CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maya2014

Badi mayat..

[Copy link]
Post time 9-10-2014 07:47 AM | Show all posts
maya2014 posted on 8-10-2014 03:00 PM
Bab saka memang betul .... tak tahu dari mana... saya pernah buat ritual buang saka ni ... kes badi  ...

kemenyan?? sp yg letak bnd tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2014 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
toyaq_03 posted on 9-10-2014 07:47 AM
kemenyan?? sp yg letak bnd tu....


lepas ayah saya meninggal arwah makcik ada dtg ke rumah .dia bawak roti untuk kami .semua adik beradik saya dan mak makan kecuali makcik dan keluarga dia.kata mereka dah makan.

kemeyan tu abang sulung cakap makcik yang bagi dia konon untuk senang dpt kerja .masa berubat kami bawa kemeyan tu dan ustaz cakap kemeyan tu untuk mengenakan keluarga kami .

nasib baik abang tak pernah perasap kemeyan tu kalau tidak lagi susah....bila arwah makcik meninggal suami dan anaknya berniat nak jual tanah dikampung kerana mereka ingat tanah tersebut sudah menjadi milik mereka.cara penipuan mereka cukup buat saya
sekeluarga menderita
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 03:58 PM | Show all posts
maya2014 posted on 9-10-2014 03:40 PM
lepas ayah saya meninggal arwah makcik ada dtg ke rumah .dia bawak roti untuk kami .semua adik b ...

takziah buat TT ngn family.... em..alhmdllh xguna kemenyan tu...apa yg sy tau la...asap2 kemenyan ni mmg kegemaran jin...sbb tu kalo tgk bomoh2 yg pkai asap2 kemenyan ni mybe ada yg xkena....wallahualam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2014 11:08 AM | Show all posts
sambung pasal kawan yang terkena dengan member satu rumah sewa pulak................

Mereka ni duduk serumah bertiga , mulanya ok jer... tapi yang kawan maya ni dia kurang ambil tahu hal orang dan serius kerja, yang lagi dua ni kaki enjoy tak kurang kaki gosip pun. kat ofis 2 orang selalu chat . memang kat ofis ni ada chat untuk staff. then tinggal la kawan maya sengsorang .kawan tu kawan la tapi bab kerja dia selaku in charge selalu dok taruh 2 orang ni sebab kerja main-main.

Satu hari masa kawan maya balik rumah mak dia. Dia xnak balik dah rumah sewa, tak nak kerja, muka pucat lesi walaupun badan DBOB... tak nak makan dan suka termenung sorang-sorang. jadi keluarga dia x sedap hati. cuba bawak berubat , masa berubat ustaz tu tanya. Ada tak barang-barang peribadi yang hilang ? kawan maya kata ada baju dengan kain dalam hilang. ustaz tanya lagi. Ada tak selisih faham dengan kawan-kawan ? dia kata ada tapi benda tu biasalah berkokak pastu baik balik.  Ustaz tu bagi nasihat hari yang mendatang kena la jaga lidah tu sebabb kita tak tahu hati orang ni macam ni, kita ingat biasa tapi pada mereka luar biasa.

Tak sangka pulak sampai macam tu jadinya , maybe kawan- kawan lain berdendam atau terasa hati. kawan maya tu lepas dah ok dia mintak transfer ke tempat lain. alasan nak tukar angin. puas lah hati yang lain tu sebab ingat apa yang mereka buat menjadi, tapi sebenarnya kawan maya lebih pada beralah.



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 01:01 PM | Show all posts
im waiting for you tt.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 01:30 PM | Show all posts
maya2014 posted on 7-10-2014 03:48 PM
Disantau selepas kahwin..

bilik air luar rumah? TT masa tu menyewa kawasan kampung ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2014 01:52 PM | Show all posts
kiranya sekarang ni TT masih blum sihat sepenuhnya lah? Sy simpati pd TT. pergi lah berubat berterusan, jgn berenti. takut makin buruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2014 01:55 PM | Show all posts
makneng posted on 10-10-2014 01:30 PM
bilik air luar rumah? TT masa tu menyewa kawasan kampung ke?

Ye rumah kampung sekerat batu sekerat papan....

Masa tu baru kahwin kan , sebelum tu tinggal kat rumah mak. Bila dah kahwin kena la cari haluan sendiri. Rumah tu malam pertama pindah pun dah dapat gangguan, tengah tidur bunyi tapak kaki x pun dengar macam orang baling pasir atas bumbung rumah. Ikut kata jiran sebelah kami la paling lama tahan duduk rumah tu, biasa orang lain paling lama sebulan . kami 6 bulan ..kira champion laa.


Bila dah dengar pasal masalah rumah tu kami ada jugak tanya tuan rumah. Dia kata memang rumah dia pun sama ada gangguan jugak. kes orang tak puas hati . jadi rumah tuan rumah sekali dengan rumah sewa habis dikerjakan. Ada jugak jumpa botol dalam dia ada kain kuning dengan rambut ditanam belakang rumai dekat penyidai .... bila mandi nampak jugak macam bayang-bayang besar melintas. bilik air tak besar mana dan tak jauh darii pintu dapur pun cuma kena keluar la menikmati pandangan seram bila nak mandi atau nk buang air.

Yang banyak gangguan tu dekat rumah sewa dengan rumah mak. Rumah sewa baru ni taman. kira tak baru jugak dah setahun jugak duduk.
Saya dapat gangguan bila p rumah mak, balik rumah saya mesti jadi tak sedar. Tapi baru ni balik raya haji alhamdulillah x jadi apa pun. ok je.

nanti sambung .............

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2014 02:16 PM | Show all posts
sambung ye...best baca story tt. Apapun simpati dgn tt & family. Tak sangka masih ada lagi manusia yg guna sihir skrg ni. Nauzubillahiminzalik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 02:19 PM | Show all posts
maya2014 posted on 10-10-2014 01:55 PM
Ye rumah kampung sekerat batu sekerat papan....

Masa tu baru kahwin kan , sebelum tu tinggal ka ...

eee rimas nak skeri dengor tapak kaki berjalan2 dlm rumah. pernah jugak mengalami yg bunyi guli and perabot dialih2 ni, memula seram. lama2 aku rimas!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2014 03:46 PM | Show all posts
TabletSusu posted on 10-10-2014 01:52 PM
kiranya sekarang ni TT masih blum sihat sepenuhnya lah? Sy simpati pd TT. pergi lah berubat berterus ...

Semalam pergi ke rumah DR MANCIS..

Cara ustaz tu merawat dia pakai mancis, mancis tu akan ditekan pada tapak kaki untuk mengesan penyakit melalui saraf.. saya pergi dengan suami saya, kawan saya dan mak dia. masa masuk tu ada banyak orang, masa kawan dengan mak dia dirawat , mereka kata sakit pada tempat tertentu.contoh macam mancis tu diletak pada tapak kaki pada saraf yang berhubung dengan jantung ..pesakit akan merasa sakit pada bahagian jantung.
Masa giliran saya.. saya bagitahu saya batuk di dalam, rasa macam miang gatal lebih - lebih lagi masa kena angin. menjadi-jadi tapi batuk tak keluar , maksudnya batuk tu tak puas.

Masa diletak mancis untuk mengesan pernafasan.. x rasa sakit apa pun. sama la bila mancis diletak dia bahagian jari. lansung x sakit rasa macam tekan biasa je. padahal ada yang terpekik terlolong.Jadi ustaz minta datang kembali bawa 9 biji limau nipis pada hari ini.. tapi hari ni ada hal lain.minggu depan je boleh sebab ustaz tu hanya merawat rabu , khamis dan jumaat. fikiran saya cuma takut bekas santau yang lama dtg balik. maklum lah pantang tak jaga..........................


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
maya2014 posted on 10-10-2014 03:46 PM
Semalam pergi ke rumah DR MANCIS..

Cara ustaz tu merawat dia pakai mancis, mancis tu akan dite ...

Saya pon jenis batuk angin la... klu batuk.. dapat sendawa.. mmg lega.. kahak xdee sangat pon.. cuma lendir.. tapi.. x prnah check ada kene santau ke tak.. sbb batuk ni akan kebah.. mmg lambat.. dlm 2 3 bln baru kebah.. tapi akan kebah la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 08:54 AM | Show all posts
cubby_qt posted on 10-10-2014 07:19 PM
Saya pon jenis batuk angin la... klu batuk.. dapat sendawa.. mmg lega.. kahak xdee sangat pon.. cu ...

oooo memang dah pergi klinik pun dah berbotol-botol ubat. saya memang dah pernah kena santau dulu. santau angin mungkin makan salah tempat kot. takut bekas santau tu je ustaz cakap sebab saya dah tak pantang , ingat dah baik lepas berubat dulu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 12:47 PM | Show all posts
Cerita ni pulak terjadi masa kecik-kecik dulu dekat kampung rumah opah sebelah mak.

Rumah opah ni agak ke dalam sikit tapi kawasan rumah besar. rumah pulak atas bawah, Nak dijadikan cerita satu malam tu datanglah kawan opah dari seberang jalan, katanya saje nak bersembang mentelah mak saya, mak yong dan kami budak-budak ramai. kawan opah pulak tinggal seorang je.

Mereka ni kalau dah jumpa , apa lagi mengayam ketupat (mengumpat) le hal orang sana sini. biasalah orang kampung. kebetulan yang berada di rumah semua perempuan. lelaki semua ke surau, ada yang melepak dengan kawan-kawan.

Tiba-tiba dari rancak bersembang terus senyap semuanya. Ini kerana semua kami mendengar bunyi seakan-akan kucing atau musang ke entahlah. Jadi opah dengan kawan dia ni dah mula bertekak. opah kata kucing, kawannya kata musang , kucing, musang , kucing musang begitulah turutan mereka bertekak padahalnya dah takut.

Sekali bunyi NGRAKKKKKKKKKKKKKK, NGRAKKKKKKKKKKKKKKKK,NGRAKKKKKKKKKKKK..... kawan opah menjerit YAH apa yang mencakar pintu rumah kamu ni..... memang kuat bunyi cakaran tu . Mak Yong ni dalam takut pergi pulak mengintai celah tingkap.......... memang nampak susuk putih dengan rambut panjang mengerbang tu tengah cakar pintu rumah opah. Kami yang budak-budak ni semua dah menangis takut. agak lama bunyi tersebut sampai le orang azan maghrib baru hilang.

Masa arwah atok balik kami buka pintu memang nampak kesan cakar tu. Kawan opah sudahnya tak jadi balik . Terasa lambat sangat nak siang tapi kami ni takut masa tu je, cerah je hari mula la balik main sampai tak ingat dunia.............

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
maya2014 posted on 11-10-2014 08:54 AM
oooo memang dah pergi klinik pun dah berbotol-botol ubat. saya memang dah pernah kena santau dulu. ...

Lama ke sakit?? Apa tandanya?? Apa pantangnya??

Saya mmg mudah batuk sejak sek men.. batuk teruk la.. sampai muntah2... tak berenti batuk... dlm 3 bulan berenti.. bila tiba musim batuk.. saya kene dulu.. palinglast baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cubby_qt posted on 11-10-2014 06:57 PM
Lama ke sakit?? Apa tandanya?? Apa pantangnya??

Saya mmg mudah batuk sejak sek men.. batuk ter ...

Batuk tu rasa di dalam. Sebetulnya kena jugak berbunyi walaupun tak lepas.. then rasa gatal miang sangat kat dalam tekak. Gatal tu yang buat batuk tu sebab takleh garu kan. Masa kena yang mula tu start batuk macam ni lepas tu bila dah teruk perut buncit mcm mengandung keras sangat. Masa tu nak jalan tercungap cungap.. bila pergi klinik doktor kata takde apa. Masa pergi berubat tu pun saya tak tahu pasal santau ni.masa berubat tu pun ustaz tu paksa muntah caranya daun ati ati tu campur dgn telur ayam kampung, sebelum tu kena minum sebiji air kelapa. Dh tu minum air daun dgn telur memang hanyir lepas tu keluar muntah yang saya nampak hitam hitam je ustaz kata benda tu takkan hadam dalam perut kita. Pantang nya pulak tak boleh makan nenas, rebung,paling pantang air tebu dan makanan yang orang kata tajam. Jadi saya ingat dah 2 tahun lepas jadi saya makan balik semua tu kecuali rebung. Mungkin sebab tu la jadi balik.

Menyesal nya rasa sebab memang sakit sangat masa berubat tu seluruh badan rasa sakit yang teramat, suara sampai dah takde.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2014 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
maya2014 posted on 11-10-2014 11:10 PM
Batuk tu rasa di dalam. Sebetulnya kena jugak berbunyi walaupun tak lepas.. then rasa gatal miang  ...

Ooo.. syukur la xder tanda tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:34 PM | Show all posts
makneng posted on 10-10-2014 02:19 PM
eee rimas nak skeri dengor tapak kaki berjalan2 dlm rumah. pernah jugak mengalami yg bunyi guli an ...

aku mula2 masuk rumah sewe yakni rumah skang ni...tiap2 mlm dgr org ats alih2 brg..mcm alih2 kusila katilla etc...curious aku tiap2 mlm rajin pulak nk mengemas rumah..last2 buat bodo jela jnji xkacau aku sudah...skang ni dh xde kot rasanya xprasan pulak aku sbb mls nk amik port..hik3..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 05:03 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 13-10-2014 12:34 PM
aku mula2 masuk rumah sewe yakni rumah skang ni...tiap2 mlm dgr org ats alih2 brg..mcm alih2 kusil ...

Memang... benda-benda macam ni suka kalau kita takut..........

Mula-mula saya pun takut, dah lama tu dah faham shift diorang nak mula kan. Jadi lebih baik tidur . Saya jenis memang susah nak tidur jadi dekat hp dah siap download movie dan ayat-ayat Al-Quran.. Tapi kalau dah betul-betul letih macam sekarang, rasanya balik letak je kepala kat bantal , leboh kot..
Kerja dalam bidang remittance (pengiriman wang) ni boleh buat saya giler sebab berdepan dengan warga asing. Lepas tu komplen duit x dapat la, salah nama la. kadang-kadang rasa nak naik hantu..

kat ofis saya selalu kacau jugak, ada satu member ni nampak mama putih dekat toilet, mana taknyee, belakang ada satu pokok besar sekali tertanam dalam banggunan ofis ni, sekali tu saya pernah stayback sampai malam... dekat pukul 7.30pm masa tu kami tinggal berdua saje. tiba-tiba ada bayangan hitam melintas..zupssssss macam angin je .... lepas tu kami tak tunggu dah. balik terus. Lepas tu ada makcik cleaner bangsa india ni. dia tolong kami bersihkan bahagian belakang dan seluruh ofis ni. dh tkde nampak apa dah ......

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:50 AM | Show all posts
maya2014 posted on 13-10-2014 05:03 PM
Memang... benda-benda macam ni suka kalau kita takut..........

Mula-mula saya pun takut, dah la ...

hehe..scary kan klau ada pokok2 besar y agak menyeramkan n xdtebang...kt ofis aku ada jugak..mcm pokok beringin 3 pokok..kt batang tu ada akar2 juntai2 naik smpai ke atas..ce imagine..mcm dalam cite2 hantu dlm tv kan..hehe..walaupun tu dh jd tempat parking, ke3 pokok tu xditebang pun pelik aku...xtaula kot2 xleh tebang sbb akar dalam tu panjang sgt ke ape..tp aku slalu je curious bab2 ni(pengaruh tv)...hahahahahahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.201919 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list