CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

[Copy link]
 Author| Post time 13-4-2014 05:20 PM | Show all posts
alieyrina posted on 13-4-2014 05:15 PM
Ang nihh..inesen sgt laa

hehhee..sebab tak buruk sangka kan.. kalau buruk sangka tu, dah lama kena lempang hantu tuh! pandai buat sepah je kat tandas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 05:44 PM | Show all posts
Ni nak citer satu lagi story mory ni..

Masa tu tengah prep/study kat makmal..time nih dah tahun akhir..so kena banyak buat tesis di makmal, siapkan projek dan analisa. kelas kita orang ada 20 org je, out of 20 tu, enam jek lelaki, selebihnya pompuan. Jadi deme lelaki nilah yg jadi mangsa kena tolong kita orang yg pompuan ni. Kena buat tesis tu kat makmal sampai malam...huhuhu..hampir dua belas baru balik rumah. Guard kat fakulti kita orang tu, suruh balik awal tapi kita orang semua degil. Bukan apa..nak habiskan cepat analisa tu..jadi boleh tumpu pada draf tesis plak.

Balik cerita hantu ni, malam tu, lepas siap buat ujian dan prepare barang2 untuk ujian bakteria tu, Ipo dan tiga orang lagi nak keluar makan. So, suruh kawan lelaki ni jaga makmal. Balik dari makan, dah pukul sepuluh setengah..kami menapak ke makmal (tingkat satu). Buka je pintu makmal, geng2 lelaki ni sekor pun tak de! Geram sebab mereka biarkan je penunu bunsen tu menyala. Media/nutrien untuk pertumbuhan bakteria plak dah meleleh keluar dari bikar..apa lagi, membebel kami masa tu jugak.
tengah membebel tu, Ipo dan  Azie (nama samaran) mula mengemas. tiba-tiba, bikar tu terpelanting sendiri. Kami saling berpandangan. Pintu makmal pulak terbuka luas. Angin kuat menerpa masuk. Jatuh semua barang kaca termasuk silinder dan kon silinder..pecah! Kami pandang ke arah pintu. Terjongol satu makhluk hitam merenung ke arah kami. Mula tu kami ingat geng2 lelaki tadi..mana tahu mereka saja nak nyakat. bila kami tegur, makhluk tu diam je..
Kami bertiga masa tu, sorang lagi tu masa tu tengah susun alat makmal di tepi dinding, terus datang peluk Ipo. Azie plak, dah tarik baju Ipo..huhuhu..
Apa lagi, kami rempuh je makhluk tu!
Tiba di tingkat bawah, kami nampak geng2 lelaki tadi tu sedang asyik bersembang..ketawa2
Ipo tak puas hati. "oh..ni kerja korang ya? Nak takutkan kami semua!'
Ipo marahkan dia orang ni. Dia orang dah tercengang..
Sopek menyampuk, Eh, korang ni cakap apa?
Azie mula citer apa yang berlaku..mereka semua tercengang.

Last2, semua tak jadi masuk makmal. Fail tesis Ipo masih dalam makmal tu. Kami biarkan je dalam makmal. Sebelum balik, sempat kami sembang di dataran fakulti..sebab tunggu kawan yg ada keta datang ambik. Masa tengah sembang tu, lampu kat dataran berkelip2..kejap nyala, kejap padam.
Tiba-tiba, muncul plak seorang pompuan pakai tudung sedang memandang ke arah papan kenyataan kat dataran tu. Kami heran gak..bila masa pompuan tu muncul?..Si Azie cuit lengan Ipo..suruh tegur pompuan tu. Ipo ni dengan muka selamba toya, pergilah dekat ngan pompuan tu..
'Err...cik ni siapa?'
senyap
Ipo tanya lagi..
"kalau cik nak study..baik balik je..sebab kami pun nak balik dah ni. dah tak ada orang kat sini..'
Pompuan tu masih pandang papan kenyataan tu..lama..tak bersuara langsung.
Ipo tanya lagi..'cik..cik balik la ya. keta kami pun dah sampai tu.' Ipo pandang pompuan bertudung tu, tak nampak muka.  
Sekali pompuan tu berpaling...pucat muka Ipo..
Pompuan tu tak ada muka!! Kosong! Tak ada mata, hidung dan mulut, kening pun tak ada! Buku yang Ipo pegang terpelanting dan tercampak sebab dah buka langkah seribu. Member2 lain, tercengang. Ipo tunjuk ke arah pompuan tadi..mereka pun cabut lari!

Esok pagi, Ipo datang semula ke situ..rupanya buku Ipo dah tersangkut kat atas pokok mangga! Hahaha! mintak tolong guard kat situ ambilkan. Guard tu tanya kenapa sampai jatuh atas pokok tu? Ipo pun citer la..bla..bla..
Guard tu senyum. Rupanya dia pun sering terserempak dengan pompuan tak ada muka tu. Sebab tu, pukul sebelas je dia blah..


Last edited by Ipo on 13-4-2014 05:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 05:50 PM | Show all posts
Ipo posted on 13-4-2014 01:40 PM
Ni nak citer cik Pon kat tandas plak...

Masa ni..zaman belajar la..kat U (tak yah citer la U mana ...

Uskkkk....siap boleh CSI lagi yek....
Last edited by medangmru on 13-4-2014 05:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 07:32 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-4-2014 01:59 PM
Ok Gud 4 u lh .

dah aman kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 07:34 PM | Show all posts
medangmru posted on 13-4-2014 05:50 PM
Uskkkk....siap boleh CSI lagi yek....

hehehe...dah eager sangat nak tahu hapa ke benda nyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 11:15 PM | Show all posts
Cik Pon bertenggek atas motor

Malam ni mata belum mengantuk..jadi Ipo nak tepek lagi satu kisah masa di U dulu. maap ye sebab kata nak tepek satu citer jer tapi ni dah berjela la plak..jangan marah haa..cik momod...

Kisah ni masa Ipo tahun tiga di U. Dah nama student, pakai motor kapcai Honda Cup 70 masa tuh. Ke mana2 pun bawa motor tu ler..hehhee. Al kisahnya satu malam, lepas prep/study kat open air ( di fakulti ekonomi..hehhe..jauh dari fakulti Ipo..Sains), Ipo dan member2 lain yg ada motorsikal mula bertolak ke arah bangsar, nak cari makanan. lapar!
Kami bertiga. Masa tu Ipo bawa motor dan bonceng seorang kawan. member seorang lagi tu bawa motor sendiri, tak der penumpang. Dari fakulti ekonomi tu, kami terpaksa pusing satu U tuh utk keluar dari kawasan kampus. Jadi terpaksa lalu jalan yang menuju ke sebuah kolej yang agak ke dalam dan ada pokok besar dengan akar2 berjuntai. Pokok tu, waktu siang pun dah seram semacam je..huhuhu.

Masa lalu di situ, dekat pokok tu, masa tu dah nak dua belas malam, Ipo bawa motor di belakang member tu yg bawa sorang tu. Ipo ikut je motor dia. Sampai dekat pokok tu, tiba-tiba member yang bonceng Ipo tu cuit lengan Ipo. Sempat dia tanya dengan suara yang agak kuat sebab pakai helmet kan.. dia tanya, ada dengar apa2 tak?
Ipo geleng je. Dia pelik. Masa tu masih kat sekitar pokok tu. Pelik jugak la..rasanya dah lima minit kat situ tapi tak keluar2 jugak dari kawasan kampus. Motor member yang kat depan tu pun sama. macam berpusing2 area situ je.
Lepas tu, tak semena-mena terdengar satu suara mengilai. Ipo terasa, member yg bonceng motor Ipo tu pegang lengan dan peluk pinggang Ipo dgn kuat. Dia tunjuk2 ke arah motor depan, motor member tadi.
Ipo yang tengah bawa motor masa tu, turut pandang ke arah depan. Bulat mata!!
Cik Pon dah tumpang motor member tu!  Masa tu jugaklah kami tengok motor member tu dah sengek, macam berat ke belakang. Handle depan tu macam dah terangkat..macam orang nak main willy motor tu!
Terus kami jerit dengan kuat. Masa tu kelajuan motor tu hanya 30km/jam je. Ipo sempat potong motor member dan suruh dia berhenti. Kami berhenti di tasik. Pokok tu dekat dengan tasik.
Masa berhenti tu, kami nampak cik Pon tu dah terbang dan bertenggek atas pokok tu. masing2 terdiam. Datang seorang student lelaki, dia siap cakap, dia pun nampak cik Pon tadi dan dia terus laungkan azan. Sebab tu cik Pon terbang!
Kami dah berpeluh sakan. Bila tengok sekitar, rupanya motor kami berlegar kat pokok tu je...huhuhu...terus tak jadi keluar makan. Balik rumah terus!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah. UM ke. Saya dlu fac fsktm. Duk kat kinabalu. 2nd year lepak sebelah kolej 10. 2007-2010. Fac ekonomi kat ngn lib tu mmg sunyi mlm2. Antu xde muke tu kt fac mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kolej ade pokok besar tu mesti kolej 12 kan...

Byk tul pglaman ipo ngan cik pon ni ye
Hati byk kental juge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 01:04 AM | Show all posts
eeeeee.. takot nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:37 AM | Show all posts
ms kuar keta cik pon ms tu dh xde ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 09:51 AM | Show all posts
mr_cool5885 posted on 14-4-2014 12:24 AM
Lah. UM ke. Saya dlu fac fsktm. Duk kat kinabalu. 2nd year lepak sebelah kolej 10. 2007-2010. Fac ek ...

Ya ke?...U mate la ni...hehehe..Ipo dulu kat 3rd kolej. Antu tak der muka tu kat fakulti Ipo laa...genetic n biology cell..ala dekat ngan asasi sains tuh..situ memang seram giler..mcm2 dah dengar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 09:52 AM | Show all posts
edoraixora posted on 14-4-2014 12:51 AM
Kolej ade pokok besar tu mesti kolej 12 kan...

Byk tul pglaman ipo ngan cik pon ni ye

tak..pokok tu dekat ngan kolej ke 5..memang besar lah pokok tu..akar bergayut panjang dan banyak..pernah jumpa ke cik pon?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 09:54 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 14-4-2014 01:04 AM
eeeeee.. takot nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

@pakweneelofa  hai...betul ke pakwe pompuan tu?

Kan...pelik dan ajaibnya, Ipo tak perasan setiap kali jumpa cik Pon, siap tegur plak lagi..haish..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:54 AM | Show all posts
kering jugak hati Ipo ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 09:56 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 14-4-2014 08:37 AM
ms kuar keta cik pon ms tu dh xde ke...

@fifie_olin

Ipo x perasan masa tu, hubby dan jiran sebelah yg nampak..rupanya dia orang cakap cik pon masih ada kat atas bumbung keta. Bila dah sampai depan rumah, cik pon tu terbang! Sib baik Ipo tak nampak...hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 09:57 AM | Show all posts
yenil95 posted on 14-4-2014 09:54 AM
kering jugak hati Ipo ye..

agaknya dah kerap sangat jumpa kut...tu hati dah kering kematu tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 10:00 AM | Show all posts
Ipo posted on 14-4-2014 09:54 AM
@pakweneelofa  hai...betul ke pakwe pompuan tu?

Kan...pelik dan ajaibnya, Ipo tak perasan set ...

eeeeeeee..takot la..nampak ke muka dia berdarah kat mulut...eeeeeeeeee..takooooooooooooooot
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:08 AM | Show all posts
nasib la cik pon tumpang atas bumbung je, klau cik pon tumpang kt sebelah driver..mau terkucil..tp Ipo mostly nmpk cik pon je..mcm cik pon je yg teman Ipo ke mana2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 10:16 AM | Show all posts
Cik Pon Roomate aku

Ni nak citer satu lagi pasal hantu glamer cik Pon ni..kisah ni kat U jugak ler..
Sebelah asrama tu (ni asrama lain plak..), ada hutan kecil. Bilik Ipo plak berdepan ngan hutan kecil tu. kalau siang hari, tak boleh letak makanan atas meja, habis dicuri monyet2 nanti. Jadi, waktu malam je la makanan banyak kat atas meja, sambil makan  sambil menelaah
(isk..menelaah lah sangat.. )...

Masa study tu, roomate Ipo x der. Dia keluar dating. Jadi Ipo sorang2..baca buku, hafal mana yg patut sebab dah dekat ngan exam kan...hehehe..
Bilik kita orang tu hanya 2 orng je,  Meja Ipo sebelah tingkap. Katil plak dipisahkan dengan almari baju. Jadi tak nampaklah apa yg roomate buat. Kira privasi jugak la walaupun masuk ikut  satu pintu.

Ipo pasang lagu..Ipo ni jenis suka dengar lagu masa study sebab tu tak reti nak study kat library.. tengah syok study tu..Ipo dengar sayup2 panggil nama seseorang, lepas tu dengar suara menangis mendayu-dayu..lepas tu ketawa. Ipo perlahankan radio..bunyi tadi dah tak der plak. Ipo kuatkan semula radio tu..melalak lagu tu.

Bunyi ketawa dan menangis tadi muncul semula..haish..tak boleh jadi ni..Ipo jenguk ke luar tingkap yang terbuka. tak ada apa. Ipo sambung lagi study..dengar plak suara menangis merayu-rayu minta tolong..

Ipo tutup tingkap. Tutup radio dan lepas tu baring kat katil. peluk bantal. Lama kat situ. Entah kenapa, Ipo beranikan diri jenguk katil roomate yg dipisahkan dengan almari pakaian tu. Bila Ipo jenguk tu, ada sesuatu tidur kat situ mengadap dinding. pakai baju putih. Rambut panjang.
"Ish..takkan roomate aku...'

Ipo kembali baring atas katil. lepas tu dengar plak bunyi macam bertengkar. Ipo jenguk lagi. Kali ni nampak roomate Ipo tengah study kat meja dia. yang peliknya, tadi pakai baju putih tapi la ni plak blaus biru dan seluar jeans tapi....rambut panjang mencecah lantai..sedangkan rambut roomate Ipo tu sebenarnya pendek je..aduih...siapa plak minah tu...

Ipo masih terkedu di tepi almari pakaian..tiba-tiba pompuan tu berpaling dan tersenyum..

Memang sah! Cik Pon...darah kat taring tu meleleh menitik ke lantai. Apa lagi, Ipo cabut dan tidur di bilik kawan. Bangun pagi tu, lepas solat kat bilik kawan, Ipo jenguk bilik sendiri. Roomate Ipo dah siap nak ke kelas. Ipo tanya dia. dia balik kul berapa? Dia kata kul 1 pagi...masa kejadian tu, kul 12 tengah malam...dalam kepala otak mula fikir, entah2 roomate betul Ipo tu tidur ngan cik Pon tu. Ipo tak citer pun kat dia..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 10:17 AM | Show all posts
duniaku85 posted on 14-4-2014 10:08 AM
nasib la cik pon tumpang atas bumbung je, klau cik pon tumpang kt sebelah driver..mau terkucil..tp I ...

tu la pasal..haish...tapi ada gak jumpa hantu raya dan makhluk berbulu hitam!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.113117 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list