|
sedih plak baca kisah yusof ni
dan hasya hmmmm nasiblah dpt boipren nan hado tu
lps dpt buah cinta dia tu saif pun tinggalkan hasya terkontang kanting |
|
|
|
|
|
|
|
momey posted on 11-12-2013 03:04 PM
adeh hahahaha
bila musim ujn tiba, kepala pun dh ting tong gitew hikhik
mohtepppp hujan2 dan banjir air masuk pala ke
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 11-12-2013 03:17 PM
mohtepppp hujan2 dan banjir air masuk pala ke
aiippppp hahahahaha babap kang! |
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 11-12-2013 03:14 PM
sedih plak baca kisah yusof ni
dan hasya hmmmm nasiblah dpt boipren nan hado tu
lps dpt buah cint ...
buah cinta? hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir lima buah kereta berhenti rehat di Hentian Sungai perak itu. Hasya dan Saif keluar dari kereta dan jalan seiringan ke gerai makanan.
“U nak makan ape?” tanya Saif yang masih menggenggam erat tangan Hasya.
“Rasa macam kenyang lagi. U belikan I air coke je la..”
“Ok, U tunggu jap erk..”
“Nak ikut..” rayu Hasya sedikit keanak-anakkan itu.
“Nak ikut? Boleh jee..” Saif menarik tangan Hasya ikut bersamanya ke gerai makan berhampiran.
**********
Yusuf mengucup dahi neneknya buat kali terakhir setelah neneknya dimandikan. Yusuf membuat keputusan untuk kebumikan neneknya dengan kadar yang segera. Tengku Iskandar, isteri serta anak tunggal mereka Daisy turut hadir di majlis pengkebumian itu.
Yusuf mengusung dan membawa masuk jenazah neneknya ke liang lahad itu. Begitu juga dia buat semasa kematian ibu dan ayahnya tiga tahun yang lalu. Daisy yang berkaca mata hitam itu hanya memandang dari jauh.
Yusuf yang sudah berlumuran dengan tanah itu bangun dari liang lahad dan bersama-sama yang lain mengambus tanah perkuburan neneknya itu.
Talkin mula dibaca. Yusuf redha dengan apa yang berlaku pada dirinya. Sekarang dia cuma ada bapa saudaranya, Tengku Iskandar.
Seorang demi seorang berlalu pergi dan hanya tinggal Yusuf dan keluarga Tengku Iskandar sahaja di kubur nenek.
“Kau tinggal mana nanti?” tanya Tengku Iskandar dengan egonya.
“Uncle jangan risau pasal saya.”
“Dah orang tanya, jawab je lah!” sambung Maria, isteri Tengku Iskandar dengan kasar sekali.
Yusuf memandang Tengku Iskandar, Maria dan akhir sekali Daisy. Daisy yang muda setahun darinya itu.
“Saya tinggal di rumah nenek..” jawab Yusuf tenang.
“Ha? Kau tinggal di rumah banglo tu? Abang! Macam tak adil je..” Maria mula tidak berpuas hati.
“Shh!!” Tengku Iskandar memberi isyarat supaya Maria diam buat seketika.
Tengku Iskandar dan Yusuf saling bertentangan mata.
“Kau boleh tinggal di rumah nenek. Tapi kau tak ada hak ke atas rumah yang kami duduk sekarang. Jom kita balik!” Tengku Iskandar serta isteri dan anaknya itu pulang meninggalkan Yusuf.
“Apalah yang uncle nak sangat duduk rumah papa tu. Aku pun tak faham.” Bisik hati Yusuf.
Daisy memalingkan wajahnya ke belakang memandang Yusuf. Dia tersenyum lalu memalingkan semula wajahnye ke hadapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa jam setelah mengharungi lebuhraya menuju ke utara Thailand, akhirnya mereka selamat sampai di Krabi. Saif tanpa segan silu terus mencium pipi Hasya. Hasya yang pada mulanya malu tetapi cuba berlakon ‘urban’, dia akur dengan apa yang Saif buat pada dirinya.
“Kita dah sampai.” Ucap Saif sambil memandang Hasya.
“Bro! Jom check in bilik dulu.” Panggil Jasir lalu mencium bibir teman wanitanya di hadapan Saif dan Hasya.
Hasya malu. Dia memalingkan wajahnya ke kanan. Saif tersenyum. Jeratnya semakin hampir!
“Jom!” Saif dan Jasir ke kaunter pendaftaran di salah sebuat resort terkenal di Krabi itu.
Teman wanita Jasir, Lucy datang lalu duduk di sebelah Hasya. Dia mengeluarkan sebatang rokok lalu dihulurkan kepada Hasya.
“Nak?” tanya Lucy tanpa rasa bersalah.
“No, thanks.”
“Ok!” Lucy menghidupkan rokoknya.
“Dah lama ke bercinta dengan Saif?” tanya Lucy lalu menghembus asap rokok ke atas.
“5 tahun.”
“Wow. Lamanye.. Datang ni nak memadu asmara la erk?” Lucy terus ketawa kecil.
Hasya diam. Malas dia hendak layan perempuan seksi itu. Beberapa minit kemudian, Saif dan Jasir muncul bersama sambil memegang kunci.
“Jom sayang!” ajak Jasir lalu memeluk pinggang Lucy dan berjalan seiringan ke bilik.
Hasya memandang Saif.
“I ingat I sebilik dengan Lucy..” kata Hasya yang mula rasa lain dengan sikap Saif.
“Kat sini mana ada pencegah maksiat pun.”
“I tahu!”
“So?”
“So what? I tido sebilik dengan U ke?”
“Come on, Hasya. Sebilik bukan bermakna kita buat apa-apa pun kan?”
Hasya diam. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya dia ketika itu.
“Hasya.. are u ok?”
Hasya mengangguk perlahan-lahan.
“Macam ni lah. Kalau U tak selesa dengan I atau U tak percaya pada diri I, I book bilik lain untuk U..”
“Eh, tak pe. I percaya pada U.”
Saif tersenyum.
|
|
|
|
|
|
|
|
momey posted on 11-12-2013 03:34 PM
Beberapa jam setelah mengharungi lebuhraya menuju ke utara Thailand, akhirnya mereka selamat sampai ...
urban lah sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 11-12-2013 05:29 PM
urban lah sangat....
kan? hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 12-12-2013 09:23 AM
momey ..dan heroin yg kena kekah mmg xdapt dipisahkan...
smbung lagi..cepattttttt
hahahaha ceit!
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa kenalan dan ahli keluarga yang terdekat turut hadir kenduri tahlil di rumah arwah nenek Yusuf itu pada malam itu.
“Alhamdulillah semuanya dah selesai. Yusuf, banyak-banyak bersabar ya..” kata semangat dari Engku Ismail sahabat arwah ayahnya.
“Saya redha..saya redha apa yang berlaku pada diri saya.”
Bahu Yusuf ditepuk-tepuk manja. Engku Ismail berlalu meninggalkan Yusuf. Yusuf beredar ke dapur. Dilihat Mak Esah, orang gaji yang telah lama berkhidmat di rumah neneknya itu sibuk membasuh pinggan.
Yusuf menyinsing lengan bajunya.
“Mak Esah pegi rehat dulu. Biar saya sambung basuh pinggan ni.”
“Eh, ini kerja Mak Esah.”
“Tak pe. Mak Esah pegi rehat ya..”
Mak Esah akur. Dia berlalu pergi ke bilik air. Yusuf menyambung tugas Mak Esah membasuh pinggan itu.
Tiba-tiba dirinya dipeluk dari belakang. Terkejut Yusuf bukan kepalang. Nasib baik pinggan tidak terhempas ke lantai.
“Daisy! Ape ni? Astghfirullah..”
“Ops! Sorry..” Daisy tersenyum sinis memandang Yusuf.
“Cuba kawal diri awak!”
“Awak penyebab saya jadi macam ni. Saya tergilakan awak..” bisik Daisy pada telinga Yusuf.
“Astaghfirullah..Cukup la, Daisy!”
“Aina Dahlia!!” jerit Maria memanggil anak kesayangannya itu, Daisy.
“Ye, Daisy kat sini. Tunggu jap!” jawab Daisy lalu memandang Yusuf semula.
“Nanti kita jumpa lagi k..Mmuuah!!”
Daisy meletakkan jari telunjuknya pada bibir Yusuf. Kemudian dia berlalu pergi dengan lemah gemalai. Yusuf menggelengkan kepalanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saif yang baru lepas mandi itu keluar dari bilik air. Kelihatan Hasya sedang duduk di atas katil menunggu giliran untuk mandi. Mereka berdua bertentang mata buat seketika. Saif menghulurkan tuala mandi pada Hasya.
“Pergilah mandi.” Kata Saif lembut.
Hasya berdiri lalu mengambil tuala mandi yang masih dipegang Saif itu. Saif menggenggam tuala mandi itu. Hasya tarik tapi masih kuat Saif genggam.
“Nak I temankan U mandi ke?” goda Saif yang mancung hidungnya itu.
Jantung Hasya berdegup laju. Adakah betul keputusan dia mengikut Saif datang ke sini? Selama dia bersama Saif sebelum ini, Saif tidak berkelakuan seperti ini.
Hasya hendak berlalu pergi, namun Saif dengan pantas memaut lengan Hasya.
“Yelah, nah pergi mandi.” Kata Said sambil menghulurkan tuala mandi.
Hasya menyambutnya lalu berjalan masuk ke dalam bilik air. Saif sabar. Sampai masa Hasya akan masuk ke dalam jeratnya!
**********
Sunyi! Yusuf merebahkan punggungnya di atas sofa. Kemudian dia memandang sekeliling rumah banglo peninggalan neneknya itu.
“Tengku nak air?” tanya Mak Esah yang baru selesai mengemas dapur itu.
“Tak apa. Kalau saya nak, saya akan buat sendiri. Dah lewat ni. Mak Esah pergi lah tidur..” kata Yusuf yang tidak lokek dengan senyuman itu.
“Baiklah.” Mak Esah berlalu pergi ke bilik belakang.
Perlahan-lahan Yusuf menghembuskan nafasnya. Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Dato’ Jamaludin di skrin handphonenya.
“Dato J?” Yusuf menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Ya, Dato..”
“Tengku Yusuf, saya minta maaf kerana tidak dapat hadir kenduri tahlil malam tadi..”
“Eh, tak mengapa. Dato, panggil saya Yusuf sudah memadai..”
“Yusuf, sabar ya.”
Yusuf diam.
“Yusuf..”
“Ya.”
“Esok boleh kita jumpa?”
“Boleh saja. Di mana ya, Dato?”
“Dekat café Cowboy tempat arwah ayah Yusuf selalu lepak dengan saya..”
“Owh, saya tahu. Ok, insyaallah esok kita jumpa di sana.”
Panggilan dimatikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
momey posted on 16-12-2013 08:54 AM
Saif yang baru lepas mandi itu keluar dari bilik air. Kelihatan Hasya sedang duduk di atas katil men ...
@momey
ini under (U) ataupun 18sx?
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 16-12-2013 09:05 AM
@momey
ini under (U) ataupun 18sx?
kalu ade 18sx pun xlelebih sgt..biasa2 aje
tp bole klasifikasikan 18sx gak la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dato Jamaludin meletakkan handphonenya di atas sofa di sisinya. Datin Jane menggenggam erat tangan suaminya itu.
“I rasa I dah buat keputusan.”
“Keputusan apa tu, abang?”
Dato Jamaludin memandang isterinya.
**********
Hasya mengenakan kemeja dan seluar jeans. Kemudian Saif datang terus membuka pintu mengejutkan Hasya.
“U ni buat I terkejut je tau! U pegi mana?” tanya Hasya lalu terus menyambung keringkan rambutnya.
“Jom!"
“Gi mane?”
“Nah, ambil ni.” Kata Saif sambil menghulurkan sebuah beg plastic lalu duduk di atas katil.
“Ape ni?”
“Pakailah sekarang. Boleh sama-sama join parti buih kat bawah sana malam ni!”
Hasya mengeluarkan sepasang bikini berwarna merah jambu di dalam beg plastic pemberian Saif itu.
“Ha?!” Terbeliak matanya memandang Saif.
Saif menarik lengan Hasya lalu mereka duduk serentak di atas katil itu.
“U sayang I tak?” tanya Saif yang pandai menggoda itu.
Mereka berdua bertentangan mata.
“I bawa U datang ke sini sebab nak buktikan cinta I pada U!”
Hasya diam.
“Please, Hasya. Untuk kali ni aje! Bukan selalu kita nak enjoy macam ni kan? Lagipun kita bukan dekat Malaysia. Yang lain sporting aje, takkan U tak boleh kan? Dia orang bukan kenal U pun. Cuma dia orang tahu U ni girlfriend I je..”
Hasya memandang bikini yang masih dia pegang itu. Kemudian dia memandang Saif.
|
|
|
|
|
|
|
|
momey posted on 16-12-2013 09:59 AM
kalu ade 18sx pun xlelebih sgt..biasa2 aje
tp bole klasifikasikan 18sx gak la kan?
mostly jalan citer sama jer kan
ada adengan kekah mengekah
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 16-12-2013 10:55 AM
mostly jalan citer sama jer kan
ada adengan kekah mengekah
hahahaha
errrrrrr... itu je idea yg mampu wat.
boleh gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kedengaran jerit tawa golongan hawa apabila diusik kaum adam. Lelaki dan perempuan bercampur mandi di dalam sebuah kolam kecil. Penuh dengan buih-buih bewarna warni. Bulan menjadi saksi pada malam tersebut!
Saif dan Hasya muncul. Muncul dengan pakaian mandi!
“Wooooo!!!!” Sorakan dari rakan-rakan yang lain sambil memercikan air kolam kepada Saif dan Hasya.
“Come on! Let’s join us!” jerit Jasir yang sudah berpelukan dengan Lucy di dalam kolam itu.
Saif dukung Hasya lalu di’humban’nya Hasya ke dalam kolam tersebut. Mereka sekali lagi menjerit keriangan. Hasya tenggelam dan cepat naik ke atas permukaan air untuk mengambil udara. Saif terjun lalu mendapatkan Hasya.
“Kenapa U buat I macam ni? Nasib baik I pandai berenang tau!” Hasya merajuk.
“Alololo.. sporting la sikit, sayang. Kita nak enjoy ni kan?” Saif terus mengucup bibir Hasya.
Hasya tergamam.
“Suka?” tanya Saif mula memasang perangkapnya.
Sekali lagi Saif mengucup bibir Hasya dan Hasya merelakannya!
**********
Jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Hasya gembira! Tersangat gembira pada malam itu kerana si dia ada di sisi.
“Jom sayang masuk bilik.. dah lewat pagi dah ni!” ajak Saif sambil mengusap rambut Hasya yang sudah kebasahan itu.
“Eh, dah pukul 3 la.. Macam cepat je masa berlalu kan?”
“Aik..macam suke je?”
“Suke juga la. Enjoy! Tambah-tambah bila U ada di sisi I..”
Saif tersenyum. Di merapatkan mukanya dengan muka Hasya.
“Nak beromen masuk bilik la bro!!!” jerit Jasir lalu menuang air arak ke atas kepala Saif.
Mereka semua ketawa termasuk Hasya. Gembira sungguh dia pada malam itu. Seolah dunia itu dia yang punya!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 16-12-2013 10:55 AM
mostly jalan citer sama jer kan
ada adengan kekah mengekah
tq nayla cyg hikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
Saif dan Hasya masuk ke dalam bilik. Hasya yang masih berpakaian bikini basah itu terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Syaitan mula memetik nafsu Saif! Saif memandang Hasya dari atas sampai ke bawah kaki.
Saif mendekatkan dirinya pada Hasya. Hasya terkejut. Cepat dia bangun lalu duduk.
“U nak tahu tak? Selama ni I buta. Buta akan kecantikan U selama ini.”
Saif memegang tangan Hasya. Dibelainya tangan Hasya.
“U cantik sangat malam ni. I beruntung sangat dapat memiliki U..”
Hasya diam. Mereka masih bertentangan mata.
“Bolehkah malam ni I kita sama-sama buktikan cinta kita?” tanya Saif dengan penuh lembut dan hati-hati.
“Maksud U?”
“I tahu U faham apa maksud I.”
Saif mengucup tangan Hasya.
“Listen here. I akan bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa pada diri U selepas ini. I’m promise!”
“Tapi..”
“Shhhh.. Love u so much, Hasya.”
**********
Yusuf terjaga. Terjaga dari mimpi yang hanya makan masa 5 minit itu. Berpeluh dibuatnya!
“Kenapa mesti perempuan tu? Apa kena mengena hidup dia dengan aku? Kenapa dia?”
Yusuf mimpi akan Hasya. Hasya seperti memanggil Yusuf datang menyelamatkan dirinya!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|