haryatie posted on 25-9-2014 03:10 PM
xbape faham ngn kes dia org ni..
coz 2 kali nikah..
apa yg pertama tu nikah melalui sindiket yg x ...
kat mesia ni kn kena pkai jurunikah yg ditauliahkn kalo nk menikah...
mane bole suke2 jd tok kadi jabat tgn tu...
yg kena denda ni sbb kes nikah yg 1st tu...
Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. “Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua 4 Februari 2013 lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama. Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Sumber: Gambar Bukti Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Sudah Kahwin | melvister.com
|