kiri.
Qaliff hanya mengangguk. Dayana mula merancang untuk kenakan Qaliff. Berligat kepalanya berfikir apa yang perlu dibuat.
************************
Berkali-kali Amani cuba menghubungi Dayana namun tidak dijawabnya. Amani resah. Walaupun dia tidak begitu kenal Qaliff tetapi dia rasa Dayana tak patut libatkan Qaliff dalam hal ini.
"Apasal dengan kau ni, Amani? Sahabat baik tak keja hari ni erk?" tegur Laila rakan sekerjanya.
"Yana..dia nak buat kerja gila!"
"Ha?"
"Dia nak letak ubat tidur dalam gelas minuman Qaliff.."
"Maksud kau?"
Walaupun Amani tahu Laila tidak faham dan tidak tahu apa yang diterangkan Amani, Amani tetap cakap untuk luahkan apa yang dia rasa. Mahu sahaja dia ke rumah Dayana pada waktu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Qaliff dan Dayana keluar dari kereta. Selangkah Dayana melangkah, dia terus jatuh terduduk. Kelam kabut Qaliff dapatkan Dayana.
"Yana ok ke?" tanya Qaliff yang masih belum menyentuh Dayana.
"Tiba-tiba Yana rasa nak pengsan.." Dayana cuba berlakon sehabis baik.
"Jom la abang temankan Yana naik ke atas.."
Dayana hanya mengangguk lemah. Mungkin jeratnya akan kena!
****************
Raziq cuba menghubungi Dayana. Panggilannya tidak dijawab. Raziq mengetap bibirnya menahan marah. Maria datang menghulurkan segelas air oren.
"Minum, abang.."pelawa Maria lembut.
Raziq memandang Maria. Kemudian dia mula tersenyum.
"Meh sini duduk sebelah abang.."panggil Raziq manja sambil menepuk sofa sebelahnya.
Maria hairan. Namun dia akur. Dia berjalan lalu duduk di sebelah suaminya. Tangannya digomol mesra. Kemudian pipinya dicium. Raziq bangun lalu menarik tangan Maria berjalan menuju masuk ke dalam bilik. Maria menyerah!
****************
Pintu rumah dibuka. Qaliff membiarkan Dayana masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
"Abang tak nak masuk ke?" pelawa Dayana.
"Tak kot.. Abang tunggu kat luar ni je laa"
"Owh yeke.. kalau macam tu, Yana pergi buat air kejap erk.."
"Eh, tak payah susah-susah la.. Yana kan tak sihat"
"Buat air bukannya susah. Tunggu jap tau.." kata Dayana lalu beredar ke dapur membiarkan Qaliff tunggu di depan pintu.
Dayana dengan pantas mengambil air oren di dalam botol lalu dituang ke dalam gelas. Kemudian dia mengambil serbuk putih lalu ditabur kedalam gelas tersebut. Dikacau hingga larut. Senyuman mula terukir.
Dayana kembali ke ruang tamu lalu menuju ke arah Qaliff sambil membawa segelas air oren itu. Dihulurkan pada Qaliff. Jantung Qaliff berdegup laju. Namun dicapai juga air oren itu. Dayana hanya tersenyum. Harap dia berjaya!
*******************
Raziq menutup zip seluarnya semula. Dia mengambil RM500 di dalam poket seluarnya lalu ditaburkan ke muka Maria. Maria terkejut.
"Duit apa ni, abang?" tanya Maria yang tubuhnya masih diselimuti dengan selimut yang tebal.
"Duit upah la sebab layan aku" Raziq memakai tshirtnya semula.
"Duit upah? Saya kan isteri abang..kenapa sampai perlu bayar upah semua ni?"
"Kau isteri aku ke? Kau tu pemuas nafsu aku je!!!" Raziq mengambil baju Maria lalu dilemparnya ke muka Maria.
Maria menangis! Dia rasa sungguh terhina kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Haji Qarim masih menunggu Qaliff sampai di pejabat. Namun hampir 3jam Qaliff masih belum muncul-muncul. Telefon pun ditutupnya. Haji Qarim menghubungi isterinya.
"Umi, Qaliff ada call Umi tak?"
"Tak pun. Nape, Abi?"
"Qaliff keluar pegi opis awal kan pagi tadi?"
"A'ah.. Nape ni, Abi? Jangan la bagi Umi risau.."
"Abi call Qaliff tapi handpohonenya tutup. Cuma staff ade bagi tau dia kuar kejap tadi katanya kuar breakfast.."
"Abis tu macam mana ni, Abi?"
"Tak pe la. Umi tunggu kat rumah mana lah tahu Qaliff balik ke.. Abi akan cuba call Qaliff lagi. Umi jangan risau-risau pulak.."
"Yelah."
Haji Qarim mula tidak sedap hati memikirkan anak sulungnya itu.
*************
Qaliff perlahan-lahan membuka matanya sambil memicit-micit kepalanya yang masih berdenyut itu. Dia terkejut! Dayana kelihatan menangis kuat di hujung katil sambil diselimuti selimut. Qaliff memandang tubuhnya yang tidak berbaju itu.
"Astghfirullah.. Ampunkan aku, Ya Allah.. Apa aku dah buat ni???" Qaliff istghfar sambil mengambil bajunya lalu memakai semula.
Dia memandang Dayana yang masih belum berhenti menangis itu.
"Yana.. abang..abang.." Qaliff sudah tidak tahu apa yang perlu dicakapkan.
Dayana memandang Qaliff. Kemudian dia terus melempar bantal ke arah Qaliff.
"Jantan tak guna!!! Apa yang kau dah buat kat aku???" jerit Dayana.
"Abang tak sedar, Yana.. Abang tak tahu.."
"Habis tu Yana macam mana ni?!!!"
Pintu bilik itu dibuka. Muncul wajah Raziq dimuka pintu. Dayana terkejut! Mereka saling berpandangan.
**************
Maria mula mengemas pakaiannya. Dia sudah tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian hina sekali. Kali ini dia lebih kuat dan redha seandainya jodoh dia bersama Raziq hanya sampai disini sahaja. Datin Khaty perasan Maria tengah memasukkan pakaian ke dalam beg.
"Dah tak tahan ke?" perli Datin Khaty.
"Maria minta maaf, mummy.. Halalkan makan minum Maria.."ucap Maria lembut.
"Bagusla kalau dah betol-betol nak berambus."
Maria diam. Dia mengambil beg pakaiannya lalu beredar keluar dari rumah itu.
"Jangan datang lagi ke rumah aku!!" Datin Khaty masih sempat memberi amaran kepada Maria. |
|
|
|
|
|
|
|
Raziq merentap rambut Dayana dengan kasar sekali.
"Hei perempuan jalang! Siapa jantan ni?!! Patutla aku call tak dapat-dapat. Rupanya tidur dengan jantan lain!!!" Raziq menolak kepala Dayana dengan kuat sekali.
"Encik, jangan berkasar dengan perempuan.."kata Qaliff mencelah berani.
Dayana sudah menangis. Rancangannya gagal. Apa yang perlu dia buat sekarang? Tunggu leher dikelar? Tunggu perut ditikam?
"Amboi!!! Dah berapa kali dah kau 'main' dengan dia? Best?!!!!" Raziq berjalan perlahan ke arah Qaliff.
Qaliff sedikit pun tidak berganjak dari tempat dia berdiri tadi. Dia sekarang berdiri bertentangan dengan Raziq.
"Aku tak kenal pun kau..berani betul erk kau sentuh perempuan ni.." Raziq mendekatkan mukanya dengan muka Qaliff.
"Bukan lelaki namanya kalau berkasar dengan perempuan.."
"Amboi! Azankan aku pulak kau ye??? Sekarang ni kau dah main dengan awek aku, dan kau bukan orang pertama yang main dengan dia. So, kau masih nak lagi ke awek ni?" Raziq tanya dengan angkuhnya. Soalannya itu hanya mahu Qaliff meninggalkan Dayana.
"Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat!" jawab Qaliff tenang.
Dayana terkejut. Begitu juga dengan Raziq. Betulkah apa yang dia dengar? Raziq semakin tidak puas hati. Dia tercabar! Dayana hanya miliknya seorang.
"Kau ni gila ke ape? Perempuan kotor ni pun kau nak ke?"
"Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat!" jawab Qaliff mengulangi jawapannya.
"Woi jantan yang mulia!! Perempuan ni mengandung! Anak aku kotttt!!!!" Raziq meninggikan suaranya.
Qaliff terkejut! Dia terus memandang Dayana. Rupanya dia dipergunakan oleh perempuan yang disanjungnya selama ini. Dayana berjalan ke arah Qaliff.
"Abang, Yana minta maaf.." Dayana merayu.
Qaliff diam seribu bahasa. Dia kemudian memandang Raziq. Tanpa berkata apa-apa dia terus beredar keluar dari rumah itu. Raziq memandang Dayana yang tengah menangis itu.
*************
Handphone Naufal berdering. Panggilan dijawab.
"Qaliff.."
"Aku nak jumpa kau.."
"Qaliff, kau ok ke ni? Lain suara kau.."
"Jumpa tempat biasa."
Panggilan terputus. Naufal mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh...harap2 qaliff blh fikir dengan baik....nasib baik raziq ceritakan semuanya....uhuhuhu kasihn qaliff...
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin menarik jalan cerita ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
jgnlah jodohkan qalif dgn dayana tu..x suke tau!! |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah Qaliff dgn Maria.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|