@mamajiah @awanjingga @cegitu - Thanks for reading
@fatehana Kak Hana. Lama tak borak dengan akak! Hawau yuuuu?
mohtepppp hawau kan akak
akak sihat2 jer
cepat2 buh entry lg
yg penting akak xnak baik zack mahupun amelia serta kazen dia yg lain2 forever alone
sian taw
Kenduri sudah selesai. Waktu pun sudah melepasi Maghrib. Zack menunaikan janjinya kepada Shima untuk mengambil-alih tugas si pengantin baru – membasuh periuk-belanga. Zack pun tak tahu, apa relevannya pengantin baru disuruh membasuh periuk selepas tamat majlis? Kalau iya pun nak buli pengantin, bukankah banyak lagi kerja yang boleh ditugaskan? Contohnya sapu sampah, kemas rumah…dan lain-lain. Kenapa perlu spesifik kepada sesi pembasuhan periuk-belanga?
Zack bukan merungut, sekadar terfikirkan kenapa…
Ditemani oleh Sham dan Shafiq, mereka melakukan kerja-kerja membasuh dengan cekap. Setakat basuh periuk-belanga, kerja enteng saja…
Aini, Emma dan Shida juga ada bersama menolong – tolong tengok!
“Aini sayang…tolong ambilkan abang air sirap…” Pinta Sham sambil tersengih. Dia memang suka mengusik Aini dari dulu. Lucu apabila melihat Aini terkulat-kulat dengan muka merah.
“Aini…abang pun nak jugak…” Shafiq turut sama mengusik Aini.
“Ah...ambil sendiri. Mengada-ngada betul korang ni…” Balas Aini, garang.
“Ala…janganlah garang sangat sayang. Takut abang…” Kata-kata Sham disambut dengan gelak ketawa.
“Ei…tolonglah Sham. Cair telinga aku ni, tau tak?” Aini hanya mampu menggelengkan kepala.
Sham semakin giat mengusik Aini. Gegak-gempita jadinya kawasan itu. Usik-mengusik memang selalu terjadi di kalangan mereka, sekadar memeriahkan suasana. Selalunya, Aini yang menjadi mangsa usikan.
tp layan jelah lirik ni...harap2 hero si zack tak jadi camni..
Zamree (Eddy Rezza)
Sendiri Kesepian
Di saat gundah membeku
Terpaut di dadaku menyebakkan kalbu
Kesepian yang mencengkam
Membangkitkan rinduku padamu kasihku
Masih terbayang di ruang mataku
Kala engkau membelai mesra rambutku
Airmatamu membasahi wajahku
Kau ucapkan resah sendumu
Mengiringi langkah kepergianmu
Gemercik air pancuran mengusik kesyahduan
Musnahlah kenangan
Apakah ini suratan yang telah ditakdirkan
Sendiri kesepian
“Wah…Zack. Bukan main lagi kau tadi kan?” Kata Shida.
“Apa dia?” Zack pura-pura tak faham.
“Tadilah. Bukan main gedik lagi ko dengan Farizah...”
“Ala...Shida. Mintak nombor tepon je pun…bukan aku ajak dia kahwin…” Balas Zack. Baru berbual panjang begitu, sudah di 'cop' gedik.
“Kalau korang nak tau, masa sekolah dulu…Zack memang ada hati dengan Farizah.” Dengan selamba, Sham pecah rahsia membuatkan Zack terbatuk tiba-tiba.
“La…iya ke Zack?” Soal Shida.
“Ko percayalah cakap si Sham tu…” Zack menafikan tapi itu cuma mengundang senyum sinis dari Sham.
“Ala…Zack. Malu-malu pulak. Kalau betul pun kau ada hati, apa salahnya. Tahun depan, boleh makan nasi minyak lagi…”
“Tak ada pun. Mana ada…” Zack masih menafikan lagi.
“Tak silap aku kan Zack, Amy serumah dengan Farizah kat Cheras. Bolehlah kau suruh Amy jadi orang tengah…kalau kau betul-betul berkenan...”
"Eh?" Zack mengangkat muka memandang Shida. Amelia serumah dengan Farizah? Macam mana dia boleh tak tahu?
Mana nak tahu? Bercakap dengan Amelia pun setahun sekali...
“Amboi…meriah sakan korang…” Tegur Makcu Suhana. Dia datang bersama Amelia, membawa dulang berisi dua jag air sirap limau dan beberapa biji cawan. Amelia pula membawa dua piring besar berisi kuih-muih.
“Zack ni Makcu…malu-malu pulak nak ngaku…”
“Mengaku apa?” Soal Makcu Suhana.
“Ala…dia berkenan kat kawan kitaorang…Farizah. Tapi taknak mengaku…” Terang Shida, sengaja mengenakan Zack.
Adoilah Shida. Aku sumbat mulut kau dengan span ni…baru tau…
Periuk yang sudah bersih berkilat, Zack lumurkan kembali dengan sabun. Pura-pura sibuk membasuh. Topik perbualan terus menjurus kepada Farizah - Zack - jangan malu - nanti tak kahwin sampai ke sudah - forever alone - Zack - Farizah – Amy boleh tolong – Farizah.
Telinga Zack mula berbulu.
“Sudah-sudahlah cerita pasal aku….” Kata Zack, mengharapkan topik mengenai dia dan Farizah digugurkan terus dari perbincangan.
Lagipun, Zack tidak mahu berbual mengenai Farizah di saat Amelia ada dikalangan mereka. Zack perasan, sejak dia berbual dengan Farizah, Amelia kerap merenungnya dengan tajam. Seolah-olah, berbual dengan Farizah merupakan satu kesalahan besar. Apa yang Amelia tak puas hati sangat?
Lantak ko le kak. Zack tidak mengendahkan pandangan Amelia.
Tapi...mungkin juga, dia boleh berbaik dengan Amelia. Sebab, Amelia dengan Farizah serumah…
Zack mula berkira-kira. Last edited by Nicki_Meow on 10-11-2013 10:30 PM